Kenapa Rod Ultralight Mudah Patah?

Aduhhh baru pakai rod ni 2 kali je kot. Rod brand nie memang tak boleh pakai la. Banyak da komplen aku dengar”… Itulah ungkapan seorang kawan yang saya kenal cukup lama mengamuk apabila rodnya patah.

Saya cuma tersenyum dan cuba menenangkan dia.

Saya sengaja membuat post ini kerana jika anda mengalami situasi yang sama “rod patah” lebih-lebih lagi rod belum pakai pun lagi. Pasti ia akan membuatkan anda sangat sakit hati dan stress. Pada yang mempunyai rod kesayangan pula memang amat menyakitkan hati apabila rod itu patah. Tension tak yah cakap la memang boleh terajang orang yang cari pasal masuk air.

Tetapi apakah punca sebenar begitu mudahnya sesuatu rod itu patah?

Anda perlu tahu satu perkara fakta iaitu;

Tidak kira mahal mana pun rod itu ia tetap akan patah. Kadang-kadang belum pakai pun lagi. Tidak kiralah brand apa sekali pun rod tetap akan patah.

Terdapat banyak faktor-faktor yang mempengaruhi patahnya sesuatu rod. Tidak kira apa jenama sekali pun jika tidak dijaga dengan teliti maka ia akan patah dengan mudah.

Tahukah anda punca rod patah adalah SALAH ANDA SENDIRI?

Sebanyak 97% kes patah dikatakan isu “handling” adalah punca utama dimana ia melibatkan diri dan cara anda sendiri. Dimana 2% disebabkan manufacturing defects dimana rod yang dibuat kadang-kadang mengalami kerosakan semasa production yang tidak diketahui oleh pengeluar (kes begini biasanya adalah luar kawalan kerana mana ada pengeluar yang ingin menjual barang yang mudah patah dan boleh merosakkan nama) dan 1% disebabkan faktor-faktor lain seperti shipping, blank murah, usia blank dan anda dapat kualiti yang anda bayar (you get what you paid for).

Jadi di sini saya ingin berkongsi beberapa tips yang saya sendiri lalui daripada pengalaman yang tidak seberapa apabila rod patah dan bagaimana hendak mengelakkannya. Pengalaman saya adalah terutamanya dengan rod ultralight tetapi prinsipnya masih boleh digunakan secara umum. Seperti yang anda akan lihat dari banyak pengalaman sedih kawan-kawan lain, biasanya rod sebenar tidak patah disebabkan ikan!

Faktor 1 – Punca Rod Patah: Letak Rod Dalam Kereta

Masalah: Sejujurnya hampir majority pemancing tidak menjaga rod dengan baik. Ini kerana mereka cuma pakai dan lepas itu lipat dan simpan di dalam kereta atau boot kereta tanpa menyimpannya dalam sarung yang sesuai. Tahukah anda bahawa 10 minit di dalam kereta yang berhaba boleh membuatkan rod anda menjadi rapuh? Inikan pula travel jauh-jauh letak rod dalam kereta yang agak panas. Kebiasaannya sejurus sampai ke lokasi kita capai rod dan terus mancing tanpa menghiraukan apa-apa dan dengan tidak semena-mena rod meletup patah. Segala makian dan sumpahan kepada sesuatu jenama menjadi tempat untuk melepaskan geram dan sakit hati.

wrong way placing-rod-in-the-car
placing-rod-in-the-car

Tidak ramai menganalisa perkara ini. Mereka tidak menyedari kesilapan sendiri kerana membiarkan rod di dalam suhu yang kita manusia yang mempunyai tubuh badan yang berair pun tidak dapat menahannya inikan pula benda halus. Rod tidak boleh dibiarkan di dalam kereta kerana haba yang berada di dalam kereta adalah haba yang tiada udara. Ia amat memeritkan dan carbon akan menyerap haba itu yang boleh menyebabkan ia mudah rapuh.

