Event 6: The Ultralight Workshop & Mini Tournament 2016

MK Brigade Melaka dengan kerjasama group Ultralight Anglers telah menganjurkan The Ultralight Workshop & Mini Tournament 2016 (Southern Series) bagi semua yang meminati ultralight fishing. Event ini telah mengumpulkan lebih dari 80 penyertaan.

Event ultralight ini lebih berkonsepkan santai dan fokus bukanlah pada kemenangan atau mengejar hadiah-hadiah. Ia cuma sampingan yang kami buat untuk memeriahkan suasana. Kami lebih utamakan UL Workshop dimana kita boleh sama-sama memahami ultralight fishing dengan ilmu yang di share melalui workshop. Jadi jika ada yang kurang maafkanlah kami kerana bukan senang untuk menguruskan event dengan pelbagai sponsorship goodies dan hadiah pertandingan.

Ada pemancing yang datang dari jauh seperti Pahang, Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Mereka memang terbaik kerana sudi menyokong usaha kami. Jika di ikutkan hadiah, goodies dan segala perbelanjaan mereka bukanlah menjadi satu faktor penghalang tetapi mereka ingin merasa keseronokan apabila berjumpa dengan kawan-kawan yang sebelum ini hanya kenal di alam maya. Gelak-ketawa mereka kedengaran sekitar kolam tanda kepuasan. Kebanyakkan mereka adalah pemancing yang tidak pernah masuk mana-mana event mancing. Inilah dikatakan semangat menyokong usaha sesama kita.

Setinggi-tinggi penghargaan untuk sponsorship utama iaitu OAG Worldwide kami ucapkan terima kasih. Hadiah yang diberi amat memuaskan. Terima kasih juga pada Pure Fishing yang sentiasa menyokong kami untk segala event kami selama bertahun-tahun dengan memberi sponsor goodies.

Di harap untuk event akan datang akan lebih ramai datang untuk memeriahkan event seperti ini. Di sinilah kita dapat bersuai kenal dan mengeratkan hubungan antara anglers. Tiada guna kita mancing jika tidak sehati. Tiada guna kita ada group jika kita tidak sokong antara satu sama lain. Tiada guna kita mancing jika tiada respect. Tiada guna bermegah dengan ilmu yang dipelajari dari orang lain jika kita tidak sporting untuk menyumbang. Tiada guna kita bermegah jika kita tidak bergabung atas satu nama iaitu “saya pemancing”. Jadi bergabunglah untuk memantapkan lagi sukan memancing di tanah air kita.

Kami menerapkan usah terlalu serius dan stress semasa memancing. Fokus pada sikap ingin berkawan dan enjoy your fishing not matter what. Fishing is our religion. Fishing is attitude bukan sahaja semasa event malah selepas event. Segala perkara yang terjadi adalah asam-garam sesuatu event. Usah mengambilnya terlalu serius. Be sporting untuk menjadi pemancing yang tahu apa itu erti sebenar memancing.

Kehadiran 4 media seperti Umpan, Pancing, Rod & Line dan Sirip telah memeriahkan lagi event ini. Terima kasih kerana sudi datang untuk membuat liputan.

kanicen-nix-ultralight-fishing-event-melaka-2016
Konsep

Konsep event ini adalah untuk santai-santai sambil menimba ilmu ultralight fishing dengan lebih dekat bersama ikon ultralight fishing iaitu “Kanicen Nix”. Di samping itu pertandingan sampingan juga di selitkan untuk memeriahkan suasana. Event ini lebih fokus pada workshop dimana Kanicen Nix telah membuat beberapa demo untuk teknik pancingan ultralight yang boleh di praktikan. Tidak lupa juga workshop ini telah menerapkan beberapa isu penting yang harus diketahui oleh pemancing untuk kebaikan masa depan seperti hala tuju kita sebagai pemancing, catch and release dan apa itu ultralight fishing dengan pemahaman yang lebih tepat berdasarkan fakta.

Sambutan Yang Memberangsangkan

Apa yang pasti walaupun Melaka negeri yang kecil namun peminat sukan ultralight menerima respon yang amat baik. Lebih dari 80 peserta telah hadir untuk bersama-sama menjayakannya. Walaupun kali ini kami menggunakan kolam air tawar sebagai lokasi event namun apa yang pasti hampir kesemua pemancing meriuhkan suasana dengan gelak ketawa.

Gambar Semasa Event

« of 3 »

Marshalls

Seperti biasa Marshalls telah menjalankan tugas dengan baik dalam menserasikan segala aktiviti dengan cermat dan teratur. Tahniah kepada marshalls dari group MK Brigade Melaka.

ultralight event marshalls

Butir-Butir Event

Tarikh: 28 February 2016
Masa: 7:00am – 13:00PM
Lokasi: Dusun Dato Murad Ayer Keroh Melaka
Yuran: RM50
Tema: Hala Tuju Kita Sebagai Pemancing

ultralight-event-official-shirt

Hadiah dan Goodie Bags di sponsor oleh Kanicen Nix, OAG Worldwide dan Abu Garcia.

ultralight-fishing-prizes

Pemenang-Pemenang Mini Tournament

Ikan-Terpanjang-No-1 Ikan-Terpanjang-No-2 Ikan-Terpanjang-No-3 Ikan-Terberat-No-1-Kategori-Open Ikan-Terberat-No-2 Ikan-Terberat-No-3 Ikan-Terberat---No-1 Ikan-Selfie-Terbaik

 

Check Also

sponsorship-kanicen-nix

Ultralight Fishing Event Di Rantau Panjang, Kelantan

Ultralight Anglers dari sekitar Rantau Panjang, Kelantan telah menganjurkan event ultralight pertama di Kelantan pada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.