Memahami Konsep Ultralight Fishing Untuk Ikan Besar dan Kesesuaian Lokasi Pancingan

Ultralight! Ultralight! Ultralight. Hampir dimana-mana kita dengar ramai yang bercakap mengenai sukan Ultralight tidak kira ada yang menikmati dan ada yang tidak boleh menerimanya. Fenomena ultralight fishing di Malaysia kini telah menular keseluruh negara. Ia telah menjadi salah satu area sukan memancing yang ingin dicubai oleh kaki-kaki pancing tidak kira usia, bangsa dan agama. Apa yang pasti sukan ultralight ini mampu memberi kepuasan yang maxima lebih-lebih lagi apabila kawasan pancingan yang makin berkurangan akibat pelbagai faktor yang membuatkan kepupusan ikan-ikan bersaiz mega. Kini hanya ikan yang bersaiz tapak tangan yang masih wujub dengan banyaknya. Ikan-ikan kecil ini jika di sesuaikan dengan setup pancingan yang betul ia mampu memberi karen yang membuatkan ramai tidak tidur malam. 🙂

ultralight-fishing-concept
ultralight-fishing-concept

Terlebih dahulu ingin saya perbetulkan pemahaman sukan ultralight ini. Ultralight BUKAN untuk ikan besar dan BUKAN untuk lokasi pancingan yang berstruktur atau bereba. Guna akal dan fahami logik jika hendak mengambil risiko. Namun jika anda ingin mencubanya anda harus memahami elemen-elemen yang wajib ada pada diri anda iaitu:

1. Teknik
2. Umpan
3. Habitat
4. Pengalaman
5. Kekuatan Mental
6. Kesesuaian Setup Ultralight
7. Memahami Target Ikan
8. Ilmu
9. Usaha
10. REZEKI

Adakah salah menarik ikan besar menggunakan setup besar? Tidak cuma kurang sesuai!
Adakah ultralight sebenar ingin menunjukkan kehebatan pada jenis pancingan yang lain? Tidak!
Adakah ultralight mampu membuat segala perkara dimana jenis pancingan lain boleh buat? Tidak!
Adakah menggunakan tali berpoundage rendah untuk menunjuk kehebatan pada pemancing setup heavy games? Tidak!
Adakah menggunakan setup ultralight menganggap penggunaan setup heavy sebagai penghinaan? Tidak!
Adakah sesuai menggunakan setup ultralight dikawasan heavy cover? Tidak!

Segala perkara negatif yang bermain difikiran anda harus dibuang terlebih dahulu dan cuba pandang dari sudut lain apa yang kami cuba usahakan disini. Fahami motif dan proses yang kami ambil untuk mendidik. Apa yang pasti ialah kami ingin mencari kelainan, kami ingin mencuba perkara yang mampu memberi cabaran yang boleh membuatkan kami tidur dengan lena tapi terbawa-bawa ke dalam mimpi keseronokan menarik ikan menggunakan setup ultralight. Bagi saya kita harus mencuba kerana ilmu datang dalam cara dan bentuk yang berlainan. Kadang-kadang kami akan buat sesuatu yang tidak boleh diterima akal semata-mata untuk mendidik anda.

ITU SAHAJA!

Jadi Apakah Konsep Sukan Ultralight Ini?

1. Pemilihan rod, reel dan tali main line mengikut klasifikasi ultralight iaitu maxima 6lbs.

Note: Jika ada yang masih menganggap lebih dari 6lbs itu ultralight classification maka banyak-banyaklah membaca fakta bukan andaian dari sesetengah orang yang menyampaikan kefahaman mereka sendiri tanpa bukti sahih. Ingat! Mereka yang menyampaikan maklumat itu tidak salah cuma pada masa mereka mendapat ilmu itu teknologi seperti sekarang tidak wujud maka pemahaman mereka adalah berdasarkan sebaran mulut ke mulut yang tidak tentu kesahihannya.

Boleh refer artikel di dalam ini:

http://www.ultralightanglers.com/apakah-itu-ultralight-fishing/
http://www.ultralightanglers.com/apa-itu-matching-dan-balancing-dalam-setup-pancingan/
http://www.ultralightanglers.com/faktor-faktor-penting-untuk-memahami-ultralight-fishing/
http://www.ultralightanglers.com/bagaimana-membuat-pemilihan-rod-yang-sesuai/
http://www.ultralightanglers.com/bagaimana-membuat-pemilihan-reel-yang-sesuai-untuk-ultralight-fishing/

