Mengenali Ikan: Haruan Kedak Spesis Ikan Snakehead Terkecil

Haruan kedak yang juga dikenali sebagai Channa Gachua nama saintifik atau Channa Limbata adalah spesis snakehead yang terkecil dalam keluarganya. Ia adalah keluarga snakehead dari genus yang sama dengan haruan / toman iaitu keluarga Channa. Ia juga dikenali sebagai Dwarf Snakehead kerana ia adalah spesis paling kecil dalam keluarganya.

Haruan / Ruan Kedak adalah sejenis ikan yang amat kecil. Dikatakan saiz maxima biasa matang adalah dalam 6 ke 8 inci. Yang jantan biasanya amat cantik warnanya dengan sirip yang kebiruan dibawah perutnya dan juga kebiruan di sirip atas badannya. Sirip atas badannya juga keorenan/keperangan di hujungnya seperti contoh gambar di bawah ini. Bagi yang betina pula ia tidak memiliki warna yang cantik seperti yang jantan. Warnanya lebih menyerlah bergantung pada habitatnya. Jika habitat yang didiaminya lebih berasid maka warnanya akan lebih menarik dan garang.

Habitat

Kawasan yang biasa boleh ditemui ialah sekitar kawasan yang tinggi seperti jeram, hutan dan paya cetek. Biasanya dikawasan yang airnya perlahan atau tidak berarus laju.

Taburan

Haruan Kedak ini pernah di jumpai di pelbagai negara seperti Malaysia, Indonesia, China, Thailand, Sumatera, Indo China, Myanmar, Borneo, Kepulauan Andaman, India, Sri Lanka, Pakistan, Nepal, Vietnam, Bangladesh, Bhutan, Laos, Cambodia, Singapore dan beberapa negara arab seperti Iran, Iraq dan Afghanistan.

Spesis Channa Gachua ini di temui oleh saintis yang bernama Hamilton-Buchanan di Sungai Gangga, India pada tahun 1822. Saiznya boleh membesar sehingga 28cm. Kini saiz yang biasa ditemui sekitar 8-15cm sahaja jarang sekali dapat temui saiz yang lebih besar darinya.

Makanan Utama

Ia memakan anak-anak ikan, serangga dan It feeds on small fish, insects, and udang.

Haruan Kedak menyimpan telur di dalam mulut ikan jantan semasa proses pemeraman dan menjaga anak yang baru menetas. Ikan Kedak jantan mempunyai sirip yang lebih panjang dari betina dan mempunyai corak warna yang lebih cantik dari betina.

Fakta Luar Biasa

Dikatakan dari info bacaan Google ia boleh ditemui hidup di kawasan tanah tinggi sehingga 3500 meter.

Spesis Popular

Disebabkan warnanya yang menarik ikan ini disukai oleh kaki aquarium. Permintaan adalah amat tinggi untuk ikan haruan kedak ini dan harga pasaran di jual seekor telah mencecah sehingga RM80 seekor dan RM240 untuk yang berpasangan. Ikan ini amat lasak dan ini memudahkan untuk sesiapa sahaja untuk membelanya.

Teknik Pancing

Ikan haruan kedak ini amat mudah untuk dipancing kerana sikapnya yang sangat teritorial. Ia akan serang sebanyak yang boleh selagi ada yang mengacau sarangnya. Walaupun telah kena umpan atau mata kail ia mampu membuat serangan lagi. Kecil tetapi amat garang. Kebiasaanya teknik yang biasa diguna ialah menggunakan cengkerik. Jika ia berdekatan atau ada tanpa segan silu kedak akan membuat serangan. Untuk pengemar umpan tiruan pula, semua jenis umpan yang kecil mampu memikatnya. Kadang-kadang ia akan menyerang umpan yang lebih besar dari badannya. Teknik yang biasa digunakan ialah cast dan karau atau jerk sahaja di kawasan kediamannya.

Kesimpulan

Ikan ini perlu di lindungi sebelum ia mula pupus. Akibat permintaan yang tinggi lokasi yang biasa ditemui kini telah mula melalui fasa kepupusan.

Jika anda ada infomasi yang boleh ditambah atau perlu diubah sila tinggalkan komen anda. Kami akan membaik pulih artikel ini.

Terima kasih

Nota:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Kami akan cuba perbaiki info dalam setiap artikel kami dari masa ke semasa untuk tujuan memperbetulkan apa yang kurang tepat. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.