Komplot Kanicen Nix Rod Owner Club 2.0

Atas kesinambungan komplot sebelumnya pada tahun lepas. Buat julung kalinya KN ROC menghimpunkan pemilik-pemilik rod Keluaran Kanicen Nix di Hulu Langat untuk satu sesi pancingan santai dan beramah mesra.

Target pancingan adalah spesis pemangsa sungai seperti Kelah, Sebarau, Kejor, Tengas, Bujuk dan Haruan. Lebih 20 pemilik rod KN hadir dengan variasi rod masing-masing. Ada yang membawa rod Super Rare LeeBass, Limited Edition Sengat dan keluaran terbaru Sailang.

Sesi bermula dengan semua berkumpul di hadapan IKBN Dusun Tua, Hulu Langat. Dan bergerak ke lokasi komplot di perkarangan Masjid Kampung Kuala Perdik. Sambil menikmati sarapan pagi, sedikit talklimat awal diberikan oleh Saudara Hairz Zer selaku tuan punya spot.

“Jangan masuk kawasan hutan. Ramai dah jumpa selar saiz badong” – Hairz Zer

Kemudian pemancing dipecahkan kepada beberapa group kecil untuk target spot2 tertentu seperti di Bt.18, Spot Limau, Perdik, Lubuk Manggis. Dan bermulalah acara sailang menyailang antara satu sama lain.

Lebih kurang jam 11 pagi, semua pemancing berkumpul kembali di lokasi sarapan. Dan sesi friendly talk dari Pemilik dan Ultralight Trendsetter, Tuan Kanicen Nix. Sesi yang sangat santai dan penuh gelak ketawa.

“Pemancing perlu professional dan beretika” – Kanicen

Kejutan..!! Tanpa disangka-sangka Ada kejutan dari pihak Kanicen Nix. Hadiah untuk gambar tercantik.

Para pemenang beserta gambar yang memenangi hadiah Hazwan Haziq dan Abe Vespardos

Hadiah istimewa oleh Idi Hanif kerana berjaya menjawab soalan cepu emas dari Kanicen.

Penganjur kemudian menyediakan makanan tengahari yang padu untuk semua pemancing yang kelaparan. 😜😜 Selesai sesi bergambar semua bersurai.

Setup Ultralight

Kesemua pemancing menggunakan setup Ultralight untuk pancingan ini. Padanan rod Kanicen Nix dengan reel yang bersesuaian membantu dalam kaedah pancingan

“Kenapa ultralight setup ditetapkan dengan drag maximum 3kg?” – Kanicen

Pilihan Umpan

Kebanyakan ikan yang didaratkan adalah ikan Sebarau @ Hampala Barb. Umpan pilihan disini adalah dari seleksi Grentistrike Spoon. Red Eye 3g & 5g amat mencakup. Trout Spoon & Tarponish Spoon berjaya mendaratkan banyak ikan. Seleksi gewang dari Weebass juga tidak menghampakan.

Kesimpulan

Suksess..!! Feedback yang positif dari semua pemancing. KN ROC akan mengadakan lagi komplot dari pada sesi akan datang. Terima Kasih ahli kelab yang hadir menjayakan program kali ini. Semoga suksess semua.

Artikel oleh: Onie Kurnia & Gamabr oleh Hairz Zer

Nota:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Kami akan cuba perbaiki info dalam setiap artikel kami dari masa ke semasa untuk tujuan memperbetulkan apa yang kurang tepat. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

sponsorship-kanicen-nix

Ultralight Fishing Event Di Rantau Panjang, Kelantan

Ultralight Anglers dari sekitar Rantau Panjang, Kelantan telah menganjurkan event ultralight pertama di Kelantan pada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.