Mono vs Braided Yang Mana Satu Menjadi Pilihan?

Penggunaan Monofilament atau braided adalah mengikut feel masing-masing. Terdapat pelbagai pendapat dan perbahasan yang tiada penghujung mengenai penggunaan kedua-dua tali dan tiada siapa dapat memberi kesimpulan yang tepat. Walaubagaimana pun bagi kami di sini kami dapati kedua-dua monofilament dan braided memberi kelebihan yang berlainan apabila dipertimbangkan kaedah penangkapan ikan tertentu.

Braid: Kelebihan

– Sangat sedikit atau tiada memory langsung. Sangat mudah untuk digunakan untuk casting kerana disebabkan tiada memory ia memudahkan pengaliran tali utama melalui cincin dan mengurangkan masalah kerosakkan tali apabila terbelit.
– Sangat sensitif. Kerana ia mempunyai sangat sedikit atau tiada regangan, anda boleh merasa setiap ketukan ikan, pelanggaran dengan batu atau struktur yang bereba.
– Diameter yang amat kecil dan berkekuatan tinggi membolehkan anda untuk memuatkan talian lebih ke satu reel berbanding dengan tali mono pada kekuatan yang sama.
– Kekuatan yang tinggi. Tiada kelemahan pada regangan dimana tali mono akan memanjang akibat memory tetapi tali braided tidak akan wujud regangan dan titik tekanan yang boleh merosakkan tali.
– Knot dan tali yang menjadi “MEEHUN” a.k.a Bird Nest BOLEH menjadi lebih mudah dengan tekanan yang cukup, tarik dan tarik simpulan daripada tali utama.
– Knot yang lebih kuat. Ikatan pada gewang adalah sangat kuat, dan sekali lagi, kerana tiada regangan atau kerosakkan pada braided, jarang sekali ikan putus pada knot.

Berkley-Fireline-Crystal
Berkley-Fireline-Crystal
Berkley-Fireline-Exceed
Berkley-Fireline-Exceed
berkley-trilene-tracer-braid-professional-grade
berkley-trilene-tracer-braid-professional-grade

Braid: Kelemahan

– Sangat bahaya untuk geseran – Tali braid amat mudah rosak jika terkena benda yang tajam seperti kayu, batu dan gigi ikan. Mono adalah juga begitu namun mampu bertahan jika dibandingkan dengan braid. Contohnya: Ambil tali mono dan braid 30 lbs, lipat tali itu dan geserkan kepada pisau. Tali braid akan lebih mudah putus manakala tali mono akan dapat menahan lebih banyak tekanan dan lebih geseran.
– Jangan sesekali menarik tali braid yang tersangkut atau cuba memutuskan dengan menggunakan tangan tanpa sarung tangan kerana ia akan memotong tangan anda. Ia amat tajam dan mampu mencederakan anda.
– Tali braid akan kelihatan lebih terang pada ikan jika dibandingkan dengan tali mono yang agak serupa dengan warna air.
– Tali braid tidak boleh menahan tekanan/regangan secara mengejut kerana tiada memory. Ia akan putus dengan mudah. Ia juga memberi tekanan pada setup, badan dan disemua bahagian yang lemah pada tali itu termasuk dibahagian knot.
– Kebanyakkan tali braid mempunyai geseran yang agak kasar dimana ia akan merosakkan cincin pada rod.

Suffix-832_advanced_superline
Suffix-832_advanced_superline
powerpro-braided-spectra-fiber-fishing-line
powerpro-braided-spectra-fiber-fishing-line

Mono: Kelebihan

– Mampu menyerap kejutan yang kuat jika dibandingkan dengan braid.
– Lebih sukar ikan melihat mono jika dibandingkan dengan braid kerana warna tali yang hampir sama dengan air. Kerana sebab itulah pemancing menggunakan mono atau flouro sebagai leaders.
– Jauh lebih murah dari braid.
– Menahan lebih geseran dari tali braid. Ikan besar mampu memutuskan tali braid dengan mudah akan tetapi tali mono mampu menahan lebih lama sebelum sampai hayatnya.
– Mudah diputuskan dengan menggunakan gigi tetapi jangan sesekali mencuba dengan tali braid. Hampir mustahil.
– Tidak memotong tangan atau merosakkan setup anda. Tali mono adalah licin dan jika diberi tekanan ia tidak akan memotong tangan anda seperti tali braid. Dan yang paling penting ia tidak akan merosakkan cincin rod anda.

triline-xt-mono-line
triline-xt-mono-line

Mono: Kelemahan

– Titik tekanan akan terbentuk di knot, regangan, dan geseran. Kekusutan atau tali yang tersimpul akibat bird nest akan melemahkan kekuatan tali tersebut di point tertentu. Disinilah area dimana tali mono akan putus.
– Memory. Inilah perkara yang dibenci oleh kebanyakkan pemancing kerana tidak mendapat feel yang mereka hendak.
– Mono juga akan bergelung jika disimpan di dalam reel terlalu lama. Ini akan merosakkan tali dan kebanyakkannya tidak boleh digunakan untuk memancing.
– Kekuatan mono bergantung kepada ketebalan tali itu. Manakala braid walaupun halus namun kekuatannya adalah amat kuat. Lebih tebal mono lebih kuat tali itu.
– Tidak boleh memasukkan tali yang tebal kedalam spool dan ini membuatkan tali tidak boleh diisi sepanjang yang dikehendaki.
– Tali mono yang tebal amat susah digunakan untuk casting dan amat susah untuk membuat knot.
– Tali mono tidak tahan lama. Ia lebih cepat rosak jika dibandingkan dengan braid.

vanish-fluorocarbon
vanish-fluorocarbon
triline-mono-line
triline-mono-line

Kesimpulan

Kesemua kelebihan dan kelemahan adalah berdasarkan pengalaman bertahun hasil dari penggunaan sendiri semasa memancing. Setiap pemancing mempunyai feel masing-masing. Setiap pemancing mempunyai ilmu yang berlainan dan pengalaman yang berbeza. Apa yang penting gunalah tali yang memberi anda kepuasan dengan mengikut budget sendiri. Jika anda merasakan ada yang perlu ditambah sila komen.

 Note:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

ultralight-fishing-concept

Memahami Konsep Ultralight Fishing Untuk Ikan Besar dan Kesesuaian Lokasi Pancingan

Ultralight! Ultralight! Ultralight. Hampir dimana-mana kita dengar ramai yang bercakap mengenai sukan Ultralight tidak kira …

2 comments

  1. SALAM BOS NK TNYE YE KLAU GUNE TALI Monofilament NIE KNE PKAI SHORT LEARDE X BOS MCM PENGUNAAN TALI BRAIDED ???? KLAU KENA GUNE SHORT LEARDE, SHOT LEADER YG MCM MNE TU SESUA???

    • Kanicen Nix

      Salam bro

      Boleh je pakai bro. Terpulang pada pengguna. Jika terasa kurang confident boleh je guna. Apa yang penting guna leader tujuannya nk menahan asakan ikan di tempat yang lebih mencabar dan juga menahan asakaan ikan yang besar. Dan tujuannya juga menggelakkan ikan nampak tali jadi lagi mudah untuk memikat ikan. Saiz leader ikut pada kesesuaian; jika bro terasa kurang confident, main kat tempat yang mencabar (reba / batu/ etc) atau mencari ikan yang akan beri tentangan kuat guna leader yang lebih kasar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*