Event 5: 4 October 2015 – Metropolitan Anglers 2015

Abu Garcia dan Berkley dengan kerjasama group Ultralight Anglers, Kanicen Nix dan Angler Buff Malaysia akan menganjurkan satu pertandingan Metropolitan Anglers Tournament 2015 bagi semua pemancing yang amat meminati soft plastic dalam aktiviti pancingan mereka. Perhimpunan ini bertemakan “Metropolitan Anglers” yang bertujuan pertandingan santai menggunakan Soft Plastic SAHAJA!

Konsep Metropolitan Anglers

Konsep yang kami cuba bawa ialah “Fishing With Style” dimana pemancing diwajibkan berpakaian stylo dan kemas. Mengapa perlu sampai begitu sekali? Ini adalah kerana pemancing di bandar semakin dilupakan. Mereka ini jarang mempunyai masa yang cukup untuk memancing jadi cara mereka adalah lebih simple dan bergaya dimana sejurus habis waktu kerja mereka akan terus menuju ke lokasi pancing dengan berpakaian office. Kebiasaan pemancing jenis ini hanya membawa beberapa soft baits atau gewang untuk memudahkan aktiviti mereka dan lebih berbentuk santai. Apa yang cuba kami terapkan ialah kita tidak semestinya bergaya seperti pemancing untuk membuktikan diri kita adalah pemancing. Apa yang penting ialah sikap kita sebagai pemancing dan menghormati hobi ini dengan hanya menikmatinya tanpa sebarang batasan.

Sambutan Meriah

Apa yang pasti event kali ini mendapat sambutan yang amat mengalakkan kerana telah berjaya menarik seramai 250 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai umur dan bangsa walaupun dalam cuaca yang berjerubu. Ramai pemancing hadir bersama isteri, anak-anak bagi memeriahkan event ini. Ternyata keriangan dapat disaksikan di muka semua pemancing kerana dapat membawa family bersama-sama. Terdengar riuh ketawa dan gurau senda membuatkan event ini lebih mengeratkan ikatan silaturahim sesama pemancing.

Marshalls

Apa yang pasti seramai 30 orang marshalls dari team Think Fish, Tomania, Procaster Fishing Club, Tepen Caster dan Ultralight Anglers yang hadir memberi sokongan memastikan event ini berjalan dengan lancar. Ramai pemancing yang hadir termasuk dari luar negara tampil memberi kredit dan ucapan tahniah kepada marshalls mengatakan “marshalls amat sporting dan sangat membantu”. Ini memberi kepuasan kepada kami dengan adanya sokongan.

Gambar event boleh didapati di:
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.715685061909746.1073741829.701527799992139

kanicen-nix-event-metropolitan-anglers-2015

Butir-Butir Event

Tarikh: 4 October 2015
Masa: 7:00am – 13:00PM
Lokasi: Syopz Mall @ Taylor’s Lakeside Campus
Yuran: PERCUMA
Tarikh Tutup Penyertaan pada: 30 September 2015
Tema: Metropolitan Anglers
 
Antara aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut ialah:
 
1. Mini Soft Plastic Tournament
 
Segala hasil tangkapan akan di ukur panjangnya untuk mencari pemenang. Hadiah akan diberi untuk tempat pertama, kedua dan ketiga. Akan ada hadiah misteri! 🙂
 
1st Prize: Promax Max 3 + Bass Beat 2 + Goodies
2nd Prize: Abu Silver Max 3 + Ares + Goodies
3rd Prize: Abu Black Max 3 + Red Boron + Goodies
 
Hadiah Lain:
 
Mystery Prize(s)
Shopping Vouchers
 
2. Promosi & Pameran Barangan Pancing
 
Akan ada beberapa penjual barangan pancing yang hadir pada hari tersebut dengan tujuan memberi promosi dan pameran hebat. Yang pasti harga adalah lebih murah dari harga biasa. Peluang anda membeli pada harga yang lebih murah dari biasa.
 
3. Penyertaan Walk-In
 
Boleh menyertai semua acara yang dibuat. Layak untuk pertandingan. Jadi datang jangan tak datang 🙂
 
4. Penganjur
 
Ultralight Anglers, Kanicen Nix, Angler Buff Malaysia
 
5. Sponsorship
 
Semua hadiah ditaja oleh Abu Garcia, Berkley, Kanicen Nix dan Buff.
 
