Perangai Pemancing Yang Paling di Benci

Syarat pertama apabila membaca artikel kali ini ialah jangan terpesong dari niat kami yang sebenar iaitu mendidik untuk ke arah yang lebih matang sebagai pemancing. Senyum dan komen tanda setuju dan nyatakan pendapat anda dengan positif. Buang segala negatif yang ada dan minta maaf jika pernah buat kesilapan dengan rakan-rakan yang lain.

Seringkali kita dapat perhatikan luahan pemancing yang kecewa dengan sikap rakan-rakan pancing lain. Dulu rapat macam isi dengan kuku kini putus sahabat akibat salah faham yang kadang-kadang tiada punca atau terlalu remeh.

sikap-pemancing-yang-dibenci

Apakah sikap yang anda paling benci dengan rakan pancing anda? Apakah punca perkara benci-membenci ini terjadi? Dan apakah yang anda boleh lakukan untuk memperbaiki supaya tidak putus kawan?

Antara sikap yang biasa terjadi pada pemancing ialah:

1. Pemancing Suka Pecah Port

Masalah: Isu pecah port memang sudah lama menjadi satu perkara yang amat sensitif. Ramai menjadi mangsa dan port yang dijaga lama hancur akibat sikap rakus rakan yang dipercayai. Pura-pura berkawan untuk mengetahui port adalah strategi jenis pemancing begini. Lepas tahu port memang rakan yang membawanya dilupakan begitu sahaja. Tiada sebarang info atau meminta kebenaran sekadar menghormati adalah luahan yang biasa didengari.

Cara Penyelesaian: Rahsiakannya sebaik yang boleh. Adakah ini penyelesaian? Mungkin tapi boleh mengakibatkan isu lain terjadi seperti dibenci dan macam-macam lagi. Pastu pada yang nak tahu port tu diam-diam la PM. Jangan dok tanya kat wall atau secara open sangat. Da tentu orang tu tak reply atau cuba cover. Dan pada yang dah tahu port jangan la pecahkan rahsia. Jangan la nak tunjuk hero bagitahu port publicly. Kaki-kaki yang rogol port orang ini sentiasa mengintai tunggu peluang. Apa yang amat penting ialah jaga amanah orang yang membawa kita. Hormat dia walaupun port si pembawa menganggap port itu port bapak dia. Yang pasti anda tidak mungkin dapat tahu port itu jika bukan kerana dia.

2. Pemancing Bawa Barang Telarang

Masalah: Banyak pemancing diam-diam main ganja atau macam-macam benda lain yang terlarang semasa memancing. Main ganja tanpa menyusahkan orang lain tidak mengapa tetapi yang jenis yang boleh membuatkan orang lain menjadi mangsa situasi. Perkara ini pernah terjadi pada diri saya sendiri beberapa minggu lepas dimana terjumpa sepeket ganja dalam kereta. Inilah dikatakan menyusahkan orang lain. Jika terkena boleh dipenjarakan. Nasib tak tahu siapa kalau tahu terimalah apa yang patut. Pada yang bawa barang ini masuk ke kereta saya pastikan anda jauhi diri tu dari saya. Saya tidak perlukan “kawan” macam anda.

barang-terlarang-semasa-memancing

Cara Penyelesaian: Pastikan rakan memancing anda tidak terlibat dalam benda-benda “bodoh” ini. Sebelum naik kereta mereka atau menumpangkan mereka di kereta sendiri segala benda yang boleh mengakibatkan bahaya WAJIB ditinggalkan. PASTIKAN anda tanya sebelum bergerak. Pada yang membawa barang terlarang, jangan buat orang lain menjadi mangsa kebodohan anda.

3. Pemancing Kaki Fitnah

Masalah: Ini adalah masalah utama orang kita. Dimana-mana ada cerita yang memesongkan pemikiran orang dan dimana-mana ada cerita yang dibawa tanpa sebarang fakta. Yang peliknya menyebarkan cerita dengan bertopengkan agama. Yang bercerita memang ternyata penanggung dosa dan yang mendengar pula mempercayainya 100% tanpa sebarang periksa. Masing-masing mengutip dosa kering. Ditambah lagi meng “viral” kan sambil menghasut rakan-rakan yang lain yang turut menjadi mangsa kerana kebodohan menilai tanpa usul periksa.

Cara Penyelesaian: Agama bertujuan mentamadunkan manusia dan mendidik kita kearah keharmonian manusia sejagat. Jangan menjadi penunggang agama di depan manusia tetapi di belakang menjadi manusia yang keji. Jika ada yang tidak berpuas hati cara terbaik ialah face to face dan jadi “LELAKI”. Masalah akan selesai. Kepada pendengar cerita-cerita yang tidak bermanfaat ini lebih baik anda elakkan berkawan dengan jenis begini. Tidak membawa sebarang kebaikan.

Kepada yang di fitnah “PERCAYA PADA TUHAN” dan bersabar. Mereka ini akan dibalas dengan pelbagai cara dan bentuk. Hidup jenis ini akan sentiasa susah. Jadi bersabarlah.

4. Pemancing Barang Nak Branded Sahaja

Masalah: Apabila orang tempatan yang kaki branded @JDM model menguasai diri dan menjadi bongkak. Apabila barang local barang dikondem habis-habisan. Yang pelik akan cakap barang terbaik dan semua terbaik apabila barang JDM. Bila patah/rosak senyap. Dan lagi pelik bila jual balik barang “TERBAIK”. Apa guna jual jika terbaik sangat? Dok rekomen kat orang kaw-kaw tapi jual.

Iri hati kerana tidak mampu atau penakut untuk berbuat sesuatu adalah biasa dikalangan jenis ini. Barang jenama luar walapun bermasalah tidak pernah kondem secara direct tetapi barang tempatan sentiasa di kutuk, hina dan macam-macam dikatakan secara terus terang. Tidak support dan tidak pernah pakai tetapi kondem kununnya mereka faham segala-galanya mengenai produk sedangkan ilmu produk pun tiada. Yang lagi pelik apabila pengusaha produk lain mengutuk produk tempatan yang lain macam produk mereka lebih bagus dari yang lain. Yang menjadikan ia lagi teruk apabila mengajak rakan-rakan lain memboikot produk tempatan. Rakannya yang lain mahu menggunakannya tetapi dilarang. Ini adalah sikap lagi keji dan busuk hati. Perlukah?

Cara Penyelesaian: Sedarlah yang anda menjatuhkan orang lain. Sedarkah dengan perangai anda? Bangunlah dari dunia terkutuk dan supportlah orang yang berusaha untuk kebaikan semua orang. Sedarkah rezeki anda juga datangnya dari orang lain yang berusaha untuk kemajuan produk tempatan? Sedarkah rezeki anda akan lebih murah jika anda support walaupun tidak membeli? Dengan satu “LIKE” “SHARE” “KOMEN” anda sebenarnya membuka pintu rezeki orang lain dan juga sendiri. Berubahlah untuk kebaikan. Kepada pengusaha produk lain supportlah sesama sendiri. Usah kutuk produk orang lain jika produk sendiri tidak pandai dijaga dan menipu semata-mata. Tiada satu produk pun yang tidak bagus. Semuanya bagus. Yang membezakan ialah poket pengguna, cara pengguna, dan attitude penjual yang suka kondem produk orang lain. Jadi ubahlah perangai andai dan marilah bersatu supaya kita dapat mewujudkan komuniti yang lebih sihat.

