Ratio vs Retrive Per Crank
Apa itu ratio?
Ratio adalah nisbah gear yang membuatkan satu kali putaran handle memutarkan beberapa kali putaran rotor. Selalu orang kata gear la. Adakah gear ratio tinggi speed boleh tinggi juga? Bergantung kepada kelajuan kayuhan dan kederat kita juga sebenarnya.
Retrive per crank.
Hat ni apa pulak. Selalu kebanyakan pemancing beli reel benda yang pemancing tak pernah nak tengok. Hampir majoriti memang tak pernah ambil tahu langsung. Sebenarnya inilah perkara yang kita boleh faham dan ketahui berapa banyak tali masuk ke dalam spool sekali putar handle. Dekat sinilah juga nak tengok berapa banyak tali yang masuk ke dalam spool setiap kali kayuh handle.
Contoh reel shimano
Reel saiz 3000 xg
Dengan ratio 6.4:1
93 cm tali akan masuk ke dalam spool sekali kayuh handle.
Reel saiz 4000 xg
Dengan ratio 6.2:1
101 cm tali akan masuk kedalam spool sekali kayuh handle.
Kalau tengok ratio saiz 3000 lagi tinggi ratio dari saiz 4000 tapi kenapa reel saiz 4000 lebih banyak tali masuk ke dalam spool semasa sekali kayuhan? Saiz rotor pon mempengaruhi berapa banyak tali masuk ke dalam spool setiap kali kayuhan.
Kelajuan bukan kena tgk ratio sahaja. Saiz dan retrive per crank pon kena tengok juga. Termasuk kudrat kita pon kena tengok. Jika kawan tuan guna reel saiz 3000 dia kena kayuh laju untuk samakan kelajuan dengan tuan yang guna saiz 4000 yang kayuh biasa-biasa sebab sekali tuan kayuh 101 cm tali masuk ke dalam spool tapi dia baru 93 cm tali masuk ke dalam spool. Siapa yang letih sebenarnya? 😂😂😂 renung-renungkan.
Nurkilan seorang pemancing nubis yang baru nak belajar mancing.
Moga memberi manfaat.
Kredit: Rosli Othman
Nota:
Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.
Hey guys! You can call me Kanicen and I’m a nature lover. I spend most of my time outdoor with fishing. I have to admit that I am not an expert but I will do my best to share with you interesting stuffs I know. I love ultralight game which means I live to challenge myself with UNREALISTIC LOGIC for satisfaction.