Kemanakah Hala Tuju Kita Sebagai Pemancing Sport Fishing?

Persoalan hala tuju kita sebagai pemancing sport fishing adalah amat luas maksudnya namun pernahkah anda bertanya pada diri soalan ini? Apakah yang dapat anda huraikan? Dapatkah anda menjawapnya?

sport-fishing-catch-and-release
Saya agak tertarik dengan topik ini kerana sudah bertahun-tahun lamanya kita memancing namun ramai lagi di Malaysia masih berdebat dan terkial-kial memahami perbezaan antara sport fishing dan memancing untuk lauk. Dan perbezaan pendapat yang tiada kesudahan inilah yang menyebabkan ikan di negara kita sudah mula mengalami kepupusan. Persoalannya sejauh manakah sport fishing diterima oleh pemancing tempatan?

Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf jika ayat saya dalam artikel ini bakal memberi kesan kepada anda. Segala apa yang saya share adalah melalui pengalaman dan pandangan sendiri di mana saya sendiri pernah melaluinya dan percaya informasi ini akan mampu membawa sedikit kebaikan kepada rakan-rakan lain.

Isu ini tidak pernah difikirkan secara logik dimana selalunya emosi akan menguasai sesetengah pemancing apabila adanya perbincangan topik ini. Akan ada pelbagai pendapat sehingga melibatkan isu sensitif seperti agama dan pemahaman masing-masing yang menjadi punca dimana tiada kesudahannya. Tetapi pernahkah kita terfikir apakah yang akan terjadi jika semua yang di pancing di anggap “rezeki” untuk masuk perut? Adakah ini salah? Tidak sama sekali jika di pandang pada sudut untuk pemancing yang mencari lauk.

Tetapi pernahkan kita terfikir apa akan jadi jika semua ikan habis di pancing? Jangan cakap ikan yang kita pancing tidak akan pupus. Ini adalah karut dan pendapat ini sebenarnya adalah kurang bijak. Jika 10 kali kita memancing di tempat yang sama dan setiap kali kita “tapau” ikan sebanyak yang boleh tidak mungkin ia tidak akan pupus. Cuba perhatikan apa yang telah terjadi dengan semua port-port mancing peberet kita kini. Apa yang pasti ikan sudah berkurangan atau tidak ada lagi. Yang ada hanya curut-curut atau anak-anak ikan yang bukan menjadi piihan sebagai pemancing. Inikah dianggap ikan tidak akan pupus?

Salah satu jenis ikan yang kini telah hampir pupus ialah ikan susur batang yang telah lama hilang dari pandangan dan saya pasti hampir majoriti pemancing tidak tahu akan ikan susur batang. Jadi masihkah kita seharusnya menganggap ikan yang dipancing untuk dimakan atau dijual tidak akan pupus? Adakah ikan haruan yang di anggap ikan yang wajib di pancing oleh setiap pemancing masih lagi bermaharajalela seperti dahulu? Mudahkah untuk kita mencarinya seperti dulu? Saya pasti tidak sama sekali. Jadi jika kita masih berpendapat ikan tidak akan pupus maka tahap kematangan kita harus diperbaiki.

Contoh yang paling senang untuk dibandingkan ialah hutan kita. Dahulu negara kita kaya dengan hutan balak dan tidak pernah ada isu-isu malapetaka seperti banjir, tanah runtuh dan sebagainya. Hutan kita dianggap antara hutan tropika yang tertua didunia yang penuh didiami oleh fauna dan flora yang tidak terdapat di mana-mana pelosok dunia. Namun akibat ketamakan yang juga berkata “rezeki dari tuhan” tidak akan pupus akhirnya hutan kita dirogol tanpa mengira apa akibatnya. Cuba perhatikan apa yang telah terjadi sekarang. Segala hutan kita hancur dan mengakibatkan pelbagai bencana alam yang tidak pernah wujud pun dinegara kita. Apatah lagi dengan lokasi-lokasi yang kaya dengan ikan kini telah hilang ditelan banjir lumpur dan sebagainya. Inikah dikatakan “REZEKI”? Jika diperhatikan secara logik ini adalah sikap tamak yang melampau dengan menggunakan isu agama dan tuhan untuk membutakan mata orang lain. Bagi saya jenis mereka ini adalah Hipokrit!

Species Pengancam Perlukah Di Lepaskan?

