Pemancing Otai vs Pemancing Moden Umpama Team Manchester United vs Liverpool vs Chelsea vs Manchester City vs Arsenal

Dunia pancingan kini bertambah rancak dengan lahirnya pelbagai golongan yang terjebak dalam aktiviti memancing tidak kira lelaki atau perempuan dan umur. Generasi baru mengantikan generasi lama yang mewarnai dunia pancingan dengan pelbagai kerenah.

Dalam dunia di mana remaja tidak mahu menjadi remaja dan menunding jari menjadi hobi baru bagi otai-otai yang berhujah mengatakan zaman kini di penuhi dengan generasi pengecut. Ilmu Old-timer kini dikatakan telah kurang dipercayai kerana wujudnya kelebihan seperti gajet yang telah direka mengantikan pengalaman.

pemancing-moden-dan-pemancing-otai

Pelbagai isu diperdebatkan akan efektifnya cara masing-masing sehingga semua bertikam lidah ingin menunjukan siapa benar-benar bagus.

Ia seperti penyokong team-team Premier League seperti Manchester United, Liverpool, Chelsea, Manchester City dan Arsenal yang bertarung untuk bergelar Champion dimana yang over-excited adalah setiap penyokong dari pasukan yang disokongnya akan berhujah dengan egonya tanpa menghiraukan betul atau salah. Apa yang penting ialah team mereka adalah lebih hebat tidak kira kalah atau menang. Team mereka adalah segala-galanya dan sentiasa bergaduh akan fakta yang kadang-kadang pelik. Di sinilah kita boleh perhatikan berapa ramai yang suka provoke team-team lain atau dalam bahasa yang lebih biasa digunakan ialah “menganjing” mungkin tidak rela menjadi manusia.

Terdapat beberapa fakta ringkas yang kita boleh kaitkan bola dan pancing iaitu:

Fakta 1:

Liverpool dikatakan otai untuk segala cup dimana mereka merupakan Champion yang tidak boleh dikalahkan dari awal tahun 80’an. Ramai otai-otai menyokong mereka dan sehingga kini mereka dikatakan fanatik supporters. Mereka telah memenangi hampir segala league yang dipertandingkan sehingga munculnya Manchester United dalam era Sir Alex Furguson yang dikatakan sebagai juara baru dan memonopoli dunia EPL sekali gus menjadi Champion EPL sebanyak 20 kali. Di sinilah muncul segala isu di mana otai-otai dari Liverpool tidak dapat menerima mereka kini bukan lagi “THE CHAMPION”. Sehingga kini mereka akan berteriak dan membuat pelbagai provokasi apabila Manchester United berada dibawah mereka. Mengapa? Mungkin kerana mereka bukan lagi di pandang tinggi dan mereka tidak lagi dihargai. Mereka tidak dapat menerima sebaiknya kerana tidak menyedari dari awal perlunya ada pelapis yang harus dilatih untuk menggantikan pemain lama supaya legasi sentiasa disambung oleh generasi baru. Mengapa mereka begitu membenci Manchester United? Sebabnya sangat mudah; kerana Manchester United menjadi kelab pertama yang menjulang piala secara berterusan. Tiada kelab lain yang bertandingan dengan Liverpool selain Manchester United. Penyokong tidak dapat menerima adanya generasi baru yang lebih gagah dan kuat dari mereka. Namun, jika mereka sedar Liverpool tetap club yang mendominasi dunia EPL satu ketika dulu dan wajib di hormati.

Dalam arena Pancing: Dulu anda hebat tidak bermaksud anda akan hebat selama-lamanya. Ia memerlukan hati dan penerimaan untuk membuatkan orang lain akan sentiasa hormat anda sebagai salah seorang yang hebat memancing sehingga kini. Usah bangga apa yang “DULU” kerana teknologi berubah, teknik bertambah, ikan berkurangan, lokasi pancing menghadapi pelbagai tekanan dan bermacam-macam isu lain yang membuatkan anda ketinggalan banyak perkara tetapi berbanggalah dengan apa yang anda boleh sumbangkan untuk generasi akan datang. Di sinilah “OTAI” sebenar kerana dapat memberi sesuatu untuk kebaikan pemancing lain.

