Harga Ultralight Rod Yang Menjadi Pilihan Penggemar Ultralight Fishing di Malaysia

Harga adalah subjektif kerana lain kedai lain harga. Namun kami disini mencuba sebaik yang mungkin untuk memberi anggaran harga rod yang ada di market. Kami berharap dengan info yang ada ini dapat memberi sedikit panduan untuk penggemar sukan ultralight fishing.

harga-ultralight-spinning-rod
harga-ultralight-spinning-rod

Dibawah adalah harga rod-rod ultralight yang biasanya atau pernah digunakan oleh penggemar-penggemar sukan ultralight di Malaysia.

1. Kanicen Nix – Leebass (1-6lb): RM220 (Limited Edition – Tiada Stock)
2. Abu Garcia Bass Beat 2 (2-6lb): RM340 – RM420
3. Okuma Nemesis 2 (2-6lb): RM70 – RM120
4. Storm Discovery (2-6lb): RM90 – RM130
5. Surecatch Zuna (2-6lb): RM47 – RM80
6. Berkley Cherrywood (1-6lb): RM60 – RM95
7. Daiwa Aird (1-4lb): RM156 – RM215
8. Daiwa Presso (1-4lb,1-6lb,2-6lb): RM220 – RM270
9. Abu Garcia Fluret (2-6lb): RM600 – RM800
10. Majorcraft Trapara (1-3lb,2-4lb): RM220 – RM260
11. Majorcraft Finetail (1-3lb,2-4lb): RM520 – RM580
12. Majorcraft Nextino (1-3lb,2-6lb): RM380 – RM480
13. Majorcraft Solpara (3-6lb): RM280 – RM320
14. Rod Udang (2-6lb) – RM12
15. ST Croix Premier (2-6lb) – RM320 – RM450
16. Okuma Celilo (1-4lb,2-6lb): RM120 – RM150
17. Daiwa Laguna (1-4lb): RM180 – RM220
18. Shimano Stimula (2-6lb): RM180 – RM240
19. Daiwa Sweepfire (1-4lb): RM200 – RM240
20. MajorCraft ARRIVAL (2-6lb): RM580 – RM640
21. Daiwa Spinmatic (1-4lb,2-6lb): RM300 – RM360
22. DAIWA PROCYON (1-4lb): RM220 – RM320
23. Shimano FX (1-4,2-6lb): RM110 – RM180
24. St Croix Trout Series (2-6lb): RM440 – RM650
25. G Loomis Trout Series (1-4lb,2-6lb): RM850 – RM1800
26. Shimano Scimitar (2-6lb): RM80 – RM140
27. St Croix Panfish Series (2-6lb): RM420 – RM480
28. Sabpolo X-Evolution (2-6lb): RM70 – RM120
29. MajorCraft Crostage (1-4,lb,1-5lb,2-6lb): RM380 – RM480
30. MajorCraft Skyroad (1-5lb): RM380 – RM480
31. MajorCraft KG-Lights (1-5lb,2-6lb): RM580 – RM650

Harga rod kebiasaanya adalah berdasarkan kualiti dan brand. Kebiasaanya accessories yang akan membuatkan rod itu makin mahal contohnya menggunakan accessories seperti FUJI guides dan reel seat. Harganya juga akan mendadak naik jika ia makin popular seperti yang terjadi kepada Daiwa Aird. Harga rod akan bertambah costingnya jika on-the-field testing di buat untuk satu jangka masa yang lama seperti Leebass yang makan masa hampir setahun dan walaupun ia dibuat secara mass production jangan lupa bahawa ia di custom 100% dengan idea sendiri oleh rod designer Kanicen Nix.

Walau apa pun rod murah bukan bermaksud tidak bagus. Beli lah rod dengan mengikut budget dan kesesuaian jiwa anda. Kesesuaian bergantung kepada “feel” pengguna itu sendiri dan cara penggunaan. Kesesuaian bergantung kepada “target ikan” yang dicari. Rod yang mahal biasanya datang dengan kualiti dari segi materials dan teknologi dalam pembuatan rod itu sendiri. Beli lah rod ikut kesesuaian dan tahap ilmu yang anda ada. Ambil masa untuk memahami ultralight fishing terlebih dahulu sebelum membuat keputusan drastik membeli rod yang mahal. Process pembelajaran amat penting dari mempunyai rod yang mahal dan tidak berilmu.

harga-ultralight-fishing-rod
harga-ultralight-fishing-rod

Sila komen jika anda merasakan ada rod lain yang boleh di masukkan di dalam list di atas dengan memberi info seperti:

– Rod Brand:
– Rod Brand:
– Rod Model:
– Price:
– Poundage:

Note:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

choosing-ultralight-fishing-rod

Tips Pemilihan Rod Pancing Yang Sesuai Berdasarkan Power, Aksi dan Panjang

Mempunyai peralatan pancing yang sesuai adalah penting dalam aktiviti pancingan harian anda. Dengan adanya pelbagai …

22 comments

  1. as salam admin sy nak menceburi bidang memancing boleh x suggest set pancing beginner untuk casting

    • Ultralight Anglers
      Ultralight Anglers

      hye bro… bole je… bro target pancingan yang macam mane yer? Kalo boleh join group ul kami kat Facebook sbb lagi ramai yg akan membantu. πŸ™‚

  2. Assalamlkm,
    Kalau order dan kirim ke indonesia rod zuna jadi harga berapa pak? Boleh pesan?
    Terimakasih

  3. Saya baru beli satu rod ni

    – Rod Brand: Torikumu
    – Rod Model: Ebi
    – Price: RM20 je
    – Poundage: tak dinyatakan tapi sy rs dlm 2-4lbs
    — Website: http://arkfishingonline.com/product/torikumu-ultra-light/

    • Kanicen Nix

      Hi bro,

      Tak bole rasa2 bro pasal poundage sebab poundage rod bukan berdasarkan pada lembut nye sesuatu rod. Poundage rod berdasarkan contents yang digunakan dengan syarat manufacturer akan jalankan line & blank testing ke atas rod tu. Lepas tu baru mereka letak poundage. Byk manufacturer main hentam je letak poundage sebab rod mereka tak bole jalan kat market. So apa mereka buat, stock yg ada mereka letak je poundage sebab nk lariskan rod yg da ade dlm gudang mereka. Kat sini pon ade beberapa company yang buat benda yang sama sebab mereka tidak faham apa itu ultralight pada mulanya.

      Pape pon nasihat saya contact je manufacturer tu tanya berapa poundage rod mereka. Settle πŸ™‚

  4. selamat tengah hari

    nak tanya rod (6. Berkley Cherrywood (1-6lb): RM60 – RM95) masih ada lagi ? sy nak beli boleh bagi tahu harga sekali ?

    TQ

  5. Nak tanya Okuma Nemesis boleh tak untuk Salt Water

  6. Tuan Kanicen Nik kalau saya baru belajar UL rod jenis Action Fast/Moderate/Slow yang mana ok.. main kawasan tepi pantai dan muara sungai.

    • Kanicen Nix

      Salam bro,

      Tok permulaan sy lebih rekomen fast action sbb lebih mudah nak handle. Dan lebih sesuai dgn target dan kawasan permainan. Fast action pon akan membantu dalam mendapatkan casting distance.

  7. Asalamualaikum tuan,

    Storm Adventure 6’6″ rod (2-6lbs) pun ok juga tuan, saya ada pakai rod tu, utk baitcaster ada, spinning pun ada.

  8. PETER CHIN KOON HUAT

    Nak tanya , rod Sailang saya telah membuat pre-order melalui PM di facebook…dan saya difahamkan bahawa ia akan memakan masa lagi lebih kurang 2 bulan untuk disiapkan , sementara itu , bolehkah anda tolong reccommend joran mancing untuk beginner spt saya ? jikalau boleh…saya ingin bertapa di kolam seksyen 24 terlebih dahulu…bolehkah rod ultralight mendaratkan patin berat 18 kilo ke atas ? minta tunjuk ajar untuk setup…

    • Kanicen Nix

      Hi Peter,

      Yer betul bro Sailang di jangka siap dalam 2-3 bulan akan dtg. But you kena faham UL bukan untuk ikan besar dan ia tidak sesuai digunakan untuk tarik lagi-lagi ikan size mega macam bro nak tu. Better use rod yang lebih sesuai. Jika nak amik risiko boleh je tapi patah tanggung. Tiada apa yang mustahil.

      Harap dapat membantu πŸ™‚

  9. Hello Tuan Kanicen,

    saya ada menggunakan rod Ajiking Bakun 2-6lb harga sekitar 80-110 beli di TCE Tackles. agak mantap juga tapi ini cuma pendapat saya baru first time menggunakan set UL. terima kasih sebab perkenalkan UL kepada rakyat Malaysia dan boleh kata saya memang dah tak usik set casting saya yang lain haha

    • Kanicen Nix

      Hehehe… mantap bro. Welcome to ul.

      Sama-sama. Hasil bantuan semua rakan-rakan lain juga.

      Pastikan enjoy UL dan sentiasa support kami di group juga. Mekasih πŸ˜€

  10. Hai bro, saya dari indonesia.
    Bagaimana cara bila saya mau pesan rod anda?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*