Solution: Cara terbaik ialah meletakkan dalam tube pvc atau apa-apa tube khas yang direka untuk simpan rod supaya ia terlindung dari haba. Sejurus sampai dirumah keluarkan rod itu dari sarungnya dan letakkan di dalam suhu bilik. Ini adalah perkara wajib.

place-rod-in-car
place-rod-in-car
good-way-protecting-fishing-rod
good-way-protecting-fishing-rod
fishing-rod-tube
fishing-rod-tube

Faktor 2 – Punca Rod Patah: Letak Rod Dengan Cara Yang TIDAK Sesuai

Masalah: Lagi satu perangai pemancing ialah mereka suka melipat rod tanpa membukanya dari reel. Lipat dan menyelitkan tip ke dalam guide pertama (guide paling besar) lepas itu terus simpan di dalam kereta atau tempat letak barang pancing. Lagi teruk travel jauh di jalan yang tidak rata membuatkan rod berlaga sesama sendiri menjadi punca utama rod patah. Tak percaya? Cuba dan buatlah selalu.

Melipat rod tanpa meleraikannya adalah satu sikap yang hampir majority pemancing buat. Ini adalah tidak baik kerana terdapat tekanan ke atas blank rod itu akibat berlaga atau berkemungkinan tali bergulung di hujung tip yang boleh mengakibatkan rod patah kerana reel mungkin akan berpusing pada masa itu. Perangai melipat rod ini biasanya dilakukan oleh pemancing yang suka naik motor kerana mudah untuk mereka travel. Tetapi mereka tidak sedar tip rod sentiasa berlaga-laga dengan bahagian rod yang besar boleh mengakibatkan rod patah. Tapi yang bawa kereta juga tidak lari dari perangai yang sama.

Ramai juga suka membawa rod dalam kereta dan meletakkan di sisi kiri penumpang atau di sebelah gear kereta. Kebanyakkan rod akan berlaga sesama sendiri. Gegaran dan rod berlaga atau terkena objek lain boleh membuatkan rod itu retak dan makin rapuh yang menjadi punca rod patah dengan mudah. Lagi teruk jika ia patah apabila berlawan dengan ikan yang juga boleh mengakibatkan kecederaan.

punca-rod-ultralight-patah

Dan menambahkan buruk lagi ada yang suka mengikat rod dengan getah (rubber bend). Ini adalah dilarang sama sekali kerana tekanan pada blank rod itu sebenarnya memudaratkan. Tahukah anda mengikat getah pada rod boleh membengkokkan struktur rod? Jika tidak percaya pasang kembali rod anda dan bezakan kali pertama anda membelinya dengan sekarang.

Antara sikap lain yang pemancing biasa buat tetapi tidak memberi perhatian ialah semasa berjalan mencari ikan tetapi umpan masih di pasang. Tahukah anda bahawa umpan yang berlaga dengan batang rod anda juga salah satu punca utama yang membuatkan rod anda patah lebih cepat? Mengapa lebih cepat? Sebabnya mudah. Setiap umpan dibuat dengan keras dan mempunyai struktur body yang berbeza-beza. Bucu umpan atau mata (hooks) yang terkena pada rod anda boleh membuatkan rod itu terluka. Hentakan demi hentakan akan membuatkan ia makin hampir dengan risiko patah. Hampir semua pemancing melakukan perkara ini. Tidak kiralah umpan kecil atau besar, hard baits atau soft plastic ia tetap memberi kesan yang negatif.

Pada yang suka memboating pula risiko patah adalah amat tinggi dan amat mudah terjadi. Ini kerana ruang dalam boat adalah tidak besar maka potensi untuk rod terpijak/terduduk/terhimpit adalah amat tinggi. Dalam perjalanan rod berlaga sesama sendiri juga boleh mengakibatkan rod anda patah semasa memancing. Yang paling terkilan jika patah semasa berada dalam trip yang jauh dan anda hanya membawa sebatang rod sahaja.

Pengalaman pertama: Saya sendiri pernah mengalami rod patah akibat kecuaian pemancing lain. Rod limited edition yang berharga RM800 patah hujung tipnya akibat sikap rakan yang tidak bertanggungjawap dan tidak peka meletakkan rod secara menegak sedangkan rod nya sudah di lipat. Ntah mengapa dia letak menegak saya kurang pasti. Rod heavy game yang besar jatuh terkena rod saya yang halus. Kedengaran bunyi seperti ranting patah semasa drive. Sakit hati hanya tuhan je tahu.

