Bagaimana Memadankan Tali Pancingan Dengan Reel Anda?

Memilih kekuatan/poundage tali pancingan yang betul adalah lebih sukar daripada yang disangka. Pemancing yang memasukkan reel dengan tali yang tidak sesuai untuk sesuatu jenis setup mungkin mendapati bahawa tali tidak cukup bagus untuk di casting atau besar kemungkinan menyalahakan reel tidak memberi performance yang sepatutnya. Ini kerana mereka tidak memahami bahawa setiap reel mempunyai reka bentuk tersendiri yang membolehkan ia berfungsi dengan baik apabila digulung dengan jumlah yang tertentu dengan poundage tali yang disarankan pada reel. Apabila pemancing memahami konsep ini maka dia boleh mula fokus pada tali untuk memahami tali yang bagaimana harus digunakan dan disesuaikan untuk spesies tertentu.

Untuk praktikal anda memerlukan:

– Rod
– Reel
– Pelbagai poundage tali pancingan

Sila Ikut Panduan/Tips Dibawah

Tip 1: Memahami Kapasiti Tali Pada Reel

Perhatikan pada reel anda untuk memahami kapasiti tali. Anda akan dapati poundage tali yang disarankan dan berapa panjang tali yang anda boleh masukkan. Sebagai contoh, jika kapasiti tali pada reel anda berkata 2/150 dan 4/110 ini bermakna bahawa anda boleh meletakkan sebanyak 150 ela dari 2lb poundage tali atau sehingga 110 ela dari 4lb poundage tali. Kapasiti tali biasanya terletak di sisi reel dan kadang-kadang ada reel hanya memberikan anda diameter garis dalam pecahan inci dan bukannya dalam bentuk poundage tali.

reel-with-line-capacity
reel-with-line-capacity
reel-with-recommended-line-capacity
reel-with-recommended-line-capacity

Tip 2: Sesuaikan Tali Dengan Jenis Pancingan

Elakkan memasang tali yang berpoundage lebih tinggi daripada yang disarankan pada reel. Menggunakan poundage tali 15lb pada reel ultralight misalnya akan menyebabkan tidak dapat membuat casting untuk jarak yang jauh. Bukan itu sahaja, ia juga boleh menyebabkan reel anda rosak atau berkemungkinan tinggi rod anda akan patah kerana menampung bebanan tali yang lebih dari kekuatan rod. Lagipun maxima poundage untuk ultralight adalah 6lbs jadi sesuaikanlah dengan betul.

Tip 3: Sesuaikan Tali Dengan Target Ikan

Pilih tali braided antara poundage 2lb dan 4lb apabila memancing panfish, seperti crappies dan perch atau di perairan kita boleh disesuaikan dengan ikan seperti Peacock Bass dan Tilapia. Ingat bahawa braided adalah amat sensitif sehingga ia mampu memberi getaran gigitan halus ikan dan kekuatan poundage tali 2-4lb adalah lebih daripada cukup untuk mengendalikan ikan saiz ini.

berkley-fireline-crystal
berkley-fireline-crystal

Tip 4: Gunalah Leader Yang Sesuai Target Fish

Menggunakan leader berpoundage 12lb yang mensasarkan pelbagai spesies air tawar adalah lebih mencukupi. Berkley Trilene XL Line Casting Smooth adalah contoh yang sangat baik dari tali pelbagai guna yang cukup lembut untuk menangkap ikan yang bersaiz 2kg seperti Peacock Bass dan ia cukup kuat untuk menahan asakan ikan yang seberat 6kg. Segalanya lebih kepada teknik, ilmu dan pengalaman.

Berkley-Trilene-XL-Smooth-Casting
Berkley-Trilene-XL-Smooth-Casting

Tip 5: Sesuaikan Dengan Lapang Pancingan

Pilihlah tali/leader yang berpoundage yang lebih tinggi apabila menggunakan reel dengan gewang yang mampu menyelam ke kawasan atau area yang heavy cover. Ini untuk mengelakkan tali terputus dengan mudah dan memberi cukai gewang yang disayangi. Tali braided superlines atau leader yang sekurang-kurangnya 12 hingga 15lb membolehkan anda untuk menarik ikan seperti Peacock Bass keluar dari samai yang agak mencabar.

Tip 6: Guna Flurocarbon Untuk Ikan Yang Setanding Dan Sensitif

Masukkan tali fluorocarbon berpoundage maxima 6lb jika anda mahu untuk memancing ikan trout seperti sikang. Ini sejajar dengan kekuatan untuk menangkap ikan trout, dan kelebihan tali fluorocarbon dalam air menjadikannya ia tidak dapat dikesan untuk ikan seperti trout.

ikan-sikang-trout-malaysia
ikan-sikang-trout-malaysia

Tip 7: Memahami Konsep

Konsep yang sama juga boleh digunakan untuk rod anda. Pastikan anda memahami spesifikasi rod anda terlebih dahulu sebelum mengabungkan reel dan tali yang sesuai untuk menjadikannya satu setup yang memberi kepuasan maxima. Jangan sesekali mengabungkan setup anda dengan apa yang tidak disarankan. Fahamilah pancingan anda sebelum anda membuat keputusan mengejar kepuasan yang sewajarnya.

Kesimpulan

Setiap aplikasi atau setup pancingan telah dibuat dan direka khas untuk sesuatu target ikan. Kebanyakkannya ia direka untuk ikan negara masing-masing (US, Europe & Jepun) dan bukan untuk ikan kita. Akan tetapi ia boleh disesuaikan jika anda memahaminya terlebih dahulu konsep pancingan yang ingin anda ceburi. Gabungkanlah dengan menggunakan akal bukan dengan perasaan dan ilmu yang terpesong.

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

line-classification-klasifikasi-tali-utama

Memahami Klasifikasi Line atau Klasifikasi Rod Pancing Anda

Isu pemahaman klasifikasi tali utama atau klasifikasi rod (line/rod classification) masih lagi diperdebatkan oleh sesetengah …

5 comments

  1. salam tuan…izin kan saya share di fb wall saya..
    fb : menjual barang real tree

    • Kanicen Nix

      silakan bro… share je ape pon bro suke as long as it benefits everyone… mekasih sudi support 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*