MERANDUK DEMI HENJUTAN IKAN CHANNA

Jika nak diceritakan mengenai spesis snakehead, terutamanya dari keluarga ikan channa striatus dan Channa micropeltes memang pelbagai “kerja gila” yang akan dilakukan oleh si penggemar ikan ini. Mencari itu biasa, tetapi meranduk itu luar biasa. Walaupun, ada yang akan bercakap “kenapa susah-susah nak meranduk padahal haruan ni senang ja dapat?”

Perlu di ingatkan, tidak semua tempat mudah untuk menjerat spesis ini, lagi-lagi jika berada di kawasan bandar atau kawasan yang sedang membangun. Selain itu, bagi pemancing tegar ikan ini, kepuasan meranduk ini lain macam, kerana mereka memburu kualiti bukan kuantiti. Saiz mega yang dicari, untuk memecahkan rekod masing-masing selain kepuasan merasai henjutan haruan di spot-spot yang jarang diterokai orang.

 

DEFINISI MERANDUK

Berdasarkan kamus dewan Bahasa dan Pustaka, meranduk adalah aktiviti meranduk dalam air, semak , dan lain-lain serta mengharung atau menempuh sesuatu halangan.

 

SPOT-SPOT MERANDUK

Di Malaysia, pemburu haruan selalunya menjadikan beberapa kawasan sebagai spot utama dalam melakukan aktiviti meranduk ini, antaranya adalah:-

  1. Kebun sawit
  2. Paya/Paya Bakau
  3. Tasik
  4. Lombong
  5. Kawasan air terjun/empangan

Namun perlu di ingatkan, untuk meranduk ini, perlu ada adab dan tertibnya, jangan sesuka hati melakukan apa sahaja lagi-lagi jika anda berada di tengah-tengah hutan. Ada beberapa perkara asas yang perlu anda ketahui terutamanya aspek keselamatan.

 

PERKARA-PERKARA ASAS SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS MERANDUK

 

Berikut saya akan kongsikan beberapa perkara asas yang perlu anda sediakan/tahu sebelum, semasa atau selepas meranduk.

1.   SEBELUM MERANDUK

 

  • Bawa pisau/parang/golok sebagai langkah keselamatan atau untuk menebas semak samun membuka laluan.
  • Torch light sangat penting sekiranya anda merancang memancing sampai lewat malam atau bermalam di sesuatu kawasan.
  • Jangan sesekali LUPA bawa barang mancing! Haha…nanti sia-sia korang meranduk..
  • Lihat keadaan sekeliling dahulu supaya faham geografi sesuatu kawasan supaya dapat buat persediaan awal. (Buat kajian, survey dulu jangan terus redah macam tu ja.
  • Kalau boleh bawa orang yang boleh guide jalan. So tak la sesat nanti…tak pasal-pasal masuk TV kang.
  • Pastikan kit kecemasan bawa sekali jika ada.
  • Paling penting, pastikan TUBUH BADAN cukup sihat.
  • Pakaian dan kasut yang bersesuaian. Jangan lupa pakai topi (Kalau boleh lengan dan stoking kena panjang sbb nyamuk, lintah dan pacat banyak)

 

2.  SEMASA MERANDUK

  • Baca bismillah dan doa dulu..hehe
  • Kena peka dengan keadaan sekeliling setiap kali langkah. (Standby pisau/parang dll)
  • Bergerak dalam keadaan senyap dan berhati-hati.
  • Berjalan dalam kumpulan. Bagi yang lone renjer (kena sentiasa berhati-hati, abg tak sanggup lerr)
  • Jaga adab dan tutur kata (Jangan kencing, berak merata-merata dan yang penting mulut kena jaga).
  • Jangan potong orang yang nak guide
  • Jika nampak yang bukan-bukan, jangan terus menjerit atau terus lari tinggalkan member, sebaliknya bagi signal dulu…kihkihkih…kau terlepas, tapi member kena naya.
  • Semasa nak cast, pastikan tengok kiri kanan, depan belakang, jangan gelojoh, tak pasal sangkut hidung member, pokok, rumput dan lalang yang tak bersalah.
  • Jumpa port baik, cast lah dengan riang ria tapi jangan terlalu seronok sangat (pesan orang tua) sebab bila seronok sangat, deria peka kau dah hilang, mula la lalai cuai bab keselamatan.
  • Jangan aniaya binatang.

 

3.  SELEPAS MERANDUK

  • Pastikan kesemua ahli komplot cukup.
  • Periksa semua tubuh badan (lintah, pacat masuk badan, ke hospital la kau)
  • Semua sampah sarap dihimpunkan dalam beg plastic, jangan buang sampah merata, sayangilah hutan kita.
  • Sisa makanan (jika camping) seeloknya ditanam atau dibakar supaya dapat elak bintang buas dari singgah ke port.
  • Jangan lupa up hasil dan bako member yg tak join. haha
  • Enjoy, keep calm and meranduk again.hahaha

 

 

 

Check Also

PEMILIHAN SOFT FROG MENGIKUT KEADAAN SPOT

Assalamualaikum/Salam Sejahtera, Lama bener saya tidak up artikel dalam ruangan website ini, bukan sahaja kering …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.