Ikan Malaysia / Malaysia Fish: Ikan Bujuk / Channa Lucius

Ikan Bujuk atau nama saintifiknya Channa Lucius adalah sejenis ikan yang amat sukar untuk ditemui lebih-lebih lagi di Semenanjung Malaysia namun ikan ini biasanya di jumpai di kawasan pendalaman seperti kawasan paya, paya tanah gambut, ladang sawit, sungai mati, hutan tebal, air terjun dan kawasan-kawasan yang belum diterokai seperti Sabah dan Sarawak. Ia juga boleh dijumpai di sekitar negara-negara ASEAN yang lain.

air-tanah-gambut-ikan-bujuk lokasi-hutan-ikan-bujuk kawasan-kelapa-sawit-ikan-bujuk kawasan-paya-ikan-bujuk air-jeram-kawasan-bujuk

Ikan bujuk dikategorikan sebagai ikan air tawar yang agak pemalu dan tergolong dalam spesis kepala ular. Rupanya yang agak mengerunkan bagi yang pertama kali mengenali ikan ini akan terkejut kerana ia seakan-akan ular air. Namun bagi yang telah biasa corak dibadannya membuatkan ikan ini antara jenis kepala ular yang amat cantik dan dijadikan sebagai ikan hiasan.

Lai Malie dengan ikan bujuk nya Badr hasil ikan bujuk

Bagi pemancing ikan ini amat sukar untuk didaratkan walaupun sikapnya yang amat rakus tetapi mempunyai mulut yang amat lembut. Sentapan yang kuat boleh membuatkan mulut ikan ini pecah. Namun kekuatannya dikatakan lebih daripada haruan. Apa yang pasti Bujuk suka mendiami dikawasan yang bereba dimana kayu-kayu, pelepah, rumput dan seiringnya menjadi lokasi persembunyiannya. Ikan ini bersikap wilayah dimana ia akan menjaga kawasan jajahannya dari dicerobohi. Akibat habitat inilah membuatkan ia sukar untuk didaratkan.

Tangkapan ikan bujuk oleh Zafri Angler

Diet ikan bujuk adalah seperti anak-anak ikan, rumpair/lumut, udang, katak, cacing, serangga seperti cengkerik, dan belalang menjadi diet yang paling digeraminya. Ia antara ikan pemalas yang hanya kebiasaanya menunggu makanan (mangsa) lalu didepannya. Penggunaan soft plastic juga menjadi salah satu senjata untuk penggemar sukan casting.

Lai Malie menunjukkan ikan bujuk yang sangat menarik menggunakan soft plastic

Jika anda merasakan perlu menambah info mengenai Ikan Bujuk sila komen di bawah.

Terima kasih 🙂

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*