Tali Apakah Yang Sesuai Untuk Game Ultralight Fishing?

Percanggahan pendapat berlaku dimana-mana sahaja begitu juga dengan Ultralight fishing. Ada segelintir pemancing yang menganggap diri mereka lebih bijak (dari pengeluar/engineer yang tidak tidur siang malam membuat tali berkualiti tinggi) mengatakan bahawa ultralight hanya untuk tali mono bukan untuk tali braided.

Betulkah?

Ada sekali terbaca dalam satu group mereka berdebat pasalĀ  tali braided 1lb vs mono 1lb dan ada yang berlagak sebagai engineer bertauliah mengatakan mono is the real 1lb dan braided over 1lb. Apabila kami mencelah dan bercakap 1lb itu ukuran ketahanan bebanan akibat regangan. Yang beza adalah material buatan line itu. Apabila kami memberi contoh seperti 1kg besiĀ  vs 1kg kapas dan bertanya sama berat tak? Yang peliknya ada juga yang jawab besi lah berat. Di sinilah dapat kita perhatikan bagaimana kita terpedaya dengan ajaran atau pemahaman yang tidak betul. Mereka tidak sedar beratnya tetap sama iaitu 1kg dan yang beza adalah material dan kekuatannya. Dan ia mempunyai fungsi yang berlainan untuk kegunaan tertentu. Sama jugalah tali pancing ini.

Ada juga mindset mengatakan tali braided 3x lebih kuat dari mono. Pernah sekali ada seorang pemancing yang kunun-kunun hebat berkata demikian. Jika ini benar maka mengapa heavy games menggunakan tali mono dan bukan braided? Pernah terfikir tak? Siap cakap mono is the real 1lb. Dari segi apa ia dikatakan real 1lb? Macam mana nak diukur? Macam mana boleh dikatakan ia “REAL 1lb”? Pelik statement beliau seperti lebih hebat dari engineer di Berkley.

Semua pendapat ini adalah andaian mereka semata-mata untuk menunjukkan kehebatan diri yang tidak seberapa namun tiada bukti sahih mengatakan HANYA tali mono dikategorikan untuk ultralight game. Jika benar hanya tali mono di label sebagai ultralight jadi mengapakah pengeluar mengeluarkan tali braided?

Tali mono atau braided adalah pilihan semata-mata (optional). Ia lebih kepada kesesuaian pemancing, tarket ikan dan lokasi pancingan. Ada pemancing merasakan tali mono lebih seronok untuk melayan ikan dan ada yang tidak suka mono dan memilih braided kerana tali braided memberi getaran/karen yang lebih kerana tiadanya memory.

Ada juga pemancing yang terlebih arif mempertikaikan tali braided lebih kuat dari tali mono namun ia juga adalah andaian semata-mata. Tiada seorang pun boleh membuktikan ianya benar. Ada pengeluar yang mengeluarkan carta breaking point untuk tali braided adalah lebih tinggi namun tidak semua brand adalah begitu. Lain pengeluar lain materialsnya. Anda harus menerima fakta ini. Tidak semua pengeluar breaking pointnya adalah sama. Terlalu banyak faktor lain yang memainkan peranan dalam memastikan kekuatan sesuatu tali contohnya seperti geseran dan regangan.

Tali mono sebenarnya kekal sebagai tali pilihan untuk memancing permainan big game offshore kerana keanjalan tali mono boleh mengendalikan tekanan yang besar dari yang besar seperti marlin, tuna bluefin atau ikan Yu. Mengapakah mereka tidak menggunakan tali braided untuk menaikkan ikan yang dinyatakan di atas? Bukan ke ada pemancing yang kunun-kunun terlalu bijak mengatakan tali braided lagi kuat dari mono? Jadi mengapa otai-otai dari seluruh dunia menggunakan tali mono dan tidak tali braided?

Engineer pengeluar yang bertauliah (certified engineer) yang dibayar gaji puluhan ribu mengatakan tali braided brand A adalah 6lb maka ia adalah 6lb. Siapa kita untuk mempertikaikannya? Anda engineer tali kah? Anda lagi hebat kah? Penat lelah engineer bertauliah mereka khas tali itu namun ada pihak yang menganggap diri mereka lebih bijak mempertikaikan kebijaksanaan orang lain.

