Ikan Patung / Malayan Leaf Fish

Trip santai baru-baru ini ter strike entah ikan apa. Ketawa menyindir diri sambil bercakap “apa la aku ni… ikan ni pon aku tak kenal.. hahaha ๐Ÿ˜› “

Balik sahaja dari trip terus message kawan-kawan lain dan yang lawaknya mereka juga sama tidak kenal ikan ini. Ada yang cakap “ikan tilapia kawin dengan puyu” adehhhh ntah dari mana dia dapat idea ini tak tahulah… pening!

Pernah terbaca post kawan-kawan lain di dalam group dan teringat perkataan Patung. Apa lagi mula la google ikan patung. Memang tepat tekaan. Fuhhh… lega jumpa juga akhirnya.

Ikan Patung - Malayan Leaf Fish

Ikan Patung yang juga dikenali sebagai Malayan Leaf Fish atau nama saintifiknya Pristolepis Fasciatus adalah sejenis ikan yang amat sukar ditemui pada masa kini. Saiz kebiasaanya adalah dari 2-3 jari sahaja namun ada juga yang pernah dapat lebih besar dari itu. Habitatnya yang sebenar tidak pernah diketahui atau dilaporkan secara lebih terperinci menjadikan ia sebagai salah satu spesis yang unik dan misteri. Warna badannya yang kilat kuning kehijauan membuatkan ia nampak sangat cantik dan seronok mata memandangnya.

Pernah terbaca di blog kaki pancing yang lain mengatakan ia banyak terdapat dibelah utara. Persoalannya mengapa dibelah utara tidak dapat diketahui. Kebiasaannya ia dijumpai dikawasan seperti parit dan lombong yang mempunyai samai yang banyak dan air yang jernih. Bentuk badannya yang bulat dan hampir macam tilapia hybrid / puyu / betuk membuatkan ia lebih misteri. Dari manakah asalnya ikan ini? Ikan tempatankah? Orang tempatan kita ada yang mengelarkan ikan ini dengan nama lain seperti “Ikan Kepor dan Ikan Puyu Kapak”. Tidak pasti samaada benar atau tidak. Kajian masih di jalankan untuk mengenal lebih lanjut mengenai ikan patung ini.

Apa pun tergerak hati untuk menulis blog pasal ikan air tawar Malaysia ini kerana first time dapat dalam hidup menggunakan soft baits “Grenti Strike – Elastico”. Agak rakus juga ikan ini. Melentok juga rod ultralight saya di buatnya. Habitatnya yang suka menghendap di sekitar samai menjadikan ia amat sukar untuk di pikat. Ia amat agresif pada belah senja dan yang pasti ikan ini memerlukan elemen kejutan yang halus umpama ulat jatuh di atas permukaan air. Jadi apabila membuat lontaran umpan kearahnya pastikan umpan anda tidak jatuh terlalu kuat dan membuat teknik jerk slow di sekitar hujung samai. Apa yang pasti ikan ini amat sukar untuk diperhatikan kewujudannya. Setelah strike dengan tidak sengaja saya mula mencari cara yang paling sesuai untuk memahaminya dengan lebih lanjut dan teknik yang paling sesuai untuk casting ikan ini. Di sebabkan hari makin gelap saya batalkan niat untuk mencuba lagi. Namun akan saya update nanti dengan lebih lanjut teknik dan umpan yang sesuai untuk memujuk ikan Patung ini.

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

4 comments

  1. Bro…Ikan ni mmg ada belah utara..kami pangil ‘puyu kepaq’ada setengah kawasan utara kedah panggil ikan patong.kebanyakan hidup di sungai serta lombong…jarang sekali kalau pancing puyu dia yg dapat…kalau dapat tu kira bonus la…saiz yg penah sy dapat sebesar tapak tangan..
    Kalau guna teknik menjaring @ tahan pukat peratus nak dapat ikan ni mmg ada xpi xsebanyak spesis yg lain…setakat tu ja info yg saya tahu bro…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*