Fakta 2:

Di saat kejatuhan Liverpool dan kehebatan Manchester United muncul pula juara-juara sampingan seperti Chelsea dan Manchester City yang mencari kejayaan dengan hanya membeli pemain yang berstatus dunia. Mereka “membeli kejayaan” dan menjadikan EPL sebagai business bukan lagi satu passion. Kejayaan dibeli dengan pemain-pemain baru bukan dengan pelapis. Maksud sebenar “bermain bola” telah mula menjadi samar-samar.

Dalam arena Pancing: Ia seperti pemancing baru yang sentiasa mencari nama dengan membeli barang-barang highend / barang-barang killer untuk membuktikan mereka juga hebat tetapi tidak menyedari apabila barang yang dibeli tidak digunakan dengan betul ia tidak dapat membantu untuk meningkatkan ilmu dan prestasi diri. Ia sebenarnya sekadar menunjukkan ego dan kekayaan bukan lagi satu tradisi dimana ilmu adalah segala-galanya. Ia bukan lagi mengenai memancing tetapi memperagakan barang yang mereka ada.

Fakta 3:

Di samping wujudnya team-team ini ada satu team yang sentiasa berusaha dengan adunan pelapis-pelapis muda sahaja iaitu Arsenal. Mereka sentiasa memberi peluang kepada pemain-pemain muda untuk bersinar. Pada awal season mereka kebiasaannya menunjukkan prestasi yang bagus tetapi akan mula merosot apabila masuk season fasa kedua selepas tahun baru kerana kurangnya ketahanan mental dan pengalaman. Di sinilah bezanya team-team lain dengan Manchester United dimana Sir Alex percaya adunan muda dan tua adalah amat penting untuk mengekalkan tradisi sebagai Champion. Ilmu yang tua adalah amat penting untuk generasi muda tetapi tidak semua team fokus pada faktor ini dan tidak menyedari kepentingan otai-otai dalam pembangunan mentaliti dan sokongan.

Dalam arena Pancing: Sebagai otai anda tidak perlu terlalu kedepan untuk menunjukkan kehebatan anda tetapi anda sepatutnya menjadi contoh kepada generasi muda dan sentiasa memberi sokongan dalam pelbagai arah supaya generasi muda ini akan menjadi pemancing yang bagus dan mewarnai dunia pancingan dengan pelbagai kaedah baru berpandukan teknologi terkini. Di sinilah ilmu otai anda itu amat penting untuk mendidik generasi baru membuat perubahan yang tidak dapat anda buat dahulu.

Fakta 4:

Di samping Champion-champion ini bergaduh antara satu sama lain tiba-tiba muncul Leicester City team underdog memenangi EPL kerana mereka hanya fokus pada misi dan objektif. Mereka bergabung sebagai satu team yang sangat compact dan saling bantu-membantu. Dan wujudlah Champion baru di EPL.

Dalam arena Pancing: Akan ada generasi baru yang datang sesekali untuk menunjukkan kehebatan. Pada yang baru janganlah terlalu bongkak dengan ilmu secebis itu kerana anda ternyata sangat mentah. Rendahkanlah diri anda dengan otai-otai yang lain supaya mereka sudi menyokong usaha anda sambil memberi ilmu. Percayalah ilmu otai-otai ada yang tidak boleh dipelajari sendiri. Ia memerlukan bimbingan.

Siapakah bersalah dalam situasi-situasi di atas? Teruskan membaca…

Apakah kerenah yang biasa didengari oleh generasi-generasi ini?

1. Map dan Kompas Vs GPS

Kerenah Pemancing Otai

Apa yang pasti pemancing otai bergerak tanpa menggunakan sebarang gajet moden. Mereka lebih berpandukan pengalaman dan juga naluri. Tengok langit, tengok pokok, tengok suak dan tengok keadaan sekeliling sudah boleh memberi mereka panduan dalam membuat keputusan arah yang patut di tuju. Ataupun jika menuju ke arah hutan yang dalam mereka akan berpandukan map dan kompas sahaja. Ini adalah antara skills mereka yang wajib di puji.

Kerenah Pemancing Moden

Pemancing moden pula bergerak dengan menggunakan GPS. Buat apa perlu susah-susah apabila adanya teknologi yang memudahkan semua orang yang menghubungkan hampir semua jalan yang ada di atas bumi ini yang dilengkapi dengan ribuan satelit orbit bumi. Apa yang pasti teknologi memudahkan kebanyakan perkara dalam kehidupan harian. Namun, bagi pemancing moden yang terlalu bergantung pada teknologi tanpa GPS kebanyakan mereka akan sesat dan hilang panduan. Mulalah menyumpah-nyumpah akibat kurangnya signal GPS.