2. Menyesuaikan setup anda sebaik yang boleh mengikut kemampuan diri sendiri.

Usah mengikut orang lain jika budget tidak banyak. Apa yang penting ialah sesuaikan setup anda dengan cara yang betul. Jika anda menggunakan rod 2-6 maka tali dan reel yang paling sesuai adalah maxima 6lbs dengan drag reel maxima 2.7kg. Tanya diri anda sesuai ke padankan reel yang mempunyai drag 7kg (atau apa-apa drag yang melebihi 6lbs) dengan tali 6lbs atau lagi rendah poundagenya? Bukankah 7kg drag itu telah melebihi 6lbs? Yer kami faham rules of thumb apabila membuat drag setting ialah 20-30% dari actual drag reel yang diberi oleh manufacturer tetapi jika ini bukan menjadi isu kenapa wujud pula reel drag yang bawah 6lbs? Lebih baik kekalkan drag reel yang besar-besar supaya pengguna boleh gunakannya di semua jenis pancingan. Bukankah lebih sukar dan membuang masa adjust setting drag pada reel yang berdrag lebih besar? Bukankah lebih mudah beli reel yang dragnya sudah tentu tidak memberi masalah pada setup anda kerana ia lebih balance? Anda harus faham lain orang lain emosi. Bukan semua pro dan bukan semua faham. Jika semua faham dunia tidak akan kucar-kacir dan kita pun tidak akan argue pasal isu kecil seperti drag. Cuba fikir sejenak dan fahami logiknya.

3. Kesesuaian dengan target ikan.

Memancing ikan seperti bulan atau tarpon, peacock bass, tilapia, puyu, dan ikan-ikan yang setandingnya rod trout sepatutnya menjadi pilihan anda kerana ia mampu memberi tandingan sengit dan anda mampu tersenyum kepuasan.

Contoh rod trout: Zuna, Trapara, Berkley Cherrywood, Daiwa Presso, Shimano Scimitar dan bermacam-macam lagi rod lain yang ada. Boleh refer di sini:

http://www.ultralightanglers.com/apakah-itu-trout-fishing/

Jika anda mencari ikan yang bermain sekitar kawasan yang agak mencabar seperti toman, spesis snakeheads, siakap, lady fish dan pelbagai ikan yang agresif maka rod Bass adalah paling sesuai.

Contoh rod bass: Leebass, Bass Beat 2, Nemesis, Discovery, Solpara, dan bermacam-macam lagi rod lain.

Tetapi adakah salah kalau anda ingin menggunakan setup yang lain untuk ikan-ikan ini? Tidak! Ikutlah cara sendiri dan kepuasan sendiri kerana tidak semua dapat membeli pelbagai rod untuk tujuan mancing yang berlainan. Ukur poket anda dan buat keputusan yang lebih ideal. Tetapi jangan memberi alasan ini semata-mata ingin menyorok. Ubahlah diri anda secara perlahan-lahan supaya anda dapat menikmati game yang berlainan dengan lebih seronok.

4. Memahami kemampuan setup Ultralight

Ramai menganggap ultralight mampu membuat apa yang setup medium atau heavy games mampu buat. Ini adalah SALAH! Ia boleh tapi tidak sesuai dan tidak berkemampuan seperti heavy games. Dan setup ultralight bukan direka untuk tujuan sedemikian kerana ia tiada kekuatan (power) untuk menarik ikan keluar dari kawasan reba atau berstruktur kejam. Peratus putus adalah lebih banyak dari peratus menaikkan ikan. Ini FAKTA!

Pastikan anda baca keseluruhan rekod dunia di dalam artikel ini dan tengok sendiri kemampuan yang telah lama orang lain buat:

http://www.ultralightanglers.com/ikan-besar-menggunakan-setup-ultralight-mustahil-menjadi-tidak-mustahil/

Pengalaman Sendiri

Mengapakah ada yang masih sangsi? Adakah kerana mereka ini masih tidak boleh menerima atau sengaja tidak mahu menerima atau menganggap segala-galanya adalah tipu? Jadi mengapakah ada yang masih mampu menarik keluar ikan dikawasan YANG NAMPAK macam heavy cover atau macam berstruktur/bereba? Mari saya share sikit pengalaman sendiri.

Ikan 1: Patin 22kg.

Patin-22kg on ultralight
Patin-22kg on ultralight

Rod: Daiwa Aird 1-4lbs
Tali: Filreine 4lb.
Leader: Berkley Vanish 6lb.
Reel: Pflueger, Patriarch – 9525
Lure: Roti Gardenia Floating
Lokasi: Kolam Bela Induk Patin Rantau N9.
Duration Fighting: Berjam.

