Faktor-Faktor Penting Untuk Memahami Ultralight Fishing

Ultralight kini telah menjadi satu trend dan fenomena yang baru di Malaysia tapi sebenarnya ramai lagi otai-otai lain telah mempraktis ultralight (UL) sejak berpuluh tahun cuma dulu ia tidak di exposekan kerana kekurangan media yang sesuai seperti Facebook, Video dan lain-lain namun kini sejak beberapa tahun yang lalu dengan wujudnya Ultralight Anglers group ia semakin menular di Malaysia.

Ramai yg mempertikaikan apa yang bagus sangat dengan UL? Sebenarnya ia sama sahaja dgn teknik pancing lain yang berbeza ialah konsep sahaja dimana kita buat sedikit downgrade dengan setup yang digunakan. Mari kita sama-sama memahami apa itu UL sebenarnya dan apakah yang harus dilakukan untuk menjadi seorang pemancing UL.

Apakah faktor-faktor yang penting untuk menjadi seorang pengguna pancingan Ultralight?

Faktor-Faktor-Memahami-Ultralight-Fishing
Faktor-Faktor-Memahami-Ultralight-Fishing

1. Konsep

Memahami konsep Ultralight (UL) adalah factor yang paling asas dan harus difahami. Jika tidak memahami konsep UL sampai bila pon kita tidak akan dapat menjiwainya dan menerimanya. Konsep UL adalah seperti memahami spesifikasi setup yg digunakan seperti poundage rod, reel dan tali termasuk aksesori-aksesori lain yg digunakan untuk melengkapkan senjata untuk tujuan mancing.

Konsep universal ialah ikan lebih besar daripada setup yang digunakan dianggap ultralight tetapi ultralight pada ikan bukan pada setup.

Perkara pertama yang anda harus faham ialah ultralight tidak lebih dari 6lbs. Dan anda juga harus memahami apa itu “Matching dan Balancing” apabila menggabungkan setup yang dibeli. Dan ini termasuk rod, reel dan tali utama.

Untuk informasi lanjut mengenai poundage sila click link dibawah:

https://www.ultralightanglers.com/apakah-itu-ultralight-fishing/

2. Masa

Masa amat penting untuk memahami apa itu ultralight. Masa diperlukan untuk memahami apa sahaja kita nak buat di dunia ini. Tidak mungkin kita boleh belajar sesuatu jika tidak mengambil masa untuk memahami sesuatu. Menggunakan setiap poundage setup kita perlu ambil masa untuk memahami kekuatan tali, kekuatan reel, kesesuaian reel, kekuatan rod, kesesuaian rod, dan kesesuaian gewang yg mengikut spesifikasi yang sesuai.

Contohnya: Jika kita masih baru dalam dunia UL perkara yang terpenting harus difahami ialah bagaimana hendak strike ikan. Bila main UL tiada istilah “SEMBAT” dan “SENTAP”. Jika ini yg dibuat maka tali akan putus dengan mudah walaupon anda menggunakan tali 30lbs. Istilah dalam UL yang harus kita fahami ialah teknik “SERET” (payah nk explain unless face to face). Menggunakan bahu bukannya pergelangan tangan. Selepas memahami teknik “SERET” barulah kita faham sedikit demi sedikit tiada force yg digunakan dalam melayan ikan. Disini mengawal kekuatan drag system harus sesuai dengan jenis ikan yang dicari supaya tali tidak putus.

Lagi sekali saya ulang… MASA diperlukan untuk mempelajari sesuatu. Tidak kira bertapa hebat mana pun seseorang MASA amat penting untuk menjiwai sesuatu untuk mendapatkan teknik yang sesuai dengan jiwa masing-masing.

3. Penurunan Poundage

Sering kali saya tekankan bahawa penurunan poundage yg sekata amatlah penting kerana process inilah yang akan mengajar segala ilmu yang diperlukan untuk menjadi pemancing UL. Jika sekarang kita menggunakan 30lbs terus turun ke 6lbs atau 4lbs gara-gara hendak mengikut orang lebih baik anda lupakan UL. Sebabnya kita tidak melalui process yang sebenar untuk memahami segala-galanya mengenai UL.

Contohnya: Andaikata kita sekarang menggunakan tali utama 30lbs sejauh manakah kita memahami setup itu? Tahu ke kekuatan sebenar tali itu? Tahukah anda kekuatan reel dan rod itu? Betul-betul faham ke atau main bantai je? Kita faham ke apa itu “Matching & Balancing”? Jika tidak faham maka sudah pasti kita mancing main bantai sahaja.

