Penggunaan tali fluorocarbon sebagai tali perambut

Tali fluorocarbon atau singkatannya, FC, bagi saya, merupakan jenis tali yang paling sesuai untuk dijadikan tali perambut. Ramai yang masih tertanya-tanya apakah kelebihan tali jenis ini jika dibandingkan dengan tali jenis monofilament yang jauh lebih murah harganya untuk dijadikan tali perambut.

Gambarajah di bawah menerangkan secara kasar tentang perbandingan ciri-ciri tali FC dan monofilament.

Perbandingan ciri-ciri tali fluorocarbon dan monofilament dari Berkley FIshing
Perbandingan ciri-ciri tali fluorocarbon dan monofilament dari Berkley Fishing

Kelebihan tali FC berbanding tali monofilament ialah:

  • Tenggelam lebih pantas di dalam air.
  • Tidak menyerap air, dan ini menjadikan kekuatan tali ini tahan lebih lama.
  • Tahan geseran, sesuai untuk memancing ikan yang dikenalpasti kerap memutuskan tali perambut seperti ikan Siakap Putih. Selain itu, kelebihan ini juga membantu ketika kita memancing di kawasan yang mempunyai banyak reba kayu dan berbatu.
  • Tahap regangan yang rendah, dan ini menjadikan setiap getuan dan tarikan ikan menjadi lebih ketara.
  • Tali FC tidak dapat dilihat di dalam air. Bahan polimer pada tali ini menjadikannya halimunan ketika berada di air. Sesuai untuk pancingan di kawasan yang berair jernih, atau ketika ikan culas untuk menyambar umpan.

Manakala kekurangan tali FC berbanding tali monofilament pula ialah:

  • Harganya lebih tinggi.
  • Kebanyakan tali FC lebih keras dan ini menjadikan ikatan pada mata kail atau snap lebih sukar. Sifat ini juga menjadikan tali FC tidak berapa sesuai dijadikan tali utama kerana tali akan tersembur keluar dari spool. Namun, ada juga pengeluar yang memperkenalkan tali FC yang lembut seperti tali monofilament, contohnya seperti tali Berkley Trilene 100% Fluorocarbon.

Kesimpulannya, tali FC lebih sesuai untuk dijadikan tali perambut walaupun harga lebih tinggi. Namun, pilihlah sama ada anda ingin menggunakan tali FC atau monofilament berdasarkan bajet anda. Ada kedai pancing yang menjual tali FC mengikut kiraan meter, jadi ini dapat menjimatkan wang kita.

Sehingga berjumpa lagi di artikel yang akan datang, InsyaAllah.

Bat

Pemancing biasa yang baru terjebak dalam dunia Ultralight Fishing. Oh indahnya~

Check Also

Berkley-Monofilament-versus-fluorocarbon-Infographic

Infographic Perbezaan Monofilament vs Fluorocarbon

Walaupun fluorocarbon leader bukan lagi penemuan baru dalam arena memancing namun banyak daripada kita masih …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*