Betul Ke Ultralight Fishing Tiada Kaitan Dengan Drag?

Betul ke ultrlaight fishing tiada kaitan dengan drag?

Jika soalan ini ditanya puluhan tahun yang lepas mungkin ia boleh diterima tetapi pada zaman sekarang di mana teknologi dan peralatan semakin moden, persoalan ini mungkin boleh dipertikaikan untuk tujuan KEMAJUAN DAN PEMBAHARUAN.

Jom kita bercerita sedikit supaya ia lebih mudah untuk difahami.

Membaca Amalan Mulia – Refresh Balik

Standard 6lbs rules of thumb untuk ultralight fishing diwujudkan oleh pemancing ultralight dari Eropah, atau lebih tepat lagi dari France, seawal 1930 an. Anda boleh download buku terbitan awal bercerita berkenaan ultralight fishing di sini: https://www.ultralightanglers.com/the-origins-of-ultralight-spinning/

Anda juga boleh refer artikel yang ditulis oleh penulis lain di sini: http://www.anglerwise.com/2011/03/24/what-is-ultralight-fishing/

Boleh baca artikel penuh kami mengulas lebih lanjut berkenaan ultralight fishing di sini:

What is Ultralight Fishing?

Pada Masa Kini

Jawapan paling mudah ialah DRAG AMAT BERKAIT RAPAT DALAM ULTRALIGHT FISHING.

Ini kerana dalam pancingan ultra ringan atau ultralight game, drag adalah antara elemen terpenting secara keseluruhan. Tanpa drag bagaimana anda mahu membuat hook up dan sekali gus mengawal ikan? Kita memerlukan setup yang sesuai dipadankan dengan rod dan tali yang sesuai supaya dapat mengawal ikan. Tahukah anda apa fungsi drag?

Ultralight direka untuk target spesis yang sesuai dengannya. Sasaran untuk game ultralight biasanya 30cm kebawah sahaja namun di Malaysia dan sekitarnya saiz yang besar menjadi pilihan. Sebab itu kami mewujudkan peraturan max drag 2.7kg kebawah untuk memastikan tidak ramai mengalami masalah patah rod dan sebagainya. Emosi juga antara salah satu faktor mengapa kami membuat perubahan pada drag rules. Tidak semua pemancing berkemampuan dan tidak semua pemancing mampu mengawal perasaan apabila terjadi perkara yang diluar jangkaan.

Bukan itu sahaja tujuan kami mewujudkan rules baru dalam drag setting. Anda boleh membaca artikel dibawah ini untuk info yang lebih lanjut dimana kami set trend baru dalam pancingan ultralight supaya ia lebih balance dan matching di samping memberi keseronokkan yang lebih padu.

Masa Depan Pancingan Ultralight: Setting Up The Trend

Adakah anda di antara pemancing yang tidak mahu menyokong pembawakan idea terbaru iaitu rules drag dalam ultralight dari Malaysia yang kini telah menular ke dunia luar? Adakah anda tidak mahu Malaysia menjadi contoh kepada negara luar?

Anda kena mula sedar kita (Malaysia) cuba wujudkan scene pancingan ultralight yang lebih padu dari sebelum ini. Adakah anda masih mahu berdebat dengan perubahan fenomena ini atau mahu menyokong supaya pancingan ultralight bertambah seronok dari sebelumnya?

Market telah berubah ke arah standard yang kami wujudkan kerana mereka sedar ada PERMINTAAN dan ada KESERONOKKAN yang amat berlainan sekali dari sebelum ini. Apabila ada permintaan yang tinggi dan market menjadi gila dengan sesuatu maka terjadilah satu FENOMENA. Inilah dikatakan PEMBAWA TREND dan Malaysia adalah negara yang memulakan trend drag 2.7kg kebawah yang diwujudkan oleh orang kita sendiri, dari Malaysia iaitu Kanicen Nix.

Perkara Yang Perlu Di Fahami

Kita harus mula faham bahawa terdapat klasifikasi dalam pancingan iaitu ultralight, light, medium dan heavy. Setiap game ada elemen yang penting untuk menjadikannya lebih seronok kerana ia menjadi penyeri kepada dunia memancing. Contohnya jika kita main heavy cover tapi guna reel drag yang tidak kuat maka ia tidak seimbang dengan target ikan yang dicari di mana anda akan mengalami kesukaran dalam mengawal ikan tersebut. Di sini akan ada kerugian dalam pelbagai bentuk. Begitu juga dengan ultralight. Kita harus memahami target ikan sebelum membuat pemilihan setup yang sesuai.

