Bagaimana Membuat Pemilihan Rod Yang Sesuai?

Disebabkan fenomena Ultralight Fishing kini terdapat terlalu banyak rod pancing dalam market yang anda boleh pilih dengan pelbagai jenama yang dibuat oleh berlainan manufacturers. Memilih rod yang sesuai dengan jiwa, feel dan kesesuaian target ikan mungkin boleh mendatangkan masalah pada pemancing yang baru terjebak dalam pancingan ultralight.

Dengan wujudnya pelbagai informasi di internet bagaimanakah anda henda membuat keputusan yang bijak? Terlalu banyak field-testing telah kami buat sebelum kami membuat keputusan yang agak sesuai. Kami bukan hanya membuat field-test rod pancing dengan hanya satu trip malah kami mempunyai rod jenama sendiri yang membuatkan kami mempunyai pengalaman yang dari pelbagai aspek yang sesuai sebelum membuat kesimpulan.

Hanya ada satu sebab anda sampai disini. Iaitu anda diracun oleh rakan pancing anda dengan tangkapan menggunakan setup ultralight yang membuatkan anda terasa ingin mencuba ultralight fishing. Tetapi disebabkan kekurangan ilmu anda ingin membuat sedikit research mengenai ultralight. Pengalaman memancing menggunakan setup ultralight seharusnya dapat membantu anda apa yang perlu dicari.

Untuk permulaan sesiapa pun (walaupun berpengalaman) kebiasaannya tidak tahu bagaiamana hendak mencari rod yang sesuai untuk sesuatu jenis pancingan yang tidak pernah dicuba. Pancingan ultralight tidak sesuai untuk dibuat untuk pancingan laut dalam jika diambil sebagai contoh.

Sebelum membuat keputusan memilih rod yang paling sesuai, pemancing harus mengetahui serba sedikit tentang “Power” dan “Action” akan sesuatu rod. Dua element ini kebiasaannya menjadi isu dan menjadi persoalan yang membinggungkan walaupun untuk pemancing yang berpengalaman.

Rod Action / Aksi Rod

Aksi sesuatu rod bermaksud berapa banyak lentuknya sesuatu rod apabila casting. Terdapat beberapa action pada rod iaitu:

1. Extra Fast – Lentuknya hanya pada hujung tip.
2. Fast
3. Moderate-Fast
4. Moderate
5. Slow

rod-power-action-chart
rod-power-action-chart

Extra Fast Action biasanya lentuk hanya pada hujung tip. Fast Action biasanya lentuk di sekitar guide nombor ke 3/4/5 atau lebih tepat suku terakhir daripada panjang rod.

Kebiasaannya rod jenis Extra Fast dan Fast Action ini digunakan untuk mengayakan gewang had lures seperti top water. Rod jenis ini biasanya agak keras sedikit namun ia bergantung kepada manufacturer dan jenis materials blank yang digunakan.

Ultralight Rod Action
Ultralight Rod Action

Manakala Moderate-Fast action rod biasanya lentuk di area tengah rod (dari 2/4 – 3/4 rod) dan Moderate Action rod pula lentuknya dari 3/4 bahagian terakhir setengah daripada rod. Dan yang terakhir Slow Action rod biasanya lentuk keseluruhan sampai ke handle rod.

Rod Fast action memberi kekuatan (force) yang lebih untuk membaling dan sesuai untuk membuat lontaran (casting) jauh. Manakala rod yang mempunyai action lembut tidak sesuai untuk membuat lontaran gewang-gewang yang berat atau lontaran jauh disebabkan ia tidak cukup keras untuk memberi force pada rod.

Rod Power / Kuasa Rod

Berat lure (gewang) dan size tali utama yang di rekomen untuk sesuatu rod adalah faktor yang menentukan kuasa sesuatu rod. Ultralight rod telah di reka size tali dari 1-6 pound dan dengan keberatan gewang dari 1/32oz ke 1/4oz. Rod yang mampu menampung gewang yang lebih berat dan size tali yang lebih besar adalah boleh dikategorikan dari light ke heavy.

