Lesen Pertama Pengalaman Memancing Tarpon – Tension Habis

Saya start memancing tarpon ni kalau tak silap tahun 2008/2009 dan lesen pertama saya tarpon ialah dengan memakai “spin fly”. Yer betul apa yang anda nampak. Saya pakai spin fly. Tengok gambar kat bawah ni pakai spin fly. Slim kan? Hahaha… πŸ˜›

bulan-pertama-spin-fly
Yang pasti dari seawal pukul 7 pagi sampai pukul 7 petang asik rabut jer. Puas dok usaha. sampai waktu makan tengahari pon saya lepak port mancing sorang-sorang. Yg lain dah gi makan. Siap kena ketawa “hoiii tak dapat lagi ke?”…. saya ketawa je time tu… apa yang penting time tu memang nak dapatkan teknik dan belajar dari kesilapan setiap kali lucut. Memang geram sangat dah masa tu tapi cabaran nak menaikkan seekor buat saya tidak berputus asa.

Dalam pukul 7 plus (senja – selepas 12 jam berusaha tanpa menghiraukan panas terik) kawan siap sound “woi cen dah la tu… jom balik… lewat da nie”… kebetulan time tu Sidek Sidi kawan satu kereta dengan saya hulurkan “spinfly”… last cast la katakan… fuhhhh lega… strike… layan sehabis layan… akhirnya ikan tarpon pertama saya… yahooo.. senyum lebar… terus bawak balik ikan tu sebab injured terok. Pendek kata nak rasa makan tarpon tu πŸ˜› hahaha… Itu la first time bawa balik tarpon dan juga kali terakhir. Seriously tak minat langsung dengan ikan yang banyak tulang nie. Sejak tu dapat bulan mesti saya lepaskan secepat yang boleh tok pastikan dia selamat balik ke habitatnya. Ramai jugak suka makan tarpon nie mungkin ada cara masak yg saya tak taw tapi saya rela tak amik taw pasal tulangnya hahaha… πŸ˜›

Apa pun BNO menjadi port Tarpon idaman untuk bermain tarpon. Saya selalunya ke situ untuk pelbagai tujuan dan kebanyakkannya untuk test products atau teori apabila dapat belajar sesuatu. Sampai ada yang sebarkan cerita lawak cakap saya TAPAU BULAN dan kalo boleh jangan ajak Kanicen mancing tarpon kat port kita weii… Lawak-lawak!

Pada kebanyakkan pemancing seronoknya dengan tarpon ini lain tak bukan bila dia membuat aksi akrobatik… fuhhhh memang terbaikkk… tapi bagi saya tiap kali dia strike tak kena time tu la paling best. Degup jantung perghhhhh… geram + suka + tension + nk baling rod dlm air + eeeeeeeeee… tak dapat di gambarkan…hahaha… tu yg buat saya usaha mencari cara terbaik untuk memujuk si tarpon ni. Dan atas sebab tu juga membuatkan saya berulang-alik ke BNO seperti rumah kedua saya bak kata Fisher Fango. Hahaha

Pelbagai saiz telah di naikkan kat BNO nie tapi saiz yg selalu buat saya geram adalah saiz 2 jari kebawah. Adehhh memang geram sgt… Tapi saiz itu lah yang saya suka target. Nak dapat saiz mega memang agak mustahil sekarang sebab ramai sangat menjaring kat situ walaupun saya di tuduh “TAPAU BULAN” sebab tu BNO takda ikan dah sekarang ni. πŸ˜›

Mancing bulan ni imaginasi kena banyak. Fishing is Imagination. Ingat tu!