Apakah Yang Penting Dalam Pemilihan Reel?

Bagi saya jika untuk game ultralight saya akan pastikan perkara pertama ialah DRAG YANG LANCAR dan KEKUATAN DRAG TIDAK MELEBIHI dari kekuatan rod dan tali supaya saya tidak perlu mengambil risiko over pressure pada rod yang boleh mengakibatkan patah. Di sini saya akan memilih reel yang dragnya tidak lebih dari 2.7kg kerana tidak perlu risau akan kesilapan semasa membuat setting pada drag semasa bertarung dengan ikan.

Walau bagaimana pun, bagi mereka yang menggunakan rod berkekuatan 1-3lb, yang dipadankan dengan tali antara 1-3lb, dan reel yang mempunyai max drag 3kg, adakah setup anda balance? Ada yang berpendapat setup ini tidak balance, TETAPI, setup ini tetap berada dalam kategori Ultralight di mana ia akan melindungi dari merosakkan setup anda.

Kami sememangnya menuju ke arah mewujudkan reel yang mempunyai drag yang lebih sesuai dengan setup. Mana tahu satu hari nanti akan wujud reel-reel yang mempunyai drag lebih rendah yang sesuai digabungkan dengan rod yang ada di pasaran. Semua ini bergantung pada PERMINTAAN dan PEMBAWAKAN yang kami tengah usahakan. Ia perlukan masa bukannya boleh dibuat dalam 1 hari. Kami mengambil 10 tahun untuk membawa UL scene ini yang bermula dari drag sistem yang open ke rules drag sistem 2.7kg. Mengapa perlukan masa? Rasanya anda boleh fikirkan sendiri.

Nak belajar tentang drag setting anda boleh baca artikel ini:

Apakah Ukuran Drag Yang Betul Untuk Reel Bagi Pancingan Ultralight?

Isu-isu yang berkaitan peraturan max drag 2.7kg dan ke bawah

1. Boleh adjust drag – Ada segelintir pemancing yang beranggapan peraturan max drag 2.7kg yang ditetapkan oleh group Ultralight Anglers adalah tidak relevan. Pada mereka, kekuatan drag pada reel boleh diubah, jadi tidak timbul isu rod akan patah, tali akan putus dan sebagainya. Malangnya, mereka LUPA untuk mengambil kira walaupun reel ultralight yang mempunyai max drag 2.7kg dan kebawah, setting drag yang diset hanyalah 20 hingga 30 peratus sahaja dari kekuatan drag maksimum bagi reel tersebut kerana itulah setting terbaik untuk memastikan drag lancar dan berfungsi dengan efisyen. Dan mereka juga LUPA ada rintangan lain seperti geseran dari cincin rod, panjang tali yang keluar, geseran pada air, umpan dan lain-lain yang boleh menyebabkan drag lebih kuat dari yang di anggapnya betul. Bacalah artikel di atas untuk lebih fahaman.

2. Beli ja reel yang max drag lebih, apa ada hal kan? – Benar, anda bebas untuk menggunakan apa sahaja reel yang mempunyai max drag lebih dari 2.7kg. Tetapi, tanya balik diri anda, kenapa anda join group Ultralight Anglers? Bukankan anda ingin belajar teknik pancingan Ultralight yang sudah pun kami tetapkan peraturannya?

Ingat, masing-masing ada hak untuk beri pendapat. Tetapi, biarlah pendapat anda itu berlandaskan ilmu dan bukannya logik peribadi anda semata-mata. Sebenarnya, halatuju group Ultralight Anglers telah pun berada di landasan yang betul. TIDAK ada group di negara lain yang betul-betul mengikut apa yang telah dibuat oleh kita di Malaysia.

Kesimpulan

Jadi untuk menjawap persoalan “Adakah drag berkait rapat dengan pancingan Ultralight”?

Jawapannya ialah YA, amat penting dan berkait rapat.

