Teknik Memikat Ikan Belida Menggunakan Gewang dan Soft Baits – Part 1

Ikan Belida atau Clown Fish adalah antara ikan yang sukar untuk dipujuk jika tidak kena caranya. Ia dikatakan antara ikan yang pemalu kerana kesukaran memakan gewang. Antara cara yang berkesan dan biasa digunakan oleh penggemar pancingan bottom ialah menggunakan anak ikan atau udang. Namun ramai yang masih tertanya-tanya “ikan belida ini makan gewangkah”? Jika benar ia makan gewang bagaimana cara memujuknya?

ikan-belida-clown-fish-with-ultralight-setup

Di sini ada beberapa perkara yang amat penting yang anda perlu tahu sebelum memikat ikan belida antaranya ialah:

1. Mengenali Boiling Ikan Belida

Amat penting untuk anda mengetahui boiling ikan belida. Ramai yang masih confuse boiling ikan patin dan ikan belida kerana adakala ia hampir serupa jika tidak diperhatikan dengan betul. Anda akan lagi confuse kerana adakala ikan belida juga boiing dikalangan ikan patin. Ikan belida kebiasannya suka menimbulkan (boiling) dirinya di permukaan air dengan menunjukkan badannya yang kilat atau putih secara perlahan. Dan biasanya ia akan berada dan boiling di tempat yang sama berulang-rulang kali kerana ia adalah antara ikan yang pemalas menunggu mangsa dikawasan yang mudah untuknya menyerang.

ikan-belida-clown-fish-with-ultralight-kanicen-nix-ultralight-rod-setup

Ikan belida dikatakan suka duduk dikawah yang dibuatnya. Jadi amat penting untuk anda memerhatikan kawasan permainannya yang boleh dijadikan target area.

2. Jenis Umpan Dan Saiz

Antara umpan yang paling mujarab ialah gewang yang bersifat diver dan kaler yang menjadi pilihan biasanya lebih pada gewang yang kilat, natural, fire tiger, hot tiger dan sebagainya. Saiz yang biasa digunakan ialah dari 4cm ke 9cm. Gewang lain seperti sinking minnow juga boleh digunakan sebagai senjata tambahan kerana adakala apabila ia berada dalam keadaan yang aktif umpan-umpan yang mempunyai sifat slow sinking mampu memujuknya.

Umpan seperti soft plastic seperti paddle tail, twin tail minnow dan swimbait yang slow sinking bersaiz 4cm ke 7cm adalah antara diet yang sesuai untuk ikan belida. Penggunaan soft plastic memerlukan kesabaran dan ketekunan yang amat tinggi kerana bukan mudah untuk memastikan umpan soft plastic anda berada pada permukaan yang dikatakan “strike zone”. Namun tidak apa yang mustahil jika anda berusaha.

ikan-belida-clown-fish-with-ultralight-kanicen-nix-ultralight-rod-setup-soft-plastic-onie-kurnia-grenti-strike

3. Setup Pancing

Rod yang keras seperti light-medium atau medium-heavy dengan “fast action” akan memudahkan kerja anda kerana dapat menekan gewang menyelam dengan cepat ke zone mainan ikan belida. Dan yang amat penting apabila ikan belida membuat sambaran anda perlu membuat hentakan supaya gewang melepasi mulutnya yang keras.

ikan-belida-clown-fish-with-medium-rod-setup-sidek

Bagi peminat game ultralight jika anda menggunakan rod yang agak lembut maka anda perlu membuat lontaran yang lebih jauh supaya dapat jarak yang sesuai untuk membuat karauan bagi memastikan gewang anda menyelam kebawah pada paras strike zone. Hentakan keras apabila ikan belida membuat sambaran adalah tidak sesuai untuk setup ultralight tetapi anda boleh membuat perubahan dengan menggunakan gewang yang kecil dari saiz 4cm ke 7cm dan memastikan mata halus dan tajam. Saiz yang kecil juga membolehkannya menelan terus gewang itu.

ikan-belida-clown-fish-with-ultralight-kanicen-nix-ultralight-rod-setup-soft-plastic-onie-kurnia ikan-belida-clown-fish-with-ultralight-rod-setup-soft-baits-Muhammad-Izzul

Dan untuk pemancing ultralight anda mempunyai kelebihan dimana renangan umpan dapat dirasai kerana rod ultralight amat sensitif jadi setiap sentuhan dapat dirasai. Di samping itu tali dan leader yang halus juga akan memberi perbezaan yang positif apabila ikan berada dalam keadaan tertekan.

ikan-belida-clown-fish-with-ultralight-rod-setup-soft-baits-Haziq-Saidin

Amat penting memastikan mata pancing adalah tajam dan mempunyai teras yang kecil atau halus kerana ikan belida mempunyai rahang yang amat keras. Belum tentu anda dapat membuat strike menembusi mulutnya jika tidak memberi hentakan kuat.

