Formula Kiraan Panjang Leader. Apakah Panjang Leader Yang Sesuai Untuk Pancingan Ultralight?

Seringkali saya menerima soalan yang sama dari peminat sukan pancingan ultralight berkenaan dengan panjang leader yang sesuai untuk setup yang mereka guna. Dan jawapan yang biasa kita dapat ialah 2 kaki ke 4 kaki atau sedepa atau 2 depa dan 6 kaki. Jadi adakah ini betul?

Jawapan ini adalah betul dan tidak ada salahnya kerana semua ini berdasarkan pengalaman masing-masing. Saya sendiri menggunakan cara yang sama atau kadang-kadang main agak-agak sahaja. Yang penting diri sendiri perlu tahu panjang leader itu sesuai atau tidak. Akibat pertanyaan berkali-kali soalan yang sama membuatkan saya rasa perlu buat sesuatu supaya dapat menyenangkan pemancing yang baru terjebak dalam dunia casting seperti ultralight fishing.

Banyak perkara yang akan mempengaruhi pancingan ultralight jika pemilihan panjang leader anda tidak sesuai dengan setup yang anda guna. Antara isu yang biasa terjadi ialah tali berbelit, sukar untuk membuat casting / lontaran, tersekat dengan guide (cincin rod), jarak casting yang tidak memuaskan, ketinggian anda, saiz reel, berat gewang (umpan), profile umpan, lokasi pancing (dalam air landbase, semak, hutan atau atas boat) dan bermacam-macam lagi faktor lain yang akan membuatkan saya terfikir dalam membuat keputusan yang sesuai.

ultralight-anglers-panjang-leader-pancing

Jadi sejak kebelakangan ini saya cuba membuat sedikit ujikaji dan dengan berpandukan segala isu yang dilalui oleh pemancing dari semua golongan mahupun lama dan baru. Dan akhirnya saya dapat fikirkan satu formula kiraan panjang leader yang akan memudahkan semua pemancing ultralight fishing.

Formula

Panjang Rod รท 5 x 3 = Panjang Leader

Contoh:

Rod 7 kaki

7รท5 x 3 = 4.2 kaki adalah panjang leader yang sesuai dengan rod 7 kaki. (anggaran 4 kaki mudah untuk mengiranya).

Jadi 4 kaki = 121.9 cm atau 1.21 meter.

Bagaimana cara mengiranya atau nak dapatkan ukurannya? Pening juga kan jika setiap kali nak keluarkan pengukur?

Cara Pertama:

Gunakan jubin (tiles) rumah anda sebagai panduan. Di mana spesifikasi standard jubin rumah yang biasa ialah 30cm. Jadi 30cm (1 kaki) x 4 = 120 cm = 4 kaki (anggaran).

Cara Kedua:

Jika berada di luar kawasan pancing bagaimana pula hendak mengukurnya?

Mudah. Dari rumah anda siap-siap ukur 4 kaki dengan panjang rod anda. Jadikan sebagai panduan panjang 4 kaki itu sampai ke bahagian cincin guide ke berapa.

Cara Ketiga:

Ukur dengan tangan anda. Jadi apabila berada di lokasi anda telah ada panduan panjang leader yang sesuai dengan rod anda.

Mudahkan?

Apa pun ini adalah cara saya sendiri. Terpulang pada cara masing-masing. Ini adalah formula general yang saya sendiri wujudkan hasil dari pengalaman sendiri dan menggunakan feedback kekeliruan/kesukaran pemancing lain yang mengalami masalah yang sama.

Tidak ada betul atau salah untuk penggunaan panjang leader. Semua ini bergantung pada banyak faktor-faktor seperti di atas sebelum membuat keputusan. Biasanya saya menggunakan leader dalam panjang 2 ke 4 kaki bergantung pada jenis pancingan yang saya lakukan.

Sebagai contoh, saya menggunakan leader yang lebih pendek apabila memancing dengan gewang tiruan kerana saya tidak mahu ikatan knot saya melalui cincin rod saya kerana geseran antara cincin dan ikatan yang kerap akan melemahkan simpulan dan merosakkan cincin.

Contoh lain saya menggunakan leader sekitar 1-2 kaki untuk pancingan stream fishing kerana rod yang pendek dan memudahkan saya membuat casting snap shot.

Jika ikan agak culas saya akan panjangkan leader supaya dapat menggelakkan ikan nampak tali utama atau leader yang saya gunakan. Bagi saya pemilihan panjang leader bergantung pada lokasi, jenis dan profile umpan yang dipakai, jenis leader yang dipakai, jenis cincin yang dipasang pada rod, aksi rod, poundage tali, kesesuai handle (pemegang rod) dan panjang rod yang digunakan. Antara faktor lain yang juga memainkan peranan ialah jenis ikan yang di target.

Semoga formula kiraan panjang leader ini bermanfaat.

Nota:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Kami akan cuba perbaiki info dalam setiap artikel kami dari masa ke semasa untuk tujuan memperbetulkan apa yang kurang tepat. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

Tips Pancing: FG Knot

Adakah anda tahu nama penuh bagi FG knot? FG Knot (Fine Grip Knot) Dikenali sebagai …

4 comments

  1. Cen, selalunya leader dengan mainline, ikat pakai knot jenis apa?

  2. Sifu nak tanya leader untuk ul spec dia bole sampai berapa lb?

    • Salam bro

      maaf lmbt reply. outstation lebih dari seminggu.

      leader tak kisah bro. adjust ikot kesesuaian seperti:

      1. target ikan
      2. lokasi
      3. confident diri

      biasanya kami nasihat main line x 2. Contoh:

      6lb main line x 2 = 12lb

      harap2 membantu ๐Ÿ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.