Faktor Kemenangan: Ikan yang berenang dalam kolam adalah tidak agresif seperti ikan liar. Saiz kolam yang hanya lebarnya 20 meter dan panjang 60 meter sahaja; maka kemana ikan itu hendak lari adalah salah satu sebab kemenangan. Sebab kedua kemenangan berpihak kepada saya kerana kolam itu di bawahnya tiada apa-apa struktur. Kolam bela memang tidak akan ada struktur kerana ia akan mencederakan ikan.

Proses: Tahukah anda bahawa sebelum saya menggunakan setup ultralight saya bermula dahulu menggunakan setup light/medium/heavy? Tahukah anda saya melalui peratus putus yang terlalu banyak? Saya mencari pengalaman dan teknik yang sesuai untuk mendaratkan ikan patin ini. Saya mencari ilmu. Saya mencari segala benda-benda kecil yang perlu supaya saya mampu menariknya naik. Lepas memahaminya barulah saya mencuba dengan ultralight namun tetap melalui peratus putus yang terlalu banyak yang hampir membuatkan saya putus asa. Tahukah anda saya gagal banyak kali?

Bukti Lain: Sila tengok video disini: https://www.youtube.com/watch?v=Czxo5mRcZpA

Ikan 2: Siakap Liar 3.2kg & 5.3kg

siakap-on-ul
Rod: Daiwa Aird 1-4lb
Main Line: Berkley Fireline Crystal 1lb
Leader: Berkley Vanish – 6lb
Reel: Pflueger, Patriarch – 9525
Lure: SP Minnow Berkley Split Tail
Lokasi: Port Dickson
Duration: NA

 

kanicen-nix-siakap-barramundi-5.3kg-ultralight-fishing

Rod: Sengat 1-6lb Finalized
Reel: Weebass – Mini
Main Line: 1lb
Leader: 2.5lb
Species: Siakap / Barramundi
Length: NA
Weight: 5.3kg
Lure: Grenti Strike – Curlee
Technique: Jerk & Super Slow Retrieve

Faktor Kemenangan: Kedua-dua lokasi ini keadaan bawahnya free dari struktur. Dan mengikut pengalaman sedikit saya siakap tidak akan masuk dalam struktur untuk melarikan diri kerana struktur bukan habitat untuk siakap. Larian terus ikan itu membuatkan saya mampu mengawal dan memujuknya. Apa yang terjadi di luar jangkaan saya. Rezeki menyebelahi saya.

Ikan kedua; faktor kemenangan yang besar apabila ikan tidak dapat berenang sewenang-wenangnya apabila kawasan yang ditujunya tidak dalam dan ikan itu tersangkut pada lumpur yang menyebabkan ia menjadi lemah. Bukti ada dalam video di bawah.

Proses: Gambar Pertama: Tahukah anda bahawa sebelum saya dapat menaikan siakap ini berapa banyak kali saya putus tali dikawasan yang sama? Berapa banyak gewang yang terbang akibat kegagalan dalam menangani asakan ikan? Berapa banyak tali yang saya telah bazirkan? Berapa banyak duit yang saya habiskan untuk terus berusaha?

Gambar Kedua: Tahukah berpuluh-puluh kali tali saya putus dikawasan ini akibat asakan ikan. Kadang-kadang putus tanpa sebarang fight. Tahukah anda berapa banyak tali, soft baits dan jighead yang telah saya sedekahkan di lokasi ini? Tahukah anda leader saya putus sejurus lepas ikan itu naik? Tahukah anda bahawa terdapat 2 orang saksi yang baru (tidak pernah kenal secara berdepan menyaksikan dan menolong saya menaikkan ikan itu. Mereka juga menyaksikan saya memutuskan tali utama depan mereka dengan mudah) dan 2 lagi saksi lain (rakan pancing) yang turun membantu dan menyaksikan segala-galanya?

Video 1: https://www.youtube.com/watch?v=i7cQlRXK9AE

Video 2: https://www.youtube.com/watch?v=7X4pix-yp-o&t=5s

Ikan 3: Peacock Bass 53cm

pb-1lb-53cm-on-ultralight
pb-1lb-53cm-on-ultralight

Rod: Trapara 1-3lb
Main Line: Berkley Fireline Crystal 1lb
Leader: Berkley Vanish – 4lb
Reel: Pflueger, Patriarch – 9525
Lure: Sutun Kanicen / SP Minnow Berkley / Top Water / Jigs / Flutterstick
Lokasi: AK Perak
Duration: 5 minutes

Faktor Kemenangan: Lokasi yang banyak samai. Air yang tidak dalam sekitar paras peha. Memancing menggunakan boat jadi menjadi faktor utama saya mampu mendaratkannya hasil bantuan rakan-rakan satu boat. Ramai yang mempersoalkan PB masuk samai tidak mungkin mampu didaratkan. Maaf pendapat yang salah bagi saya. Kerana saya lagi suka PB masuk samai kerana dia tidak mampu melarikan diri jauh dari saya. Jadi menggunakan boat boleh menjadi salah satu bonus dimana saya mampu menghampiri dan menangguknya keluar. Mudah kan?