Di bawah adalah contoh tali yang pernah dibuat ujian untuk mencari breaking strength:

CXPremium-actual-breaking-strength
CXPremium-actual-breaking-strength
SAS-braid-test-results
SAS-braid-test-results

Tali mono dan tali braided masing-masing dibuat ujian testing breaking dengan menggunakan cara yang berlainan. Ramai membuat andaian atau test dengan menarik tali itu menggunakan kedua belah tangan (atau mengikatnya pada objek) untuk menunjukkan tali mana putus dahulu. Sebenarnya ia adalah cara yang salah untuk membuktikan kekuatan kerana tali mono lebih elastik dan tali braided tiada memory. Kedua-dua tali ini direka khas untuk tujuan yang berlainan jadi cara untuk membuat ujian putus adalah berbeza sama sekali.

Jika ada lagi andaian yang sedemikian maka mereka ini adalah jenis yang sempit pemikirannya. Tidak pasti mengapa mereka membuat andaian sedemikian yang pasti sikap menunjuk hebat mengatasi fakta.

Teknologi kini telah/sudah makin maju. Dahulu sememangnya tidak wujud tali braided kerana tiada teknologi yang maju seperti kini. Namun kita telah melalui perubahan ketara sejak puluhan tahun dalam teknologi maka tiada apa yang mustahil. Jika di imbas kembali, dahulu tidak wujud teknologi untuk membuat tali yang berdiameter halus dan mempunyai kekuatan lb yang tinggi. Kini segala-galanya menjadi lebih mudah didapati.

Anda juga tidak harus lupa disebabkan teknologi yang lebih maju kini wujud tali yang bukan braided dan yang bukan mono iaitu Nanofils. Nanofils adalah tali yang direka khas untuk tujuan yang lebih memberi kepuasan pada pemancing dari segi lontaran jauh dan kelancaran apabila membuat casting.

Segala andaian yang ada tanpa fakta tidak harus diambil sebagai panduan. Jangan buang masa untuk menerimanya sebagai satu informasi yang berguna. Hanya pengeluar sahaja yang tahu segala informasi yang sahih dan lebih lengkap jadi kita sebagai pengguna tidak perlu membuat andaian tanpa mengetahui pangkal hujung fakta sebenar. Lebih baik berdiam diri dan menikmati hobi memancing.

Kesimpulan

Tali braided atau mono semuanya sesuai untuk game ultralight ini. Ia cuma pilihan yang diberi mengikut kesesuaian kepada pemancing, lokasi dan target ikan.

Tali pancing adalah antara komponen peralatan memancing yang terpenting untuk kaki pancing kerana ia adalah penghubung secara langsung antara pemancing dan ikan. Menggunakan tali yang betul dalam persembahan gewang atau umpan hidup, apabila hooking ikan dan pendaratan ikan adalah kunci kepada hasil tangkapan yang berjaya. Namun ramai pemancing tidak mengetahui tentang jenis baru tali yang terdapat pada masa kini dimana masing-masing mempunyai kegunaan khusus dan kualiti termasuk regangan, fleksibiliti, kekuatan simpulan, jarak penglihatan, kekuatan daya putus, diameter dan rintangan geseran.

Fishing-Line-characteristics
Fishing-Line-characteristics

Tali pancing pada masa kini dibuat sepenuhnya daripada bahan-bahan tiruan termasuk nilon, polyethylene, Dacron, spektrum, Dyneema, polivinil klorida, wayar dan plumbum. Pembuatan tali pancing berbeza-beza daripada menggunakan proses penyemperitan, pencairan dan pencampuran polimer yang dibentuk menjadi bebenang yang melalui monofilament, fluorocarbon atau tali pancing kopolimer. Tali braided dibuat oleh braiding atau menenun bahan buatan manusia seperti serat Dacron, Dyneema atau spektrum.

Tiada jenama tali yang sesuai untuk semua keadaan memancing. Dalam memilih jenis tali yang terbaik untuk jenis ikan yang disasarkan kita perlu mengambil kira banyak faktor, saiz dan spesies ikan bersama-sama dengan jenis persembahan memancing dan yang paling penting kesesuaian tali kepada setup yang digunakan (rod-reel-lure-bait). Memahami setiap jenis tali dan bila masa yang sesuai untuk digunakan akan menjayakan usaha memancing seseorang.

Inilah tujuan sebenar tali mono dan braided di keluarkan. Teknologi dibuat untuk mengubah mengikut environment, target ikan, kemajuan dan direka untuk memberi kepuasan kepada pemancing untuk memancing mengikut kesesuaian masing-masing bukan untuk tujuan menunjukan kehebatan yang palsu.

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

tali-mancing-reput-akibat-penjagaan-kurang-baik

Mengapa Tali Pancing Cepat Putus?

Artikel kali ini menjawap rakan-rakan pancing yang bertanyakan beberapa soalan berkenaan tali pancing yang biasa …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.