Banyak species pengancam telah dilepaskan merata-rata sehingga mengakibatkan ikan tempatan hampir pupus contohnya Peacock Bass (PB). Sejujurnya PB adalah ikan kegemaran saya kerana saya suka game nya namun saya kurang setuju idea melepaskannya di serata Malaysia semata-mata ingin merasa kehebatan PB. Kebanyakkan lombong di negeri Perak telah dipenuhi ikan pendatang ini yang kini ia telah di kategorikan sebagai ikan kita juga oleh jabatan perikanan. Kepada yang suka memindahkan PB di lokasi berdekatan dengan tempat permainan sendiri cuba fikir sejenak kesan ke atas ikan kita seperti apa yang telah terjadi di sekitar Perak. Jika anda ingin memancing PB tujulah ke Perak dari memindahkannya ke kawasan anda yang boleh mengakibatkan kepupusan ikan tempatan.

Jadi adakah PB juga harus di catch and release?

Tepuk dada tanya selera… Ikut pemahaman masing-masing. Saya tetap memilih untuk Catch and Release apabila saya merasakan ia perlu. Apa yang penting pada saya ialah mengelakkan pemindahan ikan jenis rakus ini ke lubuk-lubuk ikan tempatan kita seperti dam, tasik dan sungai kita. Jadi saya memilih untuk mendidik pemancing-pemancing kita untuk memahami bahawa ikan kita adalah lebih penting dari ikan luar jadi elakkanlah membuat sebarang aktiviti seperti memindahkan ikan ini ke lokasi yang dipenuhi oleh ikan tempatan. Dan yang penting elakkan membunuh dengan sengaja tanpa ada niat untuk memakannya walaupun ia bukan ikan tempatan.

Sejarah Sport Fishing / Memancing Secara Rekreasi

Memancing untuk tujuan rekreasi mendapatkan populariti yang diperkenalkan sekitar abad ke 16. Pada tahun 1653, Izaak Walton menerbitkan sebuah buku yang dipanggil “The Complete Angler” yang ia adalah buku terawal yang membawa penerangan sport fishing dan menerapkan nilai memancing sebagai hobi rekreasi.

Ia adalah sejarah yang kabur bilakah sebenarnya pancingan secara sport fishing atau rekreasi bermula. Memancing, secara tradisinya, adalah satu aktiviti untuk tujuan rezeki dan untuk hidup. Memancing semata-mata untuk berehat, mengurangkan tekanan dalam kehidupan dan melepaskan ikan yang ditangkap adalah satu perkembangan yang lebih moden.

Evolusi sport fishing untuk menangkap ikan telah dilakukan oleh pemancing yang menggunakan bot-bot bermotor. Mereka ini telah memberi butiran saintifik yang tepat dan menggambarkan keseronokan sukan itu jika kita menerapkan sikap catch and release untuk tujuan masa akan datang.

Apakah yang anda faham mengenai Sport Fishing?

Sukan memancing adalah satu bentuk memancing rekreasi di mana ganjaran utama adalah cabaran untuk mencari dan menangkap ikan dan bukannya nilai masakan atau kewangan daging ikan. Namun pemahaman ini bukanlah sesuatu yang 100% perlu diikuti sentiasa – dalam banyak kes, pemancing sport fishing juga akan makan hasil tangkapan. Falsafah dan taktik yang digunakan untuk sukan memancing, bagaimanapun, biasanya cukup berbeza daripada “memancing untuk makanan”.

Kaedah sport fishing berbeza mengikut kawasan pancingan, spesies yang disasarkan, strategi peribadi pemancing, dan sumber yang ada dengan menggunakan pelbagai kaedah tradisional ke teknologi yang canggih. Dalam hampir setiap kes, bagaimanapun, memancing memerlukan mata kail, rod dan kekili dan bukannya dengan jaring atau bantuan lain.

Pada masa lalu, pemancing sport fishing, walaupun mereka tidak makan hasil tangkapan, namun ada yang terpaksa membunuh kerana mereka membawa ikan itu ke darat untuk ditimbang atau untuk piala. Tekanan luaran daripada penyokong pemuliharaan, digabungkan dengan kebimbangan tentang stok ikan, telah menyebabkan pemancing sukan mula melepaskan tangkapan mereka hidup-hidup dan sebaik yang boleh, kadang-kadang selepas pemasangan tag untuk mengenal dan merekodkan butir-butir mereka untuk membantu penyelidikan (yang dikenali sebagai tag dan release).