Pengalaman kedua: Lagi satu pengalaman sendiri apabila rod patah kerana tersangkut pada pokok tetapi rakan lain tidak memperdulikannya dimana mereka meneruskan pancingan tanpa meleraikannya terlebih dahulu gara-gara port nampak cun. Apabila rakan yang degil itu juga tersangkut gewangnya barulah dia membuat keputusan untuk mengambil umpan tetapi tidak perasan tali yang berada diatas air disedut kipas enjin mengakibatkan rod patah akibat pressure pada tali yang terbelit. Terkilan akibat kecuaian walaupun rod itu hanya rod prototype. Rod patah tidak boleh disambung jadi fikirkan sebaik yang boleh sebelum kerugian.

Solution: Cara terbaik ialah meleraikan rod dari reel setiap kali selepas atau tidak menggunakannya. Lipat rod dan simpan dalam sarung yang sesuai dan keras supaya ia melindunginya dari terhimpit atau terdedah kepada gegaran. Elakkan rod berlaga sesama sendiri kerana blank rod akan mula merekah dibahagian dalam. Rod bukan dibuat untuk tahan 100 tahun jadi gunalah akal untuk menjaganya. Apa guna manufacturer membuat sarung rod? Jadi gunakanlah. Jangan malas dan jangan abaikan. Tiada tekanan maka tiada impak. Rod akan terjaga lebih baik.

buka-peralatan-selepas-mancing
buka-peralatan-selepas-mancing

Faktor 3 – Punca Rod Patah: Setup Yang Tidak Matching, Tidak Balance Dan Berat Gewang Yang Melebihi Spesifikasi

Masalah: Hampir semua pemancing akan melalui fasa penggunaan setup pancing yang dianggap belasahan. Tidak pernah mengambil tahu akan sebab mengapa rod dan reel diberi rating/panduan seperti poundage dan size sedemikian. Apa yang pemancing ini tahu pakai sebab kawan rekomen dan belasah sebab kawan cakap boleh. Tiada matching dan tiada balancing. Contohnya: Rod yang berpoundage rendah seperti 2-6lb (maxima 6lbs = 2.7kg) dimasukkan tali 20lb dan reel yang mempunyai kemampuan drag 5kg yang lagi tinggi dari kekuatan rod. Apa jadi jika muatan berlebihan?

Penggunaan gewang yang lebih berat dari spesifikasi rod dilakukan oleh semua pemancing tidak kira otai atau pun newbie. Terbukti kebanyakkan pemancing mengejar jarak lontaran maka gewang yang berat menjadi pilihan walaupun ia tidak sesuai dengan spesifikasi rod yang digunakan. Hentakan kuat untuk membuat lontaran membuatkan rod itu menerima tekanan yang tidak sepatutnya dan hilang daya ketahanan yang lama-kelamaan membuatkan rod itu mempunyai impak area yang telah menjadi lemah.

Ada pula menggunakan leader yang terlalu kasar. Hentakan demi hentakan sambungan knot mainline pada leader antara punca utama rod patah dengan mudah kerana tersangkut pada cincin rod yang kecil saiznya.

Solution: Fahamilah mengapa rod dan reel di berikan rating seperti poundage sebagai panduan. Fahamilah bagaimana hendak membuat Matching dan Balancing dalam memadankan setup yang anda ingin beli. Jangan main beli sebab suka, cantik, hebat, atau di rekomenkan tanpa sebab yang logik. Jangan sesekali melebihi apa yang di rekomenkan oleh pengeluar. Pengeluar lebih arif dari anda sebagai pengguna.

Jangan sesekali menggunakan gewang yang lebih berat dari spesifikasi yang di rekomenkan. Rod telah direka dengan spesifikasi tertentu dan ia harus diikuti untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini. Bayangkan badan anda diletakkan beras 100kg atas bahu apa akan terjadi?