Kerenah Pemancing Kunun-Kunun Otai

Pemancing kunun-kunun Otai pula akan mengatakan semuanya mereka hebat. Ayat yang biasa didengar ialah “buang je aku kat mana-mana mesti aku dapat balik” atau “semua port kat selangor ini dalam gengaman aku”. Tapi realitinya datang rumah pakai GPS pun boleh sesat walaupun sudah berpuluh kali datang rumah.

2. Aliran Lama dan Baru

Kerenah Pemancing Otai

Pemancing otai dikatakan antara orang yang sudah berumur dan mempunyai ilmu pancingan yang hebat. Jenis mereka ini sepatutnya lebih bersikap sporting dalam mencurahkan ilmu dan mendidik generasi yang bakal menggantikan mereka satu hari nanti.

Namun apa yang pasti tidak semua otai ini boleh menerima benda baru. Pemancing otai biasanya tidak akan menerima aliran baru kerana tanggapan mereka ia semua karut. Contohnya dengan apa yang terjadi dengan sukan ultralight.

Adakah SEMUA Pemancing OTAI ini dikatakan mempunyai sikap yang positif?

Sepanjang perjalanan semasa mempopularkan sukan ultralight diri ini telah bertembung dengan pelbagai ragam pemancing otai yang mengaku kehebatan masing-masing kunun-kunun telah lama berkecimpung dalam sukan ultralight. Namun apabila ditanya kebanyakan akan mengaku telah bermain ultralight dengan “rules” yang kami buat sedangkan tiada rules pun sebelum ini. Rod 2-6lbs dengan tali 10lbs dan reel yang mempunyai drag 5kg dikatakan ultralight. Ada juga mengaku telah bermain ultralight sejak 20 tahun yang lepas seawal 90an dimana umurnya pada masa itu mungkin baru belasan tahun atau masih di sekolah rendah. Mereka ini adalah antara punca wujudnya puak-puak pemancing yang terpesong dengan ajaran yang tiada fakta. Dan mereka ini jugalah punca wujudnya kebencian dikalangan pemancing kerana hati telah dirosakkan dengan pelbagai cerita.

Ada pepatah mengatakan pemancing otai tidak mungkin hilang apabila berada di dalam hutan tetapi mungkin akan keliru selama beberapa hari. Dalam keadaan yang gelap akan menjadi amat susah untuk meneliti map dan kompas tetapi bagi ahli hutan (yang mahir) ia tidak menjadikannya sebagai satu halangan mencari jalan.

Begitu jugalah dalam sukan ultralight. Mereka confuse dengan teknologi lama, cara lama dan kaedah lama yang lebih pada kewujudan sesuatu barang pada masa itu. Namun jika mereka benar-benar boleh digelar otai maka dengan rela hati mereka akan menerima perubahan. Inilah dikatakan pemancing yang hebat.

Kerenah Pemancing Moden

Pemancing moden pula semuanya hendak laju. Mereka umpama jenis yang tiada pegangan akan sesuatu game pancingan. Semua mereka balun dan mereka membawa perspektif tersendiri yang kebiasaannya terpesong jauh tanpa menyedarinya. Contohnya apabila terjebak dengan ultralight mereka tidak mempunyai masa untuk mencuba yang asas. Terus melompat ke arah yang lebih extreme kunun-kunun ingin mencari kepuasan sebaliknya mereka ini ketagih pujian dan populariti. Pendek kata “batak like”.

Apa yang pasti mereka ini biasanya mudah terperangkap dengan sembang-sembang otai yang bercerita kehebatan mereka “SATU KETIKA DULU” padahal ia cuma rekaan. Pemancing moden ini biasanya akan mula hilang pertimbangan dan arah dan terjebak sekali dengan hasutan tanpa usul periksa dengan fakta.

Adakah SEMUA Pemancing Moden ini dikatakan mempunyai sikap yang positif atau negatif?

Ada diantara pemancing moden ini suka mengutuk pemancing otai (yang suka pancingan bottom) kerana mengaku diri sebagai caster tegar. Bagi mereka “casting” adalah hebat dan membottom adalah “hina” dan tidak layak mancing bersama mereka. Ini adalah diantara sikap yang ada dengan pemancing moden kerana mereka lupa objektif utama iaitu memancing. Namun, ada juga yang bagus dan sentiasa merendah diri untuk belajar.

