Event 4: 4 April 2015 – Ultralight Angler Gathering Ultralight 2015

Beting Beras Anglers dengan kerjasama group Ultralight Anglers telah menganjurkan satu perhimpunan bagi semua pemancing yang amat meminati ultralight tackle dalam aktiviti pancingan mereka. Perhimpunan yang pertama untuk tahun ini yang bertema “SAVE NOW FOR THE NEXT” telah turut diisi dengan beberapa perkongsian aktiviti yang dirasakan amat bermanfaat kepada semua ultralight angler tidak kira walau di mana juga meraka berada.

ultralight-angler-gathering-2015
ultralight-angler-gathering-2015

Tarikh: 4 April 2015
Masa: 7:00am – 13:00PM
Lokasi: Beting Beras Basah, Bagan Datoh
Yuran: RM50*

*RM50.00 adalah merangkumi yuran penyertaan, sarapan pagi (macam-macam ada boleh dimakan selagi ada) dan ada sedikit ole-ole dari pihak penaja acara ini pada hari tersebut.

ultralight-anglers-shirt
ultralight-anglers-shirt

Antara aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut ialah:

1. Ultralight Angler Gathering

Sembang… makan… minum… casting… show off sikit-sikit… casting… sembang… show off sikit-sikit…minum… makan… makan… minum… sembang… show off sikit-sikit… casting…er… ikutlah mana-mana suka yer… πŸ˜€ πŸ˜›

2. Mini Tarpon Tournament

Pertandingan memancing ikan sukan yang paling mencabar buat ultralight anglers! πŸ˜‰

Peralatan: ultralight tackle (1-6lb)
Teknik: Lure casting
Umpan: Hard bait & Soft bait sahaja

* semua hadiah pertandingan ini ditaja oleh Purefishing Malaysia dan Kanicen Nix.
* Format serta kategori yang dipertandingkan akan diberitahu sebelum ia bermula.

3. Ultralight Tackle Talkabout

Jemputan khas Kanicen Nix dan Ahmad Aswadi untuk memberi serba sedikit ilmu ultralight angling. Ala-ala workshop… slot santai tapi penuh dengan perkongsian ilmu bermanfaat! πŸ˜‰

* Bulan tactics; fish, photo & release
* Ultralight tackle; what is all about?
* Ultralight tackle; lure presentation technique
* Semua pemancing walaupun tiada ultralight tackle boleh menyertainya. FREE!

4. Penyertaan

Di anggarkan sebanyak 60 peminat-peminat sukan ultralight telah menyertai event kali ini walaupun ia lokasi event ini berada agak jauh namun sambutan adalah amat mengalakkan. Ini adalah hasil usaha group Beting Beras Basah yang telah bertungkus lumus menjayakan event ini tanpa mengenal erti letih dan putus asa. Tahniah!

5. Bonus

TokWan juga telah mengambil inisiatif untuk menyokong kami disini. Beliau juga telah berkongsi serba sedikit tips mengenai sukan ultralight dan produk keluaran TokWan. Tidak lupa juga TokWan telah memberi sumbangan hadiah untuk pemenang-pemenang mini tournament yang telah dianjurkan.

6. Majalah Umpan

Seperti biasa Media Rasmi Majalah Umpan satu-satunya media yang berminat dengan event kami telah membuat liputan Ultralight Event Gathering 2015 ini dan liputan ultralight event ini telah dikeluarkan pada edisi bulan 5, 2015.

7. Sumbangan Ikhlas

Sumbangan Hampers & Budget

YM Dato’ Shahrul Zaman bin Dato’ Yahya
Exco Belia, Sukan, Komunikasi & Multimedia Negeri Perak.
Dr. Nik Azli bin Nik Ariffin
Ketua Pemuda Bahagian Bagan Datoh
Felcra Berhad

8. Pemenang Event Ultralight Anglers Gathering 2015

Kategori 1: Ikan Terpanjang

No 1: Mohd Taufiq – Tarpon 21cm
No 2: Razali Zakaria – Talapia 27cm
No 3: Shahrizal – Talapia 23cm

Kategori 2: Ikan Terbanyak

No 1: Mohd Taufiq – 5 ekor
No 2: Saiful Azhar – 3 ekor
No 3: Mohd Zaidi Aswad – 3 ekor

Kategori 3: Ikan Terpantas

Mohd Taufiq – Talapia

Kategori 4: Hadiah Pilihan

1. Firdaus
2. Nik Alif @ Tora
3. Mohammad Shazwan
4. Muhajirin

ultralight-anglers-gathering-photo
ultralight-anglers-gathering-photo

Terima kasih kepada semua yang telah bekerjasama untuk memeriahkan Event Ultralight Anglers ini.

Sila click link dibawah ini untuk semua gambar-gambar event:

Gambar Event 4: 4 April 2015 – Ultralight Angler Gathering Ultralight 2015

Sekian, terima kasih. πŸ˜‰

Check Also

santai ultralight anglers

Ultralight Fishing Event Di Tenom Sabah

Santai Ultralight Anglers yang ditubuhkan oleh beberapa pemancing dari Tenom Sabah telah menganjurkan event ultralight …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*