5. Pemancing Suka Kutuk-Mengutuk / Kaki Bahan

Masalah: Kita semua sama dan kita semua akan mengutuk orang lain. Ini fakta sebagai manusia kerana kita tidak boleh lari dari isu ini. Tetapi kutuk rakan-rakan yang support produk local adalah sikap yang amat keji sehingga kawan yang ingin support bercakap “bukan taknak support tapi takut jadi bahan kawan-kawan pancing yang lain”. Banyak lagi jenis kaki bahan ni. Hobi mereka kalau boleh nk jatuhkan maruah orang je. Semua orang buat salah. Dia saja betul. Hak orang nak support brand pun menjadi isu sedangkan dia masih lagi duduk bawah tempurung macam katak kodok. Semua nampak hitam dan hati pun hitam.

Cara Penyelesaian: Cuba elak dari bercerita yang boleh menjatuhkan maruah orang lain, yang boleh membawa kita kearah fitnah. Bercerita boleh tapi berpada-pada. Biarkan ia sekadar cerita bukan perkara yang boleh digunakan untuk menjatuhkan orang lain atau kearah yang memalukan orang lain. Dan pada yang suka kutuk produk orang lain tu tanya diri apakah kebaikan yang anda telah buat pada industri mancing di tanah air selain menyusahkan orang lain. Anda cuma keyboard warrior yang bersikap macam “mak nyah”.

6. Pemancing Berpuak-Puak

Masalah: Puak Pertama: Berpuak-puak punca utamanya ialah tidak puas hati. Ada sahaja hal yang tidak mereka puas hati dengan group lain atau cara pembawakkan group lain. Jadi wujudnya puak macam puak yang kunun lagi hebat dari puak yang lain.

Puak Kedua: Geng BC tak campur geng spinning dan kaki casting tak campur kaki bottom. Jatuh standard katanya. Ego adalah isu utama apabila menganggap pengguna spinning dikatakan “takda standard” sehingga sanggup di pinggirkan dari berkawan dengan rakan-rakan yang memakai spinning. dan lagi teruk high-end sahaja boleh join.

Puak Ketiga: Otai/Masta/Sifu/Dewataraya/ dan segala title membuatkan mereka ini bongkak sehingga geng-geng lain nak join pun susah. Sedangkan mancing pun tak kemana. Dok kondem sana-sini, dok kutuk sana-sini dan menjauhi orang-orang yang ingin memancing. Ilmu belajar dari orang lain tetapi bercerita macam ilmu sendiri. Mancing setahun sekali umpama  pemancing takut bini. Mereka jenis ini lebih tertumpu pada menjadi keyboard warrior.

Puak Keempat: Geng Anti UL. Banyak kali jumpa jenis pemancing yang benci geng-geng UL kerana mereka tidak percaya set halus boleh menaikkan ikan yang besar. Geng UL biasanya diboikot atau akan dikutuk lagi-lagi jenis yang menggunakan produk tempatan. Banyak geng-geng UL yang mengadu rakan-rakan sekampung menyerangnya dengan pelbagai asalan bodoh sehingga boleh buat gaduh. Pernah sekali terjumpa seorang budak hingusan menegur “apa barang bawak kaki spinning”.

Cara Penyelesaian: Puak Pertama: Mancing je bro. Puak Kedua: Mancing je bro. Puak Ketiga: Mancing je bro. Puak keempat: Mancing je bro. Tak paham lagi ke? Misi kita mancing je pun.

Apa yang nak sangat berbangga pun tak tahu. Sepatutnya kita bergembira dapat share, berkawan dan enjoy hobi ini. Sedarlah diri anda. Semua pancingan adalah sama targetnya iaitu ikan. Tidak bermaksud anda memakai set yang mahal ikan akan dapat tahu. Tidak bermaksud set anda dari Jepun baru ikan hendak makan. Tidak bermaksud set anda mantap baru ikan hendak makan. Jika ikan tahu berfikir perangai anda macam ini memang confirm ikan nk makan pun tak lalu. Yang membezakan memakai set mahal atau lagi mantap adalah kemampuan dan juga kualiti. Set mahal terbukti kebanyakkannya memang bagus tetapi jika teknik anda sama macam biasa apa beza pakai set mahal dan set murah?

Sejak meletupnya ultralight mentaliti pemancing sudah mula berubah dan ini adalah kesan dari apa yang kami usahakan sejak bertahun-tahun. Ingat mancing adalah hobi. Jadi enjoylah dengan cara yang sesuai dan wajar. Tidak kiralah set anda mahal, murah, high-end, rare atau datang dari planet lain sekali pun tujuannya tetap sama iaitu “MANCING”.

7. Pemancing Talam Dua Muka

Masalah: Depan baik belakang kaki cucuk. Depan muka nampak baik je tapi belakang kaki tabur cerita macam-macam. Semua orang dia nak kondem, semua orang salah dan dia je betul. Bila kita buat baik dengan dia semuanya bagus. Apabila kita tolong semuanya baik sehingga sanggup kutuk rakan sendiri dibelakang tanpa segan silu. Apabila kita buat keputusan walk-away atas sebab sikapnya yang berpura-pura menjadi kawan dan khianat; disebarkannya pula cerita yang bebukan pada orang lain untuk tujuan jaga nama sendiri. Rakan yang terpengaruh menjauhkan diri kerana dengar cerita dari satu belah. Dosa kering dikutip untuk “bekalan” nanti.

Cara Penyelesaian: Nasihat jika masih sama perangainya elak berkawan kerana jenis ini adalah perosak kepala orang. Jenis ini menyedut segala energy positif time kita memancing. Jauhkan diri adalah jalan terbaik.

8. Pemancing Semua Dia Hebat

Masalah: Ramai teringin menjadi “OTAI SEGERA”. Otai segera tumbuh macam cendawan dimana-mana. Bila tanya umur baru setahun jagung. Semua orang dikutuknya. Semua orang tidak betul. Bila tanya mana dapat ilmu jawapnya “Google”. Bila tanya ada praktikan ke tak ilmu itu jawapnya “takda”. Bila tanya dari siapa belajar mancing UL jawapnya “sendiri” sedangkan datangnya ilmu ini dari orang lain. Bila tanya berapa lama mancing UL jawapnya “20 tahun” sedangkan umurnya jika ditambah-tolak baru masuk awal form 1-form 2. dimana awal tahun 90an kewujudan barang UL di Malaysia adalah mustahil. Menipu untuk nama. Menipu untuk jadi Otai Segera. Dan ada pula jenis yang paling menyampah semua ikan dia dapat lagi besar dari orang lain. Semua ikan dia pernah dapat. Sedangkan mancing satu tempat sahaja tak pernah keluar kampung. Jenis ini sentiasa membuat status-status tunjuk hebat dan kutuk orang lain. Jenis ini sentiasa membuat post-post agama, politik, kemanusiaan di wall sebagai topeng. Yang pasti jenis ini adalah umpama pesakit jiwa yang hilang kesedaran dan berborak sendiri.

