Mengenali Ikan: Floral Wrasse

Trip mancing ke Pulau Pari, Indonesia baru-baru ini telah membuka mata kami dengan pelbagai spesis laut yang tidak kami kenali. Antaranya ialah Floral Wrasse yang akan kami cover sebagai salah satu dari spesis baru dalam list ikan yang dipancing.

Floral Wrasse atau nama latin Cheilinus chlorourus – (Bloch, 1791) adalah dari family Labridae – Cheilinus. Nama lain ikan ini yang biasa dipanggil ialah White-dotted maori wrasse, Floral wrasse, Floral maori wrasse, Redspotted maori wrasse, Tripletail Wrasse.

Di Malaysia ia dikenali dengan nama tempatan sebagai Mameng Bintik Kuning, Tetarap, Bayan, Longkowit, Lampet.

Ikan ini berasal atau boleh ditemui di East Indian Ocean, West Indian Ocean, Australia, Japan, Indonesia, Central/West Pacific.

kanicen-nix-grenti-strike-softbait-brudu-floral-wrasse-ikan-karang

Panjang matang ikan ini ialah sekitar 45.0cm (17.7″) yang mempunyai sikap yang amat agresif terhadap ikan lain. Makanan utama ialah anak-anak udang, siput laut dan anak-anak ketam dan segala makanan yang boleh ditemui berdekatan dengan karang. Anak-anak ikan lain yang berkeliaran juga adalah makanan utama ikan ini. Ikan ini dikatakan bahaya untuk kebanyakkan ikan-ikan lain yang bersaiz kecil darinya. Kerana ia akan menyerang dan memakannya.

Ikan ini mempunyai perangai menyusun semula batu-batuan dan pasir berdekatan dengan lokasi ia diami. Ia memastikan batu diletakkan dengan selamat pada lapisan antara batu supaya ia tidak dapat dijatuhkan.

Apa yang pasti ikan ini memerlukan ruang yang besar untuk ia berenang. Tidak padan dengan saiz badan tetapi mempunyai sikap teritorial yang amat kuat.

Yang menarik mengenai ikan ini ialah spesies ini boleh mengubah jantina dari betina ke jantan. Apabila jantan diperlukan, yang betina akan mengubah jantina seks dan mengambil peranannya.

kanicen-nix-grenti-strike-soft-bait-brudu-floral-wrasse-ikan-karang

Habitat kegemarannya ialah dibawah karang atau batu-batu. Sebab itu ia amat sukar ditemui kerana ia akan menyorok dengan cepat apabila terasa ancaman dan apabila keadaan kembali tenang ia akan mula mengintai dan membuat serangan jika ada yang memasuki ke kawasannya.

Semasa berada di Pulau Pari, Indonesia ikan ini menjadi antara ikan yang paling cepat menyerang umpan soft bait kami. Kami ada terperasan ia cepat melarikan diri apabila kami menghampiri spot kediamannya dan mula menyorok tetapi apabila umpan kami melalui ke kawasan ia menyorok ikan ini akan tetap menyerang. Dari sini kami dapat buat kesimpulan ikan ini pantang nampak benda lain memasuki kawasan yang didiaminya. Tidak kira apa warna umpan soft plastik kami guna ia tetap menyerang tanpa rasa segan silu. Ia amat agresif.

Apa yang pasti species ikan ini selalu dilihat dalam akuarium terumbu karang, kerana spesies ini menarik dan berguna dalam memerangi pelbagai invertebrata yang tidak diingini seperti cacing rata, siput piramide. Ikan ini hidup dari segala zooplankton hingga krustasea besar, landak laut dan sebagainya.

Keperluan dan tingkah laku Wrasses sangat berbeza, jadi sangat penting untuk membiasakan diri dengan spesies spesifik sebelum anda membuat keputusan untuk membelinya untuk tujuan membelanya di aquarium.

Jika ada info tambahan sila komen dibawah ya. Akan kami perbaiki jika ada yang silap dan tambah jika ada yang kurang. Mekasih pada saudara Mohd Zambri Mohd Akhir rakan di Facebook dan rakan di Instagram Spino and Raptos kerana membantu mengenali ikan ini.

Info juga di ambil dari:

https://reefapp.net/en/lex/details/cheilinus-chlorourus
http://www.talkaboutfish.com/red-fishes-basses-congers-etc/wrasse

Nota:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Kanicen Nix

Hey guys! You can call me Kanicen and I’m a nature lover. I spend most of my time outdoor with fishing. I have to admit that I am not an expert but I will do my best to share with you interesting stuffs I know. I love ultralight game which means I live to challenge myself with UNREALISTIC LOGIC for satisfaction.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.