Akhir kata, fahamilah niat sebenar group UL Anglers ditubuhkan, iaitu untuk mendidik para pemancing untuk mendalami ilmu pancingan Ultralight. Tidak mengapa kalau anda masih belum dapat mengikut 100% apa yang kami cuba bawa. Tetapi, berilah peluang kepada diri anda sendiri untuk belajar dan memahami niat sebenar group ini ditubuhkan.

Terima kasih.

Nota:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Kami akan cuba perbaiki info dalam setiap artikel kami dari masa ke semasa untuk tujuan memperbetulkan apa yang kurang tepat. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

Bagaimanakah Cara Mengukur Bearing Reel Pancing Anda?

Bearing datang dalam bermacam saiz mengikut saiz reel dan juga bergantung pada reka bentuk sesuatu …

9 comments

  1. And finally inilah jwpn yg ditunggu2, setelah saya post dkt post UL dan x sangka mendapat reaksi yg wowww..byk ilmu yg diabsorb..tq kanicen.
    Maka jawapan balas saya trhdp kenyataan tce admin tu tidaklah salah..

    • hahaha… tu la. macam macam reaksi kaki UL. Lain di tanya lain di jawapnya. Inilah masalah paling beso yang kami lalu sejak 12 taun yg lepas.

      Sama-sama bro. Artikel adalah cara terbaik untuk menjawap soalan bro supaya senang dijadikan panduan untuk semua. Ramai lupa semua artikel dalam blog ini dan apa yang kami buat adalah panduan untuk kemajuan dan pembaharuan ke arah pancingan yang lebih seronok.

      Moga artikel ini dapat memberi bantuan pada soalan bro. πŸ™‚

  2. Sokong pendapat saudara dalam setup UL fishing game bagi group Ultralight Angler d facebook..
    Sy juga tidak terkecuali daripada menggunakan setup group saudara yang terpapar d group tersebut..kerana saya rasa lebih mencabar berbanding menggunakan setup yg lain..
    Sy cuma inginkan penjelasan tentang beberapa perkara:
    1. Adakah group yang anda wujudkan ini adalah satu-satunya yang diiktiraf sebagai membawa nama Malaysia dalam game UL dalam arena memancing?
    2. Adakah anda rasakan bahawa ahli2 pertama asli dalam group inilah yg pertama di Malaysia khasnya dalam UL fishing game?
    3. Adakah anda rasakan jika ada group lain dalam media sosial yg menetapkan UL fishing game bagi group mereka adalah 8lbs ke bawah adalah tidak layak dipanggil pemancing UL fishing game?
    4. Bagaimanakah utk kita mengelakkan pemancing di luar sana khasnya di Malaysia keliru dgn peraturan UL fishing game sebenar?
    5. Rasionalkah kita membiarkan pemancing yang tidak menjaga etika memancing di arena memancing atau di media sosial yang semakin hari semakin menjadi-jadi hanya kerana seseorang pemancing baru bermula berjinak – jinak dalam UL fishing game?
    6. Apakah peranan anda selaku trend setter bagi mengelakkan pemancing yg mula – mula bersama dengan anda di hari pertama anda terfikir utk memulakan trend UL di Malaysia ini khasnya tidak merasa bongkak dgn pengalaman sedia ada?

    • Salam bro,

      Mekasih sudi komen dan sudi mengikut cara kami dalam ultralight fishing di Malaysia. Di bawah ini saya ingin cuba menjawap soalan bro dengan cara yang terbaik tanpa ada sebarang agenda tersendiri.

      1. Adakah group yang anda wujudkan ini adalah satu-satunya yang diiktiraf sebagai membawa nama Malaysia dalam game UL dalam arena memancing?

      Nak kata iktiraf tak berani sebab tiada organisasi yg iktiraf kami. Namun kami antara group yang mula-mula dibuat, diusahakan tanpa rasa jemu, sentiasa aktif dan berani menyahut segala cabaran yg datang dalam mempopularkan ultralight fishing di malaysia.

      Pada pendapat saya pengiktirafan datang dalam usaha untuk membawa sesuatu perkara ke arah yang boleh diterima pakai caranya oleh sekumpulan komuniti dimana ada logik dan sahih caranya.