Power atau kuasa bermaksud kekuatan rod atau kuasa mengangkat. Apabila ada orang yang bercakap rod ini mempunyai backbone yang kuat, dia maksudkan kuasa rod tersebut. Rating kuasa biasanya dikategorikan seperti heavy, medium heavy, medium, medium light, light, Ultralight, etc. Kuasa biasanya berkaitan rapat dengan kekuatan tali; rod yang yang mempunyai kuasa heavy mampu mengendalikan tali yang lebih besar poundagenya dan kuasa yang light sesuai untuk line yang berada klasifikasi yang sama. Ia amat penting untuk memastikan line test berada dalam had yang di rekomenkan pada rod kerana rod yang berkuasa heavy akan memutuskan tali yang halus dengan mudah dan tali yang besar poundagenya juga akan memudaratkan rod yang light kuasanya.

Cara terbaik memilih rod adalah berdasarkan jenis ikan dan jenis air yang anda ingin menggunakannya. Disinilah anda mampu membuat pilihan kuasa rod yang sesuai. Kawasan yang dalam atau lebih kepada heavy cover anda mungkin memerlukan rod yang keras supaya dapat memaksa ikan keluar dari rumahnya manakala dikawasan yang terbuka dan yang memerlukan tali halus untuk memujuk ikan anda mungkin boleh menggunakan rod halus seperti ultralight rod.

Untuk keterangan lanjut memahami klasifikasi sesuatu rod & tali boleh click link di bawah:

https://www.ultralightanglers.com/apakah-itu-ultralight-fishing/

Responsif

Ini berkaitan dengan modulus dimana ia menggambarkan keupayaan keseluruhan rod untuk flex di bawah bebanan dan melepaskan tenaga yang tersimpan apabila casting. Contohnya, rod yang telah siap dibuat mungkin adalah hasil daripada lapisan yang berbeza daripada bahan yang berbeza dan semua yang menyumbang kepada responsif rod. Satu perkara yang pasti, lebih ringan rod terutama bahagian hujungnya maka lebih responsif rod itu. Sebagai Gary Loomis katakan, keberatan sesuatu rod adalah penghalang untuk prestasi yang mantap. Secara keseluruhan, lebih tinggi modulus maka lebih berkesan ia akan menyimpan dan membebaskan tenaga dimana ia akan memberikan anda keupayaan untuk flick cast dengan tepat pada trajektori yang lebih rendah.

Graphite

Ini adalah bahan yang paling biasa digunakan dalam membina rod bass pada masa kini dan ia mula diperkenalkan pada tahun 70an oleh Fenwick. Pada masa kini graphite dihasilkan dengan menggunakan suhu yang amat tinggi iaitu kadang-kadang sekitar suhu 3000 darjah dan ia terbahagi dalam proses dua bahagian, satu untuk mewujudkan kekuatan tegangan dan satu lagi untuk keliatan. Secara umumnya lebih panas relau dalam setiap proses maka lebih kuat dan liat fibers rod itu. Bermakna hanya memerlukan bahan yang kurang untuk membina rod dan rod dibina boleh menjadi lebih ringan dan lebih sensitif.

Untuk membina sebatang rod dengan modulus tinggi dan tanpa kekuatan tegangan yang tinggi akan membuatkan rod itu rapuh. Disinilah kadang-kadang sesetengah jenama terkenal boleh mengiklankan graphite yang tinggi modulusnya dengan harga yang murah; kerana tidak semua proses untuk membuat graphite rod itu dibuat kerana ia amat mahal. untuk mendapatkan rod graphite yang berkualiti tinggi amat memerlukan modal yang tinggi dan kebanyakkan pemancing tidak akan mampu membelinya.

