Tips Pemilihan Rod Pancing Yang Sesuai Berdasarkan Power, Aksi dan Panjang

Mempunyai peralatan pancing yang sesuai adalah penting dalam aktiviti pancingan harian anda. Dengan adanya pelbagai pilihan umpan dan teknik, manufacturer rod telah mengeluarkan rod yang khusus untuk membuat lontaran umpan/gewang yang lebih jauh dan lebih tepat.

Mereka juga telah memastikan keupayaannya seimbang dengan faktor-faktor lain untuk memberikan pemancing kelebihan apabila memancing. Seorang pemancing yang efektif kebiasaannya boleh memilih setup pancing yang sempurna mengikut jenis pancingan mereka. Joran yang betul untuk keadaan tertentu membolehkan pemancing untuk membuat lontaran umpan yang lebih tepat, mengayakannya dengan betul, mendapatkan lebih banyak strike dan mendaratkan ikan yang di target.

choosing-ultralight-fishing-rod

Pemilihan Umpan / Lure Selection

Pemilihan joran pancing yang lebih sesuai harus bermula dengan pilihan umpan/gewang yang hendak digunakan. Contohnya: Menggunakan rod yang mampu membuat flipping (libas) seperti Trapara, Zuna atau Scimitar untuk memburu ikan dengan umpan crank akan menjadikanya lebih sukar dan tidak sesuai. Walaupun anda boleh membuat lontaran crankbait yang dengan rod flipping; jarak, ketepatan dan keupayaan untuk mendarat ikan akan membuatkan prosesnya menjadi lebih sukar dan agak menderita. Mengetahui bahagian yang berlainan di rod dan bagaimana pemilihan ini mempengaruhi pancingan apabila melawan ikan adalah langkah pertama dalam memilih rod yang sesuai.

Kebanyakkan rod ultralight berat gewang biasanya adalah maxima 7 gram. Semua rod tidak kira apa poundage nya akan di label lure weight (berat gewang yang disarankan). Dan ini adalah panduan yang perlu di ikuti supaya tidak memudaratkan rod anda. Mungkin rod tidak patah pada masa itu namun struktur rod anda sebenarnya telah mula crack dibahagian dalamnya. Makin lama makin teruk jadinya jika anda masih tidak mengikuti apa yang disarankan.

Apabila memilih rod spinning atau bait casting, terdapat tiga perkara asas yang perlu dipertimbangkan iaitu:

1. Kuasa – Power
2. Aksi – Action
3. Panjang – Length

Gabungan Power dan Action membolehkan jarak lontaran yang lebih jauh dan dengan teknik yang sesuai mampu melontar umpan dengan lebih tepat. Di tambah dengan panjang rod yang ideal dengan kombinasi peralatan yang sesuai mampu memberikan kawalan yang lebih berkesan. Ketiga-tiga elemen ini juga akan mengelakkan keletihan dan kekecewaan pada pemancing.

Kuasa Rod / Rod Power

Kuasa adalah jumlah tekanan pemancing beri pada sesuatu rod. Aksi rod yang lebih berat (Heavy) memerlukan lebih banyak tekanan untuk melentuk, manakala rod yang lebih ringan (Light) tidak memerlukan tekanan yang banyak untuk melihat lentukannya.

Pengeluar rod telah membuat beberapa kategori rod iaitu: Ultralight, Light, Medium, Heavy atau Extra Heavy. Namun pada masa kini terdapat rod power seperti Medium Light atau Medium Heavy. Pengeluar rod telah membuat klasifikasi rod yang standard (rod classification) sejak puluhan tahun mengikut power rating rod yang sesuai untuk sesuatu rod. Untuk info yang lebih lanjut sila baca artikel di link ini di bahagian Power / Rod & Line Classification:

https://www.ultralightanglers.com/apakah-itu-ultralight-fishing/

Aksi Rod / Rod Action

Aksi atau action adalah perkara yang biasa membuatkan pemancing agak confuse. Ini kerana mereka selalu campur-adukan dengan power. Ramai suka bercakap “rod aku action dia ultralight“. Sebenarnya ia salah dan langsung tidak tepat. Aksi adalah kelajuan lenturan rod yang berbalik pada posisi asalnya. Bermaksud jika rod anda mempunyai aksi “Fast Action” maka ia bermaksud kelajuan lenturan rod anda berada pada posisi dari guide nombor 2-4 dari atas. Namun, ini adalah bergantung pada panjang sesuatu rod. Terdapat beberapa aksi yang asas iaitu Fast, Medium dan Slow. Kini terdapat beberapa lagi aksi dengan menggunakan kombinasi asas iaitu Medium Fast, Extra Fast dan sebagainya. Jadi usah confuse kan diri anda dengan terma yang salah.

