Info Produk: Grenti Strike – Curlee. Cara Memasang Soft Baits Yang Mudah

Grenti Strike – Curlee adalah produk pertama kami dan ia lebih di kenali sebagai curly tail atau curly grub. Curlee tail grub ini adalah amat sesuai untuk ikan seperti Indo-Pacific Tarpon atau lebih dikenali sebagai Bulan di negara kita, ikan jenis snakeheads seperti haruan, bujuk, kerandang atau toman bunga dan pelbagai spesis lain seperti siakap, kerapu, siakap merah, tilapia/talapia, peacock bass, GT, senangin dan pelbagai jenis ikan lain juga telah berjaya di daratkan.

cara-memasang-soft-bait-dengan-jighead-curlee-tail-rigging
cara-memasang-soft-bait-dengan-jighead-curlee-tail-rigging

Untuk melihat album hasil tangkapan dengan menggunakan produk Curlee sila click di link ini:

https://www.ultralightanglers.com/product-results-kanicen-nix-grenti-strike-curlee/

Spesifikasi Ringkas

– Brand: Curlee
– Jenis: Curly Tail Grub
– Panjang: 3.5cm – 12cm (buat masa ini hanya 3.5cm dan 4cm)
– Berat: 0.4g – 5g
– Kaler: Putih, Pearl White, Kuning, Glow In the Dark, Fluorescent, Pink, Merah Sparkling, Gold Sparkling, Hijau, Merah, Hitam, Coklat, Biru dan pelbagai kaler baru akan dibawa masuk untuk memenuhi keperluan pemancing.

Harga Ekonomi

Harga jualan kami adalah amat ekonomi. Kini kami menjualnya dengan harga RM8.00 dengan kuantiti 10 pcs sepeket (harga baru sila refer pada page kami). Motif kami menjual dengan harga yang murah adalah semata-mata memberi peluang untuk semua pemancing di Malaysia membelinya. Murah tidak bermakna tidak bagus. Apa yang penting ialah results yang boleh dibanggakan dengan kualiti produk yang tidak kurang hebatnya dengan produk berjenama lain. Yang pasti hasilnya adalah di luar jangkaan kami.

Bagaimana Cara Memasangnya?

Terdapat pelbagai cara membuat rigging untuk soft plastic. Apa yang penting ialah kreativi anda untuk mempelbagaikannya. Soft plastic ini bukan seperti gewang di mana anda harus menggunakannya dengan cara yang sesuai. Anda boleh gunakan dengan cara apollo, guna jighead, mata worm hook, sangkutkannya di jigs / assist hook, dan pelbagai kaedah lain yang anda rasa sesuai.

Ikut kesesuaian memasang hook anda dengan soft bait yang anda beli. Jika anda memancing di kawasan yang bereba, bersamai atau tempat-tempat yang banyak struktur maka penggunaan worm hook adalah lebih sesuai kerana anda boleh menyorokkan mata hook kedalam body soft bait itu.

Diharap gambar-gambar dibawah mampu memberi sedikit panduan dan idea cara memasang soft baits dengan cara yang sesuai mengikut teknik pancingan anda.

Jighead-Lain-Yang-Juga-Boleh-Digunakan
Jighead-Lain-Yang-Juga-Boleh-Digunakan
Kaedah-Memasang-Twin-Tail-Grub-Dengan-Hook-Yang-Berbeza
Kaedah-Memasang-Twin-Tail-Grub-Dengan-Hook-Yang-Berbeza
Jighead-Yang-Berlandaskan-Spinner-Spoon
Jighead-Yang-Berlandaskan-Spinner-Spoon
Pelbagai-Jigheads-Yang-Boleh-Disesuaikan-Dengan-Soft-Baits
Pelbagai-Jigheads-Yang-Boleh-Disesuaikan-Dengan-Soft-Baits
Cara-Memasang-Curly-Grub-Dengan-Spinner-Bait
Cara-Memasang-Curly-Grub-Dengan-Spinner-Bait
Cara-Memasang-Curly-Grub-Dengan-Inner-Spinner-Bait
Cara-Memasang-Curly-Grub-Dengan-Inner-Spinner-Bait
Cara-Rigging-Menggunakan-Mata-Hook-Biasa
Cara-Rigging-Menggunakan-Mata-Hook-Biasa
Memasang-Curly-Grub-Dengan-Variasi-Hook-dan-Spinner-Bait
Memasang-Curly-Grub-Dengan-Variasi-Hook-dan-Spinner-Bait
Rigging-Teknik-Flounder-Rig
Rigging-Teknik-Flounder-Rig
Cara-Rigging-Menggunakan-Jigs-dan-Apollo
Cara-Rigging-Menggunakan-Jigs-dan-Apollo
Cara-Memasang-Soft-Bait-Dengan-Jighead-BerSpinner
Cara-Memasang-Soft-Bait-Dengan-Jighead-BerSpinner

Apakah Size Hook Yang Sesuai?