Pertandingan sukan memancing juga kini mula menerapkan etika memancing sport fishing di mana catch and release (tangkap dan lepas) di praktiskan untuk tujuan mendidik pemancing dengan lebih dekat. Paling tidak sedikit demi sedikit meraka akan mula memahami mengapa ia perlu.

Pemancing Kita

Jika anda perhatikan pemancing kita di Malaysia kini boleh dibanggakan dari pelbagai aspek. Sebagai contoh dari segi pakaian memang tip-top macam pemancing Jepun. Bergaya dan smart macam artis. Segala peralatan pancing seperti reel, rod dan gewang mahal-mahal belaka yang boleh mencecah ribuan ringgit . Tidak lupa jika bersembang pasal ilmu boleh dikatakan hebat setanding dengan pemancing-pemancing luar negara. Semua serba tahu, serba hebat dan sembang pun mesti hebat. Tiada apa yang kurang dari cara dan gaya.

Namun ada beberapa perkara yang tidak boleh dibandingkan dengan pemancing yang lebih maju dan faham apa itu memancing secara sport fishing iaitu:

1) Attitude

Apa yang pasti pemancing kita (termasuk saya dahulu) terlalu banyak pemahaman sendiri dari fakta sebenar. Banyak pemancing kita lebih kepada cakap tidak serupa bikin dan mempunyai mentaliti yang kurang sihat kerana ingin menjadi hebat dimata orang tanpa memahaminya terlebih dahulu fakta sebenar berlandaskan teknologi lama dan baru. Di sini masing-masing mempunyai perangai yang kurang digemari iaitu sembang lebat.

Lagi satu contoh yang kurang digemari ialah bergambar sambil menghisap rokok adalah satu sikap yang amat disukai oleh pemancing dinegara ini. Namun adakah sikap ini bagus jika kita hendak mendidik generasi baru? Adakah anda rasa ibubapa mereka akan membenarkan anak-anak mereka memancing dan terjebak dengan sikap ini?

Contoh lain yang biasa ialah sikap pemancing kita yang tidak tahu menjaga kebersihan di lokasi pancing. Pandai bawa tapi tidak pandai membawa balik sampah dan buang di tempat yang sepatutnya. Saya juga pernah menjadi begini satu ketika dahulu tetapi apabila ditegur oleh seorang kawan; saya mula membuat perubahan dan berusaha sebaik yang boleh untuk tidak membuang sampah merata-rata. Jika port mancing kita dicemari apa akan jadi dimasa akan datang?

2) Pemuliharaan Ikan

Masih ingat lagi satu ketika dulu saya sendiri tidak pernah melakukan Catch and Release dengan cara yang betul. Selalunya main lempar dan un-hook ikan dengan cara yang tidak betul. Mulut ikan koyak rabak dikerjakan. Namun teguran dari rakan-rakan lain membuatkan saya lebih peka untuk mempelajari cara CNR dan cPR yang betul. Ramai lagi rakan pancing saya masih terkial-kial akan cara CNR dan CPR yang betul.

Proses pemuliharaan ikan (CPR & CNR) adalah satu sikap yang harus kita pelajari sebaik yang boleh kerana ini akan memastikan sejauh mana ikan yang di pancing akan hidup. Gunakanlah alat yang sesuai seperti Forcep atau Long Nose Plier untuk melepaskan gewang pada mulut ikan. Pastikan anda tahu cara yang paling selamat dan teknik yang betul untuk mencabut gewang pada mulut ikan.

Lepaskanlah ikan secepat yang boleh supaya ikan tidak mati akibat terlalu lama berada di darat. Pastikan ikan dilepaskan dalam keadaan yang selamat dan kuat. Jika ikan terlalu lemah pastikan anda melakukan CPR supaya ia kembali bertenaga untuk hidup. Jika anda pasti ia akan mati maka bawalah ia balik atau berilah pada yang makan.

Topik Catch and Release yang lebih mendalam akan saya cover dalam artikel lain.

3) Tidak Bergabung

Kemanakah hala tuju kita sebagai pemancing? Terdapat ratusan group memancing di Facebook (termasuk group saya sendiri) namun adakah kita semua pernah bertanya pada diri apa tujuannya buat group pancing? Kita nak kemana sebenarnya? Perlukah kita berpuak-puak? Untuk tujuan apa?