Kerenah Pemancing Kunun-Kunun Otai

Manakala pemancing kunun-kunun otai pula dengan seperti biasanya akan memulakan sembang yang sentiasa minta penyepak. Jenis ini suka kondem orang lain kunun-kunun sudah memancing selama 100 tahun. Pandangan dan pendapat mereka biasanya kedengaran seperti ini “ko cakap je pancingan apa semua aku da try, paling best main ul pakai tali 10lb dan pakai rod 16lb-18lb” atau “semua gewang aku da pakai jadi ko takyah lah sembang dengan aku”. Pernah sekali apabila terbaca komen seorang pemancing yang berkata “takyah la ber “ul” bagai. Aku da pakai semua jenis brand; baik murah atau mahal semua aku da pakai. Gewang-gewang mahal semua aku da beli dan pakai. Bagi aku ko pakai rod 16-18lbs adalah terbaik. Ko bole main ul dan semua game lain”. Hujahnya yang penuh dengan keyakinan. Jenis pemancing ini biasanya memang tidak boleh diselamatkan lagi. Jauhilah diri anda dari jenis macam ini untuk hidup yang lebih aman. Anggaplah mereka ini penghibur dikala adanya tekanan.

3. Kebersihan

Kerenah Pemancing Otai

Kebiasaannya pemancing golongan otai akan lebih bersih dan sentiasa mengutamakan kebersihan. Mungkin kerana mereka ini telah cukup matang dan memahami buang sampah merata-rata bukan satu perkara yang harus dibanggakan.

Kerenah Pemancing Moden

Golongan pemancing inilah biasanya akan membuat perangai. Pandai makan, pandai minum dan pandai hisap rokok tetapi tidak pandai buang di tempat yang sepatutnya. Apabila sungai yang biasa di pancing di penuhi dengan sampah-sarap jari menunding ke arah orang lain sedangkan diri sendiri sentiasa membuang merata tempat. Mereka ini seperti sudah sinonim ada je sampah kat tangan lontar ke bawah. Mungkin inilah didikan yang diberi di sekolah atau ibu-bapa mereka.

Kerenah Pemancing Kunun-Kunun Otai

Seperti biasa mintak tapak kaki kat muka. Orang lain buat dia tak buat katanya. Tapi hisap rokok buang merata-rata. Benda asas pun tak boleh nak buat. Apatah lagi yang lain.

Kesimpulan

Apa yang pasti setiap generasi sebenarnya wajib memainkan peranan dalam mendidik kearah pancingan yang lebih sihat. Usah mengutuk, usah menghina dan usah mendabik dada jika ilmu hanya setakat sepuntung rokok yang akan habis. Usah menjadi seperti signal telco yang kejap-kejap bagus, kejap-kejap hancur atau menjadi seperti manusia yang GPS nya tergendala yang sentiasa lari arah tuju sebenar. Usah menjadi manusia yang kunun-kunun “anak emak” yang baik hati, yang beragama, yang kununnya bagus sehingga pijak semut pun tidak akan mati tetapi tidak menyedari perbuatan anda sebenarnya umpama bangkai yang telah busuk.

Golongan muda hormatilah golongan yang lebih tua begitu juga sebaliknya yang menganggap diri tu hebat hormatlah yang muda. Usahlah mengangkat diri kunun-kunun telalu hebat sehingga boleh mencecah langit. Kita semua manusia biasa yang hidup di dekad yang berlainan teknologi dan aliran. Yang lama sepatutnya mendidik yang baru dengan adap yang sesuai dan yang baru menghormati yang lama. Di sinilah ilmu lama dan baru akan bertembung untuk kombinasi pancingan yang lebih mantap.

Ingat misi kita ialah memancing bukan berpolitik. Itu sahaja.

Nota:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

 

Save

Check Also

Perangai Pemancing Yang Paling di Benci

Syarat pertama membaca artikel kali ini ialah jangan terpesong dari niat kami yang sebenar iaitu …

One comment

  1. Terbaik artikel..mmg benar semakin lama budaya berpuak-puak ni akan menular dlm dunia mancing ni…benda mcm ni sedang berlaku..di harap artikel ini dpt membuka mata kita semua..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*