ADAB – Kunci Kepada Pancingan Lebih Berjiwa dan Beretika

Dunia pancingan kini lebih-lebih lagi di Malaysia sedang pesat membangun. Masing-masing berebut cuba berbuat sesuatu untuk membuktikan diri dalam jenis pancingan yang di ceburi. Dalam proses cuba mengejar sesuatu yang tidak pasti ramai pemancing terlupa satu perkara yang paling penting iaitu ADAB.

Adab merangkumi pelbagai perkara; baik dari tingkah-laku kita di public mahupun apabila bersendirian. Media social telah menjadi satu “penyakit” yang tidak ada jalan keluar. Setiap hari setiap invidividu akan pasti mengintai Facebook, Instagram, YouTube atau media social yang lain untuk mengetahui apa yang terjadi pada rakan-rakan dan dunia luar.

REALITI

Dalam duduk mengintai yang kunun-kunun “HOBI KAMI MAHAL”, yang kunun-kunun “MANCING HOBI KAMI”, yang kunun-kunun “MANCING MENGAJAR KESABARAN”, yang kunun-kunun “MANCING BOLEH MENGELAKKAN PERKARA YANG LAGI TERUK”, kadang-kadang kita sebagai invidividu terjebak dengan perkara yang tidak sepatutnya terlibat contohnya:

  1. Komen tanda support post rakan yang meroyan akan tidak puas hati dengan sesuatu yang belum tentu dia betul;
  2. Komen post rakan yang share post rakan lain atau media lain yang lebih berbau fitnah;
  3. Share post-post dari media lain yang tidak relevant pada kebenaran;
  4. Share post-post yang tidak senonoh;
  5. Share post-post seperti eksiden, darah, kematian, benda-benda jijik dan macam-macam lagi yang boleh membuatkan orang lain terganggu;
  6. Komen post rakan yang lebih ke arah berbuat dosa (kutuk, fitnah, kondem, perli, sebagainya);
  7. Video yang bercakap tidak senonoh, mencarut, mengaibkan dan sebagainya;
  8. Video sambil merokok yang boleh merosakkan generasi yang masih mentah;

Dan bermacam-macam lagi perkara lain yang boleh merosakkan pelbagai lapisan masyarakat.

APAKAH YANG ANDA CUBA LAKUKAN?

Jadi adakah tindakan yang anda lakukan akan membawa sukan memancing ini ke arah yang lebih positif? Adakah anda membawa kebaikan dalam perkembangan dunia mancing atau anda sebenarnya adalah penyumbang kepada kemelesetan dari segi ADAB sebab anda ingin membuktikan sesuatu?

Kemanakah hala-tuju anda? Anak-anak anda? Anak-anak orang lain? Tidak kisahkah anda merosakkan orang lain? Tidak rasa bersalah? Tidak rasa berdosa?

PERANAN GROUP ULTRALIGHT ANGLERS

Pelbagai isu terjadi di group akibat kepentingan agenda sendiri. Kami sebagai pemilik group itu penat berusaha dalam mendidik semua lapisan pemancing dengan tujuan untuk memeriahkan lagi pancingan ultralight. Tahukah apa tujuan group di buat?

Kami fokus pada PEMBANGUNAN bukan sahaja ilmu tetapi ADAB. Kami juga fokus pada mendidik peminat-peminat sukan ultralight fishing ke arah pancingan yang lebih berjiwa.

SOLUSI

Pada pendapat saya solusi terbaik pada semua masalah ini ialah SOLAT DAN FAHAMI TUJUANNYA. Dari sini jika ada kesedaran di dalam diri Insyaallah kita akan menjadi lebih matang dan akan bergerak ke arah positif dalam mewujudkan satu komuniti yang sihat. Sentiasa berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu supaya kita tidak tersalah cakap atau tersilap membuat andaian akan sesuatu perkara. Berfikir sebelum bertindak akan membuatkan kita lebih matang dalam memberi pendapat.

Solusi lain yang boleh saya fikirkan ialah DIDIKAN yang tiada henti atau kenal erti putus asa. Kami percaya akan wujud komuniti yang lebih sihat jika kita semua sama-sama berusaha dalam mendidik dan memberi kesedaran. Ingat teguran bukan kecaman. Jangan salah anggap teguran sebagai kecaman kerana ini akan membawa kearah rosaknya hubungan sesama kita dan juga boleh membawa kearah mewujudkan salah faham dimana akan terjadi isu seperti fitnah. Jadi jika ada perkara yang anda rasa tidak puas hati atau tidak terang penjelasannya; bertanyalah terus dengan menghubungi yang terlibat. Berbincang dahulu dan fahamkan situasinya. Insyaallah akan dapat jawapan yang menenangkan hati.

Dan lagi satu solusi yang saya rasa akan membawa kita semua bersatu ialah dengan BEKERJASAMA dalam semua aspek. Ini akan buat kita kenal antara satu sama lain dan dalam waktu yang sama dapat membuang prasangka akan sesuatu. Punca retaknya sesuatu hubungan adalah prasangka akibat tidak kenal atau di tabur cerita negatif tanpa usul periksa.

Jika anda ada cadangan lain sila komen. Moga ia dapat dijadikan sebagai panduan dan kesedaran.

Terima kasih 🙂

Nota:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Kami akan cuba perbaiki info dalam setiap artikel kami dari masa ke semasa untuk tujuan memperbetulkan apa yang kurang tepat. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.