Perkembangan Produk Brand Malaysia – Produk Kanicen Nix – Grenti Strike dan Leebass

Setahun sudah berlalu sejak kami membuat pelancaran keluaran produk brand Malaysia “Kanicen Nix iaitu Grenti Strike dan Leebass” dengan bermodalkan hanya RM400. Ribuan ringgit telah dibelanjakan untuk mempromosikan produk ini dengan pelbagai events, trip, sponsorship, produk testing, produk R&D, advertising dan lain-lain. Pelbagai cabaran dan pelbagai rintangan juga kami lalui untuk memajukan produk ini dengan ada segelintir yang menjual produk-produk yang sama tanpa rasa bersalah seumpama meneguk usaha keras kami namun bagi kami ia adalah cabaran yang harus dilalui dan kami masih berdiri teguh. Semua ini kami mampu tangani kerana cara kami yang amat mementingkan ketelusan, mementingkan pendidikan, dan membina kepercayaan untuk membuatkan kawan-kawan pancing yang terus menyokong usaha kami.

produk-kanicen-nix-grenti-strike-leebass
produk-kanicen-nix-grenti-strike-leebass

Sebelum bercerita panjang lebar kami ingin tekankan bahawa produk kami BUKAN 100% buatan Malaysia. Produk ini Made in China. Kami cuma membuat branding Malaysia atas nama Kanicen Nix. Jika tiada halangan dan ada rezeki kami akan mula design produk-produk pattern sendiri dalam masa akan datang. Sejujurnya kami telah lama mula design produk sendiri namun kekurangan modal menjadi faktor penghalang buat masa ini. Namun untuk mendapat 100% Malaysia adakah masuk akal dalam industri ini? Sejujurnya tidak masuk akal dan tidak mungkin boleh kerana 90% barangan didunia di kuasai oleh China.

Hasil dari sokongan dari pelbagai pihak termasuk kawan-kawan yang membeli, yang menjadi funders, satu-satunya media yang menolong popularkan brand kami iaitu Majalah Umpan dan semua kawan-kawan lain yang menyokong dari segi moral kami mendoakan agar semuanya murah rezeki dan sihat selalu. Moga tuan dan puan, abang dan kakak, adik-adik akan sentiasa dilindungiNYA.

Setiap produk yang kami bawa masuk ini kami akan buat on-field testing paling kurang 14 hari dan paling lama ada yang makan tahun lamanya kerana kami sendiri telah menggunakan hampir majority produk-produk ini. Semua ini adalah usaha kami sendiri untuk membuktikan ia sesuai dengan air dan ikan diperairan kita. KAMI TIDAK AKAN MENJUAL PRODUK YANG TIDAK DI BUAT UJIAN LAPANGAN. SELAGI KAMI TIDAK MEMBUKTIKANNYA KAMI TIDAK AKAN MENJUALNYA.

Antara produk-produk Grenti Strike kami ialah:

1. Curlee
2. Candy
3. Tarponish
4. Tiny
5. Shapu
6. Elastico
7. Flashy
8. Jenggo
9. TwinTail
10. Swimbait
11. Sutun
12. Worms
13. Spoon – Baby Hampala
14. Spoon – Red Eye
15. Split Tail
16. Hollow

Segala produk katalog boleh ditemui di page kami: https://www.facebook.com/pages/Kanicen/484158255045597
atau di album kami di: https://www.facebook.com/pages/Kanicen/484158255045597?sk=photos_stream&tab=photos_albums

Anda juga boleh masuk ke website kami di: www.kanicen.com untuk segala informasi mengenai produk-produk kami.

Produk Kanicen Nix ini adalah berlandaskan produk MAMPU MILIK. Kami mencari rezeki sambil memastikan produk-produk ini mampu dibeli walaupun budak sekolah rendah. Pelanggan-pelanggan kami bermula dari umur serendah 11 tahun sehingga 70 tahun. Kami menjual penuh etika sebagai seller dan mencuba sebaik yang boleh memberi pendidikan disamping memberi “customer service” yang terbaik. Kami didik setiap pembeli (yang memerlukan pertolongan) kami cara-cara menggunakannya. Setiap soalan tidak pernah kami gagal untuk membalasnya. Setiap result yang kami tunjuk adalah bukti sahih yang kami telah mencuba dengan sendiri dan ada hasilnya. Kini kami mempunyai followers hampir 70,000 orang (hasil dari semua group kami).

