Tips Pancing: Mengenal Bahagian Rod Pancing Anda

Untuk pemancing yang baru terjebak dalam dunia pancing amat penting untuk anda memahami asas rod pancing anda. Di sini saya ingin berkongsi sedikit penerangan RINGKAS mengenai rod pancing. Sila rujuk gambar di bawah untuk keterangan lebih lanjut.

1. Handle / Grip

Merangkumi reel seat dan juga grip. Terdapat dlm full grip atau split grip..Reel seat ada pelbagai jenis untuk jenis spinning dan juga bait casting. Ada juga reel seat untuk fly rod. Contoh reel seat yang banyak diguna adalah dari jenama fuji seperti DPS, TVS, VSS, IPS, DPS H, PTS, PMTS, PULS, ACS, ECS, TCS, T-DPS, SKSS, SKTS dan lain-lain jenis lagi..terdapat juga jenama seperti MATAGI, AMERICAN TACKLE DAN OEM brand. Bahagian grip juga terdapat pelbagai jenis grip seperti eva, cork, rubber, foam, win grip dan lain-lain jenis material grip.

2. Hook Keeper

Ada yang mempunyai hook keeper dan ada juga tidak bergantung pada pereka rod. Hook keeper antara aksesori yang agak penting untuk tujuan keselamatan dan memudahkan dalam penjagaan rod ketika berjalan menuju ke lokasi pancing. Ia juga dapat mengelakkan blank rod anda tercalar atau patah akibat perlanggaran umpan anda dengan blank. Untuk keterangan lebih lanjut mengapa rod anda patah dengan mudah boleh baca artikel ini:

Kenapa Rod Ultralight Mudah Patah?

Part 1: Punca Utama Rod Ultralight Patah

3. Blank Rod

Terdapat pelbagai jenis blank yang berada di pasaran seperti fibreglass, carbon, graphite dan lain-lain jenis bahan campuran untuk blank. Teknologi pembuatan blank sekarang dapat membuat blank yang ringan dan kuat. Rating power untuk blank ada terdapat biasanya dalam ukuran LB untuk rod freshwater dan PE untuk rod pancingan laut. Aksi (action) rod juga terbahagi kepada beberapa iaitu extra fast, fast, moderate dan slow.

4. Guides

Guide juga dikenali sebagai cincin rod. Part ini macam-macam orang panggil; antaranya cincin dan ada panggil Fuji, ada yang panggil gelang. Sebenarnya guide itu adalah gabungan rangka dan cincin sebab itu ia dinamakan guide. Fuji pengeluar utama guide walaupon terdapat guide dari jenama lain seperti American Tackle company yang glamour dengan micro wave guide dan terdapat juga pelbagai brand OEM guide manufacture. Tetapi FUJI selalu menjadi pilihan pengeluar rod dan rod builder. Terdapat pelbagai jenis guide dan yang biasa digunakan ialah seperti Y dan K guide. Ada bermacam-macam jenis guide di pasaran yang digunakan untuk tujuan sesuatu rod itu direka.  Bahagian cincin juga ada pelbagai jenis seperti alluminium oxcide, alconite, sic, torzite dan lain-lain. Manakala frame pula terdapat jenis steel, stainless steel, titanium, carbon fibre dan lain-lain material untuk frame guide.

Di bahagian guide terdapat reduction guide, belly guide, running guide dan juga tip top.

5. Aksesori

Aksesori untuk rod seperti carbon tube, butt, winding check, benang, epoxy, decal, cat, tape, insert, dan lain-lain aksesori. Aksesori biasanya digunakan untuk perhiasan.

Sekian penerangan RINGKAS mengenai bahagian bahagian rod. Nubis baru nak belajar memancing jika ada salah dan silap mohon tunjuk ajar dari semua.

Kredit: Rosli Othman

Nota:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

Review: Rod Kanicen Nix Sengat [Spinning]

Selepas jenama Kanicen Nix mengeluarkan rod edisi terhad mereka, Leebass, dua tahun lalu, kini mereka …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.