      Contoh IGFA bukan di iktiraf pon oleh mana-mana badan goverment. Mereka tubuhkan atas niat untuk menyeronokkan dunia pancing dengan record record dari serata dunia dimana pada awal nya tiada pun penerimaan tetapi lama-lama ia diterima kerana ia satu perkara yang boleh membuatkan ramai pemancing akan cuba berusaha mencari ikan yang boleh dijadikan rujukan dalam pelbagai aspek.

      Begitu juga dengan undang-undang dalam satu negara diwujudkan dalam komuniti kecil dahulu sebelum ia dibawa ke komuniti yg lebih besar. Ia dibuat secara berperingkat supaya majoriti menerima akan undang-undang baru tersebut dan kemudiannya dijadikan salah satu undang-undang sahih.

      Niat kami lebih pada proses ini.

      2. Adakah anda rasakan bahawa ahli2 pertama asli dalam group inilah yg pertama di Malaysia khasnya dalam UL fishing game?

      Saya tidak merasakan kami adalah yang pertama wujud di Malaysia. Saya agak pasti ramai lagi yang telah berkecimpung dalam pancingan ultralight dan ada yang lagi hebat cuma mereka ini lebih pada diri sendiri. Tiada seorang pun berani ke depan untuk berbuat sesuatu. Beza dengan kami yang ingin dunia luar tahu keseronokkan dalam pancingan ultralight. Sebab itu kami bawa ia kehadapan dengan tujuan mendidik dan sharing.

      3. Adakah anda rasakan jika ada group lain dalam media sosial yg menetapkan UL fishing game bagi group mereka adalah 8lbs ke bawah adalah tidak layak dipanggil pemancing UL fishing game?

      Saya agak kurang bersetuju dgn 8lbs itu sebagai ultralight kerana 6lbs telah diwujudkan sebagai rules of thumb untuk ultralight sejak 1930an lagi dan ia telah di documented kan ke dalam buku yang di tulis ketika itu. Bole refer dan download buku itu di sini:

      https://www.ultralightanglers.com/the-origins-of-ultralight-spinning/

      Ini bukan saya yang cakap tetapi orang yang lebih mahir dari Europe. Malahan brand-brand besar seperti St Croix, G-Loomis, etc yang mendominasi dunia pancingan ketika itu sebelum datangnya brand jepun juga menggunakan aliran yang sama. Ramai lupa Jepun suka buat cara mereka kerana mereka tidak pernah suka cara Europe. Begitu juga sekarang rakyat kita sentiasa pandang Jepun sehingga lupa kita rakyat Malaysia juga mampu berbuat sesuatu yang seharusnya boleh diusahakan sama-sama dan di banggakan.

      Klasifikasi rod/tali harus di fahami sebelum kt menyatakan sesuatu perkara. Boleh refer antara info yang kami researched dan boleh diguna pakai untuk tujuan panduan.

      BI: https://www.ultralightanglers.com/what-is-ultralight-fishing/
      BM: https://www.ultralightanglers.com/apakah-itu-ultralight-fishing/

      4. Bagaimanakah utk kita mengelakkan pemancing di luar sana khasnya di Malaysia keliru dgn peraturan UL fishing game sebenar?

      Mudah. Baca artikel di atas dan cuba fahaminya. Elak mendengar pendapat yang tanpa fakta.

      5. Rasionalkah kita membiarkan pemancing yang tidak menjaga etika memancing di arena memancing atau di media sosial yang semakin hari semakin menjadi-jadi hanya kerana seseorang pemancing baru bermula berjinak – jinak dalam UL fishing game?

      Kami agak tegas dalam menjaga etika sebab itu kami buat satu standard dan strategi dalam mendidik pemancing apabila masuk ke dalam group ultralight kami. Tujuan kami buat format posting dan rules lain dalam group adalah untuk mendidik. Kami cuba mendidik dengan satu format yang akan mengajar mereka mengikut ajaran kami. Jika tuan tengok format posting kami telah digunakan hampir majoriti group facebook yang ada dan juga luar negara. Ini adalah cara kami mendidik pengikut memahami setup yang digunakan oleh setiap pemancing. Ilmu semua ini yang dahulu tidak pernah seorang pun mampu untuk create awareness ini.