Apa yang pasti kita semua tidak bergabung untuk tujuan pembangunan sport fishing di negara kita. Kerana inilah kita mempunyai pandangan dan perbezaan pendapat yang tidak seharusnya berlaku. Apabila tidak bergabung kita tidak mempunyai “SUARA” untuk membuat perubahan. Di sinilah berlakunya pelbagai isu-isu yang tidak diingini seperti kenaikan harga barangan pancing, keretakan hubungan sesama pemancing dan kekurangan pemahaman dalam pemuliharaan ikan.

Saya sendiri pernah melakukan kesilapan ini dan tersedar. Kini saya mula mengorak langkah dalam mengabungkan group (bekerjasama) yang ada supaya dapat membuat sedikit perubahan untuk pembangunan sukan memancing di negara ini.

Apa yang pasti jika kita tidak bergabung sampai bila-bila kita akan ada puak-puak yang tidak sehaluan dan merosakan maksud sebenar sport fishing. Sampai bila kita harus begini?

Mengapa Perlu Sport Fishing?

Terdapat beberapa sebab mengapa memancing rekreasi telah menjadi begitu popular di serata dunia dan di Malaysia ia masih berada di tahap yang amat minima. Di sini kami ingin share beberapa fakta yang mungkin dapat serba sedikit membuatkan anda berfikir dengan logik dan bukan berdasarkan aspek yang tidak sepatutnya wujud dalam hobi yang murni ini.

1) Aktiviti Sosial

Memancing secara rekreasi membuatkan kita sebagai pemancing bergabung. Ia adalah cara terbaik untuk mengumpulkan kawan-kawan anda tanpa mengira bangsa dan agama dan menikmati sesi memancing yang seronok tanpa gangguan, berbual panjang dan menikmati masa yang baik bersama. Apa yang pasti segala keseronokan boleh dijadikan memori dengan mengambil gambar untuk mengingati mereka yang bersama-sama menjayakannya.

unite-as-brotherhood-true-angler

2) Mengurangkan Tekanan

Memancing adalah salah satu cara terbaik untuk menjauhkan diri dari tekanan kehidupan seharian. Anda tidak akan melalui traffic jams, mesyuarat, atau tekanan lain apabila anda berada di luar memancing. Yang pasti apabila anda memancing segala tekanan hidup akan hilang buat seketika.

3) Seronok dan Cabaran

Keseronokan mengejar ikan besar tidak boleh digambarkan sepenuhnya dengan kata-kata mahupun dalam gambar. Kita sebagai pemancing perlu berada di sana untuk memahami apa rasanya untuk melawan asakan ikan yang bersaiz monster. Kadang-kadang bukan ikan yang dikejar tetapi pengalaman dan bahan untuk diceritakan apabila duduk di meja minum bersama rakan-rakan lain yang menjadi fokus utama. Disinilah seronoknya.

4) Kepuasan dan Kejayaan

Memancing adalah agak mencabar dan apabila berjaya mengatasi cabaran-cabaran ini ia memberi kita satu perasaan kejayaan dan pencapaian. Untuk berjaya anda sering perlu untuk merancang dengan teliti, mengkaji semula segala kejadian sebelum ini, mengkaji teknik memancing dan umpan, memahami cuaca, memilih peralatan yang betul, dan sudah tentu – mengharapkan tuah. Malah pemancing yang paling berpengalaman juga mengharapkan nasib pada masa-masa tertentu. Yang pasti, apabila anda berjaya menangkap ikan trofi telah lama dikejar, tiada kata-kata dapat dihuraikan. Kepuasan dan kejayaan ini adalah perkara yang dicari oleh pemancing.

5) Makanan Sebagai Bonus

Kebanyakkan pemancing pada masa kini memilih untuk tangkap dan lepas (Catch and release – CNR), kerana bagi mereka memancing semata-mata untuk sukan. Walau bagaimanapun, kadang-kadang kita teringin untuk memakannya dengan memastikan tidak menapau secara berlebihan dan adalah tidak salah jika anda ingin membawa pulang ikan yang tidak dilarang dengan kuantiti yang sepatutnya. Apa yang pasti ikan mengandungi banyak vitamin dan mineral yang sangat disyorkan oleh pakar pemakanan sebagai sebahagian daripada diet yang sihat. Di samping itu, terdapat banyak resipi yang lazat dan sihat untuk memasak pelbagai jenis ikan.