Proses: Tahukah anda bahawa sebelum saya dapat menaikan kesemua Peacock Bass yang bersaiz monster saya melalui fasa pembelajaran di Air Kuning Perak sebanyak 45 trip boating dalam tempoh setahun bersama Idy Cullen yang dahulunya boatmen disana? Tahukah anda berapa banyak duit yang habis untuk saya mencari ilmu? Tahukah anda berapa banyak gewang saya yang tergadai? Tahukah anda berapa banyak tali yang putus? Tahukah anda saya melalui proses yang makan bertahun lamanya untuk memahami Peacock Bass? Tahukah anda bagaimana saya membuat adjustment pada accessories dimana mencari jighead/mata/hook yang lebih sesuai dan melabur dalam pembikinan umpan sutun tiruan yang direka khas untuk membuktikan ultralight mampu menarik PB walaupun ramai yang mengecam saya pada ketika itu? Tahukah anda PB kalau sudah memasuki kawasan bersamai ia akan tersangkut akibat duri atas badannya? Ditambah lagi kita juga memberi force supaya ikan itu tidak lucut maka pergerakannya terbatas yang boleh membuatkanya mudah tertewas, tahukah anda?

Bukti Lain: Sila tengok video disini: https://www.youtube.com/watch?v=SRqnrnAxjkg

Ikan 4: Toman 4.5kg

toman-4.5kg-on-ultralight
toman-4.5kg-on-ultralight

Rod: Kanicen Nix – LEEBASS 1-6lbs
Reel: Symetre 500FL
Main Line: Testing 3lbs Fireline Exceed Crystal
Leader: 20lb
Lure: Booyah Buzzbait 7g
Lokasi: Dam
Duration: Anggaran 5-10 minutes

Faktor Kemenangan: Mama toman yang agresif. Sekali cast terus meletup namun akibat kawan saya terlucut, saya menyambungnya dan terus mendapat sambaran. Lokasi yang saya dapat ini TIADA reba atau struktur dan ia menjadi mudah sedikit prosesnya. Tindakan pantas dari kawan satu boat iaitu Sidek dan Zaini mengundurkan boat ke tengah supaya ikan toman ini tidak lari ke arah kawasan yang berbahaya membuatkan saya dapat mendaratkannya. Ikan ini lucut dengan sendirinya di atas boat akibat mata buzzbait yang tidak tembus. REZEKI!

Proses: Tahukah anda bahawa sebelum saya dapat menaikan toman ini saya lucut terlalu banyak kali? Tahukah anda saya putus berkali-kali sebelum dapat menariknya? Tahukan anda sebelum trip ini saya ada masuk beberapa kali ke port ini namun tidak langsung dapat menaikkan ikan toman? Tahukah anda sebelum ini saya menggunakan 1lb dan GAGAL; trip itu saya tidak mendapat sekor pun kerana saya gemuruh dan tidak confident dapat menaikkan toman? Tahukah anda trip ini saya juga melalui proses menaikkan tali dari 1lb ke 3lb yang bertujuan mencari ilmu, mendapatkan confident dan juga ingin memahami teknik yang lebih ideal supaya dapat membuat hook up? Tahukah anda saya sudah menderma lebih dari 20 buzzbait booyah yang berharga RM28 sebijik di port ini? Tahukah anda ini mama toman yang PERTAMA saya sejak berusaha untuk menaikkannya sejak lebih 5 tahun yang lepas? Tahukah anda berapa ribu saya sudah bazir untuk seekor mama? Tahukah anda saya mengambil risiko yang telah memakan banyak duit demi menyahut cabaran kawan-kawan yang memperli “tak agak-agak main kat port heavy cover”? Tahukah anda bahawa di port heavy cover peratus untuk menaikkan ikan seperti toman adalah 2% sahaja dimana 1% adalah rezeki dari NYa dan 1% lagi adalah usaha yang tidak kenal jemu? Tetapi sebenarnya peratus kejayaan adalah zero percent kerana konsep UL bukan itu.

