Terdapat pelbagai fahaman tentang ultralight dan semua ini terpulang kepada apa yang anda mahu dan apa yang anda rasa sesuai untuk diikuti. Tiada siapa yang salah namun tepuk dada tanya selera apa guna poundage rod diberi jika ia bukan untuk di ikuti sebagai panduan?
Kami disini berdasarkan setup bukan berdasarkan ikan. Ini trend yg kami ingin perkembangkan di Malaysia.
1. Rod: Maxima 6lbs.
2. Reel: Maxima Line Class 6lbs. Paling ideal reel size 1000 dan ke bawah untuk casting. Ada juga reel bersaiz 2000 & 2500 (kebiasaanya shallow spool) yang juga mempunyai specs yang sesuai untuk ultralight game. Apa yang penting ia balance dan matching untuk kepuasan maxima. Sesuaikan dengan game anda.
3. Line: Maxima 6lbs.
4. Leader: Tiada had untuk dapatkan feel dan confident. Trend kami leader juga di sarankan 6lbs dan kebawah. Didik diri anda untuk mencuba. Kami boleh anda juga boleh. Tetapi sebagai permulaan untuk mendapatkan confident anda boleh guna leader tidak kira berapa poundagenya. Sesuaikan dengan lokasi pancingan dan target ikan.
Tujuan kami membuat trend ini adalah bertujuan untuk kepuasan dan mencabar diri ke arah pancingan yang lebih extreme untuk memaximakan kepuasan dengan setup yang sesuai. Anda harus memahami apa itu Balance dan Matching. Kami adalah perintis trend ini. Kami akan mendidik supaya semua yang masih tidak memahami Ultralight dengan cara yang betul. Jadi jangan risau jika anda buat silap kerana kita semua tidak akan berhenti belajar. Lagi pun ini adalah standard kami dan Trend baru yang ingin kami perkembangkan di Malaysia dan sekitar negara Asean maka untuk memahaminya akan mengambil masa.
Terima Kasih.