Kesilapan adalah perkara yang tidak dapat dielakkan dalam aktiviti jual-beli. Sejak memulakan perniagaan ini kami pernah hilang sekali namun kami ganti dengan produk lain. Kami pernah buat kesilapan tidak cukup kuantiti dalam paket soft baits namun pembeli tidak memarahi kami namun menerimanya dengan hati yang amat terbuka. TERIMA KASIH TUAN. Ada yang kami hantar sekali lagi jika tidak mencukupi atau terlepas pandang gara-gara orders yang masuk bertalu-talu. Semuanya manual jadi kita sebagai manusia hanya dapat buat yang sehabis baik. Hanya maaf dapat kami pinta dan berusaha agar tidak mengulanginya.

Produk Kanicen Nix ini telah merentasi pelbagai negara lain iaitu Singapore, Brunei, Thailand, Vietnam, Dubai, Indonesia, Ukraine dan juga Australia. Kami dalam proses membuat re-packaging dan berharap dalam sebulan dua yang akan datang kami akan mula supply ke setiap kedai mancing pelosok negara. Jika anda pemilik kedai dan berminat sila hubungi kami kerana kami boleh meningkatkan perniagaan anda dengan pelbagai cara sama-sama menang (win-win).

Budget adalah faktor utama untuk memajukan produk dan brand ini. Kami buat semua ini dari rumah sahaja. Berharap akan ada funders yang berani membuat pelaburan supaya produk barangan Malaysia ini akan lebih berkembang bukan sahaja di Malaysia namun ke semua negara lain.

Dalam beberapa bulan yang akan datang kami akan membawa pelbagai produk-produk lain. Kebanyakkannya kami masih membuat ujian lapangan untuk membuktikan ianya killer di perairan kita.

Kami cuma meminta usah kondem produk brand orang Malaysia. Usah jatuhkan usaha orang Malaysia. Jika tidak suka tidak perlu memburukkannya. Kami berusaha keras memberi sumbangan kepada pasaran (market). Apa kebaikkan anda buat jika anda hanya pandai kritik? Jika anda ingin kritik untuk tujuan membina sila hubungi kami.

Tahun pertama tahun yang amat mencabar kerana untuk membuatkan market menerima produk ini adalah satu cabaran yang amat menyakitkan dan amat berliku. Sehingga kini kami masih terkial-kial menstabilkannya namun jalannya sudah mula terbuka untuk mengorak lagi jauh. Tahun ini adalah tahun dimana kami akan cuba meletakkan nama kami di antara nama besar. Kami akan berusaha supaya nama brand Malaysia ini berkembang dan melangkah lebih jauh.

Kami berharap tuan-tuan dan puan-puan akan terus menyokong produk brand Malaysia “Kanicen Nix” ini. Tanpa kawan-kawan menyokong siapalah kami. Akan kami berusaha untuk memperbaiki segala yang kurang. Kini kami sudah mula design produk pattern kami sendiri seperti yang kami buat dengan rod ultralight kami “Leebass”. Jika tiada halangan dan ada funds kami akan keluarkannya tahun ini. Yang penting segala produk kami akan dibuat ujian lapangan dahulu. Kami tidak akan menggelarkannya “Grenti Strike” jika ia tidak mampu strike. Jika anda masih tidak strike PM kami. Akan kami didik sehingga anda dapat ikan. Ia cuma bergantung pada “Teknik” dan “Rezeki”.

Selesai membaca Novel pertama tahun ini? Hehehe… Tolong “SHARE” boleh?

Terima kasih kerana menyokong produk brand Malaysia.

Kanicen Nix & The Team

Note:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

kanicen-nix-sengat-ultralight-rod

Why You Should Buy Kanicen Nix – Sengat Ultralight Fishing Rod?

Why You Should Buy Kanicen Nix – Sengat Ultralight Fishing Rod? I was fascinated by …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*