Cara membuat line backing yang perfect

Kali ini, saya ingin berkongsi tentang satu kaedah membuat line backing pada spinning reel. Antara sebab kenapa kita membuat line backing ialah:

1. Kita ada membeli tali panjangnya hanya 100 meter segulung, dan sekiranya tali ini dipasang pada reel, akan ada gap @ ruang yang ketara di bahagian spool kerana diameter tali yang halus. Selalunya ini berlaku pada reel yang mempunyai spool biasa atau deep spool.

2. Seandainya kita menggunakan tali braided, amat penting kita untuk membuat line backing bagi mengelakkan terjadinya line slip, iaitu tali di dalam spool akan bergerak sendiri ketika ditarik ikan, bukannya spool.

3. Tali yang dipasang sehingga maksimum pada spool, memberikan kelebihan dari segi kelancaran dan jarak lontaran gewang. Tetapi, sekiranya kita membuat lontaran dengan terlalu kuat, atau ketika dalam keadaan angin yang kuat, selalunya akan berlaku kekusutan @ birdnest pada mainline.

Jadi, tanpa membuang masa, mari kita lihat cara-caranya.

1. Sediakan satu spool kosong, atau botol minuman yang sudah tidak digunakan lagi. Tali monofilamen untuk dijadikan backing bersama spool, tali utama(braided) bersama spool/botol minuman, dan akhir sekali pastikan spool pada reel sudah dikosongkan.

DSC_0417

2. Pasang tali utama dahulu pada spool dengan menggunakan ikatan arbor knot. Gulung sehingga habis.

DSC_0420

3. Ini adalah contoh tali yang sudah dimasukkan tali utama. Perhatikan dengan teliti, ada gap di bahagian spool.

DSC_0422

4. Sambungkan tali utama ke tali monofilamen(backing) dengan menggunakan ikatan FG knot. Gulung hingga spool pada reel penuh(jangan sampai terlebih).

DSC_0424

5. Ini adalah contoh tali yang dimasukkan ke dalam spool sehingga maksimum. Nampak kemas, tapi kerja kita belum siap lagi.

DSC_0425

6. Keluarkan semula tali pada spool dengan menggulung ke dalam spool/botol kosong sehingga habis.

DSC_0427

7. Selepas itu, keluarkan semula tali yang digulung tadi ke spool yang lain. Gulung sehingga habis.

DSC_0428

8. Kemudian, barulah kita masukkan semula tali ke dalam spool reel. Gulung sehingga habis.

DSC_0429

9. Akhirnya, siap juga kerja kita. Inilah dia hasil line backing yang perfect!

DSC_0430

Sekian dulu dari saya, InsyaAllah kita akan bertemu lagi di artikel yang akan datang.

Check Also

Tips Pancing: Cara Menetapkan Spool Tension Untuk Baitcasting Reel

Lain pemancing lain cara. Apa yang bakal saya share untuk kawan-kawan adalah perkara biasa yang …

6 comments

  1. maksud line backing nie tali mono didalam then diikuti tali utama(braided) ke sifu…hihhihi…newbie tumpang tanya…

  2. Mohd Chairi Mustafa

    bagus cara ni. selalu saya rentangkan tali & kemudian terbalikkan, tapi perlu ruang yang panjang & kena berjalan.

  3. salam sifo2 sekalian, saya ada tukar tali benang ke mesin baru. masalah y saya hadapi ialah masukan tali tidak sekata. ianya lebih kepada penuh di bahagian hadapan sahaja. bagaimana untuk saya masukkan tali agar sekata dari belakang ke depan spool.

    • Wsalam, antara cara untuk buat tali pada spool jadi sekata, cuba tambahkan washer di bawah spool. Tambah washer sekiranya tali lebih ke arah atas spool, dan kurangkan washer sekiranya tali lebih ke arah bawah spool. Semoga membantu. =)

  4. Tumpang bertanya… Saiz mono utk backing adakah sama dgn braided. Contoh braided 4lb mono pun perlu 4lb? Maaf masih belajar.

Leave a Reply to Hafiz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.