Bukti Lain: Sila tengok video disini: https://www.youtube.com/watch?v=c-oCLcJqE4c

Ikan 5: Pacu 3.6kg

pacu-3.6kg on ultralight
pacu-3.6kg on ultralight

Rod: Kanicen Nix – LEEBASS 1-6lbs
Reel: Pfleuger 9525
Main Line: Berkley Fireline Crystal 1lbs
Leader: 1.8lb
Lure: Roti Gardenia Bottom
Lokasi: Kolam Bela Rantau N9
Duration: Anggaran 15 minutes

Faktor Kemenangan: Ikan yang berenang dalam kolam tidak agresif seperti ikan liar. Saiz kolam yang hanya lebar 20 meter dan panjang 60 meter sahaja maka kemana ikan itu hendak lari. Maka kemenangan berpihak kepada saya kerana kolam itu dibawahnya tiada apa-apa struktur. Pemahaman logik dan membuat perubahan pada saiz snap untuk mengelakkan pacu mengigit pada tali membuatkan saya berjaya menariknya. Imaginasi amat penting supaya dapat membuat keputusan secara mendadak untuk kejayaan.

Proses: Tahukah anda saya putus berkali-kali sebelum dapat menariknya? Tahukah anda saya putus terlalu banyak kali walaupun ikannya lebih kecil dari ini? Tahukah anda bahawa saya membuat perubahan kepada snap bersaiz 3 apabila leader asik putus akibat gigitan pacu dimana ini bertujuan untuk mengelakkan pacu membuat gigitan pada tali?

Ikan 6: GT 4kg plus

gt-on-ultralight
gt-on-ultralight

Rod: Kanicen Nix – LEEBASS 1-6lbs
Reel: Pfleuger 9525
Main Line: Berkley Fireline Crystal 1lbs
Leader: 2.5lb
Lure: Grenti Strike – Curlee
Lokasi: Kolam Damai Fishing Village JB
Duration: Anggaran 30 minutes

Faktor Kemenangan: Ikan yang berenang dalam kolam yang tidak begitu agresif seperti ikan liar. Saiz kolam yang hanya lebar 15 meter dan panjang 20 meter sahaja maka kemana ikan itu hendak lari. Maka kemenangan berpihak kepada saya kerana kolam itu dibawahnya tiada apa-apa struktur. Ikan ini juga telah dipancing oleh ratusan orang jadi kekuatan asal ikan ini tidak mungkin seperti asal. Kesabaran untuk melayan ikan ini adalah kunci kejayaan. Pengalaman sebelum ini mengajar saya mengunakan saiz snap yang lebih besar dan sesuai untuk mengelakkan GT ini mengigit pada tali membuatkan saya berjaya menariknya. Imaginasi amat penting supaya dapat membuat keputusan secara mendadak untuk kejayaan.

Proses: Tahukah anda jighead saya bengkok akibat gigitan GT ini? Tahukah anda bahawa rod saya patah dalam proses untuk membuktikan saya mampu menarik ikan ini? Tahukah anda beberapa rakan-rakan dari Majalah Umpan dan boss kolam ada bersama yang menjadi saksi? Tahukah anda bahawa saya membuat perubahan kepada snap bersaiz 3 supaya dapat mengelakkan ikan itu mengigit pada leader?

Bukti Lain: Sila tengok video disini: https://www.youtube.com/watch?v=jwL_xpe9d-w

Ikan 7: Toman 3.2kg

toman-3.2kg-on-ultralight
toman-3.2kg-on-ultralight

Rod: Kanicen Nix – Prototype 1 – Model 3
Reel: Symetre 500FL
Main Line: Berkley Fireline 1lb Crystal
Leader: 20lb
Lure: Strike Pro Pensel
Lokasi: Lombong
Duration: NA

Faktor Kemenangan: Mama toman yang agresif. Berkali-kali kami berempat memujuknya tetapi mama itu hanya membuat sergahan menghalau. Namun hasil usaha berterusan rezeki menyebelahi saya apabila letupan padu mengenai gewang yang tersangkut di samai yang berada tepat atas anak-anak toman. Apa yang membuatkan saya terkejut ialah dasar lombong ini kosong. Di bahagian atas samai-samai lembut tetapi dibawah kosong. Sejujurnya saya tidak langsung mempunyai confident dapat mendaratkan nya tetapi apa yang terjadi adalah diluar jangkaan. Kayuhan pantas dengan rod prototype model 3 yang direka khas untuk toman dan solid drag dari reel Shimano membantu saya mengawalnya membuat larian ke arah lain. Lokasi yang TIADA reba atau struktur keras membantu dalam proses untuk mendaratkan nya. REZEKI!