Menganalisa, cuba dan terus mencuba adalah perangai saya dan cara saya menambahkan ilmu sebab saya jenis segan hendak bertanya kat orang lain. Bila dapat je tarpon tu saya akan merasakan kepuasan yang amat sangat sebab segala analisis yang dibuat itu betul. Kemudian ilmu itulah saya akan share dengan kawan-kawan lain yang bertanya.

indo-pacific-tarpon-bulan-malaysia-grenti-strike

Tarpon ni sememangnya unik. Kalau berjaya memujuk tarpon percayalah ilmu kita akan bertambah berlipat kali ganda dalam pelbagai area. Teknik slow jerk bagi gewang tu godek-godek, slow jatuh bawah ala-ala jigging style atau macam daun gugur menjadi teknik pilihan saya. Apapun setiap ilmu yang diperolehi itu janganlah lupa. Share-share lah dengan kawan lain.

Cara terbaik untuk kita menambahkan ilmu ialah mengajar kawan-kawan lain yang masih belum dapat caranya lagi. Janganlah kedekut ilmu atau sombong dengan ilmu yang tak seberapa tu. Lagi kita share lagi banyak ilmu yg kita dapat. Lagi kita share lagi orang suka berkawan dengan kita. Yang penting sikap berkawan bukan bermegah dan menghina kawan-kawan yang kumpaw tu. Didik mereka ini apa itu CNR cara yang betul dan jika mereka suka makan ikan maka beri mereka ilmu mengambil rezeki sekadar untuk makan. Dan kalau umur tu muda hormat lah orang yang lagi tua. Pendek cita kita hormat setiap orang tak kira apa pon.

Dah terlalu banyak trip saya ke BNO dan setakat ini memang tidak mengecewakan. Mesti balik dengan senyuman dan kepuasan apabila ilmu makin bertambah dalam setiap trip. Segala lompatan dan libasan tarpon memang buat kita teringat-ingat dan termimpi-mimpi. Paling tidak pun dapat makan kat kedai Pink Sg Air Tawar tu cuci mata tengok awek manis-manis pun seronok. Hahaha… πŸ˜›

Apapun memancing Tarpon sememangnya best. Tidak kiralah teknik apapun korang pakai. Yang penting semua tu ilmu dan teknik masing-masing. Dan semua dapat kepuasan apabila mampu share hasil tangkapan kat group yang ada kat FB nie.

Kepada yang baca ini ingatlah memang ikan yang kita dapat itu rezeki tapi jika di tapau hari-hari umpama kayu balak yang di tebang tanpa berfikir jauh yang kini menjadi segala punca hutan kita rosak dan membawa pelbagai kerosakkan alam sekitar dan bencana alam. Mereka ini juga berfikiran yang sama iaitu “REZEKI” tetapi kini tengoklah apa yang terjadi. Banjir meragut ratusan nyawa orang akibat tamak. Begitu juga dengan mancing. Makan bila perlu sahaja dan makan janganlah terlalu tamak. Tidak perlu bersikap tapau setiap kali memancing. Lepaskanlah yang besar dan amiklah yang saiz sederhana supaya yang induk masih mampu mengawan untuk generasi yang akan datang.

Fishing is Imagination. Tiada imaginasi memang anda tidak akan creative dengan teknik dan cara korang nak pikat ikan. Tak kira la ikan apa pun. Lagi satu yang penting; mancing adalah hobi kita. Jika kita tidak hormat pada hobi maka segalanya akan berubah sekelip mata. Usah masukan politik anda apabila menikmati hobi anda.

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Kanicen Nix

Hey guys! You can call me Kanicen and I’m a nature lover. I spend most of my time outdoor with fishing. I have to admit that I am not an expert but I will do my best to share with you interesting stuffs I know. I love ultralight game which means I live to challenge myself with UNREALISTIC LOGIC for satisfaction.

Check Also

Teknik ‘Jika Rig’ untuk memikat Haruan culas

Lazimnya, pemburu haruan akan menggunakan soft frog, jump frog, dan swimbait seperti Zman Minnowz untuk …

3 comments

  1. Mohon nak belajar ilmu menarpon dengan SP.. tunjuk ajar ku sifu

  2. Mohon tunjuk ajar menarpon dengan Sp. tunjuk ajar ku sifu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*