Review: Shimano Sienna 500FD

Baik, kali ini saya ingin membuat reviu tentang satu reel yang tidak asing lagi bagi penggemar Ultralight fishing di Malaysia, iaitu Shimano Sienna 500FD.

DSC_0055

Spesifikasi ringkas:
Line retrieve per crank(inch): 21
Mono line capacity: 2/190,4/100,6/60
PowerPro line capacity: 5/135,8/105,10/65,15/60
Maximum drag: 4lb
S-ARB ball bearings: 3
Roller bearing: 1
Gear ratio: 4.7:1
Weight: 170 grams
Made in: Malaysia

Kelebihan:

1. Ringan
Reel ini hanya seberat 170g sahaja, dan bila dipadankan dengan rod ultralight yang ringan, satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan akan dirasai. Secara automatik, tangan kita tidak akan cepat lenguh, dan tempoh aktiviti casting akan dapat dipanjangkan lagi.

2. Sistem Drag
Drag maksimum untuk reel ini ialah 4lb. Oleh itu, rating tali yang disarankan ialah 4lb dan ke bawah sahaja. Sekiranya ingin menggunakan tali 5-6lb, anda boleh memilih untuk membeli Shimano Sienna 1000FD kerana drag maksimum untuk reel tersebut ialah 7lb.

DSC_0063

Tapi, kelebihan reel ini bukanlah terletak pada kekuatan drag. Kekuatan sebenar terletak pada kelancaran(smooth) sistem drag. Sekiranya kita diasak oleh ikan bersaiz mega, tali akan keluar tanpa tersekat-sekat. Sistem drag yang tidak berapa baik akan menjadikan tali keluar tersekat-sekat dan ini akan mengakibatkan tali putus apabila ikan membuat pecutan turbo, terutamanya ikan siakap merah.

3. Ketahanan
Reel ini direka untuk kegunaan freshwater dan saltwater. Jenama Shimano terkenal dengan ball bearing mereka yang tahan lasak, dan tahan karat. Jadi, anda tidak perlu risau untuk menggunakan reel ini di kawasan pantai yang berombak. Tapi jangan lupa untuk bilas reel bila dah sampai di rumah.

DSC_0067

Untuk pengetahuan anda juga, pinion gear reel ini diperbuat dari solid brass, dan bukannya aluminium.

Kekurangan:

1. Nisbah gear
Nisbah gear reel ini ialah 4.7:1. Secara asasnya, rotor akan berpusing 4.7 kali untuk setiap kayuhan. Jadi, untuk menarik tali, beberapa kayuhan extra perlu dilakukan jika dibandingkan dengan reel yang bersaiz sama tetapi mempunyai nisbah gear 5.2:1, atau 6.0:1. Reel ini tidak mempunyai versi HG atau High Gear seperti Shimano Nasci 500HG dan Shimano Sahara 500HG.

2. Kelancaran
Reel ini ada kalanya akan terasa berat apabila dikarau untuk tempoh yang lama. Saya pun tidak tahu mengapa perkara ini boleh terjadi. Tetapi, masalah ini juga akan hilang secara tiba-tiba dan atas sebab itulah saya masih lagi menggunakan reel ini hingga sekarang.

3. Sistem bail

DSC_0069

Bail wire yang terdapat pada reel ini sangat halus dan boleh bengkok sekiranya kita tidak berhati-hati. Selain itu, ketika kita membuat lontaran, ada kalanya bail akan tertutup secara automatik dan membuatkan lontaran kita gagal. Silap haribulan, tali boleh putus, dan gewang pergi tak kembali. Jadi, saya nasihatkan supaya anda tidak membuat lontaran yang terlalu kuat, dan jangan biarkan drag dikunci terlalu ketat.

4. Harga
Saya membeli reel ini pada harga RM119 di sebuah kedai di Bandar Sungai Petani pada tahun lepas. Harga adalah subjektif, bagi saya mungkin murah, tapi mungkin bagi orang lain, mahal kalau nak dibandingkan dengan pilihan reel ultralight lain di pasaran yang harganya di bawah paras RM100. Tapi, percayalah bahawa harga yang anda bayar itu berbaloi dengan apa yang anda akan dapat.

Rumusan:
Saya telah menggunakan reel ini selama 6 bulan sehingga ke hari ini. Reel ini merupakan pilihan utama saya untuk memancing di kawasan pantai berombak, dan sudah banyak kali reel ini terkena dan direndam dalam air laut secara tidak sengaja akibat terjatuh. Alhamdulillah, reel ini masih lagi berfungsi dengan elok tanpa sebarang masalah.Tapi jangan lupa untuk membuat self service sendiri apabila ada waktu lapang.

Rumusannya, saya sangat berpuashati dengan prestasi reel ini.

Sehingga bertemu lagi di artikel yang akan datang, InsyaAllah.

Check Also

Berkley-Fireline-braided-Crystal

Review: Fireline Berkley Braided Fishing Line

Pemilihan tali braided untuk casting kadang-kala membuatkan semua pemancing agak pening kerana tidak pasti tali …

2 comments

  1. bro nak tanya.. rod berapa lb sesuai dgn reel shimano 500 ni..???

    • Kanicen Nix

      Hi bro… bole tgk kat reel tu recommended line… dari situ boleh buat decision. apa yg penting biar rod, reel dan tali tu balance. cast sedap dan tidak memudaratkan mana-mana setup… 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*