Penerangan ringkas tentang Gear Ratio pada Reel

Selalunya, apabila kita membeli mesin kekili, jarang kita melihat dan memahami nilai nisbah gear yang digunakan pada mesin tersebut. Perkara yang kita selalu lihat ialah bilangan ball bearings, saiz mesin, rupa kosmetik sahaja. Tapi, itu hanyalah pandangan saya semata-mata kerana saya sendiri dulu tak pandang dan tahu langsung tentang maksud nisbah gear. Bukan niat saya hendak memperkecilkan pemancing yang sudah sedia tahu tentang perkara ini.

Jadi, berbalik pada topik asal kita, mesin kekili sama ada dari jenis spinning atau baitcast mempunyai nisbah gear / gear ratio yang berbeza mengikut saiz, dan versi. Contoh nisbah gear yang terdapat pada mesin kekili Shimano Sienna 500FD, 4.7:1. Jadi, apa yang dimaksudkan dengan nilai tersebut?

Secara mudahnya, nisbah gear pada mesin kekili ialah bilangan putaran rotor(bahagian yang memegang bail arm dan line roller) untuk satu putaran pengayuh.

Untuk kes kekili Shimano Sienna 500FD tadi, bilangan putaran rotor ialah sebanyak 4.7 kali untuk satu putaran pengayuh.

Senang bukan?

Kalau 5.6:1, 5.6 putaran untuk satu putaran pengayuh, dan saya rasa anda sendiri sudah faham sekiranya saya letakkan nisbah gear yang lain.

Tapi, jangan lupa juga untuk melihat secara mendalam lagi tentang nisbah gear. Kita juga perlu lihat berapa panjang tali yang dapat digulung untuk satu putaran pengayuh. Lihat carta di bawah:

SIENNA_FRONT_DRAG

Kita dapat lihat dalam carta di atas, untuk setiap kayuhan(Line retrieve per crank), sebanyak 21 inci tali yang dapat digulung ke dalam spool.

Sehingga di sini sahaja perkongsian saya kali ini. Semoga berjumpa lagi di artikel yang akan datang, InsyaAllah.

Check Also

Tips Pancing: Cara Menetapkan Spool Tension Untuk Baitcasting Reel

Lain pemancing lain cara. Apa yang bakal saya share untuk kawan-kawan adalah perkara biasa yang …

6 comments

  1. Bos mau tanyak, mana bagus antara 5.5.1 atau 5.2.1 atau 5.2.1 untuk gear rationya??
    Makasih

    • Lebih kurang ja bro. Ration bergantung pada jenis pancingan. Contoh jika bro banyak main soft plastic maka ratio rendah bagus untuk gayakan aksi soft baits. Jika bro banyak main gewang especially top water maka ratio tinggi lebih sesuai. 🙂

  2. Ki Semar Ngedum Rejeki

    Kalau untuk muara/ ikan GT paling cocok real ukuran berapa? Ratio gear berapa? Makasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.