Asas Untuk Memburu Ikan Jenis Kepala Ular atau Snake Heads

Umpan katak digunakan diseluruh dunia. Kebanyakkannya digunakan untuk ikan fresh water game seperti ikan kategori snake heads; haruan, toman, bujuk, kerandang dan segala species yang sejenis. Gewang katak adalah replika sebenar katak yang amat berkesan. Tidak kira apa jenis ikan snake heads yang anda target ia tetap memberi kesan yang sama kerana itu diet mereka. Kebiasaannya strike akan berlaku akibat air yang terpercik semasa mengayakannya. Dalam keadaan yang tertentu jika pemancing yang dapat mengetahui di mana ikan itu bersembunyi dan dapat membuat cast yang tepat boleh membawa hasil yang amat memuaskan.

Disini kami ingin berkongsi tips dan taktik bagaimana untuk mendapatkan kepuasan apabila berada di air dengan hasil yang boleh memberi keseronokkan.

1. Pemilihan Gewang Katak

Pemilihan gewang katak harus disesuaikan dengan lokasi pancingan. Tidak kira gewang katak yang hanya mempunyai bulu atau yang mempunyai buzzbait mana-mana pun sesuai untuk memujuk snake heads.

Menggunakan katak yang mempunyai buzzer blade (buzz bait) akan menambahkan dimensi tarikan untuk memujuk ikan pada gewang katak itu. Bunyi bising akibat blade yang berlaga dan vibration yang dikeluarkan boleh membuatkan ikan teruja untuk membuat serangan. Walaubagaimanapun dengan adanya blade ia mudah tersangkut di area yang bereba dan sempit dan proses mengarau akan menjadi lebih susah jika dibandingkan dengan gewang katak yang tiada blade (buzz bait).

big-eyed-frog-lure
big-eyed-frog-lure
buzzbait-blade-frog
buzzbait-blade-frog
buzz-baits-frog-lure
buzz-baits-frog-lure
frog-baits
frog-baits
frog-buzzbait-citrus
frog-buzzbait-citrus
Frog-Lure-with-spinner-snakehead-killer
Frog-Lure-with-spinner-snakehead-killer
mini-popper-frog-bait
mini-popper-frog-bait
soft-frog-with-jighead
soft-frog-with-jighead

Memancing menggunakan gewang katak yang tiada buzz blade adalah lebih mudah. Casting akan menjadi lebih tepat dan dengan tiada buzz blade ia juga memudahkan casting di area yang bereba dan sempit. Bentuk badan yang tiada halangan membuatkannya mudah untuk melepasi kawasan berumput dan dan berumpai. Anda boleh mengurangkan masa terbuang untuk membersihkan mata.

Kaedah terbaik untuk mengayakan gewang katak ialah dengan cara “Pop” atau “Chug” diatas air untuk memberi bunyi bising dan percikan air. Ia akan mengoda ikan untuk membuat serangan hendap. Kebanyakkan gewang katak telah direka khas untuk memberi kesan percikan air jadi anda hanya perlu membuat aksi yang ringkas sahaja. Pastikan rod anda berada di posisi kebawah membidik tip rod lurus ke arah gewang. Cara menggayakannya terpulang pada imaginasi masing-masing tapi asasnya karau dan berhenti supaya ia memberi peluang untuk ikan membuat serangan. Jika terlalu laju ia boleh menyebabkan ikan tidak dapat membuat serangan tepat. Gunalah kelajuan dan teknik yang berbeza apabila membuat karauan. Pastikan anda membuat aksi yang natural supaya ia nampak lebih realistik. Lebih banyak anda meluangkan masa untuk menggunakan gewang lebih banyak ilmu dan teknik anda akan pelajari.

2. Mengesan Lokasi Ikan Snake Heads

Mengetahui dengan awal kewujudan ikan di sesuatu lokasi akan memberi kelebihan dan boleh menjimatkan masa akan tetapi tidak selalu ia akan memberi kelebihan. Jika ikan wujud maka teknik yang sesuai dan casting tepat di lokasi ikan itu berada dengan kelajuan karauan yang sesuai akan memberi kelebihan untuk membuat tangkapan. Jika ikan tidak aktif maka mencari cara casting ke arah kawasan yang lebih terbuka, di reba, batu atau di mana-mana kawasan yang berpotensi untuk jangka masa tertentu mungkin akan membuahkan hasil. Kebiasaanya ikan jenis snake heads memerlukan masa untuk memujuk mereka keluar dari kawasan persembunyian.

snakehead-fish-location
snakehead-fish-location

Anda harus faham bahawa katak kebiasaannya dijumpai dikawasan yang berumput dan the kawasan yang tidak dalam airnya. Di sinilah katak akan bertelur dan membesar. Di sini jugalah ia akan menghabiskan sebahagian besar masa mereka untuk memburu serangga yang hidup di persekitaran yang sama. Semasa casting pastikan anda berada jauh sedikit dari target lokasi supaya ia tidak sedar kewujudan anda.

