Bagaimanakah Cara Terbaik Untuk Menjaga Rod Ultralight Anda?

Kebanyakkan pemancing tidak pernah menjaga batang pancing mereka dengan baik. Kebanyakkannya menyeksa rods tanpa mengira apa akibatnya kelak. Mereka menjaga setup yang lain tapi tidak pada batang pancing kerana bagi mereka rods tidak perlu dijaga. Ini adalah tidak benar sama sekali. Rods juga perlukan penjagaan yang rapi seperti setup yang lain.

fishing-rod-maintenance
fishing-rod-maintenance

Jadi bagaimanakah hendak menjaga batang pancing anda?

Disini kami menyarankan 6 langkah paling mudah yang membolehkan anda menjaga rod pancing anda:

1. Bersihkan Guides

Guides adalah aksesori yang harus dijaga dengan rapi kerana kita sentiasa menggunakannya. Untuk jangka masa yang tertentu jika kita tidak menjaganya dengan rapi ia akan memudaratkan tali. Tidak kira dimana lokasi pancingan anda mahupun tasik atau sungai segala kotoran yang ada amatlah penting dibersihkan dengan rapi jika ia akan memakan guides secara perlahan-lahan.

cleaning-fishing-guides
cleaning-fishing-guides

Cara paling mudah membersihkannya ialah setiap kali lepas memancing bilas sekali secepat yang boleh. Ini adalah step yang harus dibuat untuk mengelakkan kotoran melekat pada rods. Kemudian langkah seterusnya anda perlu membersihkannya dengan sabun ataupun air suam-suam kuku. Air suam mampu menanggalkan kotoran yang melekat pada rod. Anda juga boleh menggunakan air sabun atau chemical special seperti Reel Magic dan WD-40. Rendam guides atau bilas dengan air sabun dan bersihkan dengan menggunakan berus halus atau span di bahagian-bahagian yang tidak dapat

dicapai dengan jari. Jangan sesekali menggunakan berus yang kasar atau berus dawai kerana ia akan merosakkannya. Dengan cara ini anda mampu membersihkan guide rod dengan lebih efektif.

cleaning-a-Fishing-Rod
cleaning-a-Fishing-Rod
damaged-guides
damaged-guides

Apa pun yang paling penting ialah membersihkan rod yang anda guna secepat yang boleh selepas guna. Jika anda berhenti untuk makan tengahari jangan biarkan rod begitu sahaja. Bersihkannya dengan membilas sekali supaya kotoran yang ada dapat dibuang terlebih dahulu sebelum ia melekat terus. Ia hanya memerlukan beberapa saat namun ia mampu memberi kebaikkan yang ketara.

2. Bersihkan Handle dan Reel Seat

Ini akan membantu dalam penjagaan rod, bertahan lagi lama dan lebih efektif apabila menggunakannya. Gunalah pembersih yang sesuai untuk membersihkannya supaya ia bersih dan apabila menggunakannya ia tidak melekit atau licin di tangan.

cleaning-handle-cork
cleaning-handle-cork
cleaning-cork
cleaning-cork
cleaning-reel-seat
cleaning-reel-seat
cleaning-fishing-rod
cleaning-fishing-rod
fishing-handle-before-and-after
fishing-handle-before-and-after

Proses membersihkan amat penting sejurus selepas membeli. Banyak kotoran yang ada pada pemegang rod yang perlu dibersihkan. Dengan menggunakan agen pembersih yang sesuai ia mampu infection ke atas handle lagi-lagi jika ia diperbuat daripada cork.

3. Menyimpan Rod Dengan Betul

Cara terbaik menyimpan rod ialah dengan meletakkannya didalam rod sleeve (cover rod) yang diberi. Ini akan menjaga rod secara tidak langsung juga akan mengelakkan rod berterabur dan berbelit yang boleh mengakibatkan rod patah atau bergeser. Casing rod yang keras adalah pemilihan yang terbaik kerana ia keras yang jika dihimpap ia masih mampu mengelakkan rod patah. Malahan casing rod yang keras mampu menjaga rod dari kepanasan yang boleh merosakkan rod. Ia juga memudahkan apabila kita berjalan jauh menggunakan kerea atau motor. Casing rod yang biasa tidaklah begitu mahal sekitar harga RM30 – RM150 ikut pada kualitinya. Lebih baik buat sedikit investment dan menjaga rod dari patah.

fishing-pole / rod casing
fishing-pole / rod casing
Maintain-a-Fishing-Rod
Maintain-a-Fishing-Rod

Kebiasaannya casing rod yang keras mampu memuatkan sehingga 4 batang bergatung pada sizenya.

Jika boleh pastikan rod sentiasa menegak ke atas kerana ini akan membuatkan rod sentiasa lurus. Jangan sesekali menyandarkan di tepi dinding atau meletakkan mendatar dibawah kerana rod akan melengkung yang boleh mengakibatkan lengkungan itu kekal. Jika perlu belilah rak rod supaya rod boleh disusun dengan rapi dan secara menegak. Dan yang amat penting asingkan reel dari rod supaya tiada bebanan pada rod.

vertical-fishing-rack
vertical-fishing-rack

Elakkan menyimpan rod ditempat yang panas seperti dalam kereta kerana kepanasan akan merosakkan rod itu. Ini adalah salah satu punca rod patah tanpa sebab. Elakkan juga rod bergegar kuat, berlaga sesama sendiri atau berlaga dengan benda lain kerana ini juga akan merosakkan rod yang juga boleh mengakibatkan rod patah dengan mudah. Kadang-kadang sangkut biasa atau tengah melawan dengan ikan yang kecil namun pelik rod itu patah dengan mudah. Ini adalah diantara salah satu sebab utama banyak pemancing kecewa. Kebanyakkan mereka menyalahkan kualiti blank rod tetapi mereka tidak sedar kesilapan yang mereka buat sepanjang mereka menggunakannya.