Untuk info yang lebih lanjut sila baca artikel di link ini:

https://www.ultralightanglers.com/apakah-itu-ultralight-fishing/

Panjang Rod / Rod Length

Panjang sesuatu rod juga amat penting untuk target ikan dan kawasan permainan anda. Ini amat mempengaruhi segala aksi yang bakal anda buat untuk memujuk ikan. Contohnya: Jika anda memancing dikawasan bersemak yang mempunyai pokok-pokok tinggi dan rendah yang membuatkan anda tidak boleh membuat over-head cast maka rod sepanjang 6 kaki dan kebawah adalah pilihan yang mungkin lebih sesuai. Rod pancing yang pendek akan memudahkan anda membuat lontaran yang lebih tepat dan mampu mengatasi segala cabaran lain seperti gangguan pokok-pokok, semak, ruangan sempit yang mungkin boleh menganggu aktiviti mancing anda.

Rod yang lebih panjang pula kebiasaannya dikaitkan dengan lontaran yang lebih jauh. Ini tidak salah namun ia perlukan kombinasi yang sesuai dalam elemen “aksi dan power”. Rod panjang tetapi mempunyai aksi Slow atau Moderate adalah kurang sesuai untuk membuat lontaran jauh kerana ia kebiasaanya mempunyai backbone yang lembut untuk tujuan pancingan yang direka khas untuknya. Contohnya: Trapara dan Zuna. Seeloknya rod yang mempunyai aksi Fast atau Extra Fast adalah lebih lebih sesuai untuk mendapatkan jarak lontaran yang lebih jauh.

Ada yang suka bercakap “lagi panjang rod lagi sedap, lagi karen” . Bagi saya pemancing jenis ini lebih terpengaruh dari memahami tujuan sesuatu rod itu dibuat. Di sini saya kurang setuju dengan pendapat sedemikian kerana bagi saya kita harus sesuaikannya dengan aksi dan power, cara kita mancing, lokasi dan mengikut kesesuaian.

Kesimpulan

Pemilihan rod yang sesuai dengan gewang dan target ikan adalah amat penting apabila kita mencari kepuasan memancing. Kebiasaan pemancing yang lebih mengutamakan feel dari hasil tangkapan adalah lebih pandai menyesuaikan rod, gewang dan target ikan. Ini kerana mereka memahami tujuan sesuatu rod itu dibuat dan bagaimana hendak mendapatkan kepuasan yang maxima.

Tidak semua pemancing sedar akan tujuan sesuatu rod itu direka. Kebanyakkan mereka tidak tahu apa itu “Trout” rod, “Bass” rod, “Stream” rod dan sebagainya. Mereka-mereka ini lebih kepada mengikuti sebaran pemancing lain yang suka menggunakan ayat untuk menunjukkan kepuasan iaitu “rod ini adalah terbaik” tanpa membuat/mendapatkan sebarang pencerahan apa yang dikatakan terbaik. Namun, mereka ini tidak harus disalahkan kerana mereka cuma meluahkan apa yang mereka rasa dengan cara tersendiri. Apa yang pasti masing-masing mempunyai kemampuan yang agak terbatas dalam kewangan dalam membeli rod yang lebih ideal. Jadi kebanyakkan kita menyesuaikan diri dengan rod yang boleh digunakan sebagai all-rounder.

Ingat, setiap rod dibuat khas untuk ikan tertentu. Fahaminya dan cuba ikutinya mengikut kemampuan yang disesuaikan dengan ilmu yang betul bukan akibat hasutan atau nasihat yang kurang cerdik. Di sinilah anda akan mula memahami konsep ultralight sebenar iaitu menyesuaikan setup dengan target ikan dan kesesuaian dengan lokasi pancingan yang lebih ideal.Apa yang kami cuba didik memerlukan masa, efforts, proses yang sesuai dan step by step action bukan sekadar lempar segala-galanya dan mengharapkan semua pemancing akan faham. Kami ada cara tersendiri dan kami tahu apa yang kami buat adalah berdasarkan dengan situasi market. Di sinilah akan terdapat pelbagai conflict dalam pemahaman masing-masing dan di sinilah akan berlaku segala percanggahan dalam ilmu dan mula tersebar cerita di mana apa yang kami buat adalah salah. Tepuk dada tanya selera. Itu sahaja mampu kami cakap. Jika kami salah tidak mungkin media membuat liputan mengenai trend ultralight kami. Dan yang pasti jika kami salah tidak mungkin trend ini di ikuti oleh negara-negara lain.