Penggunaan saiz leader amat penting untuk memastikan rod anda tidak menerima impak seperti hentakan akibat tersangkut pada guide ring. Jadi adjust saiz leader yang kena pada cincin rod anda supaya tidak memudaratkan.

Pemilihan leader harus disesuaikan dengan confident diri, target ikan dan kawasan pancingan. Ini tips yang biasa kami beri pada semua yang bertanya. Tetapi logik match dan balance harus dijadikan sebagai panduan juga. Sebab itu kami sentiasa tegaskan match dan balance. Sebab itu dalam rules pun kami ada sebut cuba guna leader maxima 6lb sebab kita main UL sahaja. Nak pakai leader kasar sesuaikan dengan diameter yang sesuai. Ini kami tidak boleh ajar kerana lain rod lain pemilihan yang sesuai. Ini anda sendiri yang harus buat keputusan melalui pengalaman. Silap pemilihan punca rod patah.

Nasihat lain ialah jika menggunakan mainline 4lb penggunaan leader yang sesuai ialah 8lb. Ini cara kiraan logik bukannya wajib. Di kalikan dengan 2.

Contoh: 6lb x 2 = 12lb max leader. Ingat ya.. kiraan logik yang biasa di pakai orang.

Elakkan guna leader yang terlalu kasar jika cast kerana ia akan menganggu rod anda yang boleh buat rod patah.

Tapi cara saya lain sebab saya lebih pada target ikan. Contoh mainline 4lb jika main ikan bulan saya mungkin pakai leader 4lb atau 3lb, 2lb atau 1lb kerana ikan bulan kita amat sensitif dan lagi kecil leader nya lagi mudah untuk kita pikat sang bulan.

Pendek kata… Lagi kecik ikan tu lagi halus leader sy akan pakai.

Baca artikel mengenai pemilihan leader yang sesuai di:

http://www.ultralightanglers.com/apakah-poundage-leader-yang-sesuai-untuk-ultralight-fishing/

Info lanjut berkenaan rod, reel dan tali anda boleh baca dengan click di link di bawah ini:

  1. Bagaimana Memadankan Tali Pancingan Dengan Reel Anda?
  2. Apa Itu Matching dan Balancing Dalam Setup Pancingan?
  3. Bagaimanakah Cara Terbaik Untuk Menjaga Rod Ultralight Anda?
  4. Bagaimana Membuat Pemilihan Reel Yang Sesuai Untuk Ultralight Fishing?
  5. Bagaimana Membuat Pemilihan Rod Yang Sesuai?
  6. Apakah itu Ultralight Fishing?

Faktor 4 – Punca Rod Patah: Materials Yang Nipis

Masalah: Kebanyakkan pemancing tidak memahami bahawa rod ultralight kebiasaannya dibuat daripada materials yang amat nipis dan seringan yang boleh. Ini kerana rod ultralight adalah bertujuan mencari target ikan yang setanding dengan spesifikasi rod itu dibuat. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat rod itu bertujuan untuk memastikan rod itu ringan dan sesuai untuk tujuan target ikan sebab itu ia berbeza kategori dengan pancingan lain. Pemancing kebanyakkannya tergoda dengan aksi pemancing lain yang mengangkat ikan (lifting) menggunakan rod untuk menunjukkan kekuatan blank mereka. Sebenar ini adalah satu tindakan orang yang tidak berilmu. Rod yang diperlakukan sedemikian akan merosakkan blanknya dan jika anda kurang bernasib baik ia patah semasa berusaha menaikkan ikan sebesar lengan. Sudah pasti akan berasa sakit hati dan geram dan kemudian menuduh brand rod itu adalah tidak bagus. Sebenarnya silapnya adalah diri sendiri kerana gagal memahami dan menjaga rod dengan cara yang sepatutnya.

lifting-yang-tidak-sesuai-dibuat-keatas-ultralight-rod
lifting-yang-tidak-sesuai-dibuat-keatas-ultralight-rod

