Tali Pancing Berpintal – Bagaimana Untuk Mengelakkan ia dan Bagaimana Untuk Membuangnya?

Tali berpintal (berbelit) adalah salah satu sebab kesengsaraan pemancing. Anda cast, dan tali berlaga dengan guides, kadang-kadang tersimpul dengan guide. Kadang-kadang bahagian tali yang bersimpul agak banyak akan menambahkan kekusutan semasa memancing. Beberapa sumpahan dan kutukan boleh melepaskan sedikit kemarahan tetapi ia tidak menyelesaikan masalah.

tali-berpintal
tali-berpintal
line-twist-tip-guide
line-twist-tip-guide

Lebih buruk lagi selepas menghabiskan masa memancing yang berharga melepaskan tali yang bersimpul, balingan yang seterusnya membawa kepada kekusutan yang lain, lebih banyaklah sumpahan, dan masih tiada penyelesaian.

Tali yang bersimpul adalah penyebab kemarahan, dan tidak kira berapa jumlah masalah bersimpul berjaya dileraikan namun ia tidak mampu menyelesaikan masalah. Jika masalah utama tidak dapat diselesaikan masalah tali bersimpul akan kekal, dan begitu juga dengan masalah-masalah yang lain.

Tali bersimpul adalah mudah untuk dikenal pasti. Tarik tali sedikit dari reel, dan biarkan ia tergantung. Tali yang bersimpul akan terdedah dengan sendirinya sebagai satu susunan tali yang bersimpul.

fishing-line-twisted-loops
fishing-line-twisted-loops

Sesetengah pemancing menyalahkan tali itu sendiri tersimpul. ‘Tali itu keras – ia mudah berbelit, atau “tali itu terlalu lembut sebab itu ia mudah berbelit” dan pelbagai alasan lain.

Maaf, tetapi tali tidak berbelit dengan sendirinya. Pemancing adalah penyebab utama tali itu berbelit.

Jadi bagaimana terbentuknya tali yang berbelit itu?

Sebenarnya ia adalah agak mudah. Jika dihujung tali – umpan, gewang – boleh berputar pada paksi sendiri, maka bahagian tali yang berbelit akan berpusing sehingga keatas tali (bahagian tip). Lebih banyak tali yang keluar dari reel lagi jauh belitan akan terlerai.

Menggunakan swivels yang tidak berpusing adalah satu kaedah yang mudah untuk membuatkan tali yang digunakan itu berbelit.

Mungkin anda bertanya; tidak semua swivels berpusingkan? Sudah tentu tetapi mereka hanya akan berpusing di bawah keadaan yang sesuai.

Terlalu banyak pemancing menggunakan swivel yang terlalu besar.

Swivels datang dalam saiz yang berbeza bagi tujuan untuk sepadankan tali pancingan yang berbeza saiznya. Sebagai panduan asas, diameter dawai yang digunakan untuk membuat swivel harus sesuai dengan diameter leader yang anda gunakan, bukan tali utama.

Jika anda menggunakan swivel yang terlalu besar tidak akan ada daya kilas yang cukup untuk selaras swivel untuk berpusing.

Jika gewang dikarau terlalu cepat, mereka akan berputar dalam paksi yang lebih luas, terlalu luas untuk swivel menanggungnya. Untuk mengelakkan ini, anda harus cuba mengarau gewang ini didalam air supaya anda boleh melihatnya, sehingga anda boleh memahami kelajuan karauan yang betul. Lain gewang lain cara karauan dan kelajuannya.

Lagi satu isu yang boleh menyebabkan tali berbelit ialah apabila gewang anda tersangkut pada samai atau objek lain didalam air. Objek ini akan membuatkan gewang anda berpusing dalam paksi yang lebih besar dimana ia terlalu besar untuk swivel menanganinya.

Cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini ialah menganalisanya dengan sebaik yang boleh.

Perhatikan tip rod anda aksinya yang akan berubah setiap kali menggunakan gewang yang berbeza. Disini anda boleh mengenal pasti gewang mana yang sesuai dengan rod yang anda gunakan. Sebab itu setiap rod yang direka adalah disesuaikan dengan sesuatu jenis ikan dan gewang. Anda boleh mengenal pasti ada masalah jika rod yang anda gunakan tidak memberi aksi getaran yang biasa pada tip, ia hanya statik; maka disini mungkin anda boleh merasakan bahawa terdapat samai/objek yang tersangkut pada gewang anda.