3. Kelajuan Karauan

Kelajuan karauan menjadi soalan lazim ditanya dalam semua gewang yang digunakan semasa memancing. Sejujurnya tiada jawapan yang tepat kerana lain ikan lain cara serangannya dan lain kelajuannya dan pada hari yang berlainan lain kelajuannya.

frog-action-on-water
Pemancing harus menggunakan kaedah yang berbeza berdasarkan keadaan sekeliling. Jika kawasan mancing adalah kecil dan air yang tenang maka bunyi bising yang kuat akan membuatkan ikan membuat serangan mengejut. Nasib anda akan berubah jika mama haruan atau mama toman sedang melindungi sarangnya kerana strike sudah pasti akan terjadi. Segala gewang katak boleh digayakan dengan laju ataupun perlahan. Apa yang paling penting ialah memahami target spesis dan size gewang yang sesuai. Buatlah pergerakkan yang natural kerana ia akan membuatkannya menyerang dengan mengejut.

4. Warna Pilihan

Memilih warna gewang dan corak boleh menjadi sukar apabila semua gewang kelihatan menarik. Adalah amat mustahil untuk mengatakan warna apa yang terbaik dengan kelajuan yang sesuai pada hari yang berlainan. Yang pasti gewang natural jika digayakan dengan teknik yang betul ia akan memberikan hasil. Yang pasti warna semula jadi sesuai dijadikan titik permulaan untuk mencuba dan memilih apa yang paling menyerupai mangsa ikan itu juga boleh dipertimbangkan. Semua corak gewang katak terbukti untuk menangkap kerana kebanyakkannya berdasarkan spesies semula jadi.

frog-lures-colors
frog-lures-colors

5. Leader atau Tiada Leader?

Cara paling selamat ialah sentiasa menggunakan leader. Shock leader akan membantu apabila ikan menarik kearah rumput dan bereba. Leader fluorocarbon boleh dijadikan pilihan yang paling ideal kerana ia flexible dan tidak begitu menganggu pergerakkan gewang jika dibandingkan dengan leader berdasarkan wire / kabel.

Disamping itu leader mampu menahan asakan ikan yang besar dan mengelakkan tali terputus dengan mudah. Penggunaan leader juga akan membantu kerana ikan tidak nampak tali yang berasaskan mono. Ia hampir menjadi tidak kelihatan kepada ikan.

Kesimpulan

Hampir semua pemancing menggunakan gewang katak untuk memburu ikan spesis snake heads. Tidak sah jika ikan seperti haruan atau toman tidak diburu sebagai seorang pemancing. Pelbagai gewang wujud pada masa kini namun gewang yang berasaskan katak adalah yang paling ideal dan asas kepada pemburuan snake heads.

Note:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

Formula Kiraan Panjang Leader. Apakah Panjang Leader Yang Sesuai Untuk Pancingan Ultralight?

Seringkali saya menerima soalan yang sama dari peminat sukan pancingan ultralight berkenaan dengan panjang leader …

10 comments

  1. Salam boss spoon haruan yg mantap2 tahu x ? / siapa boleh buat ada no untuk dihubungi ke?

  2. Salam..bro, ingin bertanya adakah tali sulam utama 6paun sesuai untuk pancingan dikawasan haruan dan bujuk yang penuh dengan halangan. Walaupun gunakan set ultralight tapi sebagai secure bolehkah digunakan tali utama lebih dari 6 paun.

    • Wslm bro,

      Tak boleh bro. Mainline tetap 6lbs baru dikira sebagai ultralight. Jika nak secure boleh guna leader yang lebih kasar dan tahan lasak 🙂

  3. Trima kasih ats ilmu yg tuan smpaikn
    boleh tuan terangkn serba sedikit mengunakkn sf nie . Sbb sy kebyakn straike yg sy terima dri ikan jnis snakehead nie susah nk sangkut hook dia . . Ada ape² perkongsian dri taun? Apakah teknik paling sesuai??? Hope tuan dpt kongsi ilmu serba sedikit kepada sy.

    • Salam bro

      Maaf lmbt reply.

      Ada beberapa faktor sukar nk strike:

      1. SF bro keras sangat jadi sukar tok ikan buat gigitan solid.
      2. Teknik – Bila sf yg keras bro kena memberi dulu lepas tu baru buat strike.
      3. Drag setting – setiap ikan ada drag yg berlainan untuk dapatkan solid hook up. Jadi adjust ikut kesesuaian setup dan ikan termasok kawasan permainan.
      4. Diet – Kalo sf bro beso sangat tapi ikan kecik mmg akan sukar. Jadi adjust size supaya kena dengan size yang dicari.

      Arap-arap dapat bantu sikit 🙂

  4. Hye bro
    Nk tanya nie kalau jump frog saya nie saiz besar tapi saya nk buru haruan yang 2kg kebawah xpe ke

Leave a Reply to Ahmad Fais Bin Mohd Arif Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.