Solution: Jangan sesekali membuat aksi lifting ikan menggunakan rod walaupun ikan itu sebesar ibu jari. Fahami rod anda dan tujuan ia dibuat oleh pengeluar. Kenapa rod ini direka sedemikian rupa. Apakah tujuan rod itu. Fahaminya untuk kepuasan yang sebenar. Dan paling penting gunakan rod untuk style pancingan yang sepatutnya. Rod ultralight untuk ikan ultralight dan rod heavy untuk game heavy. Jika anda menggunakan rod ultralight untuk ikan besar bersedialah untuk isu patah.

mengapa rod ultralight patah dengan mudah

Boleh baca artikel ini untuk memahami apa tujuan rating pada rod dan apa fungsi sebenar rod:

http://www.ultralightanglers.com/mengapakah-rod-pancing-diberi-rating-dan-apakah-tugas-utama-rod-pancing/

Faktor 5 – Punca Rod Patah: Cara Yang Salah Menarik Umpan Yang Tersangkut

Masalah: Perangai ini dibuat oleh semua pemancing termasuk saya sendiri. Apabila umpan tersangkut pada pokok atau di dalam air akibat reba dan samai kita akan cuba seberapa yang boleh menggunakan rod menarik ia keluar. Menambahkan lagi kesan keatas rod, kita secara automatiknya akan menghenjut-henjut umpan yang tersangkut sehingga rod itu melengkung akibat tekanan. Tahukah anda setiap kali henjutan itu sebenarnya anda memberikan force yang kasar kepada blank dan ini merosakkan blank anda sedikit demi sedikit? Akan ada kesan crack di dalam lapisan blank rod anda di area yang paling banyak menerima tekanan. Kesan crack ini lama-kelamaan akan terkumpul dan mengakibatkan rod anda patah.

Solution: Cara yang terbaik ialah menarik tali mancing anda tapi pastikan anda memakai glove supaya tali tidak memotong tangan anda sendiri. Pastikan bail arm atau drag anda sentiasa terbuka untuk mengelakkan force pada drag dan tip kerana kebanyakkan rod patah semasa proses ini. Tarik tali anda dengan jarak yang selamat untuk mengelakkan umpan itu melantun ke arah anda. Pernah terjadi satu ketika dulu apabila umpan itu melantun dan terkena muka salah seorang kawan yang kemudiannya terpaksa dibuat pembedahan kecil untuk membuangnya. Sebab itu amat penting apabila memancing menggunakan pakaian yang sesuai seperti cermin mata, cap dan sebagainya.

Faktor 6 – Punca Rod Patah: Memasang Rod 2 Pieces

Masalah: Ramai pemancing tidak tahu bahawa ada teknik yang sesuai untuk memasang rod 2 pieces. Kebanyakkan mereka terus memasukkan male dan female secara terus seperti menjolok secara menegak. Ini adalah cara yang salah dan boleh mengakibatkan rod tidak ketat apabila dimasukkan dan membuatkan rod patah dengan mudah.

punca-rod-patah
punca-rod-patah

Solution: Cara terbaik untuk memasang rod 2 pieces ialah memahami bahawa male harus dibawa masuk ke female. Cara memasukkannya ialah dengan menyengetkan sedikit dan membuat putaran sambil meluruskan susunan guide. Semasa proses ini kebiasaannya anda akan dengar bunyi halus (tik-tik) seperti ia melekat ketat. Disini female akan memegang male. Anda akan terasa tiada pengerakkan lagi apabila ia melekat.

Male dan Female Ferrule
Male dan Female Ferrule
cara-memasang-rod-2-pieces
cara-memasang-rod-2-pieces
setting-up-2-pieces-rod
setting-up-2-pieces-rod
membuka-rod-yang-tersangkut
membuka-rod-yang-tersangkut

Faktor 7 – Punca Rod Patah: Layan Rod Ultralight Macam Rod Heavy Game

Masalah: Ini masalah utama untuk mereka yang tidak faham jenis pancingan. Kalau boleh rod ultralight pun nak di pump macam pump pakai setup 10-30lbs. Ramai pemancing tidak tahu fungsi rod sebenar menjadi punca utama rod patah dengan mudah. Apa yang ada dalam kepala mereka dapat ikan sentap sekuat hati. Rod halus macam lidi di layan macam kayu balak.

