Sukan Memancing Hanya Untuk Lelaki. Siapa Kata?

Umum mengetahui jika sebut tentang memancing, sudah tentu hobi yang mahal ini didominasi oleh kaum lelaki. Memancing dikatakan satu hobi yang lasak dan mencabar dek kerana sesetengah aktiviti yang memerlukan kita untuk meranduk, meredah hutan paya, dan sebagainya. Namun, sukan memancing juga sesuai untuk kaum wanita. Tak percaya? Kita boleh lihat pertambahan bilangan pemancing wanita dan wujudnya kelab-kelab memancing yang khas untuk wanita sahaja!

Kenapa sukan memancing turut dijadikan hobi kepada kaum wanita? Mari kita sama-sama baca 5 Sebab di bawah mengikut pandangan saya sendiri sebagai seorang Pemancing Wanita.

1- Wanita Juga Menyukai Aktiviti Mencabar

                      Meredah sedikit semak untuk memancing. Power Sis ni!

Secara peribadi saya sendiri menyukai aktiviti memancing kerana ia satu aktiviti yang mencabar. Bukan sahaja mencabar dari segi fizikal, malahan ia juga turut mencabar dari segi mental. Ini kerana kita perlu sabar memujuk ikan untuk makan umpan dan juga perlu bersabar bila terlucut ikan yang sudah strike! Meranduk ialah salah satu cabaran kerana pemancing akan turun ke sungai untuk mencari secebis strike yang sangat bermakna.

 

2- Senaman

Ya. Memancing juga dapat membantu kita membuat senaman. Bukan apa, kalau buat aktiviti mengilat (casting) tentu saja kita kena rajin melempar umpan tiruan dan memujuk ikan. Tambahan pula bila kita casting secara landbase dan mengejar boiling ikan, tentu saja kita akan banyak berjalan dari satu tempat ke satu tempat dan ini membantu kita untuk mengeluarkan peluh. Untung-untung yang mana nak diet tu boleh kurus!

pink-vengers-strike-pacu-ultralight-fishing

sh-vengers-kanicen-nix-eak-sengat-ultralight-rod

 

3- Mengurangkan Stress

Bagi saya sendiri, memancing dapat mengurangkan stress. Kadangkala kita bekerja dengan penuh stress sepanjang 5 hari seminggu. Dah hujung minggu tu apa lagi, capai set dan memancing la. Tambahan pula bila memancing santai seperti bottom di kolam berbayar, tasik, sungai dan lain-lain tempat yang sesuai. Strike itu bonus! Kita akan rasa syahdu je bila dengar bunyi drag mesin pancing.

 

4- Menu Masakan

                                                                        Dapnyee asam pedas sembilang!

Dah nama pun memancing, mestilah kita memancing ikan ye tak? Hahaha. Rezeki bila ada strike, ikan yang diperolehi bolehlah dibawa pulang dan dijadikan sebagai menu masakan dan berkongsi hasil tangkapan bersama rakan, jiran, dan keluarga.

 

5- Mengeratkan Silaturrahim

Ini yang paling best sekali. Kita boleh melakukan aktiviti memancing ini bersama keluarga mahupun rakan yang sedikit sebanyak membolehkan kita meluangkan masa bersama mereka dan juga mengeratkan silaturrahim bersama. Yang mana pasangannya juga minat memancing lagi la seronok! Tiap kali pasangan ada masa terluang je mesti nak memancing? Kita follow dan belajar untuk mendalami ilmu memancing dari pasangan kita!

Adakah para lelaki setuju dengan pendapat saya ini? Mari share kepada girlfriend/tunang/isteri anda dan tanyakan pendapat mereka!

Check Also

Perangai Pemancing Yang Paling di Benci

Syarat pertama membaca artikel kali ini ialah jangan terpesong dari niat kami yang sebenar iaitu …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*