Kesimpulan

Kesimpulannya sport fishing ialah sukan memancing yang melibatkan memancing untuk tujuan rekreasi atau berdaya saing. Dalam erti kata lain, anda melakukannya untuk bersenang-senang dan bukan untuk makanan atau tujuan survival. Ini boleh termasuk sport fishing di air masin atau air tawar.

Sport fishing adalah luas maksudnya dalam aspek pilihan dalam spesis ikan diingini, peralatan yang digunakan, dan lokasi. Keadaan tertentu membolehkan pemancing baru untuk pergi memancing secara sport fishing dengan cepat, tanpa banyak persediaan atau perancangan kerana mereka ini lebih mencari kepuasan memancing. Sebagai contoh, pemancing newbie boleh mengamalkan kemahiran mereka dalam kolam, sungai, lombong atau tasik. Persekitaran lebih terkawal untuk mereka yang baru bermula.

Apa yang pasti jika kita masih menganggap semua ikan yang dipancing adalah rezeki maka tidak hairanlah satu hari nanti lesen memancing juga akan diwujudkan seperti negara-negara maju yang bertujuan untuk mendidik kaki mancing memahami tujuan sebenar pemuliharaan ikan / catch and release (tangkap dan lepas) untuk generasi akan datang.

Kita semua harus bergabung dan bersatu untuk memastikan kita mempunyai “suara” supaya dapat menjadikan aktiviti memancing sebagai sukan seperti yang dilakukan oleh negara yang lebih maju. Hanya melalui gabungan kita dapat berbuat sesuatu untuk kebaikan semua pemancing.

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

Etika ketika memancing yang patut dipraktikkan

Kalau tuan-tuan perhatikan pemancing-pemancing dari luar negara kebanyakkannya semuanya bergaya dan sentiasa cuba praktikkan “Etika …

26 comments

  1. Very good article bro… Loads of information for newbies like me

  2. good article ne n informative

  3. Very good write up Bro.

  4. Bro..air mata saya menitis terharu dgn artikel ni.. Keep it up.

  5. terbaik bro….bagi mereka yang peka dengan keadaan sekeliling, mereka akan nampak apa yang sedang berlaku. Sehingga ada mengatakan mengamalkan konsep ini ada dilarang di sisi agama dengan alasan menyeksa. tapi padahal kalau di fahami Surat Al Baqarah : 30. Di mana peranan kita sebagai khalifah di muka bumi untuk mengurus dan mentadbir alam supaya tidak berhadapan dengan kepupusan. Kalau semua nak dijadikan rezeki dan lauk. memang habis dan kita sekarang berhadapan dengan situasi ini….

    “catching one of fish may not harm the thousand of their species. But save it for another day by releasing it, it’s could produce another thousand for their species”

    • Well said bro.. saya cukup setuju dan saya pernah baca apa yg bro cakap tu. Ramai sebenarnya tgh camouflage dengan perbuatan mereka semata2 utk menyorokkan aktiviti tamak mereka dan buat sikap endah tak endah dgn menggunakan agama. Ini sebenarnya masalah sikap pemancing itu sendiri yg tidak mahu menerima fakta yg ikan kt makin pupus.

  6. suke dengan artikel ni bro….kebanyakan mereka ni bila kita cerita pasal CNR mula la mcm2 fakta keluar. sikit2 keluar alasan rezeki. habis kenapa bile hookup biawak tak consider rezeki tp consider sial?? hahahha…. dan yang paling best, konon ikut sangat ajaran yahudi. apa takde org2 beragama lain yang cerdik pandai? takde ke pakar biologi beragama lain….apa pon keep it up….keep on CNR for generation to come….

  7. Komander Lemon Tea

    Good knowledge inside. Selagi minda Bangsa Malaysia tidak berubah ke arah yang lebih positif, maka percayalah mungkin 50 tahun akan datang Malasyia tiada di peta dunia dalam semua arena. Kemunduran akal dan tiada kematangan adalah beberapa faktor yang menyumbang ke arah yang lebih negatif.

    Lebih suka like & kemegahan adalah penyumbang terbesar dalam masalah kendiri diri. Kita perhatikan Pemegang Rekod Dunia Giant Snakhead terbesar adalah datang dari Thailand. Mengapa ini berlaku… Ini menunujukan taraf pemikirian Bangsa Malaysia tidak setaraf dengan Bangsa Thailand dan juga bangsa2 di kejiranan. Buka sahaja dari nilai perpekstif luaran malah dalaman juga.