Proses: Seperti yang anda sudah maklum saya telah melalui pelbagai proses yang melibatkan ratusan ringgit terbang untuk mendaratkan seekor mama toman. Segala ilmu sebelum ini saya gunakan untuk kejayaan. Tahukah anda bahawa ini adalah mama toman pertama saya dengan lure top water secara landbase? Tahukah anda bahawa leader saya 20lb? Tahukah anda bahawa gigitan pada lure adalah tepat yang tidak langsung kena pada leader? Tahukah anda bahawa port ini tiada reba dibahagian bawahnya? Tahukah anda bahawa ada 3 saksi lain bersama pada ketika itu yang pertama kali menyaksikan toman on ul?

Ikan 8: Toman 4.2kg

toman-4.2kg-on-ul
toman-4.2kg-on-ul

Rod: Kanicen Nix – Prototype 1 – Model 3
Reel: Symetre 500FL
Main Line: Berkley Fireline 1lb Crystal
Leader: 20lb
Lure: Booyah Buzzbait
Lokasi: Lombong
Duration: NA

Faktor Kemenangan: Seperti biasa mama toman kebiasaanya amat agresif jika tidak berada dalam keadaan terkejut. Sekitar senja lokasi toman yang seperti sarangnya berada dalam lingkungan 5-10 meter sahaja dari kami. Kali ini saya membuat keputusan untuk memberi Roy Procaster peluang untuk memujuknya. Sebanyak 4-5 kali letupan padu hasil dari mengunjun jump frog atas anak toman ini namun rezeki tidak menyebelahi Roy. Akibat sergahan dan letupan kuat tidak mengenai gewang Roy, saya mengambil keputusan membuat lontaran supaya ia sentiasa agresif. Rezeki lontaran pertama terus mendapat sambutan. Letupan padu di sambung dengan jerk kuat sebanyak yang boleh supaya dapat membuat hook up. REZEKI lagi sekali menyebelahi saya kali ini.

Proses: Tahukah anda seari sebelum itu saya lucut mama toman di tempat yang sama kerana tidak dapat membuat solid hook up? Tahukah anda bahawa bukan mudah untuk membuat hook up menggunakan setup ul hanya luck sahaja dapat membantu? Tahukah anda bahawa seperti yang anda sudah maklum saya telah melalui pelbagai proses yang melibatkan ratusan/ribuan ringgit terbang untuk mendaratkan seekor mama toman. Segala ilmu sebelum ini saya gunakan untuk kejayaan. Tahukah anda bahawa ini adalah mama toman pertama saya dengan buzzbait secara landbase? Tahukah anda bahawa leader saya 20lb? Tahukah anda bahawa gigitan pada buzzbait saya hancur terkangkang? Tahukah anda bahawa port ini tiada reba dibahagian bawahnya? Tahukah anda bahawa ada lagi 3 saksi lain bersama pada ketika itu yang pertama kali menyaksikan toman on ul? Tahukah bahawa tujuan saya menggunakan buzzbait adalah untuk mengelakkan toman mengigit tali kerana buzzbait mempunyai besi yang panjang?

Bukti Lain: Sila tengok video disini: https://www.youtube.com/watch?v=DoP54_kkwhc

Terlalu banyak lagi faktor-faktor yang membantu dalam proses menaikkan ikan besaiz monster ini. Tidak habis untuk di ceritakan kerana semua info memakan masa bertahun-tahun hasil ujian lapangan. Apa yang pasti semua ini bukan usaha satu hari. Bukan sekali baling terus dapat ikan. USAHA! PENGALAMAN! REZEKI!

Kawan-Kawan Lain Yang Berjaya Menaikkan Ikan Besar Dengan Ultralight

Ini semua adalah hasil dari usaha yang tidak kenal jemu. Pengalaman juga menjadi salah satu sebab punca kejayaan. Apa yang pasti mereka-mereka ini menikmati sukan ultralight kerana seronok dan kesesuaian dengan lokasi pancingan.

anjang-adie-pacu-on-ul
anjang-adie-pacu-on-ul
azli-pacu-on-ul
azli-pacu-on-ul
cepoy-patin-on-ultralight
cepoy-patin-on-ultralight
farhan-pacu-on-ul
farhan-pacu-on-ul
jai-patin-on-ultralight
jai-patin-on-ultralight
jaishero-pacu-on-ul
jaishero-pacu-on-ul
madshah-patin-8kg
madshah-patin-8kg
muhdameer-limat-grouper-on-ul
muhdameer-limat-grouper-on-ul
nankairel-red-tail-on-ultralight
nankairel-red-tail-on-ultralight
nemesis-pacu-on-ul
nemesis-pacu-on-ul
singaporean-pacu-on-ul
singaporean-pacu-on-ul
toman-on-ul-by-ul-friend
toman-on-ul-by-ul-friend
wawan-dengan-pacu-on-ul
wawan-dengan-pacu-on-ul
wawan-grouper-on-ultralight-jugra
wawan-grouper-on-ultralight-jugra

Adakah pancingan Ultralight ini ingin mencabar pancingan jenis lain?