      Contoh ke 2: Jika tuan perhatikan kami akan tegas dalam isu tapau dengan menyatakan sesiapa yang menunjukkan ikan tapau akan di remove atau di delete. Ini kerana kami ingin mereka faham di dalam group ini bukan untuk riak tetapi lebih pada sharing dan menjaga adab dan etika dalam menghormati semua lapisan masyarakat baik tua dan muda. Jika yang lebih matang sendiri tidak menunjukkan teladan dan etika bagaimana yang muda akan sambung perkara yang ingin kami buat bagi perkembangan generasi akan datang.

      Contoh ke 3: Dahulu lebih dari 6-7 tahun yang lepas hampir majority pemancing tidak faham tujuan rating di beri pada rod, reel dan sebagainya. Segala barang yang mereka beli adalah atas dasar “terbaik” yang diberitahu oleh seseorang tanpa memahami tujuan rod itu dibuat. Kini hampir semua bercakap tengok poundage rod tu, tengok drag reel itu, tengok poundage tali tu dan paling penting tengok berat gewang yang sesuai untuk di padankan dengan rod yang mereka beli. Ini adalah antara kejayaan kami yang kami rasa permulaan untuk pancingan yang lebih berilmu dan bertujuan dalam mewujudkan pancingan yang lebih seronok; lebih teknikal.

      Banyak lagi sebenarnya telah kami lakukan dalam menyumbang ke arah pancingan yang lebih sihat cuma kami tidak pernah claim or risau akan kredit itu. Sedekah ilmu dan usaha ke arah kemajuan adalah niat kami yang sebenar.

      6. Apakah peranan anda selaku trend setter bagi mengelakkan pemancing yg mula – mula bersama dengan anda di hari pertama anda terfikir utk memulakan trend UL di Malaysia ini khasnya tidak merasa bongkak dgn pengalaman sedia ada?

      Saya buat semua ini tanpa sebarang niat atau agenda sendiri. Dalam hidup perkara datang tanpa di duga. Saya pun bukan nya lahir terus kenal dengan pancingan ultralight. Saya lebih pada kaki bottom satu ketika dulu sehinggalah terjumpa beberapa orang yang mahir dengan pancingan ultralight. Dari situ saya mula merasakan ultralight fishing adalah salah satu teknik/kategori game yang saya minati kerana saya jenis yang sentiasa suka cabaran.

      Dari awal perjalanan dimana tiada sebarang rules kecuali rod dan tali tidak lebih dari 6lbs dan pada masa ini drag bukan menjadi fokus kami kerana kurangnya reel di dalam market. Setelah beberapa tahun akibat momentum yang kami bawa telah mula wujud reel yang drag nya 4kg. Kami mula memasang strategi supaya ia lebih rendah dan hanya setahun dari itu kami berjaya buat market wujudkan reel drag 3kg. Sejak dari itu kami tahu manufacturer mengikut dan buat sesuautu berdasarkan atas permintaan bukan sebab game. Jadi tidak hairanlah mengapa puluhan tahun yang lalu tidak wujud reel yang mempunyai drag rendah.

      Dan kami berasa agak bangga kerana berjaya mewujudkan peluang pada semua kaki pancing untuk mencari sumber pendapatan yang lain. Ada yang full time dan ada yang part time. Namun group ini telah menjadi antara punca utama terjadinya punca rezeki pada ramai orang tanpa disedari. Trend yang kami bawa ini telah membuka banyak jalan. Kami tidak pernah menerima kredit atas usaha ini namun kami percaya rezeki kami akan ada juga.

      Perasaan bongkak dengan pengalaman itu datang pada individu apabila mereka lupa asal usul dan adab. Ia juga datang apabila tidak mahu mengaku kesilapan dan merasakan diri betul dalam segalanya. Ada yang merasakan diri mereka berpengalaman tetapi tidak kena dengan sikap dan adab kerana ingin sangat menunjuk kehebatan. Hasutan antara punca utama terjadinya isu-isu bongkak ini di kalangan masyarakat kita. Virus seperti ini seharusnya dibendung bersama-sama dengan agama dan ilmiah.