Cara Penyelesaian: Jenis ini memang sukar untuk ditolong. Jika ada jenis macam ni dikalangan rakan-rakan sendiri seeloknya nasihat pedas-pedas sikit kerana jenis ego bongkak macam tahu segala-galanya ini akan menyusahkan dan menyakitkan hati ramai orang. Jika masih tidak berubah abaikan orang macam ini dengan dunia dia sendiri.

9. Pemancing Racist / Perkauman

Masalah: Ada juga pemancing masa sekarang yang masih racist / yang ada sikap perkauman bukan sahaja pada bangsa lain tetapi pada sama bangsa. Jika ada bangsa lain buat sesuatu semuanya tidak betul, semuanya tipu. Atau ada juga jenis yang sentiasa memandang rendah dengan kebolehan bangsa lain. Jenis ini banyak berpura-pura apabila berkawan.

Cara Penyelesaian: Sedarlah diri. Mancing ni sepatutnya hobi sahaja. Jangan libatkan agama dan bangsa dalam hobi. Ia salah dan bakal menjadi seperti isu politik yang sentiasa memporak-perandakan komuniti.

10. Pemancing Menipu Hasil Tangkapan

Masalah: Jenis ini inginkan populariti biasanya. Mereka bangga apabila di puji bertalu-talu lagi-lagi dari orang yang mereka sanjung. Jenis ini tidak boleh tengok orang lain dapat ikan lagi besar dari mereka. Pernah sekali terkenal dengan jenis macam ni sangkut gewang di mulut toman tetapi hasil sebenar memakai ikan keli. Sejak itu kami jauhkan diri dari dia kerana tidak mahu menerima nasihat.

Cara Penyelesaian: Nasihat dan bagi kesedaran adalah cara terbaik. Namun pemancing perlu berfikir perlukah populariti dengan cara menipu. Jika tidak makan nasihat exposekan sikap dia di kalangan rakan-rakan supaya dia mula rasa malu dan tersedar dari dunia penipuan. Jika masih tidak berubah cara terbaik ialah jauhkan diri supaya tidak terjebak dan mangsa akibat perbuatannya.

11. Pemancing Merah Mata

Masalah: Merah mata adalah biasa lebih-lebih lagi Asia yang dikenali sebagai “pencuri” hak milik atau pattern tertinggi didunia dan Malaysia berada antara negara yang paling banyak terlibat dengan isu cetak rompak. Isu terbaru seperti apa yang terjadi dengan warna “R” yang ditiru adalah perkara yang amat mengecewakan dan memalukan. Dan lebih memalukan ada juga yang menyokong dengan membelinya. Usaha orang lain dicuri dengan sengaja dan bersahaja tanpa rasa bersalah dan tiada sikap sportmanship. Ia umpama anda mencuri dalam rumah sendiri.

Cara Penyelesaian: Kesedaran amat penting untuk pembeli. Jangan beri peluang untuk mereka yang suka mencuri idea dan hasil tungkus-lumus orang lain dengan mudah. Sudah tentu yang mencuri itu tidak peduli. Adakah anda mahu menyokong orang yang menyusahkan orang lain? Adakah mahu menyokong mereka yang merosakkan periuk nasi orang lain? Setuju rezeki masing-masing tapi mencuri melalui usaha orang lain adakah dikatakan rezeki? Semoga kenyang perut…

12. Pemancing Kaki Tapau

Masalah: Isu tapau telah diperdebatkan sejak dahulu lagi. Namun tahap kesedaran masih lagi rendah lebih-lebih lagi di Malaysia. Mengapa ini terjadi? Mudah sahaja. Kita telah dididik dari kecil dapat ikan bawa balik untuk dimakan. Ia telah sebati dalam badan. Ada juga suka kaitkan dengan agama dimana ia kurang tepat caranya. Isu tapau ini memang tidak akan habis selagi tiada kesedaran.

Cara Penyelesaian: Ikan makin berkurangan di semua kawasan. Pembangunan adalah punca utama tidak dapat dinafikan. Namun jika pembangunan tidak dapat dihentikan kita harus mengambil inisiatif untuk menjaga tahap populasi ikan ditempat sendiri. Jika semua ikan hendak di tapau bilakan pula ia hendak membiak? Ambillah apa yang perlu sahaja. Usah kaitkan agama dengan hobi. Jika disesuatu kawasan ada 100 ekor ikan dan anda tapau semua bagaimana pula dengan orang kedua, ketiga dan seterusnya yang juga mencari hasil untuk di makan oleh anak bini? Yang mungkin lebih teruk hidupnya dari anda? Sedarkah anda telah memutuskan rezeki orang lain? Sedarkah anda berdosa? Sedarkah anda mungkin telah membuat orang lain kelaparan? Sedarkah tindakan anda ini sebenarnya adalah bersikap tamak? Usah berselindung dibelakang agama.

13. Pemancing Jenis Pinjam Barang Tak Reti Pulang

Masalah: Ramai pemancing yang memang tidak peduli dengan barang orang lain. Pinjam tidak reti pulang terus jadi hak milik kekal. Dan lagi teruk bila di tanya mana, dijawapnya hilang tetapi realiti dia tidak mahu memulangkannya.

Cara Penyelesaian: Minta terus lepas beri pinjaman. Pergi rumah ketuk. Jenis begini usah diberi layanan baik. Menyusahkan dan mementingkan diri.

14. Pemancing Jenis Mancing Bawak Bontot Je

Masalah: Jenis pemancing begini tidak banyak tapi menyakitkan jiwa jika dapat kenal. Pergi mana pun tidak pernah bawa apa pun. Betul-betul bawa setup sahaja. Snap, jighead, hook, gewang semua nak dipinjamnya. Bila putus buat tak tahu, buat perangai macam menyesal supaya dapat simpati dari rakan. Semua barang nak di sponsor macam la kita ni tokey kedai, supplier besar yang ada duit berjuta-juta. Lagi teruk perangai dapat ikan kita yang kena tolong bukak hook semua. Pastu kalau naik boat haram nak tolong kayuh. Nak duduk depan macam dia sponsor semua. Kalau kita dapat ikan dia memang tak boleh duduk diam. Sibuk nak casting juga bukan nak tolong kita.

