Ultralight Anglers Fishing Reels

Memperkenalkan reel pertama brand Ultralight Anglers – Trend Setter 1000s. Di datangkan dengan beberapa fungsi yang cukup menarik dan pasti akan menjadi salah satu reel yang disukai ramai kerana ia brand tempatan.

Sebagai pemancing ultralight kami faham apa yang anda perlukan. Saiz reel yang kecil, berat yang sesuai untuk kesemua rod yang anda ada dan boleh digunakan dimana-mana sahaja tidak kira air tawar atau air masin.

Reel Ultralight Anglers Trend Setter 1000s ini didatangkan dengan spool yang cetek (shallow spool) untuk tujuan memudahkan tali keluar dari spool semasa memancing. Spool ini dibuat dengan mesin CNC yang bertujuan mewujudkan reel yang efisen untuk memastikan ia dibuat dengan lebih berkualiti.

Reel Trend Setter ini adalah bersaiz 1000 dengan ratio 5:1.1 dimana saiz yang paling sesuai untuk majoriti rod ultralight dipasaran kerana ia lebih balance dan matching. Reel ini didatangkan dengan drag 2.7kg (6lbs) yang amat sesuai dengan trend yang dibawa dan amat sesuai untuk target ikan yang bersaiz ultralight.

Berat reel ini sekitar 210g kerana kami menggunakan 9+1 bearings yang sesuai untuk air masin dan air tawar. Body nya juga disaluti dengan warna cat 2K untuk menahan tindakan air masin.

Reel ini juga didatangkan dengan custom non-slip knob yang berteknologi tinggi. Bahan yang digunakan mampu memberi pengguna kepuasan semasa memancing. Ia juga didatangkan dengan bail-arm yang besar untuk menampung asakan ikan. Terdapat 2 bearings pada batang shaft reel ini untuk tujuan mengurangkan gegaran pada reel dan pada waktu yang sama meningkatkan prestasi reel semasa berlawan dengan ikan. Dalam waktu yang sama ia membantu pusingan rotor reel yang lebih lancar.

Tidak lupa Power Handle yang dibuat menggunakan mesin CNC yang akan meningkatkan prestasi reel Trend Setter ini. Power handle ini juga akan membantu anda semasa bertarung dengan ikan dan juga memberi anda lebih kuasa mengawalnya.

Untuk menjadikan reel ini lebih padu kami masukan clicker pada bail arm dan clicker pada spool kerana kami faham bunyi yang sedap apabila bertarung dengan ikan akan membuatkan tidur malam tidak lena.

Batch pertama adalah bertujuan untuk Feedback. Sebanyak 500 biji telah dibuat. Kami inginkan feedback jujur dari anda supaya kami dapat perbaiki apa yang kurang. Ya, kami telah membuat RND dan field testing yang makan tahun namun berbanding 2 kepala dengan 500 kepala adalah lebih baik. Lebih banyak yang menggunakannya akan lebih data kami dapat untuk kami perbaiki apa yang kurang. Ini juga bertujuan memenuhi permintaan anda sebagai pelanggan. Jadi kami harus berusaha untuk memajukan produk brand tempatan.

Jika ada sebarang feedback sila hubungi kami terus di page Facebook atau Instagram. Linknya ada dibawah ini:

Facebook: https://web.facebook.com/ultralightangling/
Instagram: https://www.instagram.com/ultralightanglers/
Whatsapp Official : 011- 333 66 005

Pembelian boleh hubungi kami di page atau melalui semua penjual sah kami.

Terima kasih atas sokongan. 😘