Memahami Ratings Buoyancy untuk Personal Flotation Device (PFD) Life Vest

Apakah maksud Buoyancy di PFD anda?

Kebanyakkan orang dewasa hanya memerlukan tambahan 7 hingga 12 lbs Buoyancy (daya apung) untuk membuatkan kepala anda timbul di atas air. PFD boleh memberikan “extra lift”, dan ianya membuatkan anda kekal terapung sehingga bantuan datang. Berat anda bukan sahaja faktor di dalam mencari “extra lift” yang anda perlukan di dalam air. Lemak badan, saiz paru2, pakaian dan cuaca di dalam air tenang atau bergelora, semuanya memainkan peranan.

Bagaimana Kita Mengira Berat kita di dalam Air?

Kira-kira 80% tubuh manusia adalah air, dengan demikian tidak akan menurunkan berat badan anda (tidak mempunyai berat) di dalam air. Tambahan pula, badan kita kebiasaanya ada 15% lemak, adalah lebih ringan dari air. Terdapat beberapa faktor memainkan peranan seperti saiz paru2 saiz pakaian dan keadaan di air tenang atau bergelora, kedua-duanya adalah faktor utama tetapi. Pada kebiasannya, Kebiasannya SEMAKIN SIHAT SECARA FIZIKAL ANDA, (lagi kurang lemak di dalam badan), LEBIH BANYAK DAYA APUNG (Buoyancy) YANG ANDA PERLUKAN untuk memastikan anda terapung di permukaan air.

 

Mari kita buat kira2 ke atas orang yang berat 125 lb (57kg) dan 200 lb (90kg).

125 lbs X 80% air = 100 lbs air.
125 lbs X 15% lemak = 18.75 lbs lemak.
125 lbs – 100 lbs air – 18.75 lbs lemak bersamaan 6.25 lbs.

Maksudnya, kebiasannya 125 lb berat orang lebih kurang 6 lbs di dalam air. Jadi TYPE III vest dinilai minimum 15.5 lbs lebih dari mencukupi. Seorang yang kurus mungkin hanya ada 10% (12.5 lbs lemak), dengan itu beratnya 12.5 lbs di dalam air. Sekali lagi, jaket JENIS III akan baik-baik saja.

200 lbs X 80% air = 160 lbs air.
200 lbs X 15% lemak = 30 lbs lemak.
200 lbs – 160 lbs air – 30 lbs lemak bersamaan 10 lbs.

Maksudnya, pada kebiasaanya orang yang berat 200 lb hanya berat 10 lbs di dalam air. Jadi TYPE III vest di nilai minimum 15.5 lbs adalah lebih dari mencukupi. Seorang yang kurus mungkin hanya ada 10% (20 lbs lemak), sehingga menimbang tambahan 10 lbs di dalam air dan memerlukan Buoyancy yg tinggi dari 20lbs.

Untuk memeriksa Buoyancy PFD anda di dalam air, tenangkan badan anda dan biarkan kepala mendongak. Pastikan PFD anda boleh mengapungkan anda di permukaan air dan boleh bernafas dengan senang.

Pemilihan PFD berdasarkan berat boleh di kira mengikut formula di atas. Jgn jadikan PFD hanya sebagai fashion kerana ianya adalah trend. Jadikan ianya sebagai penyelamat anda di dalam air sekiranya berlaku pekara yang tidak di ingini. Sentiasa pastikan PFD anda di periksa sebelum melakukan aktivi boating di air..BE SAFE ENJOY FISHING.

Reference: https://airkayaks.wordpress.com

Kredit: Rosli Othman

Nota:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

cedera-semasa-mancing-terkena-gewang

7 Tips Untuk Mengelakkan Kecederaan Semasa Memancing

Memancing telah menjadi salah satu aktiviti yang paling digemari di serata dunia tidak kira umur …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.