Size hook biasanya harus disesuaikan dengan panjang sesuai soft plastic yang anda beli. Untuk jenis Curlee panjang soft baits yang kami ada pada masa ini adalah 3.5cm dan 4cm dari hujung badan ke hujung ekor. Jadi ukuran yang sepatutnya menjadi rujukan untuk hook anda adalah panjang body/badan soft baits yang anda beli. Lain pengeluar mempunyai kiraan size hook yang berbeza. Pengeluar A & B mungkin size hook no.1 sesuai dengan Curlee ini namun pengeluar C size hook no.1 mungkin adalah size yang amat besar. Jadi nasihat yang biasa saya beri pada semua pemancing ialah menyesuaikan size hook dengan size body soft bait yang anda beli seperti yang di tunjukkan dalam gambar di bawah.

panjang-soft-bait-panjang-hook
panjang-soft-bait-panjang-hook
Kesesuaian-Size-Hook-&-Curly-Grub-Grenti-Strike
Kesesuaian-Size-Hook-&-Curly-Grub-Grenti-Strike

Bagaimana Cara Mengayakannya?

Penggayaan soft plastic juga tidak tertakluk pada sesuatu cara. Ia amat subjektif dan ia memerlukan kreativiti anda sendiri. Cuba anda perhatikan apabila serangga jatuh ke dalam air. Bagaimanakah ia beraksi? Begitu jugalah cara untuk bermain dengan soft plastic. Apa yang penting ialah anda memahami sifat target ikan yang anda cari dan mengayakan soft plastic dengan cara yang sesuai untuk mendapat strike.

Bagi memastikan aksi soft plastic lebih natural aksinya anda harus mencubanya terlebih dahulu. Dari situ anda mungkin dapat memahami teknik yang sesuai yang boleh dipraktiskan untuk memikat jenis ikan yang menjadi pilihan anda.

Teknik Asas Pertama: Teknik Karau perlahan tanpa sebarang jerk atau henjutan adalah teknik asas pertama untuk mana-mana jenis soft plastic. Jika rupa dan lenggokannya menyerupai ulat maka potensi untuk ikan pemangsa menyerang adalah amat tinggi.

Teknik Asas Kedua: Teknik Jerk pula adalah asas kedua yang boleh digunakan. Sama ada jerk perlahan atau laju atau beberapa kali adalah terpulang pada imaginasi anda untuk memujuk ikan yang anda carik. Apa yang pasti setiap ikan mempunyai sifat agresif yang berlainan. Fahami itu terlebih dahulu untuk memudahkan prosesnya.

Teknik Asas Ketiga: Kombinasi kedua-dua teknik di atas. Laju atau perlahan atau bilangan jerk adalah terpulang pada kreativiti anda dan jenis ikan yang anda cari. Sesuaikannya dan berimaginasilah apabila memancing.

Kesimpulan

Soft plastic atau soft baits adalah lebih original/mimik seperti serangga dan ulat membuatkan ia lebih efektif berbanding dengan gewang hard baits (ikut kesesuaian jenis ikan). Disebabkan rupa dan bentuk soft plastic seakan-akan ulat ia membuatkan ikan menyerang umpan tanpa ragu-ragu.

Kini pemancing-pemancing di Malaysia lebih suka menggunakan soft plastic bukan sahaja ia memberi keputusan yang lebih bagus malah juga disebabkan harga yang amat murah untuk kuantiti yang lebih banyak.

Kami percaya produk kami adalah di antara produk yang termurah (di uji sebelum dipasarkan) dan yang paling efektif di pasaran. Pelbagai results dan testimoni telah kami perolehi dari pengguna-pengguna soft baits kami.

Setakat ini kami masih mendapat keputusan 100% strike untuk semua jenis produk keluaran kami dari semua pengguna yang kembali memberi feedback selepas menggunakannya. Belum ada yang kembali dengan keputusan tidak memuaskan.

Nota: Ini adalah berdasarkan pada pengguna yang kembali untuk memberi feedback. Namun jika anda adalah pengguna produk ini dan tidak mendapat sebarang result sila hubungi kami. Akan kami didik sehingga anda mendapat strike.

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

Formula Kiraan Panjang Leader. Apakah Panjang Leader Yang Sesuai Untuk Pancingan Ultralight?

Seringkali saya menerima soalan yang sama dari peminat sukan pancingan ultralight berkenaan dengan panjang leader …

7 comments

  1. Muhammad Faiez Mahmad Najid

    Salam..macam mana nk order soft bait ni?ni no whatsapp sy 0195297157..trima kasih

  2. Muhammad Faiez Mahmad Najid

    Maaf silap no fon tu..ni no betul 0195287157..

  3. Soft plastic INI sesuai tak belida

  4. Assalam bro,saya nak order soft bait ni dgn kail dan sinker yg bersesuaian untuk memancing di jambatan pulau pinang.Harap Tuan buley membantu.Tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.