Solution: Jangan guna rod halus untuk game yang tidak sesuai contoh rod 1-3lbs digunakan untuk pump ikan dasar di lautan. Itu bukan game nya. Rod 1-3lbs di reka khas untuk ikan-ikan besar tapak tangan. Dan paling penting fahami cara anda mancing dan sesuaikan dengan setup yang balance dan matching. Lain orang lain feel jadi sesuaikan diri anda dengan cara pancingan yang lebih ideal. Jika teringin mancing ultralight maka buat cara ultralight.

Kesimpulan

Selama terlibat aktiviti memancing pengalaman saya mengatakan jika rod ada masalah punca utama ialah diri sendiri. Cara penjagaan rod yang tidak pernah betul dan tidak mengikut etika yang betul. Jika rod bermasalah biasanya sekali-dua pakai ia akan patah tetapi apabila ia telah di pakai lama dan kemudian baru patah maka ia bukan rod tetapi ia adalah pengguna itu sendiri. Begitu juga pada yang menggunakan rod pertama kali  dimana kita terlupa mengambil kira (memahami) cara dia menyimpan rod itu dan di mana dia simpan. Tabiat seseorang itu tidak akan dapat kita ketahui kerana ia lebih pada sikap seseorang.

Terdapat bermacam-macam lagi faktor lain yang boleh membuatkan rod anda patah. Percayalah bahawa 97% rod patah adalah kerana kesilapan sendiri. Fahami tabiat salah anda, fahami kelakuan anda, fahami mengapa rod anda patah dan fahami cara terbaik untuk menjaga rod. Kejayaan anda menukar tabiat akan dapat menyelamatkan saku anda daripada lebur.

Dianggarkan 75% daripada isu rod patah langsung tidak berkaitan pertarungan dengan ikan. Baki 22% rod patah adalah disebabkan cara anda membuat lifting rod secara menegak apabila melawan ikan atau melepaskan rumput atau samai yang tersangkut kerana anda meletakkan tekanan yang tidak wajar pada bahagian hujung rod. Manakala 2% adalah kesilapan semasa production. Dan baki 1% adalah disebabkan carapenghantaran rod (shipping issue) dan materials murah digunakan untuk pembuatan rod kerana ingin menjual rod yang murah. Namun perkara ini amat jarang berlaku kerana manufacturer tidak akan merosakkan nama mereka semata-mata untuk mengaut profits yang tinggi kecuali jika manufacturer bertindak luar etika sebagai pengeluar yang biasanya dilakukan oleh China dimana you get what you paid for.

cara-terbaik-melayan-ikan
cara-terbaik-melayan-ikan
jangan-memberi-tekanan-pada-rod
jangan-memberi-tekanan-pada-rod
memegang-tali-bukan-rod
memegang-tali-bukan-rod

Berharap artikel ini dapat memberi sedikit panduan untuk penjagaan rod yang lebih cekap di masa akan datang. Lebih elok dari awal kita memahami punca utama rod patah dari belajar selepas terkena. Tali putus boleh disambung tetapi rod yang patah tidak mungkin dapat di sambung. Selamatkanlah rod ultralight dengan mengubah cara menguruskan rod, ubah tabiat dan juga ubahlah sikap anda.

Note:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Save

Save

Save

Save

Save

Kanicen Nix

Hey guys! You can call me Kanicen and I’m a nature lover. I spend most of my time outdoor with fishing. I have to admit that I am not an expert but I will do my best to share with you interesting stuffs I know. I love ultralight game which means I live to challenge myself with UNREALISTIC LOGIC for satisfaction.

Check Also

choosing-ultralight-fishing-rod

Tips Pemilihan Rod Pancing Yang Sesuai Berdasarkan Power, Aksi dan Panjang

Mempunyai peralatan pancing yang sesuai adalah penting dalam aktiviti pancingan harian anda. Dengan adanya pelbagai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.