Cara Penyelesaian: Jangan bagi lagi. Pedulikan dia dapat mancing atau tidak. Atau cakap stock takda dah habis. Setiap kali pergi mancing bawak yang perlu sahaja. Dan cakap gewang ni mahal RM100 rare lagi. Jangan pakai. Jenis yang malas nak kayuh boat tinggalkan je lenkali. Tak payah ajak buat sakit badan je.

15. Pemancing Jenis Buang Sampah Merata-Rata

Masalah: Jenis ni lebih pada perokok. Hisap rokok pandai tapi buang merata-rata. Dah la kurang adap hisap hembus ke muka rakan lain yang tidak merokok ditambah lagi buang merata-rata mengotorkan setiap tempat. Banyak pemancing yang pergi trip tidak pernah membawa balik sampah-sarap yang dibawa masuk seperti bungkusan roti, nasi, air, dan macam-macam. Buang merata-rata adalah kerana malas. Makan tahu tapi malas nak bawa balik dan dibuang di tempat yang sepatutnya sedangkan bukan berat lepas makan. Kunun-kunun “pemancing bergaya” kunun-kunun “hobi kami mahal” tapi perangai lagi teruk dari pengemis. Pengemis pun tahu buang dalam tong sampah. Memalukan.

Cara Penyelesaian: Jika kita tidak jaga kebersihan siapa lagi? Jika kita tidak menjaga tempat kita mancing siapa lagi? Jika kita tidak selamatkan dunia ini siapa lagi? Bila dah hancur port mancing dengan sampah-sampah tunding jari kearah orang lain? Diri sendiri sedar ke tak buang merata-rata? Tidak kiralah kecil atau besar. Buang tetap buang. Benda asas pun tidak dapat buat inikan pula nak mendidik generasi baru seperti anak-anak sendiri. Mereka juga bakal jadi perosak seperti anda. Untuk team leader dan yang ada group tu didik lah semua followers anda. Didik time mancing. Anda sebagai ketua seharusnya tunjuk teladan. Etika takda jangan jadi leader. Jangan jadi leader sekadar nak populariti sahaja. Tanggungjawap leader bukan mudah tetapi akan menjadi mudah bila anda sendiri memulakannya. Jadilah pemancing yang beretika.

16. Pemancing Jenis Jual Beli Barang

Masalah: Sebagai penjual ayat mesti kena manis dan hormat pada pembeli. Jangan bongkak dan jangan menipu kunun-kunun barang 100% perfect condition. Pembeli yang betul-betul mahu tidak kisah jika anda terus terang tetapi akan kisah bila barang yang dapat tidak seperti yang dicakapkan. Nama rosak sebab perangai sendiri.

Sebagai pembeli pula ada yang jenis suka buat booking barang tetapi tidak pernah ada sikap hubungi penjual semula untuk kensel atau meminta tangguhan masa. Lepas sebulan barang yang saya book ada ke bro? Fikir logik. Penjual kena jual barang untuk mencari duit. Pergi beli kat kedai tengok tokey kedai bagi booking tak rasanya?

Lagi satu masalah yang kerap terjadi ialah penjual telah TERANG-TERANG type segala specs produk, harga dan info lain dan di minta PM penjual direct jika berminat tetapi pembeli kebanyakannya tidak pernah peduli masih lagi type “PM”. Cuba fikir ingat penjual ada masa ke nak reply puluhan atau ratusan PM?

Cara Penyelesaian: Sebagai penjual etika amatlah penting. Kejujuran adalah kejayaan mana-mana business. Ingat sebagai penjual anda harus positif bukan beremosi. Misi anda ialah menjual jadi buatlah cara menjual dengan memastikan kejujuran berada di tahap teratas. Lepas itu pastikan customer service berada di tahap yang bagus dan dipuji kerana customer service lah yang akan membuatkan mereka kembali membeli dari anda walaupun ada produk di luar lagi murah dari anda. Jika ada buat kesilapan pada penjual mohon maaf. Bertanggungjawap sebaik yang boleh supaya mereka tidak kecewa. Ingat duit mereka jadi mereka berhak membeli atau tidak membeli.

Sebagai pembeli anda harus faham penjual kena jual barang secepat yang boleh. Jika booking pun biasanya maxima 2-3 hari sahaja. Usah menganggap diri anda itu lebih penting dari misi penjual. Penjual akan melayan anda sebaik yang boleh dan anda juga harus faham dikedai tiada istilah booking. Jadi apabila penjual online memberi booking hargailah mereka. Tidak jadi beli tidak mengapa tetapi bertanggungjawap sedikit untuk info penjual dan mohon maaf. Sudah pasti tidak akan menjadi isu. Mungkin dilain hari boleh berbisnes. Sebagai pembeli juga anda harus faham penjual online mempunyai pelbagai cost juga seperti duit minyak, tol, parking, packaging, masa dan paling penting meluangkan masa untuk mencari produk yang anda mahu. Ia tiada nilainya.

Kepada pembeli bacalah segala info yang penat-penat di type oleh penjual. Dan jika berminat ANDA yang HARUS PM penjual bukan sebaliknya. Anda cuma PM sekali kepada penjual bukan seperti penjual yang terpaksa PM kepada ratusan orang. Fikir sedikit. Jangan jadi pemalas atau pentingkan diri.

17. Pemancing Jenis Mulut Longkang Kaki Kecam

Masalah: Mulut longkang memang berada dimana-mana tidak kira dalam industri mana. Tetapi ia kian makin ketara dalam industri mancing. Di dalam hobi pun mereka ini ingin menunjukkan kuasa dan kekuatan pada keyboard. Jenis ini biasanya adalah penakut yang berselindung dibelakang laptop/pc atau smartphone. Sembang sentiasa tinggi dan sentiasa hebat. Sembang semua orang salah dan dia sahaja betul. Sentiasa “bash” / balun orang lain kunun-kunun orang lain itu salah. Mereka ini kaki kecam. Semua benda kalau boleh dikecam mereka akan kecam tanpa segan silu sehingga mejatuhkan aib orang yang ingin dikecamnya. Kunun-kunun ingin menunjukkan diri itu lagi bagus.

Cara Penyelesaian: Buat nampak tak nampak sahaja cara terbaik untuk settlekan. Contohnya: Anjing menyalak lagi di layan lagi kuat dia menyalak. Jika kita ambil batu baling lagi kuat dia akan membalas tetapi beraninya dari tahap jauh sahaja bukan berani datang dekat. Tetapi anjing jika kita tak layan, buat taktau lama-lama dia letih sendiri apabila sedar dengan kebodohan diri. Lepas tu lalu depan pun dia akan senyap. Begitu jugalah dengan keyboard warrior ini. Layankan umpama seekor anjing yang tengah menyalak, umpama dia tak wujud. Sebab mereka ini tidak penting pun. Mungkin masa kecil hidup selalu dibuli dan mengalami masalah mental. Penat ibu-bapa mendidik mereka menjadi manusia tetapi mereka memilih untuk menjadi anjing.