      Saya jenis yang amat utamakan adab dalam segalanya. Saya sentiasa mengelakkan kontrovesi walaupun ramai mencuba pelbagai perkara dalam memfitnah, memburukkan dan cuba merosakkan trend yang kami cuba bawa. Namun saya yang baru masuk Islam sedar akan dugaan yang datang ini adalah untuk kemajuan saya dan semua yang ada bersama-sama berjuang untuk tujuan yang lebih baik. Sebab itu semua admin dan pro staff yang saya lantik saya akan pastikan ADAB menjadi faktor utama dalam membuat pilihan. Jika ada yang tidak beradab saya akan tegur terus.

      Luahan terakhir saya ialah kita sepatutnya berasa bangga apabila ada yang cuba berusaha membawa pancingan ultralight ke level yang berbeza dari sebelum ini. Pembawakan dan pembaharuan yang kami cuba lakukan telah mendapat sambutan di sekitar negara kita seperti Indonesia, Singapore, Philipines dan lain lain negara South America. Namun agak pelik juga apabila orang kita sendiri cuba mempertikaikan dari sama-sama berusaha untuk menyokong dan membangunkannya.

      Sedih tetapi tiada istilah putus asa dalam diri saya. Insyaallah akan maju kerana saya percaya pada NYA melalui usaha.

      Berharap soalan tuan dapat saya jawap. Maaf jika ada ayat2 yg kurang menyenangkan. Terima kasih πŸ™‚

      • Terima kasih kerana sudi untuk menjawab pertanyaan saya..
        IGFA ialah organisasi non – profit..drpda jawapan anda..sy juga menganggap group yg anda tubuhkan ada sama seperti igfa..
        Memilik tujuan yg jelas serta dapat membantu orang lain selain daroipada menjadi rujukan kepada pemancing2 di Malaysia dalam arena UL fishing game khasnya..
        Cuma kadang2 sy sedih apabila membaca komen2 d group anda yg tidak memberi peluang langsung kepada pemancing baru yang ingin berjinak2 dalam arena UL..
        Mungkin ini terjadi atas banyak faktor..dan itu sy faham..
        Tetapi daripada mereka2 yang dah lama menetap dalam group anda adalah bagi saya kurang sopan terutamanya individu2 yg saya kenal mempunyai pekerjaan yang mulia serta ada beberapa yg dipandang tinggi dalam masyarakat dalam lingkungan mereka..
        Tidak perlu saya sebutkan nama..
        Semoga arena UL fishing game dalam negara kita ini menjadi lebih baik dan semoga komuniti kita menjadi lebih beradab sopan..
        Semoga berjaya dan sentiasa maju ke hadapan bro..
        Sy sentiasa berpegang teguh dengan kata2 ini ketika memancing..
        Walau siapa pun kita, betapa tua pun kita, betapa banyak pengalaman kita..
        Kita akan sentiasa menjadi ‘newbie’ dalam dunia ini kerana hanya Tuhan sahaja yang paling hebat di dunia ini..jika kita berhenti utk belajar kita akan ketinggalan dan ditelan arus zaman..
        Terima kasih kerana mewarnai dunia memancing di Malaysia ini..

        • Terima kasih kerana sudi untuk menjawab pertanyaan saya..

          Reply: Sama-sama πŸ™‚

          ———-

          IGFA ialah organisasi non – profit..drpda jawapan anda..sy juga menganggap group yg anda tubuhkan ada sama seperti igfa..

          Reply: Setuju.

          ———–

          Memilik tujuan yg jelas serta dapat membantu orang lain selain daroipada menjadi rujukan kepada pemancing2 di Malaysia dalam arena UL fishing game khasnya..

          Reply: Benar. Kami mempunyai misi. Kami berusaha sebaik yang boleh untuk mendidik sambil memastikan objektif dan didikan sentiasa menjadi prioriti.

          ———–

          Cuma kadang2 sy sedih apabila membaca komen2 d group anda yg tidak memberi peluang langsung kepada pemancing baru yang ingin berjinak2 dalam arena UL..

          Mungkin ini terjadi atas banyak faktor..dan itu sy faham..

          Reply: Setuju. Saya ada dapat respond dari Admin yang juga seringkali memberitahu perkara ini. Kadang-kadang kesian dan serba salah juga untuk menegur kerana masing-masing mempunyai ego dan pendapat sendiri yg lebih bertujuan atau berbunyi “kondem” dari mendidik. Rata-rata pemancing baru sentiasa di hujani dengan ejekan oleh pengikut yg sombong dan lupa ilmu mereka juga dtg dari kami.