Tidak sama sekali. Perlu ke mencabar sedangkan kita semua minat segala jenis pancingan? Sukan ultralight adalah sama seperti pancingan jenis lain. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Jika menggunakan Ultralight pada port heavy cover boleh dikatakan 100% anda dan saya akan gagal. Namun kuasa Tuhan tiada siapa yang boleh lawan. Jika rezeki menyebelahi maka kita akan berjaya mendaratkannya. Sesuaikan ikut kawasan dan ikut tujuan masing-masing jangan buat perkara gila seperti saya. Jika anda ingin mengikutinya pastikan budget anda sentiasa ada kerana putus dan kehilangan gewang dicuri ikan adalah perkara biasa dan wajib. Anda harus tahu bahawa 100 kali strike di port heavy cover atau berstruktur mungkin tiada sekali pun akan berjaya menaikkannya. Jangan lepas putus 2/3 kali terus membuat andaian orang lain yang mampu buat semua itu adalah penipuan. Selidik diri sendiri dimana silapnya dan teruskan usaha. Hati mau kental!

Ramai juga berpendapat bahawa saya mendesak anglers lain yang menggunakan setup heavy mencari toman menggunakan 1lb. Sejujurnya tidak. Hak masing-masing. Saya ada sebab saya. Saya ada tujuan saya yang berkepentingan kepada diri dan bisnes. Apa yang saya cuba buat adalah lebih pada kepuasan diri dan ingin mencabar kemampuan diri. Saya share hasil kerana puas hati apabila usaha yang lama dahulu akhirnya berhasil. Banyak lagi record-record lain yang ada dan lagi tidak masuk akal namun ia hanya untuk kepuasan diri mencabar sesuatu yang mustahil.

Kesimpulan

Terlalu banyak kegagalan dari kejayaan. Namun setiap satu kejayaan mampu memberi kepuasan jika ia berhasil satu hari nanti. Hanya kepuasan di cari tetapi ia harus di isi dengan ilmu, masa, usaha yang tidak kenal putus asa dan yang paling penting on-the-field testing bukan takat bercakap macam hebat tapi tidak pernah mencuba tali 1lb atau apa-apa poundage yang lain. Segala usaha ini bukan sehari, sebulan atau setahun tetapi telah memakan masa bertahun-tahun. Bukan sekali pakai tali 1lb fireline crystal terus dapat ikan monster. Semua ini adalah proses yang berpanjangan dan usaha yang nekad. Contohnya lebih 5 tahun lamanya saya berusaha untuk mama toman menggunakan 1lb berkley fireline crystal dan hanya sekarang berjaya kerana adanya sokongan dan bantuan rakan-rakan lain yang turut memberi peluang kepada saya. Tetapi kini pemancing lain yang mengikutinya dapat menaikkan mama dengan beberapa kali cubaan sahaja kerana apa? Kerana apa yang telah saya buat dan telah saya buktikan. Mereka dapat semangat untuk mencuba. Ramai pemancing sekarang terlalu rakus dan terlalu mengejar sesuatu yang tidak pasti. Tidak sabar dalam proses penurunan poundage tali dan setup adalah salah satu faktor kegagalan. Tidak mencuba dengan cara yang betul adalah punca seterusnya. Dan yang paling penting tidak mencari ilmu dan pengalaman yang sesuai menjadi punca memancing tanpa imaginasi.

Untuk mendapatkan ilmu dan kejayaan, usaha adalah faktor nombor satu. Usaha ini adalah dari pelbagai cara iaitu ilmu dan pengalaman on-the-field. Kejayaan TIDAK akan datang jika anda tidak mencuba dan terus mencuba. Kejayaan TIDAK akan datang jika anda kurang idea untuk berfikir jauh untuk mencari cara supaya dapat mendaratkan ikan. Kejayaan TIDAK akan datang jika anda hanya sembang besar kunun-kunun tali 1lb tidak boleh tetapi anda sendiri tidak pernah menggunakannya. Kejayaan TIDAK akan datang tanpa membuat sebarang investment. Kejayaan TIDAK akan datang jika kawan-kawan tiada disisi untuk menyokong. Kejayaan TIDAK akan datang jika tiada REZEKI dari NYA.