18. Pemancing Jenis Janji Ke Laut

Masalah: Cakap serupa hebat. Janji kunun-kunun akan ditepati. Siap bagi timing akan sampai masa yang dijanjikan tetapi lesap apabila tiba harinya. Berjam-jam tunggu tetapi tiada berita. Tiba-tiba dapat call baru nak gerak sebab lambat bangun. Sepanjang tahun perangai sama. Pernah terjadi pada diri berjanji dengan seorang yang kunun-kunun “baik”. Kami drive dari Puchong ke belah utara Selangor seawal 3:00 pagi. Tiba di lokasi yang dijanjikan pukul 5:00 pagi. Tunggu punya tunggu pukul 8 plus baru sampai. Saya bercakap dengan rakan “aku dari awal da tahu sebab bertahun-tahun aku kena sebab itu aku lagi suka mancing solo atau terus tunggu di lokasi”. Perkara yang sama pernah terjadi dengan rakan lain yang berjanji dengan orang yang sama tetapi rakan itu cuma lewat cuma 10 minit terus di marah dan letak telefon. Wah! Marah sungguh tetapi “otai” itu lupa perangai sendiri lagi teruk. Tidak pernah menepati janji.

Cara Penyelesaian: Sekali terlewat tegur. Dua kali lewat tinggalkan sahaja. Itu yang saya biasa buat dengan orang jenis tidak punctual. Nak datang sendiri. Sebab itu semua pemancing yang berjanji dengan saya mesti datang awal kerana mereka tahu saya akan tinggalkan meraka. Saya kejar masa untuk sesuatu spesis dan timing adalah faktor utama. Jika lewat akan kecewakan geng lain yang turut serta. Berjanji dengan orang yang sentiasa lewat amat mudah. Suruh mereka drive sendiri ke lokasi. Percayalah jenis ini akan berubah apabila mereka ditinggalkan. Serik!

19. Pemancing Jenis Mancing Tak Ajak

Masalah: Banyak pemancing pada masa kini suka mancing bersendirian akibat sebab-sebab tertentu. Mungkin semua sebab-sebab di atas menjadi punca utama. Jadi pemancing jenis ini memang suka mancing solo. Akibatnya apabila mereka seringkali membuat pembakaran secara terbuka yang membuatkan “hangin” satu badan pada mereka yang ditinggalkan. Jenis ini kebiasaannya mereka akan diserang kerana tidak mengajak.

Cara Penyelesaian: Layankan sahaja jenis yang menyerang. Biasanya bukan tidak mahu mengajak sama tetapi timing, janji tidak ditepati dan kesesuaian masa menjadi faktor utama. Tambah lagi perangai atas tu semua korang ada macam mana nak ajak. Naik menyampah dan hati tak tenang bila mancing. Baik mancing solo. Itulah pendapat mereka.

20. Pemancing Jenis Mancing Mesti Nak Dapat Ikan

Masalah: Majoriti pemancing sekarang memang perangai mancing nak dapat ikan. Tak dapat ikan tension, stress dan tunjuk perangai. Lagi teruk apabila orang yang bawa jenis pemancing macam ini jadi mangsa dikutuk dan cerita bukan-bukan. Jenis pemancing macam ini biasanya tidak sabar. Sentiasa ingin menjadi orang pertama dapat ikan. Bila orang lain dapat ikan mereka akan muka merengus atau bercakap macam-macam. Contohnya: “Boleh la port ko”, “boleh la pakai gewang killer” “boleh la ko mancing dulu” dan macam-macam lagi.

Cara Penyelesaian: Kenal dahulu sebelum bawa sesiapa ke port anda. Kenal dahulu sebelum mancing bersama. Jika perasan perangai macam ini nasihatkan sebaik yang boleh dan jika masih dengan ego nya eloklah di jauhi. Jangan buang masa dan merosakkan nama sendiri akibat perangai pemancing yang tidak reti dan faham apa itu rezeki, usaha dan bersabar.

21. Pemancing Jenis Retis

Masalah: Ada 2 puak.

Puak Pertama: Jenis yang memang ada nama dalam market atas hasil usaha bertahun-tahun atau mungkin rezeki menyebelahi dia jadi popular disebabkan sesuatu dalam sekelip mata. Tapi yang tak best nya jenis retis ni terbawa-bawa macam hebat sangat sampai ingin semua orang junjung mereka macam raja. Ditambah lagi perangai berubah kerana terlalu popular sehingga lupa punca utama siapa yang menolongnya menjadi popular. Perangai mula cakap besar dan mula mengelak berkawan dengan pemancing yang biasa. Dia campur semua retis-retis sahaja. Dan lagi hebat apabila dia pun join sekali kutuk orang lain. Kunun-kunun dia retis so dia “tak lut” atau tiada impact, orang tak kisah dia boleh cakap apa pun dia nak.

Puak Kedua: Teringin sangat jadi retis sampai lupa diri tu bukan retis. Jenis yang post gambar ikan mencari populariti. Jenis yang sanggup tinggal kawan yang bawa dia ke port, jenis yang sanggup meredah semua tempat gara-gara sekeping gambar yang boleh buat dia jadi famous.

Cara Penyelesaian: Kesedaran adalah jalan terbaik. Rakan-rakan sekeliling sentiasalah menasihati rakan anda yang retis nie. Jika bukan pasal supporter / pembeli jangan sesekali anda menganggap diri anda berada di atas. Jika bukan kerana doa dan restu dari Mak/Ayah anda jangan harap anda berada di atas. Jika bukan kerana Tuhan jangan harap anda boleh berada diatas. Ingat, segala populariti anda boleh dirampas dalam sekelip mata sahaja. Jadi berlaku adil dengan semua orang. Hormat semua orang. Dan rendah diri dengan semua orang. Tidak rugi malah akan disanjung sehinggan bila-bila. Lebih murah rezeki kerana setiap dari mereka senang hati dengan kelakuan kita. Lepas dah jadi famous tu ayat jaga-jaga lah yer. Jangan anggap diri tu hebat benar. Ramai lagi yang hebat tapi lebih bersikap diam diri kerana tiada kepentingan. Anda ada kepentingan jadi mulut tu kasi tutup sikit dan hormat semua orang.

22. Pemancing Jenis Mulut Macam Bontot Ayam

Masalah: Jenis pemancing ini memang jenis yang kunun-kunun berani sangat, mulut memang celupar atau memang tidak tahu peraturan masuk hutan. Mereka akan tegur semua benda yang mereka nampak. Contohnya: “eh rimau, eh gajah, eh hantu, mak lampir la dan macam-macam eh lagi”. Jenis yang akan menegur semua benda. Lepas tu ada juga jenis kencing main balun tanpa periksa. Balik bengkak “kote” gara-gara tidak hormat nature.