3. Jarak Lontaran dan Teknik Karauan

Jarak lontaran anda adalah salah satu kunci kepada kejayaan anda memikat ikan belida. Kebiasaannya jarak lontaran anggaran tidak kurang dari 5 kaki kerana anda memerlukan jarak untuk menekan gewang anda menyelam ke lokasi boiling ikan belida itu. Jadi di sini jarak lontaran, penggunaan jenis gewang dan kekuatan rod anda memainkan peranan yang amat penting.

ikan-belida-clown-fish-with-ultralight-setup

Teknik karauan pula ialah sangat perlahan. Apabila gewang anda turun kebawah anda cuma perlu karau secara perlahan “umpama siput”. Perhatikan tip rod anda akan ada getaran lembut hasil dari gelekan gewang anda. Ikan belida boleh dikategorikan ikan yang pemalas jadi amat sukar ia mengejar umpan yang berenang laju tetapi adakala karauan laju juga boleh mendatangkan strike tetapi amat jarang. Kebiasaannya perkara ini terjadi apabila terlalu banyak ikan belida boiling di satu tempat.

ikan-belida-clown-fish-with-medium-rod-setup-khalid

Untuk umpan jenis soft plastic biasanya karauan terus secara perlahan sudah memadai. Jenis umpan seperti paddle tail, swimbait dan curly tail menjadi pilihan yang boleh mendatangkan kejayaan kerana “vibration” pada ekor umpan membuatnya tergoda. Teknik karauan hampir seperti penggunaan gewang hard baits namun soft plastic mempunyai kelebihan lain iaitu anda boleh membuat ketukan-ketukan drop shot di dasar untuk memujuk ikan belida membuat sambaran. Lompatan dropshot di dasar umpama ikan sakit akan membuatkan ikan belida tergoda untuk melakukan serangan.

ikan-belida-clown-fish-with-ultralight-kanicen-nix-ultralight-rod-setup-soft-baits-komander-lemon-tea

Selain casting anda juga boleh mengamalkan teknik trolling atau tunda. Jika casting tidak mendatangkan sebarang kejayaan; trolling boleh menjadi penggelak kumpaw. Adakala ikan belida menjadi culas akibat terlalu banyak sambaran / lucut / tangkapan / jaring dan faktor-faktor lain. Jika ini menjadi antara isunya maka anda boleh mencuba trolling dengan menggunakan gewang yang sesuai dengan kedalaman air. Jarak yang sesuai untuk trolling biasanya dalam 20-50 meter dengan memastikan bot tidak bergerak laju. Jika anda menggunakan thruster pulas throttle anda pada kelajuan tahap 1 dan bagi yang menggunakan enjin kawal kelajuan supaya tidak terlalu laju.

ikan-belida-clown-fish-teknik-trolling

5. Teknik Pancingan Ikan Belida

Ikan belida biasanya akan membuat hentakan apabila gewang anda mula menaik. Mungkin ia merasakan mangsanya pada masa itu lebih terdedah atau mahu melarikan diri. Jika anda boating, ia akan membuat anda terkejut kerana biasanya ia akan menyerang dekat dengan boat anda. Jika anda leka maka potensi untuk rod patah akibat hentakan atau anda terlepas peluang strike adalah amat tinggi.

Untuk game soft baits pula renangan perlahan di dasar semasa karauan atau semasa membuat gerakkan menggunakan teknik dropshot adalah timing dimana ikan belida membuat hentakan. Jadi anda harus sentiasa bersedia untuk membalas kembali supaya dapat membuat solid strike.

ikan-belida-clown-fish-with-ultralight-kanicen-nix-ultralight-rod-setup-soft-plastic-komander

Belida biasanya akan timbul dan bermain di tempat yang sama jadi amat mudah untuk anda mencarinya kerana ia bukan seperti ikan lain yang sentiasa melarikan diri.