    Kadang-kadang tentu kita terfikir berkenaan keadaan di negara jiran, walau berlaku pengeboman di Thailand, kedaifan di Indonesia, Monarki di Brunei dan Mynmar. Mereka masih mendahului dalam banyak bidang terutamanya Pelajaran, Sukan, Ekonomi dan Penarafan Intelik. Walau sekecil Singapura sekalipun segala bidang kita ketinggalan kecuali Ubat Kuat untuk Lelaki & Ketahanan untuk Perempuan.

    Kesimpulan bicara saya, Nasihat untuk diri saya sendiri, Bersihkan Minda & Bersihkan Hati.

    • Terima kasih komen bang.

      Setuju tu bang. Kebanyakkan pemancing mengejar likes dan nk jadi famous cepat tetapi lupa asas. Masing-masing mancing dengan niat yang tidak betul. Sepatutnya dengan adanya teknologi dan maklumat mereka seharusnya dapat informasi yang lebih banyak dari generasi kt. Apa pun saya sendiri pernah melalui fasa ini satu ketika dahulu. Kt perlu didik mereka ini supaya sedar apa yang perlu dibuat supaya amalan sport fishing dipelajari untuk kepentingan bersama.

  8. Tahniah bro. Sekurang2 nya ada juga insan yg sekapal dengan saya. Saya mula memancing menggunakan gewang pada awal 90an secara CnR. Cuma kadang2 ada juga tapau buat lauk. Pada 4@5 thn yg lepas, saya ada meng-upload status bergambar yg berbunyi ‘I love fishing and I dont eat fish’. Ternyata status saya itu mendapat kritikan ramai kaki pancing. Akibat dari itu, ramai yg un-friend saya..Haha padan muka..Tapi trending sekarang, apa yg saya lihat adalah,
    1) Dapat curut (200g), snap, tapau, update status- umpan gewang bla3 yg mencakup/mantap…(1K likes)
    2) Dapat curut(200g), selfie,upload before/after jadi lauk, update status – syukur, lauk mlm ni dgn gewang bla3 (500 likes)
    3) Dapat curut(200g), snap, upload,update status – gewang bla3 yg mantoppp…(800 likes)

    Apa yg kita tidak nampak adalah, mereka melepaskan curut2 tersebut!! So disini saya ada rasa sedikit terkilan dengan trend2 generasi sekarang yg baru mengenali joran, kelili, tali sulam dan gewang2 sehinggakan curut2 yg menjadi mangsa!!.. Adakah kerana sikap ego ingin mempamerkan product2 gewang? (si tukang upload bukan dapat sesen duit pun)..
    Tetapi saya kagum dengan bro, sebab rata2 tangkapan dengan menggunakan product buatan bro sendiri.. Dan yang penting kesedaran terhadap menjaga populasi ikan tersebut..Bravo
    Last dari saya sblm Zzzz,( sbb buat 2 kerja, mlm jadi jaga)…teruskan kempen ini BRO!! I will join you..

    • Terbaik bro. Setuju tu bro beberapa tahun lepas memang mendapat kritikan yang amat keras. Ramai yang cetek pengetahuan dan ramai bertopeng kerana tamak. Mereka jenis ini masih wujud lagi sekarang dan masih bertopeng bercampur gaul dengan pemancing yang suka sport fishing. Tujuan mereka ini adalah semata-mata ingin mengetahui port-port pancing mereka. Banyak dah terjadi perkara ini.

      Apa yang saya perhatikan jenis-jenis ini adalah EGO dengan menggunakan alasan agama untuk bertopeng. Selagi ego dan tiada kesedaran seelagi itulah kt masih akan mendapat tentangan yang amat sangat.

      Terima kasih bro. Akan saya usahakan apa yang patut supaya kt dpt mendidik pemancing kita kearah yang lebih matang. 🙂

  9. terbaikk artikel sipoo,,tapi saya ada satu soalan nak tanya,,sy seorang pemancing yg mengamalkan CNR,,akan tetapi kadang2 bila saya dpt hook ikan tu dan ia deep throat ataupun cedera agak teruk akibat sembatan yg kuat,,patut ke sy lepaskan semula ataupun tapau?? dan kalau tak keberatan bole tak sipoo buat artikel cara untuk cabut hook dari mulut ikan,,sbb sy mengalami masalah untuk cabut mata kail kerana kekurangan ilmu bagaimanakah cara yg sebetulnye smpai kadang2 sy terpaksa tapau ikan tu sbb cedera truk sgt

    • Hi bro…

      tahniah bro sbb suker amalkan CNR. Biasanye kalo deep throat mmg masalah yang agak kritikal nk selamatkan ikan tu. Sebab tu penting nya bawak forcep sejenis playar yg bermuncung tirus yang panjang. Atau lagi satu jenis pembukak hook yang biasa di gunakan kat kolam berbayar. Nasihat saya kalo berdarah teruk atau injured teruk bawa je balik. Lebih elok dari dibiarkan mati. Buat penilaian berdasarkan situasi.

