Mengenali Ikan: Ikan Air Tawar – Ikan Berkepala Ular / Ikan Snakeheads

Ikan snakehead atau ikan berkepala ular adalah ikan pemangsa yang amat agresif dan tergolong dalam keluarga Channidae. Ikan ini adalah ikan air tawar dan adalah antara ikan kegemaran di negara-negara Asean bukan sahaja sahaja untuk tujuan makanan tetapi lebih pada keseronokan memburunya.

Di Malaysia terdapat pelbagai species ikan pemangsa ini seperti haruan, bujuk, toman, kerandang, haruan palas, ruanjuk, runtu dan ruan todak. Dibawah ini adalah gambarajah species ikan berkepala ular yang telah dikenal pasti.

snakeheads-fish-family

Species ikan berkepala ular adalah antara ikan yang amat digemari oleh pemancing kerana sikapnya yang amat agresif. Ia amat menjaga kawasan dan akan menyerang jika terasa ancaman. Bagi pemancing hentakan padu ikan berkepala ular ini boleh membawa mimpi.

Jika anda merasakan ada species yang telah kami terlepas pandang sila nyatakan di ruang komen.

Nota:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

4 comments

  1. c.gachua dah tukar pada c.limbata

    https://youtu.be/a1qBj08rvoQ?t=3m48s

  2. Jadi snakehead fish ni Ikan haruan dan toman lah?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.