Penggunaan reel yang tidak sesuai juga boleh mengakibatkan tali berbelit. Apabila beraksi dengan ikan yang menarik tali anda keluar dari reel anda harus berhenti menggulungkannya (mengarau). Ini kerana jika anda memaksanya, setiap pusing yang meletakkan tali pada spool, secara purata 5 kali tali sudah mula berpintal yang boleh menjadi punca tali bersimpul apabila casting.

Lagi satu penyebab tali berpintal ialah memasukkan tali dengan cara yang salah kedalam reel.

spooling-line-into-spinning-reel
spooling-line-into-spinning-reel

Untuk reel jenis spinning tali hendaklah diisi dengan plat sampingan dengan memastikan line-spool bertentangan dengan bahagian depan spool reel. Tali yang datang/keluar dari line-spool mesti datang/keluar dari arah yang sama ke reel.

Bagi reel jenis BC, tali harus keluar dari reel secara terus, dengan tali pada spool harus berhadapan dengan tali pada reel.

Tetapi mengapa buang masa dengan memasukkan tali dengan sendiri yang anda sendiri tahu tidak betul atau tidak. Lawatilah kedai pancing yang anda suka dan minta bantuan mereka masukkan tali dengan menggunakan line winder. Mudah dan teratur.

spooling-your-own-reels-using-line-winder
spooling-your-own-reels-using-line-winder
line-winder
line-winder
portable-fishing-line-winder
portable-fishing-line-winder

Tali berpintal mudah untuk dibuang jika anda mempunyai boat. Anda boleh melepaskan tali dalam 50m kebelakang sehingga ia lurus kebelakang dan setelah beberapa minit anda boleh mengulung kembali. Kebiasaannya tali akan kembali tanpa berpintal.

Lagi satu cara untuk meleraikan tali berpintal ialah menggunakan batu ladung yang sesuai dan cast sejauh yang boleh. Ulang proses ini beberapa kali untuk meleraikan tali yang berpintal. Pastikan tiada reba untuk mengelakkan tersangkut. Henjut beberapa kali supaya tali kembali tegang dan pintalan yang ada akan terlerai.

Cara termudah untuk meleraikan pintalan ialah ikat swivel (pastikan ia saiz yang sama dengan tali anda) pada pokok atau pagar dan ikat tali sambil berjalan kebelakang dan melepaskan tali dari reel. Setiap 5-10 meter pegang tali biarkan ia membentuk gelung tanpa tegangan. Jika ada pintalan teruskan berjalan kembali sehingga anda terjumpa tali yang tidak membentuk sebarang pintalan.

Kemudian dengan menggunakan kain, picit garis antara ibu jari dan jari telunjuk anda, dan menggulung semula kedalam reel dan pastikan tali sentiasa tegang semasa anda bergerak ke hadapan.

memasukkan-tali
memasukkan-tali

Kaedah ini berfungsi paling baik jika anda menggunakan swivel ball-bearing yang sama size dengan tali yang hendak digunakan.

Tali yang berpintal adalah salah satu masalah yang biasanya timbul apabila perhatian kepada butir-butir kecil diabaikan. Bagi saya, tiada apa yang lebih mengecewakan daripada berada dalam keadaan apabila ikan melompat keluar dari air untuk cuba mendapatkan umpan saya dimana ketika itu saya duduk dibawah matahari yang panas merungut dengan sumpah seranah disebabkan tali yang berpintal.

Info Tambahan:

Memastikan roller pada bail arm spinning reel agar berfungsi dengan lancar juga membantu mengurangkan line twist. Pastikan sentiasa di periksa agar ia lancar dan letak minyak jika perlu.

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

amir-hafiz-musa-produk-kanicen-nix-sebarau-grenti-hampala

Memburu Serigala Air Menggunakan Produk Soft Plastic Grenti Strike – Kanicen Nix by Amir Hafiz Musa

Contest: Kemantapan Local Brand Kanicen Nix Tajuk artikel: Memburu serigala air menggunakan produk soft plastic …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*