Review: Weebass Mini 2016

dsc_0038

Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk membuat ulasan penuh tentang reel ultralight bersaiz 500 iaitu Weebass Mini 2016. Reel ini merupakan keluaran Weebass, sebuah syarikat yang berasal dari negara jiran kita, Thailand. Reel ini merupakan reel pertama mereka yang disasarkan untuk pemancing ultralight. Berikut ialah spesifikasi ringkas reel ini:

Body material: Graphite
Spool material: Aluminium
Gear ratio: 5.2:1
Ball bearings: 4+1 (Stainless)
Line capacity: 0.16mm(100 yards), 0.20mm(60 yards)
Max drag: 3kg
Weight: 166 gram
Ciri-ciri lain: One-way antireverse ball bearing, Metal handle with wooden knob, rotor balancing system.
Harga: Sekitar RM90(bergantung pada kedai)

Jika dilihat dari spesifikasi reel ini, ternyata reel ini memang disasarkan untuk pancingan ultralight. Jom kita lihat apa yang ada di dalam reel ini. Saya beranikan diri untuk membuka reel ini, bagi tujuan review dan sebagai salah satu langkah wajib selepas membeli reel baru, first time service.

dsc_0001

Langkah pertama ialah membuka rotor. Saya gunakan spanar bersaiz 10 bagi tugas ini. Selepas membuka rotor, anda akan dapat melihat bahagian anti-reverse reel ini, seperti dalam gambar di atas. Reel ini menggunakan sistem infinite anti-reverse, jadi tiada ‘play’ langsung ketika proses karauan.

dsc_0007

Untuk membuka bahagian bottom cover, anda perlu membuka dahulu semua skru pada badan reel. Rujuk gambar di atas.

dsc_0010

Selepas membuka sideplate cover, anda akan dapat melihat bahagian main gear yang diapit oleh stainless ball bearing. Walaupun ball bearing ini jenis stainless, namun pihak Weebass tidak menggunakan ball bearing yang dilindungi oleh shield/cover. Namun, antara kelebihan ball bearing jenis ini ialah proses mencuci ball bearing menjadi lebih mudah.

dsc_0014

Inilah rupa main gear yang diperbuat dari aluminium. Seperti yang saya telah nyatakan di atas, main gear reel ini menggunakan ratio 5.2:1.

dsc_0013

Ini pula bahagian pinion gear yang diperbuat dari brass.

dsc_0021

Gambar di atas menunjukkan bahagian main shaft dan gear untuk levelwind.

dsc_0031

Sekarang kita beralih pula pada sistem drag. Seperti yang anda dapat lihat pada gambar di atas, reel ini menggunakan dua keping cloth washer, dan bukannya satu seperti kebanyakan reel bersaiz 500 yang lain. Untuk menjadikan prestasi drag reel ini menjadi lebih lancar, saya letakkan sedikit drag grease pada cloth washer.

dsc_0022

Dan inilah dia bahagian-bahagian yang terdapat pada reel Weebass Mini 2016 ini. Bagi saya, proses membuka dan memasang kembali reel ini bagi tujuan servis amat mudah dan straightforward.

Kita teruskan review kita dengan melihat kelebihan dan kekurangan reel ini.

Kelebihan:

  1. Sistem drag yang sangat lancar. Pancingan Ultralight yang menggunakan tali 6lb dan ke bawah sememangnya memerlukan reel yang mempunyai sistem drag yang lancar, tanpa tersekat-sekat ketika tali keluar diasak ikan besar. Risiko tali untuk putus, dan rod patah amat tinggi sekiranya reel yang kita guna mempunyai sistem drag yang lemah.
  2. Keselesaan. Knob reel ini diperbuat daripada kayu memberikan keselesaan ketika proses karauan dibuat. Berat reel yang ringan(166g) pula dapat menjadikan tangan kita tidak cepat lenguh dan letih.
  3. Gear ratio 5.2:1 sesuai untuk kepelbagaian game untuk persembahan softplastic dan gewang. Tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu laju.
  4. Mudah untuk diservis. Boleh lihat gambar-gambar yang saya kongsikan di atas, memang senang nak buka dan pasang balik reel ni.
  5. Bahagian body dan rotor reel ini kuat dan tidak mudah meleding/melengkung apabila diasak ketika melawan ikan bersaiz besar.
  6. Harga yang ekonomi. Harga jualan bagi reel ini ialah RM90 setakat ini. Bagi saya, reel yang berharga di bawah RM100 merupakan reel bajet dan mampu milik.

Kekurangan:

  1. Bunyi drag clicker yang tidak kuat/nyaring. Antara punca yang saya kenalpasti mengapa bunyi drag clicker tidak kuat ialah clicker pada spool diperbuat daripada plastik. Sekiranya anda inginkan bunyi yang kuat, saya cadangkan anda DIY sedikit bahagian clicker.
  2. Ball bearing yang tidak mempunyai pelindung(unshielded). Ada kemungkinan pasir halus dan habuk akan berkumpul di bahagian yang terdedah. Saya atasi masalah ini dengan meletakkan grease pada bahagian yang terdedah.
  3. Line roller tidak mempunyai ball bearing. Line roller pada reel ini cuma dialas oleh bushing sahaja.

Begitulah review tentang reel Weebas Mini 2016. Sebuah reel mini yang sangat sesuai untuk game Ultralight. Saya sudahi artikel ini dengan sebuah video yang dibintangi oleh saudara Kanicen Nix. Anda boleh lihat dan nilai sendiri bagaimana prestasi reel ini. Selamat menonton!

Check Also

Tips Pancing: Cara Menetapkan Spool Tension Untuk Baitcasting Reel

Lain pemancing lain cara. Apa yang bakal saya share untuk kawan-kawan adalah perkara biasa yang …

5 comments

  1. Boleh guna untuk saltwater tak reel ni?

    • Kurang da kedai jual reel ni sekarang sebab mahal sangat bro.

      Salt water tak boleh sebab body magnesium

      • Ok.. tqvm sifu Kanicen Nik

      • Sy pakai sw tuan.dari 2016 sampai sekarang masih smooth dan tiada yg terjejas dgn karat air laut.cuma kena rajin service. Mmg puas hati pakai dgn harga dia.ingat nak beli lg,tapi tak ada dijual kat kedai di tempat sy.

        • Alhamdullilah. Kannn antara reel yg dulu meletup gara-gara marketing dari kami hahaha. Ramai gak bertanya cuma da stop. Skrg kami sendiri buat reel yg diberi mana Deyyy… aummmm hehehe 🙂

Leave a Reply to Kanicen Nix Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.