Cara Penyelesaian: Cara terbaik ialah nasihat awal-awal walaupun anda yakin rakan anda tahu peraturan masuk hutan atau port-port yang agak keras. Lebih baik saling mengingati dari terkena. Dan pada yang jenis mulut macam bontot ayam tu bawak-bawaklah bertenang dan diam sikit masuk hutan. Jika nampak sesuatu bisik-bisiklah dari menegur secara terus. Dan pada yang kencing merata tu anggaplah hutan ni macam rumah anda. Kencing tu tengok-tengoklah kawasan yang sesuai. Jangan main pulun ata busut bagai atau kawasan yang nampak lain macam.

23. Pemancing Jenis Semua Kene Berjemput

Masalah: Yang jenis ni anggap macam anak raja tak sedar diri menyusahkan orang lain. Sebab dia sorang kita kene pusing satu dunia. Nak mancing mana pun kene berjemput. Yang lagi sakit duit minyak bayar RM10. Inilah “harga seorang kawan” bawak dia sampai ratusan kilomenter tapi duit minyak/tol dia bagi RM10. Duit tol pon tak lepas.

Cara Penyelesaian: Paksa dia datang. Tak datang tinggal. Merayu macam mana pun pedulikan. Satu ari nanti akan jadi tabiat dia datang rumah terus. Pastu kalau dia datang gak awal-awal bagitau dia costing perjalanan. Kalau tak sanggup tak payah bawak langsung. Menyempitkan ruang je. Ada jenis kawan kita boleh support apabila kita sedar dia memang tidak mampu. Biasanya kalau tak mampu pandai-pandailah drive dan buat perkara yang patut untuk menjaga hati kawan yang sponsor.

24. Pemancing Jenis Hati Tisu

Masalah: Jenis ni paling payah dan memeningkan. Sikit-sikit merajuk. Sikit-sikit tunjuk muka. Sikit-sikit luahkan perasaan. Sikit-sikit serang orang sana sini macam orang hebat. Bila kena sound terus diam pastu duk cakap macam-macam nak cover cerita. Tak ajak mancing sama merajuk. Kena sound sikit merajuk. Kena perli sikit merajuk. Pendek kata semua benda dia nak merajuk macam “mak nyah”.

Cara Penyelesaian: Nasihat selagi boleh nasihat. Tak dengar pedulikan dia. Biar dia sedar sendiri merajuk pasal mancing hanya orang kurang zat je akan buat. Kalau dah nasihat tak jugak dengar elakkan berkawan. Buang masa layan orang macam ni kerana akan merosakkan suasana dan mood. Kalau tak sampai hati nak elak beli tisu banyak-banyak bagi dia cakap be ready aku nak sound / nasihat kau. Jumpa je sound. Jumpa je sound. Sampai dia naik bosan dan mula membuat perubahan untuk kebaikan.

25. Pemancing Jenis Cari Bila Perlu

Masalah: Jenis ni antara yang paling menyakitkan hati. Cari bila perlu sesuatu. Bila dia nak buat sesuatu je dan perlukan bantuan kita mesti dia mula main bagi-bagi clue lagi-lagi kat Facebook. Kununnya ungkit balik bertapa syoknya dulu bla bla bla tai fakta nya dia nak kita tolong dia tu je. Bila da settle semua tegur pun taknak. Kat belakang sikit pun tak hargai atau support kita. Temberang lebih.

Cara Penyelesaian: Tegur dan nasihat tepat-tepat kat muka bagi kesedaran. Nak berkawan buat cara berkawan jangan sampai nak guna-mengguna. Memberi bantuan tidak susah ia lebih pada hati seseorang yang ingin menolong tanpa harapkan sebarang balasan. Dia membantu kerana percaya anda ingin berkawan dengannya. Jadi hargailah dengan cara yang betul. Jenis ini jika masih berperangai sama, abaikan tidak perlu bantu lagi. Biarkan dia dengan dunia dia. Suruh dia minta tolong dengan orang yang dia campur hari-hari.

26. Pemancing Jenis Penghasut

Masalah: Jenis ini sentiasa nampak baik, kemas, kunun-kunun berilmu, senyap di depan dan talam dua muka. Apabila berkawan semuanya akan support tetapi apabila masing-masing menuju ke arah yang berlainan akibat salah faham maka mula lah menghasut orang lain memusuhi orang lain. Dan yang paling tidak masuk akal apabila yang di hasut mempercayai cerita yang dibawanya tanpa selidik gara-gara mereka ini berkawan. Segala benda diputar-belitkan sehingga tiada jalan keluar dan tidak boleh berundur kembali. Penipuan demi penipuan dibuat untuk tujuan menutup kesilapan diri. Dan yang terpengaruh ini akan dijadikan mangsa untuk buat onar atau kacau orang lain terutama di Facebook. Dan yang terpengaruh ini akan anggap diri dia betul sebab percaya sangat cerita yang dibawa oleh penghasut ini.

Cara Penyelesaian: Pada yang menyedari jika ini ada terjadi pada rakan anda sebaiknya nasihatilah secepat yang boleh sebelum situasi bertambah teruk dan memakan diri. Tidak ada satu perkara pun di dunia ini tidak boleh diselesaikan. Semuanya masih ada penyelesaian iaitu dengan niat dan mengambil langkah positif. Kepada terpengaruh tu jangan bodoh sangat. Tuhan sudah beri akal dan fikiran jadi gunakanlah dengan cara yang betul.

27. Pemancing Jenis Beli Barang Mahal Untuk Tunjuk Diri Hebat

Masalah: Jenis ini sentiasa akan beli barang mahal-mahal kerana ingin meletakkan diri di kalangan orang yang hebat memancing tapi realiti mancing memang tak hebat dan ilmu semua ceduk dari pengalaman orang lain. Jenis ini amat hebat berpura-pura untuk menunjukkan dirinya berada dikalangan elite (kununnya). Mancing gaya memang mengalahkan artis tetapi dia tidak akan sedar orang lain nampak kekurangan dia dan mendiamkan diri sebab malas nak argue.

Cara Penyelesaian: Pada yang menyedari tegur terus kerana ini sahaja dapat buat dia sedar hargai diri sendiri supaya menjadi orang yang berilmu bukan orang yang kunun-kunun berilmu hidup dengan kepura-puraan.

28. Pemancing Jenis Meroyan Apabila Dibuang Dari Group

Masalah: Jenis pemancing ini adalah pemancing hati tisu yang suka bertindak membuat statement mengutuk dan menghina group pancing di wall sendiri seperti di Facebook. Ini kerana ingin membuktikan diri mereka berada di sudut yang benar tetapi alangkah sedihnya apabila bukti menunjukkan mereka ini banyak melakukan kesalahan.Ditambah pula kaki jilat yang menyokong tindakan si pemarah walaupun tidak tahu cerita sebenar.