6. Media Rasmi
 
UMPAN Dan ROD & LINE akan datang membuat liputan “Metropolitan Anglers” 2015 ini. Pastikan anda datang dengan bergaya. 🙂
 
7. Rules – Format Pertandingan
 
– Penggunaan Umpan Soft Plastic Sahaja. TIDAK KIRA APA BRAND PUN. TIDAK DI BENARKAN sebarang modification. Contohnya: Guna Buzzbait, Spinnerbait, Spoon, etc
– Untuk memudahkan sila Like page kami awal-awal di: https://www.facebook.com/metropolitananglers
– Selfie setiap tangkapan WAJIB di post di page kami. Pemenang hadiah akan kami pilih berdasarkan semua gambar selfie anda.
– Setiap gambar selfie mesti diikuti dengan HASHTAG seperti dibawah. Pastikan anda copy hastag ini supaya memudahkan semasa pertandingan.
 
#syopzmall
#taylorslakesidecampus
#abugarcia
#berkleysp
#metropolitananglers
#kanicennix
#grentistrike
#ultralightanglers
#buffmalaysia
 
– TIADA syarat pada brand setup pancingan anda. TIADA syarat pada brand setup pancingan anda. UL, LIGHT MEDIUM, HEAVY, EXTRA HEAVY pon BOLEH join 🙂
– Setiap ikan MESTI di ukur panjang oleh pemancing dan di rekodkan oleh Marshalls.
– Setiap ikan yang di pancing akan HARUS di ambil gambar sebagai bukti oleh Marshalls.
– Semua ikan HARUS di lepaskan kembali (CNR) dengan selamat.
– Pemancing MESTI membawa long nooseplier atau fishing forceps (Playar yang sesuai) untuk mengelakkan kecederaan.
– Pemancing TIDAK dibenarkan menggunakan lipgrip.
– Pemancing MESTI berpakaian kemas dan sopan.
 
NOTA: Pengadilan akan dibuat oleh Abu Garcia & Berkley. Segala keputusan adalah muktamad.
 
8. Lain-Lain
 
– Sila jaga kebersihan semasa memancing.
– Sila jaga kelakuan semasa memancing.
– Pastikan anda mengutamakan keselamatan.
– Sebarang perubahan syarat, hadiah dan lain-lain akan dibuat tanpa notis dan adalah muktamad.
 
9. Sponsors
 
– 100 orang pertama: 100 FREE Caps akan diberi kepada penyertaan terawal. Dan yang paling penting HANYA Pada Yang hadir SAHAJA! Tidak boleh suruh kawan collect.
– 100 orang pertama: Soft Plastic PERCUMA juga akan diberi semasa pertandingan. Anda akan diberi beberapa pilihan soft baits berjenama Berkley selepas membuat pendaftaran di lokasi pertandingan.
 
10. Pendaftaran
 
Penyertaan sebelum atau pada 30 September, 2015 dengan namun kami masih menerima walk-in supaya semua anglers dapat memeriahkan event ini.

11. Pemenang Event Metropolitan Anglers 2015

Hadiah Utama
1st Prize: Mohd Khairil – Haruan 54cm
Mohd-Khairil-Metropolitan-Anglers-Champion
2nd Prize: Yun Yong Chee – Haruan 52cm
Yun-Yong-Chee-Metropolitan-Anglers-Second-Place
3rd Prize: Mohd Riduwan Razali
Shah-Rizal-Metropolitan-Anglers-Bonus-1
Mystery Prizes
Best Photo: Mohamad Azam Md Dom
Mohd-Azam-Metropolitan-Anglers-Best-Photo
Best Outfit: Mohd Fareez Rafizad
Mohd-Fareez-Metropolitan-Anglers-Best-Outfit
Bonus Prizes
Ikan Bandaraya: Shah Rizal Kassla
Shah-Rizal-Metropolitan-Anglers-Bonus-1
Best Outfit: Muhammad Akmal Md Nor
Akmal-Metropolitan-Anglers-Bonus-2

Tahniah pada pemenang dan terima kasih pada semua yang datang untuk menjayakan event ini. 🙂

Kanicen Nix

Hey guys! You can call me Kanicen and I’m a nature lover. I spend most of my time outdoor with fishing. I have to admit that I am not an expert but I will do my best to share with you interesting stuffs I know. I love ultralight game which means I live to challenge myself with UNREALISTIC LOGIC for satisfaction.

Check Also

sponsorship-kanicen-nix

Ultralight Fishing Event Di Rantau Panjang, Kelantan

Ultralight Anglers dari sekitar Rantau Panjang, Kelantan telah menganjurkan event ultralight pertama di Kelantan pada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*