Nasihat kami ialah sesuaikan setup anda supaya ia “Balance” dan “Matching”. Apa guna rating poundage pada rod jika anda tidak mengikutinya? Lebih baik rod tidak di label sebarang poundage supaya anda boleh menggunakannya ikut sesuka hati. Fikirkan sejenak…

Sila baca artikel di link ini untuk keterangan lebih lanjut:

https://www.ultralightanglers.com/apa-itu-matching-dan-balancing-dalam-setup-pancingan/

Balance dan Matching adalah elemen yang paling penting dalam sukan ultralight. Ramai yang tidak fahami maksud sebenar ini. Ramai yang membuat anggapan setup yang mereka guna adalah “terbaik” dan paling sesuai tetapi kebenarannya ialah jauh sekali. Luangkanlah masa untuk membaca supaya anda lebih fahaminya. Luangkanlah masa on-the-field bukan hanya membaca supaya anda lebih faham secara praktikal dengan kesesuaian rod dan target ikan. Bukan hanya memancing sebanyak 10 kali dan meletakkan diri anda sebagai orang yang faham apa itu ultralight. Rod dan reel mahal bukan melambangkan anda hebat atau berilmu. Segalanya perlukan kesabaran dan kepekaan. Segalanya memerlukan research yang berterusan. Dan segalanya memerlukan hati yang besar untuk menerima ilmu yang kami beri dan memberi kembali kepada yang lain serta menghargai setiap usaha kami yang tidak kenal jemu. Apa yang penting; sekali anda fahaminya maka segalanya akan terlerai untuk anda sebagai ultralight angler yang berpengalaman dengan ilmu yang anda dapat semasa proses mencari ilmu on-the-field. Ingat ilmu ini bukan sahaja untuk ultralight tetapi ia juga untuk semua jenis pancingan juga kerana ia menggunakan konsep yang sama.

Untuk memahaminya dengan lebih lanjut sila baca artikel di link ini:

https://www.ultralightanglers.com/faktor-faktor-penting-untuk-memahami-ultralight-fishing/

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

6 Kesalahan Biasa Dibuat Apabila Menguji Rod Ultralight

Topik kali ini lebih pada kelakuan kebanyakan pemancing setelah atau semasa membeli rod. Maaf jika …

5 comments

  1. salam hangat dari provinsi sulawesi tengah Indonesia. di daerah saya sangat sulit menemukan rod dengan kapasitas maksimal 6 lb, tapi banyak sekali tersedia rod berbahan fiberglass tanpa keterangan poundnya. bolehkah saya menggunakannya?

    • Hi bro,

      Maaf lambat reply. Busy dengan mancing. Hahaha.

      Tidak boleh bro sebab rod fiberglass adalah lebih liat dari carbon. Memang aksi nye macam rod ultralight tapi rod di katakan ultralight bukan berdasarkan bertapa lembut nya rod itu. Ultralight di rating dari segi power. Contoh: Rod jigging yang lembut banyak terdapat di pasaran. Ada yang lebih lembut dari rod ultralight namun ia tidak dikatakan ultralight kerana ratingnya adalah pada kekuatan/power rod itu. Ramai mempunyai pemahaman rod lembut adalah ultralight. Pemahaman ini adalah silap bagi saya. Harap dapat membantu 🙂

      • Terima Kasih atas bantuannya bro, jadi makin tau nih tentang konsep ultralight fishing. sepertinya saya harus sedikit bersabar sambil menabung karena untuk dapatkan rod tersebut harus via online dari jakarta atau kota lain yang tentunya memerlukan biaya lebih. sekali lagi Terima Kasih atas ilmunya yang bermanfaat, barakallahu..

  2. Salam fishing dari Sumatera Barat, Indonesia.

    Saya memiliki satu rod yang bernama “Seahawk Micra” dengan panjang 1.35 M, saya sangat menyukainya, tapi, rod tersebut melengkung meskipun hanya menggunakan pemberat yang berukuran kecil dan umpan yang hanya sebesar butiran nasi, apakah rod tersebut bagus?

    • Hi bro,

      Mungkin bagus bro. Tidak pasti kerana rod tidak berada bersama kami jadi susah untuk memberi sebarang nasihat 🙂

Leave a Reply to Kanicen Nix Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.