      Akan saya usahakan cara cabut hook dari mulut ikan. Bg sy masa sikit supaya boleh dptkan gambar yang lebih sesuai based on real experience. Good job bro sbb usulkan idea nie. Mekasih sudi support 🙂

  10. sama2 tuan,,sebab sy tau bukan sy sorang saja mengalami masalah seperti sy,,dan terima kasih banyak2 tuan kerana berikan tips untuk menggunakan forceps akan sy usahakan mencari alatan tu,,dan teruskan membuat artikel,,sy dah lama mengharap adanya blog yg lengkap sebegini,,sebagai sumber rujukan untuk sy masih baru dalam dunia memancing ni,,dan terima kasih juga kerana mendengar cadangan dari sy,,#sportfishing #snakeheadheavycoverangler

    • sama-sama bro… takde hal… kami mencuba sebaik yg boleh tok mendidik and bagi rujukan yang relevant yang sesuai dengan cara kita semua mancing. berharap semua akan dpt manfaatkan semua artikel yang ada.

      Happy strike 🙂

  11. Pertama sekali saya nak ucap terima kasih bro kerana sudi menulis artikel yang sangat mendalam dan terperinci.

    Penerangan dalam artikel ini banyak membuka minda saya bahawa subjek sport fishing itu luas sebenarnya. Saya sangat bersetuju dengan semua point dan penekanan terhadap catch & release. Ya, mungkin agak sukar mendidik mindset dan menukar persepsi masyarakat kita berhubung konsep CnR ini.

    Saya sendiri selalu dikatakan ‘bodoh’ oleh orang sekeliling, malah dari kalangan keluarga sendiri apabila melepaskan kembali tangkapan. Malah pemancing otai sekalipun, jarang yang memahami konsep ini. Mostly bagi masyarakat negara kita, ikan adalah trofi yang harus dibawa pulang.

    Selain daripada masalah berkaitan CnR ini, isu penjagaan alam sekitar juga amat lemah dalam kalangan pemancing kita. Kotak rokok adalah sampah paling common sy jumpa setiap kali turun ke spot memancing.

    Cadangan saya, tiba masa kita buat kempen besar-besaran mengenai kesedaran CnR dan penjagaan alam sekitar di setiap page/group facebook berkaitan memancing, memandangkan media sosial boleh dikatakan medium interaksi utama di negara kita buat masa sekarang.

    Sekian terima kasih,
    Semoga tuan terus kuat dalam memartabatkan sukan memancing.

    • Hi bro,

      Maaf lambat reply sebab busy sangat.

      Mekasih bro. Kami disini mencuba sebaik yg boleh share pape yg patot based on personal experience dan situasi yang kami lalui. Segala apa yang kami tulis di sini berdasarkan research yang kami buat dan kami jadikan realiti dengan on-the-field testing untuk buktikan ia sesuai dgn cara pancingan kita.

      Memang agak mustahil untuk buat orang lain setuju dengan apa yang kita buat. Puak begitu biarkan sahaja kerana mereka hanya kondem sebab iri hati atau tidak pernah mencuba sendiri. Ramai dah saya jumpa orang mcm ni yang umpama ludah ke langit tepek kena kat muka sendiri balik. C&R mmg akan sensitif bukan sahaja dinegara kita malah dinegara-negara yang masih tidak memahami konsep ini. Cuma dinegara ini kita lebih dikecam atas pelbagai pendapat yang kunun-kunun betul. Namun mereka ini tidak sedar ikan kita makin pupus. Yer betul semua adalah kuasa Tuhan namun jika kita tak usaha untuk menjaganya ia tetap akan pupus. Tuhan akan tarik semua seperti apa yang terjadi dengan hutan kita yang mengakibatkan banjir yang teruk dan memusnahkan ribuan rumah dan nyawa. Ini semua akibat ketamakan yang bertopengkan manusia.

