Pancingan Ultralight amat luas maksudnya dan lain orang lain pemahamannya. Tidak siapa yang salah disini. Ajaran dan ilmu itu milik masing-masing. Namun apa yang pasti kita masih terkial-kial untuk memahaminya berbanding dengan negara-negara lain yang lebih maju kedepan dalam industri pancingan.
Tetapi sedarlah pemancing kita terlalu ramai yang ingin menjadi “OTAI SEGERA” dengan ilmu yang tidak seberapa. Kepentingan untuk mengejar nama dan ingin di label sebagai “MASTER” makin menjadi-jadi. Mengapakah ini semua terjadi? Jawapannya adalah mudah iaitu tiada haluan dan tidak faham apa itu hormat-menghormati antara satu sama lain. Masing-masing mempunyai agenda tersendiri akibat terpengaruh ,penting diri dan masing-masing masih menganggap diri terlalu arif akan sesuatu tanpa menyedari ilmu tidak akan habis dipelajari.
Bagaimana dengan kami?
Hala Tuju
Syarat kami ialah “6lbs” maxima berdasarkan tali utama, rod, reel dan juga termasuk leader. Namun kami memberi kelonggaran sedikit kepada leader supaya kepada yang belum mencuba dan untuk mendapatkan pengalaman sebelum mengikuti segala syarat-syarat kami. Gunalah leader yang sesuai ikut kepada confident diri, kesesuaian lokasi pancingan dan target ikan. Jangan kalut sangat jika baru start main ultralight. Adjust diri sebaik yang boleh supaya dapat belajar dengan cara yang betul dan lebih selamat.
Mengapa kami buat syarat yang sedemikian?
Mudah! Klasifikasi line/rod poundage dalam Ultralight ialah bawah 6lbs dan ini adalah fakta. Apa yang kami cuba buat ialah memberi kepuasan diri dengan syarat yang extreme untuk mencabar diri supaya kita boleh jadi lagi bagus dari pelbagai aspek. Dengan mengikuti syarat-syarat kami dengan secara tidak langsung pemancing belajar apa itu “Matching dan Balancing” bagi sesuatu setup yang digunakan. Matching dan balance bukan sahaja pada setup tetapi juga pada cara, situasi, penggayaan umpan, penyesuaian lokasi pancingan dan juga banyak faktor-faktor lain yang boleh membuatkan anda akan terasa lebih tercabar untuk kepuasan.
Apabila terasa cabaran, memahami faktor-faktor di atas ini maka sudah pasti teknik dan skills mancing kita akan bertambah bagus jika kita berani menyahutnya. Sebab itulah kami di gelar Trend Setter kerana kami berjaya mencetuskan rasa ingin mencuba ultralight game ke dalam diri anda. Trend setter bukan kerana ultralight game tetapi kerana cara kami mencabar game ultralight dan membawa debaran, karen dan kekejangan yang kami rasa kepada anda.
Dalam UL, terdapat banyak sub-category atau lebih dikenali sebagai sub-games. Terdapat pelbagai UL tackles / equipments di mana pengeluar membuatnya untuk penggemar game UL. Apa yang kami cuba buat ialah lebih pada pancingan Ultralight air tawar dan kami melebarkan konsepnya kepada pancingan air masin, kolam pancing, membottom dan sebagainya. Kami fine tune dan improvise konsepnya supaya ia lebih mudah untuk difahami dan sesuai dengan target ikan yang ada diperairan negara kita. Dan ini ada sedikit perbezaan dengan konsep yang digunakan di Jepun / segelintir negara Europe kerana mereka guna term UL untuk tackle dan target ikan.
Tiada organisasi yang memandatkan sesuatu trend, semua ini adalah melalui culture asas dan pengalaman dalam sesuatu bidang pancingan. Tidak semua boleh ditulis atas batu. Kesemua ini adalah berdasarkan tradisi dalam pengalaman dan ikutan yang boleh disebarkan.
Apa yang kami cuba buat ialah create trend baru iaitu rules standard 6lbs dan ke bawah yang tidak pernah di popularkan secara meluas dimana-mana dan kini kami telah menjadi Ultralight Trend Setter bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di sekitar negara-negara asean seperti Singapore, Indonesia, Thailand, Brunei, Philippines, Cambodia dan juga negara lain seperti Brazil, Argentina yang dahulunya campur aduk kini sudah mula mengorak langkah ke arah pancingan cara kami.
Tidak kira dimana anda berada kita harus fine tune dengan equipment yang sedia ada untuk kesesuaian ikan. Kita harus paham bahawa apa yang Japanese & Europe cuba buat ialah berdasarkan ikan mereka tetapi standard setup UL tetap 6lbs.
Kini kami telah berjaya mengeluarkan produk brand sendiri iaitu Kanicen Nix satu-satunya produk yang fokus 100% on ultralight game yang direka khas untuk perairan kita. Kanicen Nix telah menjadi brand pioneer dalam industri sukan memancing ultralight di serata negara.
Ultralight fishing adalah amat mudah jika anda memahaminya. Anda cuma perlu ingat asas maximum setup untuk melayakkan diri sebagai UL anglers iaitu 6lbs maxima. Ini termasuk Rod, Reel dan Tali tidak kira mono atau braided. Leader adalah flexible mengikut lokasi dan target ikan. Jangan hanya memahami teori tanpa praktikal. Go on field test dan buktikan maksud UL sebenar. Selagi teori tidak di praktikalkan maka anda tidak akan faham terma sebenar UL. Tidak kisah la sehebat mana pun TEORI anda, selagi tiada praktikal jangan sesekali membuat andaian maksud sebenar UL.
Mancing adalah hobi kami. Tidak lebih dari itu. Tidak pernah terlintas dihati untuk menunjuk, bongkak, menghina atau look down sesiapa. Kami melayan semua orang tidak kira otai, master, sifu, artis, budak-budak yang baru belajar, pakcik-pakcik, abang-abang, akak-akak, adik-adik dengan cara yang sama. Melalui aktiviti mancing lah saya dapat kawan baru dari serata Malaysia dan juga benua lain.
Mendidik adalah perkara yang bukan dipandang mudah. Jika mudah tidak mungkin kita semua akan mempunyai pendapat yang berbeza-beza dan mempunyai pandangan yang berlainan. Kami disini mencuba sehabis baik untuk mendidik jadi hargailah segala usaha kami tanpa sebarang hasat dengki. Pandanglah kami secara neutral dan beri kami peluang untuk menyebarkan ajaran kami disini. Jika anda benar-benar seorang yang beragama maka anda seharusnya sedar agama tidak pernah mendidik kita untuk memandanga serong terhadap sesiapa tanpa sebab. Kami mencuba yang terbaik untuk kebaikan semua pemancing.
Gained Respect By Respecting Others!
Sekiranya kami ada menyentuh hati mohon ampun. Tiada niat menghina atau membanggakan diri. Kami cuma ingin semua UL anglers memahami term sebenar UL. Mungkin kami menulis article ini dalam keadaan emosi tetapi percayalah niat kami adalah ikhlas untuk memajukan sukan UL di Malaysia tanpa mengaharapkan apa-apa balasan.