Pengikut Trend Kami

Trend kami telah menjadi satu fenomena yang tidak boleh di bendung lagi bukan sahaja di Malaysia namun hampir semua negara sekitar Malaysia. Kini kami telah mempunyai pengikut lebih daripada 14,000 orang dari serata dunia. Trend ini telah diikuti bukan sahaja oleh group-group peminat tegar casting namun kaki kolam dan jigging juga telah terjebak. Apa yang pasti kini lebih banyak pemancing mencari kepuasan daripada ikan.

Ultralight-Anglers-Logo

Antara group terawal luar dari Malaysia yang telah mengikuti kami secara official ialah dari Singapore – Ultralight Anglers (Singapore), Ultralight Anglers Indonesia, Ultralight Anglers Philippines dan banyak lagi group lain. Dan akan ada lagi group pemancing dari luar negara yang juga mahu mengikutinya. Apa yang kami mahu ialah trend ini diikuti oleh semua pemancing.

Jadi mari kita sama-sama berusaha kearah itu dan menjadikan sukan memancing sebagai hobi nombor satu kita.