      Setuju bro. Majoriti pemancing kita memang bersikap begini. Saya sendiri pernah mempunyai sikap buang sampah merata-rata. Tetapi setiap kali saya buang hati berdetik teringat ajaran mak dan cikgu di sekolah. Tambahan pula dengan trend yang saya cuba bawa skrg dengan status sebagai seorang pendidik saya mula membuat perubahan sebaik yang boleh. Alhamdullilah sekarang sudah mula stop buang sampah merata-rata. Sikap ini saya cuba didik orang disekeliling saya skrg. Yang paling rapat. Ajar mereka benda yang sama supaya mereka juga buat dgn rakan-rakan lain. Usaha ini harus di buat dan di support dikalangan rakan yang paling dekat. Lepas itu “biakkanya” dengan rakan-rakan lain. Baru ia akan merebak secara perlahan-lahan.

      Terima kasih atas cadangan bro. Saya sangat setuju. Sebab itu di dalam event mancing yang lepas saya terapkan perkara ini dalam workshop saya kerana sudah tiba masanya kita menyahut gelaran pemancing yang beretika. Paling tidak ada usaha sedikit dari setiap individu. Ia akan membawa perubahan pada masa akan datang.

      Akan kami usaha sebaik yang boleh untuk memperjuangkan sukan memancing ini kearah yang lebih positive. Apa yang penting setiap pemancing harus memahami hala tuju mereka sebagai seorang yang beretika. Dari sinilah kita dapat bergabung sebagai satu komuniti yang kuat yang dapat membuatkan industri mancing menjadi lebih mantap.

  12. Yup..totally agreed..maaf kalu ada yg terasa..tp kbnyakan kaki2 tapau ne menurut penglihatan saya adalah orang lama..dan susah sbnrnya nk ubh mntaliti otai2 ne..kdng2 smpai naik angin tengok ruan bsar 2 jari kumpul smpai 1 plastik.. Ayuh bro..jom mulakan kempen kesedaran..atleast the young generation of angler ada pemahaman dri peringkat awal..xbleh ubah skrang kita cuba ubh untuk msa hadapan.. 100% sokong ntok kempen cnr

    • Mantap bro.

      Jom. Mmg kami da berusaha slow slow sejak beberapa taun dulu. Yg ptg da nampak perubahan dan betul pe yg bro ckp. Ni semua tok generasi akan dtg. Generasi yang bakal menjadi pemancing yg lebih pro dan berilmu. Mekasih bro sudi support 🙂

  13. Bagaimana dengan nelayan? Hasilnya yg bgitu bnyk.. Sedangkan pemancing gunakan umpan hanya utk hasil tangkapan tpi tk sebanyak hasil nelayan.. Jd bgi sya mmg tk salah nk bwa pulang rzeki ni.. Ikut khendak masing2 kn.. Klu mncing suka2 bole lh release klu mncing kerana nk buat lauk utk anak2 tu bgus kn.. Jd bgi sya bkn lh hipokrit.. Bgi sya memancing ni adalah satu aktiviti yg berfaedah utk keluarga bercuti smbil memperoleh hasil rzeki di lautan bersama.. Sya bermohon maaf klu ade ksilapan.. 🙂

    • salam bro

      Setuju dgn pe yg bro ckp. Utk nelayan mereka lebih pada mencari rezeki jadi benda ni tidak melibatkan aktiviti sport fishing. Dan betul pe yg bro ckp kalo mancing suka2 boleh je lepaskan ikut cara etika cnr yang betul dan sesuai. Jika ikan cedera teruk lebih baik bawa pulang. Dan bagi yang mancing sukasuka pun tidak ada salah untuk bawa pulang dan jadikan makanan. Tidak ada salah dalam perkara ini. Saya sendiri bawa pulang bila terasa hendak makan. Kadang-kadang nak sangat makan apa lagi bawa je balik. Hahaha…

      Motif artikel ini ialah buat pembaca berfikir jika mereka support sport fishing apa langkah-langkah yang perlu mereka buat untuk pastikan ia lebih pada sport fishing. Bagi saya semua pemancing biasanya akan makan hasil tangkapan dan perkara ini tidak salah. Rezeki dan ingin makan. Saya support perkara ini.

      Jangan risau bro tidak ada yang salah dengan komen bro. Saya setuju pendapat tu.. mekasih sudi luangkan masa dan share pendapat. 🙂

Leave a Reply to Kanicen Nix Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.