Lebih daripada 80% rod rosak disebabkan pengangkutan yang tidak sesuai (mahupun dalam kereta atau dalam rumah) bukannya disebabkan melawan ikan.

Banyak rod patah disebabkan kecuaian diri contohnya tersepit dicelah pintu rumah atau kereta. Banyak rod yang patah semasa mancing adalah disebabkan kerosakkan semasa mengangkutnya. Pastikan anda menjaga rod sebaik yang boleh dengan menggunakan casing rod yang sesuai dan elakkan geseran atau meletakkan objek yang berat diatasnya.

Ramai juga pemancing yang suka melilit getah pada rod, sedar atau tidak rod itu sebenarnya rosak kerana mendapat impak akibat terlalu ketat mengikatnya. Perkara yang biasa dilakukan oleh pemancing ialah malas hendak membuka gewang atau reel dari rod. Ini secara tidak langsung boleh merosakkan rod akibat hentakan akibat berlaga dengan gewang. Kebanyakkan rod rosak akibat isu-isu begini.

lure-guides
lure-guides

Rod ultralight amat mudah patah kerana tipnya yang halus. Kebanyakkan berdiameter 1.5mm dan kebawah. Jadi hentakan yang lembut juga boleh mengakibatkan rod itu patah dengan mudah.

4. Rod Tidak Akan Bertahan Selamanya

Tiada rod yang boleh bertahan selama-lamanya. Semua rod akan memakan usia dan akan mula menjadi lembut dan tidak mampu bertahan seperti biasa. Ini bukan komplen dengan manufacturer tertentu namun ia adalah realiti didalam dunia ini. Tiada benda akan bertahan jika tidak mereka tidak boleh berbisnes. Sebagai contoh, anda boleh mengambil rod lama dan membuat perbandingan dengan rod yang baru. Disini anda akan menyedarinya.

Lagi-lagi rod ultralight yang amat sensitif kerana buatnya yang halus dan carbon seringan yang boleh.

5. Membersihkan Rod Selepas Setiap Trip

Rajinkanlah diri anda dengan membersihkan rod selepas setiap trip. Ini akan membuang segala benda yang boleh merosakkan bahagian-bahagian rod yang sensitif.

Lebih-lebih lagi jika anda seorang pemancing air masin, bilas dan bersihkanlah rod anda secepat yang boleh untuk mengelakkan karat dan air masin yang boleh memakan guides dan aksesori lain.

6. Lifting Ikan

Ini adalah kesilapan yang selalu dibuat oleh pemancing dan penjual untuk membuktikan rod yang mereka guna itu kuat dan mempunyai lengkungan yang menarik. Hanya orang yang kurang ilmu akan berbuat sedemikian kerana rod ultralight (juga kebanyakkan rod lain) tidak di reka untuk mengangkat ikan. Ia akan memberi kesan sampingan yang amat ketara dimana kebiasaannya akan membuatkan rod patah dengan mudah. Setiap kali anda berbuat demikian carbon blank akan mula merekah (crack) yang lama-kelamaan merosakkan rod.

fish-lifting
fish-lifting

Kesimpulan

Terdapat pelbagai cara untuk menjaga rod anda. Setiap pelaburan yang dibuat adalah duit jadi pastikan anda ringan tulang menjaganya sebaik yang boleh. Akan tetapi tidak kira sebaik mana anda menjaga rod, kemalangan lain boleh berlaku jika anda cuai. Ikutlah 6 tips yang mudah seperti diatas dan jagalah rod anda sebaik yang boleh. Paling tidak ia mampu bertahan untuk jangka masa yang memberi kepuasan pada anda.

Jagalah rod anda supaya ia memberi anda keseronokkan.

Note:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

Tips Pancing: Rod Lembut vs Rod Keras?

Arguement tentang rod lembut poundage tinggi dengan rod keras poundage rendah memang umpama isu CNR …

5 comments

  1. Macamana cara nak buka reel daripada rod selepas di gunakan..??? adakah perlu memutuskan leader atau memotong line daripada kekili setiap kali selepas memancing..??

    • Biasanya potong snap / umpan dari leader pastu gulung masuk je. Tapi perlu check leader dan tali sebelum digunakan kembali sbb takut ada luka. Nanti boleh jadi putih mata kalo kena ikan pastu putus 🙂

  2. Bos klau ltak dalam casing pvc yg kita diy xpaa kaa…x bekuap @ panas kaa dlm paip pvc tu?

    • Salam bro

      Bole je bro cuma jangan tinggalkan dalam tu terlalu lama. Kalo boleh sentiasa bagi udara setiap hari sebab nak elak kepanasan yang berlebihan. Kalo dalam umah okay lg tp kalo dlm kete tu kalo boleh jgn biar lama2 dlm kete. Saya letak dalam pvc bila travel outstation. Dan kat umah pon mmg letak dlm pvc cuma sy biarkan terbuka bila perlu. Kalo ada budak2 bahaya sikit hahaha… 🙂

Leave a Reply to Kanicen Nix Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.