Kebiasaanya hanya G. Loomis GLX dan graphite St. Croix SC4, yang menggabungkan karbon atau grafit bukannya gentian kaca kerana ia amat mahal dan bahan yang amat rare.

Untuk mendapatkan rod yang terbaik dengan aksi yang sesuai memerlukan gabungan bahan yang berbeza dan dengan menggunakan lapisan graphite atau gentian fiberglass yang berbeza. Ia bukan sukar untuk mengeluarkan rod graphite pada masa kini kerana wujudnya teknologi modern.

Fiberglass

Bahan ini telah digunakan untuk menghasilkan rod sejak tahun 50-an dan telah datang jauh sejak itu. Fiberglass terkenal dengan aksi lembut dan mempunyai ketahanan, dan digunakan untuk membina rod yang berkualiti tinggi. Banyak pemancing yang suka rod fiberglass untuk bermain gewang crankbaits atau aplikasi lain di mana action medium ke slow action diperlukan. Kadang-kadang rod dibina dengan gabungan graphite dan fiberglass yang membolehkan pereka rod mampu menghasilkan rod yang mempunyai aksi yang bagus.

IM6, IM7, etc.

Hexcel Corporation menggunakan terma ini dalam urus niaga graphite yang mereka keluarkan. Nombor ini bukannya standard industri atau bermaksud kualiti. Namun, ia mampu untuk memberikan perbezaan kualiti bahan yang digunakan untuk membuat rod dari pengeluar yang sama. Anda dengan yakin boleh menerima fakta bahawa rod IM7 adalah graphite yang lebih bagus dari rod IM6 jika ia diperbuat daripada pengeluar yang sama. Namun, jika pengeluar yang berbeza maka ia tidak relevan kerana lain pengeluar lain bahan yang digunakan untuk membuat rod.

Modulus

Seperti yang dinyatakan di atas, modulus merujuk kepada kekukuhan graphite, bukan jumlah bahan yang digunakan atau jumlah serat graphite digunakan dalam proses pembuatan. Membeli rod semata-mata berdasarkan kepada rating modulus adalah satu kesilapan kerana faktor-faktor lain juga perlu diambil kira. Sebagai contoh, anda tidak mahu rod yang keras untuk tujuan game yang menggunakan gewang yang kecil atau cranking . Selain itu, kualiti lain perlu dimasukkan dalam pembuatan graphite dan rod harusĀ  direka dengan betul untuk memastikan prestasi yang tinggi dan ketahanan rod. Komponen lain yang masuk ke dalam pembuatan rod akan memastikan kualiti rod tersebut dan juga boleh memberi kesan terhadap kos.

Guides

Kebanyakan rod bass hari ini mempunyai kerangka logam dan cincin seramik. Cincin ini boleh berbeza dari segi harga, dan satu set cincin pada rod spinning boleh mencecah pada harga RM60 – RM120 berdasarkan pada kualiti dan brand. Silikon atau SiC biasanya dianggap bahan terbaik pada masa kini. Ia menawarkan permukaan yang amat lancar untuk menahan geseran. Geseran yang kurang bermakna kurang haba.

Alconite adalah satu lagi bahan yang berkualiti tinggi namun ia tidak semahal SiC. Hardloy , Hialoy , dan aluminium oksida adalah bahan-bahan seramik yang lain yang agak mudah untuk di servis dan boleh didapati dengan mudah di pasaran. Terdapat pelbagai cincin dipasaran. Ada yang diperbuat daripada Titanium dan ada yang diperbuat daripada stainless steel. Namun setiap cincin ini ada kelebihan masing-masing dari segi harga dan berat.

Rod yang mempunyai cincin yang banyak secara umumnya memberi balingan yang lebih baik dan kos yang lebih mahal daripada rod yang sama dengan sedikit cincin. Rod yang mempunyai cincin yang lebih banyak memberikan lenturan yang lebih sekata dan membolehkan membuat lontaran yang lebih jauh dan memberi kuasa apabila berlawan dengan ikan. Cincin Fuji Concept Fuide System adalah contoh terbaik dalam pembuatan rod pancing pada masa kini.