          Reply: Jika dari pihak admin, saya memohon ampun dan maaf bagi pihak mereka kerana kadang-kadang tekanan yg mereka terima amat kuat. Tapi saya agak pasti pihak admin tidak mungkin kondem cuma teguran di anggap sebagai kondem atau kecaman sedangkan niat lebih pada menegur. Ramai salah anggap teguran dengan mengecam. Nada dan intonasi kadang-kadang disalah tafsirkan antara punca terjadinya salah faham. Mereka cuba buat yang terbaik dgn menyusun ayat sebaik yg bole. Pelbagai cara telah kami cuba usahakan. Kadang-kadang dari menegur, delete terus menjadi solution terbaik supaya tidak wujud perbalahan yang tidak mendatangkan faedah. Ramai yg menunggu peluang untuk mengeruhkan keadaan. Macam tuan cakap ‘terjadi atas banyak faktor”. Pendekatan yang kami buat lebih bertujuan keharmonian group.

          ———–

          Tetapi daripada mereka2 yang dah lama menetap dalam group anda adalah bagi saya kurang sopan terutamanya individu2 yg saya kenal mempunyai pekerjaan yang mulia serta ada beberapa yg dipandang tinggi dalam masyarakat dalam lingkungan mereka..

          Tidak perlu saya sebutkan nama..

          Reply: Setuju. Yang kurang sopan biasanya apabila ada jenis parasit yg cuba memburukkan group dengan mewujudkan situasi yg tidak perlu. Kami telah kenalpasti individu2 ini dan sentiasa berada dalam pengawasan kami. Tindakan keras akan diambil apabila melampaui batas dalam menjaga adab. Dan setuju juga yg kurang sopan biasanya mereka yg kunun2 berstatus tinggi dlm masyarakat tapi syg adab kurang. Akidah lari dari perbuatan.

          ———–

          Semoga arena UL fishing game dalam negara kita ini menjadi lebih baik dan semoga komuniti kita menjadi lebih beradab sopan..

          Reply: Aminnn. Kami semua berharap begitu. Moga tuan sentiasa sabar dan sentiasa juga menegur kami jika ada silap. Cadangan juga amat dialu-alukan untuk memajukan group dan scene UL ke arah yg lebih tinggi.

          ———–

          Semoga berjaya dan sentiasa maju ke hadapan bro..
          Sy sentiasa berpegang teguh dengan kata2 ini ketika memancing..
          Walau siapa pun kita, betapa tua pun kita, betapa banyak pengalaman kita..
          Kita akan sentiasa menjadi β€˜newbie’ dalam dunia ini kerana hanya Tuhan sahaja yang paling hebat di dunia ini..jika kita berhenti utk belajar kita akan ketinggalan dan ditelan arus zaman..
          Terima kasih kerana mewarnai dunia memancing di Malaysia ini..

          Reply: Alhamdullilah. Tuan mempunyai mentaliti yg sama seperti saya. Allah lagi hebat dan paling hebat. Kita cuma sementara di dunia ini dan kt semua sepatutnya sedar kekurangan pada diri. Rendah diri adalah sesuatu yg pemancing di negara kt perlu terapkan di dalam diri supaya ada niat untuk sentiasa belajar tanpa jemu.

          Reply: Terima kasih juga atas komen tuan yang membuatkan kami lebih bersemangat untuk maju. Tuan juga menjadi salah seorang yang mewarnai dunia pancing negara dengan etika yang harus dipuji. Semoga kita semua mengorak langkah maju dan terus maju berlandaskan adab yang dimuliai.

          Reply: Mohon membenarkan saya share screenshot post ini di group sebagai didikan / panduan supaya rakan-rakan lain dapat mengambil yang jernih.

  3. Dipersilakan tuan..
    Semoga apa yang kita bincangkan ini menjadi ilmu dan rujukan untuk rakan-rakan kita yang lain..
    Selamat maju jaya..
    Fish on brother..

  4. Dipesilakan tuan..semoga apa yang kita bincangkan ini dapat menjadi pedoman kepada rakan – rakan kita di luar sana..
    Kumpau itu indah, strike itu luar biasa..
    Fish on brother…

Leave a Reply to Kanicen Nix Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.