Jadi pada semua kawan-kawan yang masih sangsi ialah CUBA dahulu lepas itu baru menilai. Cuba dengan cara yang betul. Lalu proses penurunan yang betul bukan main terjah hendak tunjuk hero dan hendak tunjuk hebat. Tiada siapa yang hebat dalam dunia pancing. Kita semua sama sahaja yang membezakan adalah ilmu, usaha dan pengalaman.

Dan jangan lupa melalui proses inilah saya mampu memberi inspirasi kepada semua generasi yang akan datang dan yang ingin mencuba sukan ultralight fishing ini. Dahulu tiada siapa pun kisah dengan specs sesuatu rod, reel dan tali. Tidak semua memahaminya. Kini hampir semua peringkat umur berdebat kerana mula memahaminya. Ini adalah kejayaan bagi saya kerana ilmu asas dapat di sebarkan. Di sebabkan sukan inilah saya mampu/berjaya membuat sumbangan serba sedikit ke seluruh negara dan ini adalah kepuasan saya.

Kumpaw itu PASTI tidak kira bertapa hebat anda. Namun jika hati bersih dengan niat yang betul segala-galanya akan dipermudahkan.

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Kanicen Nix

Hey guys! You can call me Kanicen and I’m a nature lover. I spend most of my time outdoor with fishing. I have to admit that I am not an expert but I will do my best to share with you interesting stuffs I know. I love ultralight game which means I live to challenge myself with UNREALISTIC LOGIC for satisfaction.

Check Also

Teknik ‘Jika Rig’ untuk memikat Haruan culas

Lazimnya, pemburu haruan akan menggunakan soft frog, jump frog, dan swimbait seperti Zman Minnowz untuk …

5 comments

  1. Dear ultralight anglers,

    Very nice read indeed. Tahniah to start and thanks for sharing your experience. One question I would love to ask. Since you have been fishing extensively using UL gears, what is your experience with the fishes’ condition upon release? I have heard and read that after fighting substantially ‘longer’ period trying to land the fish, the fish will be exhausted and may not be released safely back to the water after photo taking. It’s not easy to revive an exhausted fish to be released alive. What is your experience with these from your point of view. Thanks and fish on! Cheers.

    • Kanicen Nix

      hye bro,

      thanks for the comments. Its good actually you asked this questions.

      Whatever the method or fishing style you use it gonna hurts them too. If we going to talk about it I believe there wont be any end to it. People has been arguing about this since those days.

      Heavy game you push the fish to the max you gonna hurts the fish jaw for sure and most cases if the fight is too extreme which normally does it will end up breaking the jaw… Many dont realize this but its true…imagine you are forcing using your entire body strength to turn the fish head. Honestly the force used here is greater than the force used in UL. But am not saying UL is better way to fight fish. It depends on type of fish actually and also depending on the anglers way of fighting the fish. As for the ul long fight gonna put them into extremely tiring position.

      So both actually give impact. So, lets keep those points in mind and look into positive side where we practice to CNR the fish as best as possible with the proper CNR method. As for me what I normally does is reviving the fish the best way possible. There’s a process before CNR so I do my best to make sure I let them go as best condition as possible.. we all do our part as best we can while enjoying the hobby…

      Hope I manage to give you some answers 🙂

  2. Tumpang tanya. Saya masih keliru dengan lure untuk setup UL ni. Rod Nemesis class 5-10gram. Reel yang 1000series. Saya guna braid 0.10mm dengan lure 6gram. Jarak balingan lebih kurang 60-70kaki sahaja. Bagaimana untuk melebihkan lagi jarak tersebut. Terima kasih admin

    • Kanicen Nix

      Salam bro,

      Maaf lmbt reply.

      Rod nemesis mmg macam tu bro sebab handle nya jauh dari jarak casting handle yang sesuai untuk membuat lontaran. Jika perhatikan handlenya agak ke atas membuatkan agak kekok untuk kita buat lontaran sebab bahagian lengan atau bahagian bawah siku akan sentiasa berlanggar dengan butt rod. Dan jika perhatikan disebabkan handle terlalu tinggi ke atas rod kelihatan pendek tak tidak mempunyai momentum untuk membuat lontaran. Ini adalah punca utama.

      Untuk mendapatkan lontaran yg lebih jauh dgn nemesis bro bole customkan bahagian handle turun kebawah supaya lebih selesa masa casting atau adjust tali yg lebih licin seperti fireline. Jika boleh pastikan poundage tali bawah 6lb sebab ketebalan tali juga menjadi faktor distance yang tidak jauh.

      Good luck bro 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*