Apakah Poundage Leader Yang Sesuai Untuk Ultralight Fishing?

Sejak kebelakangan ini ramai pemancing yang bertanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan pemilihan leader yang sesuai untuk pancingan mereka. Kebanyakan soalan mereka berbunyi:

– “bro leader poundage berapa yer yang sesuai untuk tali saya?”
– “bro tumpang tanya, saya pakai main line 4lb, leader berapa saya kena pakai ek?”

Agak susah sebenarnya nak menjawap soalan yang amat subjektif.

Ada 2 sebab utama yang harus anda fahami untuk penggunaan leader. Pertama menggunakan leader ialah memberi perlindungan terhadap bahagian tajam di mulut ikan contohnya gigi ikan, batu-batuan, kawasan berkayu atau teritip. Dan sebab kedua ialah tali jenis lain adalah amat mudah dilihat oleh ikan. Jadi jika menggunakan leader yang sesuai ia boleh menyukarkan ikan untuk melihat tali yang diikat pada gewang atau umpan. Ini boleh meningkatkan peratus tangkapan.

trilene-flurocarbon-leader-fishing
trilene-flurocarbon-leader-fishing

Dalam pancingan apa pun (pendapat sendiri berdasarkan pengalaman yang serba sedikit ini) pemilihan short leader (shock leader) adalah amat subjektif. Ini kerana setiap pemancing mempunyai beberapa faktor yang membuatkan mereka memilih leader yang berlainan poundage. Antaranya ialah target ikan, kawasan pancingan dan confident diri.

1. Target Ikan

Jika ikan yang di target ialah Tarpon atau talapia (tilapia) pendapat saya leader setinggi 6lb sudah memadai. Ini kerana lagi kecil ikan lagi sensitif dia pada tali yang kasar. Peluang untuk membuat strike akan berkurangan. Lagi satu sebab ialah Tarpon atau Bulan tidaklah begitu besar maka leader yang halus sudah cukup untuk mendaratkan mereka.

Tetapi jika target ikan anda ialah Siakap atau monster yang lain seperti Toman, haruan, Lady Fish, maka leader yang lebih sesuai poundage nya adalah lebih digalakkan.

2. Kawasan Pancingan

Kawasan pancingan juga memainkan peranan yang agak penting dalam pemilihan leader. Jika kolam bayar atau kolam bela maxima 8lb atau 10lb lebih dari cukup berdasarkan target ikan yang anda cari.

Andaikata kawasan pancingan anda adalah bereba, berbatu-batu, semak dan sebagainya maka adjust leader anda mengikut target ikan dan kawasan pancingan.

3. Confident Diri

Faktor ini adalah kesilapan yang paling banyak berlaku. Majoriti pemancing tidak pernah melalui penurunan poundage yang sekata dan ini menjadi punca tiada confident diri yang membuatkan mereka bertanya soalan-soalan seperti di atas. Pemancing yang tidak melalui proses ini kebiasaannya akan mengalami isu putus yang banyak kerana mereka tidak memahami setiap kekuatan poundate dan kelasakan tali yang digunakan. Tidak faham maka tidak confident.

Proses memahami poundage setiap tali akan membantu membina confident diri kerana melalui pengalaman menarik pelbagai jenis ikan di pelbagai jenis lokasi pancingan akan membantu anda memahami tali anda dengan lebih banyak. Lagi banyak anda menarik ikan menggunakan poundage yang sama, lagi banyak ilmu yang anda dapat. Lagi kuat asas anda, lagi bagus pemahaman anda.

Tetapi adakah ini yang pemancing lakukan?

Tidak sama sekali. Kebanyakan pemancing akan menurunkan poundage mereka selepas menarik 2-3 ekor ikan. Mereka merasakan diri mereka sudah hebat dan faham semuanya.

Ramai yang cakap “poundage lagi rendah lagi karen”.

Betulkah?

Sejujurnya TIDAK jawapannya. Karen sebenar ialah apabila anda memahami setup anda secara keseluruhan dan menggunakannya dengan cara yang betul.

Tali yang halus hanya bertujuan memikat ikan yang amat sensitif pada tali kasar. Tali yang halus lebih kepada mendapatkan strike yang lebih banyak. Tali yang halus membantu anda membuat balingan yang lebih jauh jika kena caranya.

Kesimpulan

Jadi berapakah poundage leader yang sesuai?

Kebiasaanya kami akan beri idea yang macam ini kepada yang bertanya:

Jika tali utama pancingan anda ialah 6lb maka darabkan dengan dua iaitu 6×2 = 12lb.

Mengapa?

Kerana ia akan membantu anda membuat ikatan FG knot (atau ikatan lain) yang lebih cantik (size yang tidak jauh beza dengan tali utama) dan lebih mudah untuk membuat balingan semasa casting kerana ia tidak sangkut pada cincin. Leader yang tebal akan menyusahkan apabila membuat sesuatu knot kerana ia akan kelihatan gemuk/tebal dan amat susah untuk ia keluar dari cincin rod. Dan ini juga akan menyusahkan pemancing membuat lontaran gewang-gewang yang kecil dan ringan.

Perlu diingatkan juga bahawa kini terdapat pelbagai teknologi dalam pembuatan tali. Ada tali yang berpoundage besar namun diameternya adalah amat halus dan sesuai jika digunakan sebagai leader. Di sini anda perlu membuat analisa confident diri sendiri untuk jenis target ikan dan kawasan pancingan anda terlebih dahulu.