Contohnya situasi ini terjadi di group pancing Ultralight Anglers sendiri dimana admin kami bertindak membuang mereka yang tidak mengikut rules kerana penat memberi nasihat tapi diendahkan. Tidak hormat pada rules yang telah ditetapkan menjadi punca admin mengambil langkah mudah untuk membuang terus. Penat kami tiada siapa yang tahu tetapi mereka tidak menghiraukan perasaan admin di group dengan menabur pelbagai fitnah mengatakan pelbagai perkara yang tidak seronok. Dituduh bermacam-macam seperti memotong rezeki mereka tanpa memahami motif group ialah education di mana share ilmu dan pengalaman bukan untuk jual-beli. Banyak group jual-beli ada diluar sana mengapa tidak menggunakannya? Syarat tuan rumah di endahkan lepas di buang meroyan mengutuk kami dan lebih teruk memanggil rakan-rakan lain turun sama memburukkan kami. Anda faham apa itu dosa?

Cara Penyelesaian: Pemancing yang meroyan perlu matang dan sedar diri. Jangan anggap rumah orang lain macam rumah sendiri tiada hormat dan tiada adab. Jika matang dan ada adab perkara pertama boleh dilakukan ialah dengan menghubungi (PM) admin bertanya mengapa dibuang dari group. Ini adalah tindakan lebih matang dan sesuai. Ketahui masalah kerana di group ultralight anglers biasanya bukti akan di simpan untuk rujukan. Kami tidak pernah mengaibkan si pesalah; biasanya kami akan berdiam diri membiarkan dia meroyan.

29. Tester Yang Tamak dan Kejar Nama

Masalah: Jenis pemancing ini sentiasa mengejar populariti. Jenis yang amat tamak semua brand dia nak promote kunun-kunun hebat sangat. Banyak tester jenis ini tidak sedar bekerja di satu company mana boleh gunakan brand lain promote brand lagi satu lebih-lebih lagi competitor. Ini adalah etika pemancing yang tidak betul. Majoriti pemancing yang tamak sentiasa begini kerana terlampau mengejar nama. Popularity seeker…

Perkara ini pernah terjadi pada kami di mana kami bertindak membuang 2 testers yang merosakkan brand kami dengan etika yang tidak betul. Menggunakan brand kami untuk promote brand lain yang lemah tanpa sebarang persetujuan dari pihak kami.

Dan lebih teruk pandai-pandai membuat pengumuman secara public di Facebook mengatakan kami telah bergabung dengan brand yang dibawanya. Lebih teruk dia mengaku brand kami adalah brand dia semata-mata ingin kejar nama, Akibatnya kami kehilangan beberapa dealers yang hampir kami close deal kerana mereka bersangka kami akan joint venture dengan brand yang mereka benci. Banyak lagi kesan yang terjadi pada kami akibat sikap bekas tester kami ini tetapi kami tidak mahu mengaibkan dia dengan menyebut namanya.

Masalah ini tidak berhenti disana; brand kami mula terjejas dengan mulut dan cerita yang dibawa untuk memburukkan kami sebab kami buang akibat ketidakjujurannya. Mana mungkin mahu mengaku kesilapan diri jenis pemancing begini. Minta maaf dengan kami pun tiada. Pelbagai cerita dibuat semata-mata hendak promote brand baru yang dibawanya sehinggalah di dalam group terjadi pelbagai proses promosi dan jual-beli membuatkan admin kami bertindak mengambil tindakan membuangnya terus dari group. Di dalam group kami adalah neutral. Dulu kami akan hubungi pesalah tetapi setelah makin ramai yang join group tugas ini menjadi sukar. Jadi kami membuat keputusan dan telah membuat pengumuman beberapa kali dengan mengatakan langgar rules kami akan delete tanpa notis. Kami penat jika terpaksa hubungi setiap seorang. Kami banyak kerja lain. Kesian pada admin yang bertugas menjaga keamanan group.

Hasil dari tindakan ini dia membuat fitnah di wall sendiri mengatakan kami memotong rezeki nya sedangkan tindakan wajar ialah menghubungi admin kami dan bertanya mengapa dia dibuang. Mungkin dia boleh diterima masuk selepas meminta maaf akibat tindakan yang mungkn tidak sedar. Tetapi sayang tindakan ini membuatkan kami terus blocknya dan tidak mungkin menerimanya lagi.

Mengapa tidak bertanya? Mungkin kerana dia telah menjadi “otai” sangat. Lebih hebat dari kami yang telah mendidik ratusan ribu pengikut.

Cara Penyelesaian: Pemancing ini harus sedar diri rezeki dia datang akibat brand kami. Sebelum itu dia nobody, tiada siapa mengenalinya. Kami yang mendidiknya dan memberi peluang untuk kedepan. Tetapi dia lupa jasa kami dan menganggap diri semua hasil usaha sendiri.

Tindakan yang bijak ialah menghubungi admin kami dan bertanya mengapa. Jika ini dibuat dari awal mungkin kami boleh menerimanya kembali. Bukan tidak kenal kami. Mancing sama, beri dia makan-minum (sekali pun dia tidak pernah bayar), bawa dia trip percuma dan macam-macam lagi pernah kami buat bersama. Segala masalah boleh diselesaikan jika bijak. Jika kurang bijak maka terimalah akibatnya. Bukan rezeki sahaja mula menjauhi tetapi dosa dikutip akibat membuat pelbagai cerita yang kurang enak.

Kami seperti biasa mengambil sikap berdiam diri dengan segala serangan dan senyum kerana akhirnya kami faham mengapa Allah menunjukkan sikap sebenar dia dan memberi kami orang yang lebih baik.

30. Rezeki Allah Bagi Tapi Dok Canang Orang

Masalah: Ini antara perangai yang paling teruk kerana sentiasa gunakan “Allah” untuk menyorok perbuatan terkutuk dia. Sentiasa gunakan “Rezeki Allah bagi” tapi dok menjual barang-barang clone yang penat diusahakan oleh orang lain tanpa rasa bersalah. Bagi anak bini mak ayah makan dengan menghalalkan benda yang sebenarnya tidak halal. Menjual hasil design orang lain semata-mata duit. Tidak cukup dengan itu di tokok tambah dengan memburukkan nama owner asal yang tidak pernah langsung bersua muka. Halalkah menjual hasil usaha orang lain dan menjatuhkan orang lain? Yang menyokong produk clone ini pun tidak langsung menggunakan akal. Halalkan anda support orang-orang macam ini semata-mata nak beli barang yang murah tetapi berniat menjatuhkan orang lain?

Penirusahawan sebenarnya tiada idea. Akal pendek sebab itu mereka suka mencari duit dengan meniru hak orang lain dan menghalalkan cara yang tidak halal.

Cara Penyelesaian: Pembeli harus mula sedar akan sikap penirusahawan ini dan harus sedar usaha orang yang membuat segala benda untuk mencipta produk. Bukan satu usaha yang mudah. Bukan satu usaha yang senang. Makan masa dan makan ribuan ringgit. Pinjam sana, pinjam sini semata-mata untuk mengeluarkan produk sendiri. RND yang makan bertahun-tahun dirosakkan oleh segelintir orang yang tidak bertanggungjawap. Adakah anda mahu menghalalkan apa yang tidak halal? Jika anda menghalalkan maka anda bertanggungjawap juga dalam semua dosa yang terjadi antaranya merosakkan periuk nasi orang lain adalah satu perangai yang tidak boleh dipandang ringan.