Cork

Apabila memancing, anda memerlukan keselesaan dan mempunyai pemegang yang ringan dengan cengkaman yang kemas, walaupun ia basah, namun getaran akibat gigitan ikan dapat dirasai. Pemegang Cork adalah amat menarik dan berkualiti tinggi harga Cock adalah bergantung kepada kualiti dan brandnya. Kebiasaanya kualiti Cork bergantung kepada kos keseluruhan rod tersebut.

Reel Seats

Reel seat adalah pemegang reel anda. Tiada banyak reel seat yang ada dalam market dan pemilihan reel seat adalah bergantung kepada pemancing tersebut. Kebiasaanya rod yang biasa akan menggunakan reel seat yang biasa dan agak keras. Namun jika anda mementingkan keselesaan pilihlah reel seat yang sedap dipegang supaya ia tidak menyakitkan tangan dan mampu membantu anda apabila anda pergi trip memancing yang lama.

Memilih All Rounder Rod / All Around Rod Choice

Pemilihan rod all-rounder (atau dalam bahasa yang lebih tepat rod belasahan) adalah paling sesuai pada masa kini. Terdapat pelbagai faktor rod all-rounder menjadi pilihan. Kebiasannya untuk pemancing yang mempunyai budget yang rendah dan hanya mampu memakai satu jenis rod untuk semua kegunaan pancingan. Biasanya Bass Rod adalah paling sesuai kerana ia mempunyai keliatan yang amat sesuai digunakan untuk pelbagai lokasi pancingan. Faktor kedua adalah untuk pemancing first timer yang bermain ultralight fishing jadi rod yang agak keras adalah yang paling ideal kerana ia agak sesuai untuk digunakan sebagai permulaan dan process mengumpul ilmu. Pendek kata dapatkan feel dahulu sebelum invest untuk membeli rod yang lebih sesuai dengan jiwa.

Spinning atau Bait Casting (BC)?

Ini terpulang pada individu. Spinning dikenali sebagai Ultralight dan BC dikenali sebagai Finesse Fishing. Ramai yang confuse dengan terma yang digunakan. Seeloknya untuk permulaan, penggunaan spinning rod adalah lebih digalakkan kerana ia memberi beginners (newbie) peluang memahami ultralight dengan lebih mudah kerana spinning adalah paling ideal untuk pancingan ultralight. Sebabnya adalah:

1. Mudah digunakan.
2. Mudah didapati.
3. Mudah dikendalikan.
4. Murah.
5. Save Budget.
7. Cast Lebih Jauh.
8. Mampu Cast Gewang seberat 0.5g dengan mudah.

Untuk pengetahuan anda pemancing terkenal dunia juga menggunakan spinning apabila mereka hendak memancing menggunakan ultralight kerana mereka sedar spinning adalah lebih sesuai dan paling ideal.

Ramai juga mempertikaikan hal ini namun cuba tanya diri anda mengapa Jepun mahupun US tidak design BC Rod dan Reel secara menyeluruh untuk tujuan ultralight?

Rod Yang Ada Dalam Market

Terdapat pelbagai jenis rod yang ada dalam market dengan harga yang bole dianggap mampu milik seperti Okuma Nemesis 2, Storm Discovery, Berkley Cherrywood, Timberwolf, Shimano Scimitar, Daiwa Aird dan lain-lain. Harganya sekitar RM70 ke RM180. Jika anda mencari rod keluaran rakyat Malaysia mungkin anda boleh mencuba Kanicen Nix – Leebass, Sengat dan Sailang. Rod yang direka-cipta secara custom oleh rakyat Malaysia yang dibuat secara mass production. Rod ultralight pertama yang di reka khas untuk ikan perairan Malaysia dan kawasan sekitarnya. Rod ini lebih kepada all-rounder rod yang sesuai dijadikan sebagai rod belasahan kerana ia agak liat namun ia memberi aksi yang amat sensitif dan kekuatan yang boleh dibanggakan.

