Memburu Serigala Air Menggunakan Produk Soft Plastic Grenti Strike – Kanicen Nix

amir-hafiz-musa-kanicen-nix-sebarau-grenti-strike-elastico

Contest: Kemantapan Local Brand Kanicen Nix
Tajuk artikel: Memburu serigala air menggunakan produk soft plastic Grenti Strike Kanicen Nix
Nama profil fb: Amir Hafiz Musa
Rod: Kanicen Nix Sengat 1-6lb Bc type
Reel: Shimano Calcutta Conquest 50 Avail Shallow Spool
Mainline: Relix  Prototype Ceking X3 4lb
Leader: Varnish 8lb
Lure: Grenti Strike Elestico
Hashtag: #KanicenNix  #GrentiStrike #LocalBrand #SupportLocal #UltralightAnglers #UltralightAngling
Slogan: Saya suka produk Kanicen nix kerana saya dapat memancing ikan pada tahap extreme dan juga produk ini memang terbukti keberkesanannya.

Sebarau atau jungle perch atau nama saintifiknya Hampala macrolepidota merupakan ikan yang tekenal dengan daya juangnya yang padu sehingga mampu menbengkokkan mata kail atau menyebabkan gewang rosak akibat tarikan padunya.Tetapi sejauh manakah anda mengenali ikan tersebut dan tahukan anda sebarau mempunyai pelbagai species antaranya ialah sebarau dua belang dan sebarau tiga belang Sebarau mempunyai habitat yang tersendiri di mana ia tinggal di sungai-sungai, empang atau tasik yang mempunyai anak sungai. Diet bagi ikan sebarau merupakan cacing, serangga dan anak-anak ikan serta udang. Disebabkan oleh diet inilah yang menyebabkan ikan sebarau mudah dijerat. Ikan sebarau akan menjadikan kawasan-kawasan berstruktur sebagai tempat persembunyiannya bagi memudahkan serangan hendap terhadap ikan yang lalu di hadapannya. Selain itu sebarau juga mempunyai sifat ingin tahu dan selalu ingin mencuba menyebabkan ianya mudah dipancing.

amir-hafiz-musa-produk-kanicen-nix-sebarau-grenti-hampala amir-hafiz-musa-produk-kanicen-nix-sebarau-grenti-elastico

Lazimnya ikan sebarau selalu di pancing menggunakan teknik mengilat menggunakan spoon dan juga menggunakan umpan tiruan berbentuk ikan. Tetapi jika anda meneliti semula diet ikan ini ia juga makan cacing dan anak ikan. Daripada situ boleh dirumuskan ikan sebarau juga bole dipancing menggunakan  umpan tiruan soft plastic terutama bersaiz kecil. Jenama soft plastic yang gemar saya gunakan untuk menjerat ikan merupakan daripada produk Grenti Strike Elestico keluaran Kanicen Nix kerana saiz nya yang kecil dan juga harga yang murah.Warna memainkan peranan dalam menjerat species ini bergantung pada kawasan persekitaran, pencahayaan dan juga warna air. Tempat-tempat yang mempunyai air yang jernih dan cahaya yang terang soft plastic berwarna natural dan mempunyai glitter menjadi pilihan manakala air yang keruh warna putih, florescence atau warna-warna yang kontra menjadi pilihan.

carta-warna-gewang-berdasarkan-warna-air-dan-cuaca

Penggunaan rod Kanicen Nix Sengat 1-6lb, soft plastic Grenti Strike Elestico dengan gabungan jighead shapu selain spoon red eye dan trout spoon merupakan setup pilihan saya dalam pencarian sebarau dan lokasi kegemaran saya ialah di sebelahan rumpai dan kayu-kayu yang terdampar di tepi-tepi sungai selain dikawasan berbatu dan juga tempat air turun seperti jeram. Kebiasaan pengguna gemar menggunakan kekili spinning dalam permainan Ultra Light tetapi bagi saya yang mempunyai jiwa kekili Baitcasting saya menggunakan kekili keluaran Shimano iaitu Shimano Calcutta Conquest 50 avail shallow spool dan mainline berkekuatan 4lb serta leader 8lb dalam misi pencarian sebarau menggunakan produk soft plastic Grenti Strike.

amir-hafiz-musa-produk-kanicen-nix

Rod Kanicen Nix Sengat 1-6lb merupakan rod yang sangat sensitif dan sedikit getusan mampu dirasai oleh pengguna menyebabkan rod ini menjadi rod pilihan saya selain sifat nya yang ‘liat’ membuatkan saya tidak teragak-agak untuk membuat hook up. Selain dari keupayaannya untuk menghantar gewang daripada berat 1g sehingga 7g yang mana merupakan berat yang sangat ideal kepada soft plastic bersaiz kecil.

amir-hafiz-musa-produk-kanicen-nix-sengat-ultralight-rod

Waktu yang paling ideal untuk memikat species ini adalah pada awal pagi dan juga lewat petang tetapi waktu tengah hari juga boleh selagi ikan mahu makan. Bagi tempat yang mempunyai air yang jernih, jarak antara pemancing dan juga gigi air haruslah sekurang-kurangnya 1depa bagi mengelakkan ikan yang sensitif ini lari apabila melihat bayang-bayang pemancing sendiri dan bagi mereka yang suka meraduk adalah lebih bagus jika meranduk ke hulu iaitu berlawanan arus bagi mengelakkan air keruh mengalir ke spot-spot yang ingin di duga.

amir-hafiz-musa-produk-kanicen-nix-sebarau-grenti-strike

Saiz bukanlah ukuran kerana dalam game UL ialah keseronokan melayan ikan, melihat ciptaan alam dan juga bersama rakan-rakan merupakan faktor utama saya memancing. Strike itu hanyalah rezeki atau bonus bagi sesuatu trip. CnR lah sebanyak yang mungkin untuk strike hari mendatang seperti slogan yang terdapat pada rod Sengat ‘Let Go, Let Grow’. CnR lah dengan cara yang bijak dengan membantu memberi oksigen dan lepaskan apabila ikan mempunyai tenaga semula untuk berenang.

amir-hafiz-musa-produk-kanicen-nix-sebarau-grenti-strike-catch-and-release

Nota:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Save

Check Also

Formula Kiraan Panjang Leader. Apakah Panjang Leader Yang Sesuai Untuk Pancingan Ultralight?

Seringkali saya menerima soalan yang sama dari peminat sukan pancingan ultralight berkenaan dengan panjang leader …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.