Ada teori mengatakan sambungan leader pada tali utama akan mengurangkan kekuatan sebenar tali itu (kurang sebanyak 30%) kerana ikatan knot itu sendiri yang menjadi faktor hilangnya kekuatan sesuatu tali. Lebih-lebih lagi pada tali braided. Kehilangan kekuatan adalah disebabkan jenis knot, kekemasan sesuatu ikatan dan faktor-faktor lain. Namun isu ini akan kami bincangkan di artikel yang akan kami buat nanti selepas memahami kebenaran teori ini dan setelah selesai analisa kami.

Apa pun setiap knots yang digunakan pada tali braided akan putus juga tidak kira berapa hebat pun anda. Ini adalah kerana tali yang di ikant dengan knot akan bertambah ketat untuk satu jangka masa dan mula memakan tali leader atau kes lain leader yang di ikat tidak kemas dan terlucut. Tali braided biasanya akan melukakan tali leader fluorocarbon yang boleh menyebabkan lagi mudah atau cepat putus.

Anda juga harus faham bahawa terdapat 2 jenis leader yang utama iaitu monofilament leader dan fluorocarbon leader. Kedua-duanya ada perbezaan dan digunakan dalam situasi yang berbeza oleh pemancing. Apa yang penting ialah anda memahami poket anda terlebih dahulu. Jika anda berbajet maka tali mono sudah lebih cukup untuk dijadikan leader.

Andaikata anda mempunyai bajet maka flurocarbon leader adalah pilihan yang paling ideal kerana ia memberi kelebihan seperti yang dinyatakan di atas. Terdapat pelbagai jenis fluorocarbon leaders yang ada di dalam market. Pilihlah mengikut kesesuaian bajet dan cara pancingan anda.

vanish-flurocarbon-leader
vanish-flurocarbon-leader
surecatch-fluorocarbon-leader
surecatch-fluorocarbon-leader
black-magic-fluorocarbon-leader
black-magic-fluorocarbon-leader
p-line-fluorocarbon-leader
p-line-fluorocarbon-leader
seaguar-fluorcarbon-leader
seaguar-fluorcarbon-leader
HiSeas-flourocarbon-leader
HiSeas-flourocarbon-leader
yozuri-leader
yozuri-leader
suffix-fluorcarbon-leader
suffix-fluorcarbon-leader
trilene-flurocarbon-leader
trilene-flurocarbon-leader
team-daiwa-td-line-fluorcarbon-leader
team-daiwa-td-line-fluorcarbon-leader
team-daiwa-fluorcarbon-leader
team-daiwa-fluorcarbon-leader

Tiada had dalam ultralight fishing atau apa-apa pancingan pun. Apa yang penting ialah anda menyesuaikan tali leader dengan target ikan supaya ia menjadi lebih mencabar dan memberi getaran yang boleh membuatkan anda teruja. Walaupun anda menggunakan leader 20lb pada tali utama 6lb; tali anda tetap akan putus berdasarkan tali utama anda iaitu 6lb. Penggunaan leader adalah bertujuan menahan impact, sebagai absorber, sebagai pelindung berdasarkan lokasi pancingan anda dan menjadi halimunan pada ikan.

Diharap dengan sedikit tips-tips pemilihan leader yang sesuai diatas anda sekarang boleh membuat pilihan yang sesuai untuk digunakan sebagai leader. Apa pun lain orang lain pendapat kerana mereka menggunakan leader di dalam situasi yang berbeza. Dengan sedikit tips di atas sekarang anda sendiri mampu membuat percubaan sendiri untuk memahami leader mana yang sesuai dengan cara pancingan anda.

Selamat mencuba.

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

warna-tali-pancing-berdasarkan-air

Adakah Ikan Dapat Melihat Tali Pancing? Pentafsiran Dari Penyelidikan dan Kenyataan Yang Dibuat Oleh Pengilang

Amat berbesar hati apabila dihubungi oleh Fix.com berkenaan dengan artikel yang ada di dalam blog …

15 comments

  1. Terbaik..begitu bermanfaat sekali..sebelum ini main belasah saja leader..asalkan mono..dengan adanya artikel sebegini,maka sy dpt mempelajari atau mengetahui leader yang sesuai untuk digunakan.

  2. best blog ni.. sangat beeguna buat sya yg newbie ni hehe???

  3. mohd eizaruddin bin abd rahman

    Anda adalah seorang yang sangat berpengetahuan dalam bidang ini,,terima kasih

  4. Terbaik bro.. Nk tnya ckit, andai bro guna berkley trilene XL sbgai main line, bro akan smbung x dgn leader?

    • Saya biasa tak guna leader kalo main mono bro sebab lebih suka direct. Tapi tak salah kalau nak pakai leader. Adjust ikut kesesuaian target ikan, lokasi pancingan dan confident diri πŸ™‚

  5. Kalau kita guna berkley fireline crystal sbgai main line dan terus ke lure tanpa leader, rasa2 ikan boleh kesan x, dan lure kita boleh beraksi dgn baik x? Tq bro..

    • Hi bro,

      Boleh bro. Even pakai leader pon saya pasti ikan boleh nampak cuma leader membantu lebih sikit. Kalo direct line mesti boleh nampak. Lure kalo direct line memang boleh beraksi dengan lebih baik sebab tiada rintangan / bebanan lain.

  6. hi bro…
    sy nk tnya… rod sy tu poundange nya
    6lb-12lb.. adakah ianya bermaksud main line sy tidak lebi 6lb dan leader tidak lebi 12lb..
    atau main line sy tidak lebi 12lb…
    newbie TQ…
    kenecin nix trbaik…

  7. Mohd Adharim Bin Yunus

    Bos nak tya ni..berapa panjang leader antara mainline dan lure…

    • Sedepa okay da bro… panjang sgt nnt tak syok time cast. Adjust ikut panjang rod bro… kesesuaian.. kdg2 rod panjang tp lembut tak sesuai pakai leader panjang2… πŸ™‚

Leave a Reply to zai Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.