Part 1: Punca Utama Rod Ultralight Patah

Rod ultralight patah adalah perkara biasa pada semua pemancing yang telah baru berkecimpung dalam pancingan ultralight. Namun jika anda meluangkan masa untuk memahami mengapa ia patah maka ia dapat di kurangkan atau dapat di elakkan sama sekali. Ramai pemancing ultralight mengadu rod mereka patah walaupun baru menggunakannya beberapa kali. Tenyata segala luahan ini kadang-kadang dapat simpati dari rakan-rakan yang tidak berada di sekelilingnya dan terus membuat spekulasi memburukkan brand-brand yang terlibat dalam situasi itu. Adakah tindakan ini betul? Adakah anda pasti rakan yang meluahkan kejadian itu menggunakan dan menjaga rod itu dengan betul?

Anda rasa situasi di atas terjadi adakah ia disebabkan kualiti sesuatu rod? Atau anda rasa kesilapan pemancing adalah punca utama patahnya rod? Kami pernah membuat artikel punca utama rod patah di link bawah ini dan jika anda salah seorang pemancing yang pernah terpatah rod ultralight tetapi belum lagi membaca artikel kami maka ini waktu yang sesuai.

http://www.ultralightanglers.com/kenapa-rod-ultralight-mudah-patah/

Fakta Rod Ultralight

Rod ultralight di buat untuk target ikan kecil dengan menggunakan tali yang halus berdasarkan kekuatan poundage (lb) yang di sarankan pada rod dan juga penggunaan berat gewang yang di rekomen pada rod. Setiap rod ada spesifikasi khas yang diberikan untuk tujuan panduan BUKAN untuk melanggarnya.

Ia umpama traffic light ada lampu merah, kuning dan hijau. Pemandu yang tidak mementingkan keselamatan (biasanya ego / sombong) akan melanggar lampu traffic light yang berwarna merah dan biasanya mendatangkan kesan yang buruk seperti eksiden. Begitu juga dengan lampu kuning di mana ia berada di antara merah dan hijau (sebagai warning / amaran untuk bersedia berhenti).  Namun sifat manusia biasanya tetap mahu melanggarnya dan mengambil risiko yang boleh mendatangkan bahaya. Lampu hijau pula adalah selamat untuk meneruskan perjalanan tetapi sebelum melaluinya anda sepatutnya perlu juga perhatikan keadaan sekeliling supaya tiada pemandu lain yang cuai di mana boleh mengakibatkan kemalangan. Jadi di sini apa yang cuba diterangkan ialah tidak semua perkara dapat di jangka walaupun ia sepatutnya begitu. Panduan di beri untuk anda mengikutinya bagi mengelakkan sesuatu perkara yang tidak diingini. Nyawa bukan boleh ditukar ganti. Begitu juga rod yang patah bukan boleh di sambung.

Tonton Video Aksi Pemancing Sebenar Di Lapangan

Di bawah ini adalah video yang telah kami rakam ketika trip pancing kami baru-baru ini. Apa yang tidak di ketahui oleh salah seorang pemancing di dalam video ini ialah saya telah membuat segala planning dengan tidak memberitahu niat sebenar supaya ia nampak natural kerana ingin menunjukkan apa sikap dan kelakuan sebenar pemancing apabila memancing. Dan percayalah 100% semua pemancing akan buat begini tidak kira pro atau tidak; termasuk saya sendiri. Ini kerana apabila memancing kita akan lupa segala perkara asas yang boleh mendatangkan bahaya akibat EMOSI.

Terima kasih menonton. Harap video ini dapat memberi sedikit panduan yang boleh mematangkan kita semua dalam menjaga rod pancing kita lebih-lebih lagi rod ultralight yang ternyata lebih sensitif dan halus. Ingat rod ultralight tidak seharusnya di gunakan dengan sedemikian cara. Nantikan video Part 2 sambungan punca rod ultralight patah.

Jangan lupa share 🙂

Note:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

kanicen-nix-talapia-tilapia-on-grenti-strike-brudu-softbait

16 Tips Mudah Untuk Memikat Ikan Tilapia / Talapia Menggunakan Umpan Tiruan

Fenomena ultralight fishing kian menjadi-jadi dan banyak pemancing ultralight terbangun dari tidur dan mula mencari …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.