Lain pula untuk kaki trolling atau tunda. Kebiasaannya jarak 20-50 meter adalah jarak yang biasa belida akan membuat sambaran. Ini kerana bot kita akan lalu di atas ikan dan ia memerlukan masa/jarak dari rasa terancam sebelum membuat sambaran.

Bagi yang kaki pancingan teknik bottom anda boleh gunakan umpan seperti anak udang, cacing, cengkerik, ulat kayu dan anak-anak ikan. Di Sarawak ada yang menggunakan anak ikan belacak memburunya.

teknik-pancingan-bottom-ikan-belida-sarawak-zafri-abdullah

Lakukan lontaran pada area ikan belida boiling. Pastikan anda menggunakan leader yang halus (untuk strike rate lebih tinggi) dengan mengurangkan segala accessories (snap, swivel, etc) atau menggunakan mata yang berat kerana ia akan memberi bebanan pada umpan yang digunakan. Ikan belida boleh dikatakan amat memilih dan sensitif. Umpan yang mati kebiasaannya tidak akan diusiknya.

6. Waktu Makan

Pagi dan petang menjadi pilihan untuk kaki belida namun ia tidak menjanjikan sebarang strike jika ia tidak boiling. Jarang sekali untuk mendapatkan strike kecuali anda telah biasa dengan lokasi pancingan dan tahu dimana biasanya ia bermain air. Belida bukan hanya makan di waktu pagi atau petang tetapi tengahari juga. Ada tempat ia suka bermain dengan air pada waktu panas dengan menunjukkan badan jadi perhatikan peluang ini.

ikan-belida-clown-fish-with-medium-rod-setup-sidek-sidi

7. Keselamatan

Pastikan anda membawa playar / forceps yang sesuai dan besar untuk memberi extra grip apabila hendak membuka gewang dari mulut ikan belida kerana kebiasaannya ikan belida akan menelan umpan anda. Jadi playar / forceps yang panjang (long nose plier or forceps) dan besar memudahkan dan mempercepatkan proses membuka dan membuat CNR jika anda tidak mahu membawanya pulang.

Keselamatan amat penting tidak kira ikan apa anda target. Jadi elakkan menggunakan playar kecil seperti playar yang anda gunakan untuk menukar mata gewang atau split ring kerana ia adalah tidak sesuai. Silap sedikit akibat kejutan akan memberi kecederaan yang amat bahaya.

Kesimpulan

Memikat ikan belida memerlukan kesabaran kerana karauan umpan yang amat perlahan boleh membuatkan anda bosan dan frust. Tidak semua pemancing boleh bertahan dan bersabar dengan kaedah memikat ikan belida ini majoriti pemancing akan berputus asa.

Pelbagai jenis umpan boleh digunakan namun teknik dan kesabaran adalah kunci kejayaan. Gewang selaman dalam untuk pemancing yang suka menggunakan hard baits manakala soft baits boleh digunakan untuk kaki-kaki mancing yang suka dengan soft plastic.

Kepelbagaian teknik adalah amat penting apabila memikat ikan belida. Anda boleh menggunakan gewang dan membuat karauan yang amat perlahan begitu juga dengan soft baits. Teknik drop shot juga boleh digunakan untuk memikat ikan belida.

Sentapan pertama belida selalu dijadikan perbandingan dengan ikan lain kerana ia amat rakus dan kuat. Sentapan inilah yang membuatkan banyak pemancing sentiasa gian mencarinya. Tidak lupa lompatan akrobatik yang amat memukau antara penyebab memancing ikan belida menjadi salah satu ikan yang wajib dipancing.

kanicen-nix-ultralight-fishing-clown-fish-ikan-belida

Apa pun jika anda seorang pemancing yang suka membuat CNR pastikan peralatan anda mencukupi semasa memburunya. Lebih-lebih lagi playar / forceps yang panjang dan besar untuk memudahkan proses melepaskannya secepat yang boleh. Utamakan keselamatan.

Semoga berjaya.

Sila share artikel ini jika anda merasakan ia sesuai untuk bacaan rakan-rakan anda.

Nota:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

amzar-syazani-kanicen-nix-grenti-strike-siakap-catch-and-release

Tips Memburu Siakap Putih Menggunakan Kanicen Nix – Grenti Strike by Amzar Syazani

Contest: Kemantapan Local Brand Kanicen Nix Tajuk artikel: Tips memburu siakap putih menggunakan Kanicen Nix …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*