Segala informasi yang lebih lengkap berkenaan rod ini boleh ditemui di:

http://www.kanicen.com

Rod Bagaimanakah Yang Sesuai Untuk Beginners?

Untuk permulaan rod yang paling ideal untuk beginners adalah rod yang agak liat dan keras. Rod fast action juga harus dipiih untuk permulaan jika anda lebih suka bermain gewang hard lures. Dan faktor yang paling penting ialah murah dan mampu milik supaya ia bole dijadikan rod belasahan untuk belajar tanpa rasa was-was. Ini adalah kerana pancingan jenis Ultralight harus difahami dahulu sebelum terus membuat keputusan untuk mendapatkan rod. Ramai pemancing ultralight membuat kesilapan ini gara-gara diracun oleh penjual-penjual yang hanya mementingkan keuntungan.

Ultralight is an ART, pancingan Ultralight adalah seni. Ia bukan sekadar hobi yang anda boleh belasah tanpa memahaminya dahulu. Jika anda mencari kepuasan untuk game yang lebih extreme maka anda harus pelajarinya dengan betul supaya kepuasan dapat dikecapi.

Rod yang ideal dan paling mudah di dapati adalah seperti Berkley Cherrywood, Okuma Nemesis 2 dan Storm Discovery. Harga pasaran bermula dari RM70 untuk Berkley Cherrywood, RM90 Nemesis 2 dan Storm Discovery. Rod ini agak liat dan keras dan sesuai untuk digunakan di pelbagai lokasi pancingan dan jenis ikan.

Poundage yang paling sesuai untuk permulaan adalah 6lbs iaitu poundage Ultralight yang paling tinggi. Kesemua rod di atas adalah berada dalam lingkungan 6lbs. Jika anda baru bermula maka carilah rod yang ada poundage 6lbs paling tinggi kerana anda boleh gabungkan dengan reel dan tali yang berpoundage sama.

Panjang sesuatu rod bergantung kepada minat dan kesesuaian lokasi pancingan. Jika anda bermain landbase yang lapang maka rod yang panjang mungkin boleh menjadi pilihan. Tetapi jika mancing dikawasan yang sempit maka rod sepanjang 5’6 atau 6 kaki mungkin lebih sesuai. Keseronokkan panjang sesuatu rod adalah subjektif. Lain pemancing lain minat dan lain feel. Untuk permulaan cuba penggunaan rod sepanjang 5 kaki 6 paling rendah sehingga 6 kaki adalah lebih sesuai untuk mendapatkan feelĀ  dan rentaknya.

Kesimpulan

Pemilihan rod yang tepat untuk sesuatu pancingan memainkan peranan yang penting dalam process pembelajaran anda. Memilih sesuatu rod adalah berdasarkan keinginan anda untuk menimba ilmu yang sesuai berdasarkan budget yang anda ada. Mahal atau murah bukan isunya. Walaupun rod murah namun jika anda masuk ke arena ultralight fishing ia tetap memberi kesan ke jiwa jika dapat mendaratkan ikan walaupun sebesar tapak tangan. Untuk memudahkan process pembelajaran rod spinning adalah amat digalakkan kerana ia mudah untuk digunakan dan akan memberi anda kebebasan casting gewang untuk jarak yang agak jauh.

Pilihlah rod berdasarkan tujuan anda dan berdasarkan ilmu anda. Elakkan memilih rod yang lembut jika anda masih belum pernah mencuba ultralight fishing. Ingat, ilmu lagi penting dari segala-galanya.

Note:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

6 Kesalahan Biasa Dibuat Apabila Menguji Rod Ultralight

Topik kali ini lebih pada kelakuan kebanyakan pemancing setelah atau semasa membeli rod. Maaf jika …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.