Adakah anda fikir menyokong clone adalah cara untuk memajukan rakyat Malaysia atau menjatuhkannya?

Kesimpulan

Apa pun tujuan artikel ini bukan untuk membenci atau menyerang sesiapa. Observe and rectified. This is the idea. Sekurang-kurangnya ia jadi satu peringatan buat diri sendiri. Lebih alert fikirkan pihak lain dan perbaiki kekurangan diri. Kami cuba untuk menulis secara spontan dan share pengalaman bukan sahaja kami tetapi juga pengalaman rakan-rakan yang lain. Tujuannya ialah memberi kesedaran pada diri dan rakan-rakan yang kita kenal. Bersahabat adalah lagi bagus dari bermusuh.

Ini adalah lebih pada sikap kita sebagai manusia. Apabila lupa kaki kita berpijak dibumi maka sikap berubah akibat terasa diri terlalu betul dan bagus. Rosaknya akhlak zaman sekarang adalah punca dari generasi yang sudah dan kesan pengaruh-pengaruh luar. Contohnya: Mengapa anak anda sendiri menghisap rokok? Ada dua sebab utama iaitu satu anda sendiri merokok. Apabila bapak sendiri tak betul inikan pula anak sendiri. Kedua pengaruh dari rakan-rakan lain yang merokok. Tetapi ini juga puncanya parents kerana tidak memantau dan sentiasa memberi masa untuk mendidik mereka dengan cara yang betul. Contoh kedua: Apabila diri sendiri kurang ajar jangan harapkan dapat anak yang soleh lagi menghormati orang lain. Jika dapat pun anak yang bagus tetapi percayalah segala dosa anda terhadap orang lain anak sendiri akan tanggung dan melalui situasi yang sama.

Kita semua mempunyai dosa dan kesilapan dalam hidup kerana kita adalah manusia. Namun, kita masih boleh membuat perubahan dan cara untuk berubah ialah meminta maaf dari semua rakan-rakan yang pernah anda sakiti tanpa disengajakan atau disengajakan. Jika ada usah buang masa terus pm, terus call atau terus hubungi mereka dengan cara anda sendiri dan meminta maaf. Semuanya akan berubah dan hidup anda kan lebih diberkati.

Kita pemancing sepatutnya kita semua bersatu hati dalam pembentukan komuniti yang sihat. Mancing seharusnya seronok dan penuh dengan keriakan yang positif apabila dapat share hasil tangkapan. Kita semua sepatunya bersyukur dapat mengenali rakan-rakan dialam maya yang mungkin tidak pernah bersua muka tetapi kita masih hormat menghormati. Inilah yang dididik oleh cikgu-cikgu kita disekolah dahulu dan oleh ibu-bapa.

Bertaubatlah dan bersatulah untuk hobi yang mulia ini.

Saya mula dengan meminta maaf seikhlas hati dengan semua rakan-rakan yang mengenali saya, yang sudah unfriend ntah mengapa, yang sudah putus hubungan akibat salah faham, yang suka menyebarkan cerita palsu dan kepada semua yang tidak berpuas hati dengan kelakuan saya. Moga anda memaafkan atas kesilapan saya yang mungkin dilakukan tanpa disedari. Jika anda memaafkan saya tegurlah saya, jika tidak semoga berbahagia.

Dalam artikel saya tegas kerana ini adalah cara terbaik untuk meluahkannya. Bukan mudah untuk menulis ayat yang sesuai supaya semua dapat memahaminya. Jika anda terasa dengan penulisan saya “maafkan saya” kerana dalam realiti ini bukan style saya.

Nota:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Check Also

ikan seluang menggunakan teknik hanyut untuk ikan yang sukar makan gewang

Teknik Hanyut Mencari Ikan Yang Sukar Makan Gewang

Teknik hanyut? Apakah itu? Pasti ramai yang tak tahu macam mana agaknya cara mudah memancing …

9 comments

  1. Article yg mantap..
    Terutamanya, pemancing artis, Pandai semua (Otai Segera), Kaki Kutuk, muka talam dua dan yang suka menipu..memang ada sekarang. Kalau dah tertangkap buat buat baik dan segera cari kawan menangis mengaku tak bersalah.. Memang hampeh.. Memang orang orang jenis ni banyak bawak masalah nyer. Terima kasih kerana mempertengahkan isu isu ini. Bukan Sekadar pembuka mata tapi ada penyelesaian untuk yang nak bertaubat. ?

  2. Terbaek artikal ni bro… Nanti nk share2 kt fb… Hehehe

  3. Terbaik Tuan Kanicen Nik, ada kawan jenis “pemancing suka bahan” kerja nak bahan je kerjanya… kita book trip pergi mancing, beli umpan dari A-Z pasal mancing kita aturkan… bila masa memancing di bahannya kita, port takda ikan la, booking time air tak cantik la, siap nyayi lagu bangau oh bangau…. hahaha… kkita suruh di buat trip memancing taknak plak… suruh kita buat… dia nk join jer… bila takda ikan, kuat bahanya… cara penyelesaian kami tak ajak dia mancing untuk trip selepas itu, dia tak paham rezeki bukan kita tentukan… kalau Dia nak bagi dia bagi…. lepas buat trip “pemancing kaki bahan” ni tak join kami…. banyak hasil kami dapat… betul kata ” otai” – nak mancing jangan ada hati busuk, dengki dgn kawan , comfirm tak rasa strike- jadi kami pun Membakorlah sampai rentung… kih kih kih…. Rezeki Bukan Kita tentukan, Dia nak bagi dia bagi…. yang penting happy dengan kawan2 masa mancing… tu yang paling best!!

    • Hahaha mantap bro. Tu tindakan yang paling bagus. Dan saya sokong 100% rezeki Tuhan je yang tentukan dengan usaha kita yang betul. Kalau kutuk lebih usahanya takda mmg kumpaw berdarah la jawapnya. Ramai tidak sedar mancing jangan sesekali hati busuk sebab balasan mesti dapat on the stop. Tindakan bro tak ajak dia tu memang bagus. Orang macam ni nk mancing enjoy-enjoy pun tak boleh. Kita mancing ni lebih pada hobi. Dapat rezeki. Tak dapat kita makan pepuas dalam trip tu. Senyum kena sampai telinga baru namanya puas mancing sambil berkawan. Terbaik bro. Saya sokong tindakan bro. Mekasih sudi komen 🙂

  4. ISI ARTICLE MANTAP,ADA MESEJ DAN PENGAJARAN. PERLU DIBUAT VIDEO DALAM BENTUK PARODY UTK LEBIH SAMPAI KEPADA JIWA AUDIENS

Leave a Reply to Azzam aRee Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.