Jika kita turun dari 30lbs ke 6lbs apakah yang anda faham mengenai tali poundage yg lain seperti 25, 20, 15, 12, 10, 8? Tahukah anda kekuatan sebenar tali itu dan kesesuaian setup untuk setiap poundage itu? Tahukah anda setiap poundage drag setting yang sesuai harus digunakan? Tahukah anda setiap jenis target ikan lain drag setting nya? Tahukah anda setiap rod, reel dan tali drag setting yang sesuai harus difahami dulu? Tahukah anda sebenarnya menggunakan momentum rod yang bersesuaian dengan tali dan reel untuk melayan ikan dan bukannya menggunakan kekuatan badan? Sudah pasti kebanyakkan pemancing tidak tahu semua ini. Jika tidak, mengapa turun begitu laju ke 6lbs? Renungkan dahulu sebelum membuat keputusan yang mendadak…

Mungkin 3 sebab ini:

a) Teruja sebab hendak mengikuti orang yang meracun kita dan tidak mengambil kira faktor-faktor memahami “Konsep” dan “Masa”.
b) Keinginan mengejar nama dan ego yang menguasai diri sebab hendak menunjuk.
c) Tidak berilmu.

Cara Terbaik:

a) Fahami “Konsep”.
b) Ambil “Masa” untuk belajar sesuatu.
c) Lalu “Process Penurunan Poundage” yang sekata, yang betul dan fahami apa itu Matching dan Balancing.
d) Buang EGO.

4. Teknik & Skills

Teknik dan skills memerlukan masa. Teknik dan skills memerlukan jiwa. Teknik dan skills memerlukan proses trial & error. Teknik dan skills memerlukan tunjuk ajar dari orang yang sesuai. Teknik dan skills memerlukan kita memahami setup yang digunakan. Teknik dan skills memerlukan kesabaran. Jika tiada semua itu maka ikan kecik pun boleh buat tali putus.

5. Rendah Diri

Ini adalah perkara yang amat penting apabila kita ingin mempelajari sesuatu. Bila dah tahu diri itu baru hendak belajar maka rendah dirilah untuk mempelajari sesuatu. Kejarlah ilmu dengan cara yang betul supaya ilmu itu kemudiannya dapat diturunkan kepada kawan-kawan lain. Hormat pengorbanan orang-orang yang mengajar kita tidak kira dalam situasi apa sekali pun. Apabila ada sikap hormat dan rendah diri maka setiap orang akan dengan rela hati mengajar segala-galanya dengan betul dan ikhlas.

Kesimpulan

Sejujurnya saya sendiri pernah melalui semua perkara negatif di atas. Sampailah saya ditegur oleh seorang otai dari Kedah yang membuka mata dan mengajar saya UL pada pertengahan tahun 2005. Akan tetapi itu sahajalah pendedahan yang ada pada masa itu. Tidak banyak informasi yang boleh dicari kerana kewujudan informasi di web amatlah kurang. Saya mengambil masa 7 tahun yang berikutnya untuk memahami segala-gala mengenai UL dan sehingga kini saya masih belajar. Saya masih buat R&D sendiri dan selalu memperbaiki kelemahan diri.

Bagi yang baru dalam dunia pancingan Ultralight laluilah process penurunan yang sekata supaya ilmu dapat dikecapi dengan cara yang sesuai. Ilmu didada amat penting dari membanggakan diri dengan ilmu yang tidak seberapa.

Sukan UL ini bukan untuk anda jika anda bersikap mengejar nama, EGO dan menganggap diri otai yang kunun-kunun mempunyai pengalaman bermain UL selama 20 tahun. Hentikanlah penipuan untuk menunjukan diri itu hebat kerana 20 tahun lepas tiada siapa pun faham apa sebenar pemahaman UL yang kami cuba bawa.

Jangan bandingkan diri kita yang masih baru belajar UL (2-3 bulan, 1-2 tahun) dengan orang yang telah lama berkecimpung dengan dunia UL. Jangan pertikaikan kehebatan orang lain dengan diri yang masih baru.

Ingat setiap orang ada kelebihan masing-masing dan kelemahan masing-masing. Rendah diri dan belajarlah cara yang sesuai dan cara yg terbaik. Minta tunjuk ajar dan hormat orang yang mengajar anda itu.

Kami di Ultralight Anglers tidak pernah memandang rendah pada sesiapa. Setiap orang yang bertanya kami akan mengajar dan melayan dengan sepatutnya. Tidak pernah sekali pon kami berkasar dengan sesiapa. Tidak pernah sekali pun kami memandang rendah dengan orang yang suka membottom, memakai set kasar/besar, memakai set mahal atau murah, memakai gewang mahal atau murah, memakai BC, memakai spinfly, memakai ikan pinpin, memakai umpan hidup atau apa sekali pun kaedah mancing. Bagi kami setiap orang ada cara tersendiri dan mengejar kepuasan tersendiri.

Yg penting “KITA MANCING” bukan menunjuk kunun-kunun hebat.

Note:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

Apakah Ukuran Drag Yang Betul Untuk Reel Bagi Pancingan Ultralight?

Mekanisme drag pada reel direka untuk membolehkan anda menetapkan berapa banyak daya tahan ikan yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.