Gewang Killer Tapi Tidak Menjadi, Kenapa?

Kebanyakkan pemancing mempunyai gewang kegemaran mereka dan percaya bahawa pilihan mereka akan memberi hasil. Pendek kata mereka tidak akan KUMPAW jika pakai gewang killer mereka. Akan tetapi adakah penting pemilihan color dalam gewang? Jika berdasarkan pada sains ia memang tidak penting.

Sebenarnya air menyerap atau menapis cahaya mengikut kedalaman air secara berperingkat. Ini bermaksud kesan warna pada gewang hilang satu demi satu sebagai warna cahaya putih menerusi ruangan air. Jadi warna atau keterangan sesuatu gewang menjadi makin berkurangan di dalam air. Lagi dalam lagi cepat warna itu hilang.

lure-color-chart
lure-color-chart

Jadi mengapakah gewang killer tidak menjadi?

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi efektifnya sesuatu gewang didalam air. Segala tips yang diberi dibawah adalah berdasarkan pengalaman dan ujian lapangan yang dibuat bertahun-tahun untuk membuktikan teori betul semasa praktikal.

Faktor Cuaca

Pada waktu panas gewang Silver dan Gold adalah pilihan yang warna gewang yang sesuai kerana pantulan cahaya yang lebih. Akan tetapi pada waktu mendung ia menjadi hampir hilang pada mata ikan.

grenti-strike-tarponish-micro-spoon
grenti-strike-tarponish-micro-spoon

Waktu mendung gewang yang mempunyai UV adalah piihan terbaik. Contohnya kaler fluorescent akan menjadi terang kerana sinar UV memantul pada gewang.

fluorescent-grub-peacock-bass
fluorescent-grub-peacock-bass

Efektifnya sesuatu gewang bergantung kepada banyak elemen. Lagi terang cuaca lagi mudah warna sesuatu gewang memainkan peranan didalam air.

Faktor Kekeruhan

Pada musim hujan air sungai kebiasaannya akan bertukar dari jernih ke berlumpur atau berkeladak. Air yang berlumpur kebiasaannya tidak disukai oleh pemancing kerana mereka mati akal untuk memujuk ikan. Tahukah anda bahawa air berlumpur gewang yang terbaik adalah dari warna gewang yang natural? Contohnya warna hitam adalah salah satu warna natural. Ia amat berkesan untuk air yang keruh. Hijau dan putih atau pearl white juga adalah warna natural juga boleh dijadikan sebagai kaler pilihan.

black-fishing-bait
black-fishing-bait
green-metal-jigs
green-metal-jigs
green-grub-grenti-strike
green-grub-grenti-strike
elastico-paddle-shad-tail
elastico-paddle-shad-tail

Ada juga lokasi mancing yang beralga atau kehijauan akibat lumut atau samai. Jadi cahaya amat terbatas dibahagian bawah lumut. Jika anda terjumpa air seperti ini gewang yang paling sesuai digunakan adalah gewang yang mempunyai 2 tone warna kerana ikan boleh nampak perbezaannya. Ini kerana cahaya dilindungi oleh lumut dan samai. Sebab itu penggunaan jighead yang mempunyai tone kaler yang sama amat penting apabila memancing dikawasan yang airnya bersamai. Mungkin dalam keadaaan sedar atau tidak anda suka menggunakan jighead yang bewarna putih, hitam dan hijau. Jika anda selidik kembali anda akan perasan setiap kombinasi yang membuahkan hasil tangkapan mesti mempunyai 2 tone kaler.

metal-spoon-grenti-strike
metal-spoon-grenti-strike
two-toned-fishing-baits
two-toned-fishing-baits
two-toned-fishing-hardbaits
two-toned-fishing-hardbaits
colorful-jigheads-grenti-strike-shapu
colorful-jigheads-grenti-strike-shapu

Air seperti nescafe-O atau cokelat transparent selalunya menjadi pilihan pemancing. Gewang yang berlandaskan warna-warna gelap harus dijadikan pilihan kerana ia lebih natural pada ikan. Ikan akan menjadi lebih agressive kerana mereka nampak umpan yang digunakan lebih kepada warna diet mereka.

hollow-soft-baits-grenti-strike
hollow-soft-baits-grenti-strike
natural-color-hardbaits
natural-color-hardbaits
natural-dark-hard-baits
natural-dark-hard-baits
shad-bandit-crankbait
shad-bandit-crankbait
ultra-long-soft-bait-angleworm
ultra-long-soft-bait-angleworm
beaver-soft-plastics-for-bass-fishing
beaver-soft-plastics-for-bass-fishing

Kesimpulan

Walau apa pun pilihan gewang killer anda, yang pasti kita harus mencuba pelbagai jenis gewang semasa memancing. Imaginasi adalah amat penting apabila memancing. Ilmu yang diberi di atas boleh dijadikan sebagai panduan asas namun terdapat pelbagai faktor lain yang kita sebagai manusia tidak mungkin boleh memahaminya.

Informasi diatas diambil dari beberapa website lain dan kami disini membuktikannya ia adalah informasi yang boleh dikongsi untuk pemancing lain. Pada waktu yang sama kami memasukkan pengetahuan dan penemuan kami semasa ujian lapangan sebagai informasi tambahan.

Note:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Kanicen Nix

Hey guys! You can call me Kanicen and I’m a nature lover. I spend most of my time outdoor with fishing. I have to admit that I am not an expert but I will do my best to share with you interesting stuffs I know. I love ultralight game which means I live to challenge myself with UNREALISTIC LOGIC for satisfaction.

Check Also

amir-hafiz-musa-produk-kanicen-nix-sebarau-grenti-hampala

Memburu Serigala Air Menggunakan Produk Soft Plastic Grenti Strike – Kanicen Nix by Amir Hafiz Musa

Contest: Kemantapan Local Brand Kanicen Nix Tajuk artikel: Memburu serigala air menggunakan produk soft plastic …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*