Ikatan Asas dalam Ultralight Fishing

rapala_knot_1

Ilmu tentang ikatan sememangnya penting dalam hobi memancing. Bukan pemancing sejati sekiranya kita tidak tahu mengikat tali pada mata kail dengan betul. Walaupun terdapat banyak jenis ikatan khusus untuk memancing, terdapat beberapa jenis ikatan asas yang patut kita belajar dan praktikkan dalam Ultralight Fishing.

1. FG knot


Ikatan ini diperlukan untuk mereka yang menggunakan tali braided sebagai tali utama. Fungsinya adalah untuk menyambungkan tali utama dengan tali fluorocarbon atau monofilament. Terdapat banyak ikatan alternatif lain untuk fungsi yang sama, tetapi berdasarkan pengalaman saya(yang masih tidak seberapa), ditambah dengan pengalaman rakan-rakan pemancing yang lain, ikatan inilah yang paling sesuai dan kukuh dari segi kekuatan.

Antara kelemahan ikatan ini pula ialah: mengambil masa yang agak lama untuk diikat, dan ada segelintir orang menganggap ikatan ini susah untuk dipelajari.

2. Arbor knot


Ikatan ini diperlukan ketika kita hendak mengisi tali ke dalam spool mesin pancing.

3. Palomar knot


Ikatan ini boleh digunakan untuk mengikat tali perambut ke mata kail dan snap/swivel. Pada saya, inilah ikatan yang paling mudah, menjimatkan masa, dan kuat. Namun, untuk tali yang berdiameter luar biasa halus seperti Berkley Nanofil, ikatan ini perlu diubah ke Nanofil knot yang masa konsepnya sama seperti Palomar, tetapi ditambah bilangan simpulannya sahaja untuk mengukuhkan kekuatan ikatan.

4. Rapala knot


Ikatan ini khas untuk mengikat tali perambut ke gewang keluaran Rapala sahaja. Maafkan saya, sebenarnya semua jenama gewang pun boleh guna ikatan ini. Ikatan ini digunakan untuk mengikat tali perambut terus ke gewang, tanpa menggunakan snap/swivel. Fungsinya adalah untuk menjadikan gewang berenang dengan lebih bebas di dalam air.

Seperti tajuk artikel ini, empat ikatan di atas adalah ikatan asas yang patut kita tahu. Terdapat banyak lagi ikatan untuk Ultralight Fishing yang boleh kita belajar dari semasa ke semasa. Buka minda dan beri peluang pada diri kita untuk belajar dan cuba ikatan yang lain.

Sehingga bertemu lagi di artikel akan datang, InsyaAllah.

Check Also

Formula Kiraan Panjang Leader. Apakah Panjang Leader Yang Sesuai Untuk Pancingan Ultralight?

Seringkali saya menerima soalan yang sama dari peminat sukan pancingan ultralight berkenaan dengan panjang leader …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.